MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, June 22, 2015

Monday Blues


Assalamualaikum w.b.t

Monday Blues fakta atau auta?? Masa sekarang ni memang fakta sebab takde mood nak buat keje. Pukul 8 pagi tadi adalah semak dan tandatangan pelan, banyak jugak la. Bila dah selesai cadangnya nak buat deraf surat berkaitan dapatan audit minggu lepas, tapi jenuh nak mengarang tapi takde idea langsung. Pejabat pulak senyap je sebab ramai yang menghadiri Program Tanweer Ramadhan 2015 anjuran PSUK. My turn on Thursday. Sebenarnya ada beberapa lagi kerja yang nak dibuat tetapi semuanya memerlukan saya berfikir untuk mendapatkan ayat-ayat yang sesuai, jadi tunggu sat lagi le. Sudahnya buat karangan kat MH je la sebab boleh buat ayat sesuka hati.

Berbalik kepada cerita monday blues, berdasarkan kepada kajian di US didapati kebanyakan cuti sakit diambil pada hari isnin @ monday. Apakah punca ini berlaku?? Errrmmm fikir-fikirkanlah. Biasanya hari isnin ramai yang moody mungkin disebabkan oleh selepas menghabiskan cuti yang menyeronokkan bersama keluarga dan rakan-rakan, kita perlu kembali bekerja demi untuk melaksanakan pelbagai tugasan yang diamanahkan. Dan kadang kala tugasan yang menanti adalah sama dan amat membosankan. Sudah pasti kita masih memikirkan kegembiraan hujung minggu yang baru dihabiskan dan tidak sabar untuk menanti hujung minggu akan datang.

Macam kes saya sekarang ni, bercuti selama 4 hari bermula pada hari khamis sehingga hari ahad benar-benar terkesan. Masa yang ada dihabiskan bersama keluarga, melakukan kerja ruang, melayan pokok yang ada, menyediakan juadah berbuka puasa dan macam-macam lagi. Pagi tadi memang berat hati nak balik ke Alor Setar kerana itu semua tidak akan dapat dilakukan lagi, lebih terkesan bila memikirkan aqil yang baru nak belajar puasa.  Tak sabar menunggu hari khamis muncul kembali kerana boleh pulang ke Sg. Dua.Tadi sempat google cara-cara nak tangani masalah ini, antara yang saya temui adalah:-


1. Rancang Kerja Hari Isnin Pada Hari Jumaat
Nampak mudah tapi tak ramai yang lakukannya. Kebiasaannya pada khamis (untuk yang cuti pada hari jumaat dan sabtu) atau jumaat (untuk yang cuti pada hari sabtu dan ahad) apa yang difikirkan adalah aktiviti yang hendak dilakukan pada hujung minggu ini dan selesaikan tugasan yang perlu disiapkan pada minggu berkenaan. Jadi bila kembali ke tempat kerja pada minggu berikutnya kita akan tercari-cari kerja-tugasan yang hendak dilakukan. Ini secara tidak langsung menimbulkan perasaan kurang senang dan rasa tertekan.


2. Bersosial
Jika ada monday blues ni ambil sedikit masa untuk bersama rakan sekerja sebelum mulakan kerja.Gurau senda dan gelak tawa boleh membangkitkan semangat dan meningkatkan motivasi untuk kita berkerja pada minggu baru ini. Kadang-kadang ketika bersembang boleh mengingatkan kita apa yang masih belum diselesaikan pada minggu lepas dan kerja-kerja yang perlu dilunaskan pada minggu ini. 


3. Perbetulkan Konsep
Gejala monday blue ni berlaku disebabkan oleh minda kita telah diset sebegitu rupa. Jadi hanya kita yang mampu programkan semula dari negatif kepada positif. Bayangkan isnin ini merupakan permulaan untuk kita melalui 1 lagi minggu yang ceria dan membahagiakan. Semua kerja dan tugasan yang ada dan bakal datang perlu dilakukan dengan sebaik mungkin agar kita dapat bercuti tanpa gangguan pada hujung minggu akan datang


4. Redha
Jika tips 1-3 tidak boleh mengubah simptom monday blues yang anda sedang alami, terima keadaan itu seadanya. Jangan dilawan sangat kerana ia akan memberi kesan yang buruk, tapi bukan dengan cara mengambil cuti sakit ataupun pulang ke rumah setelah thumb print di pejabat. Sebaliknya lakukan perkara-perkara yang anda sukai dan sebaiknya lalui hari isnin anda sebaiknya dan semoga hari berikutnya segala tugasan yang tertangguh dapat disiapkan sebaiknya. 

Nota: Kerja perlu diteruskan lepas rehat nanti.


    1 comment:

    Cik Matahariku said...

    thanks, gud tips.sy rajin jugak buat list to do, tapi untuk minggu kerja, lps cuti selalu ambik masa fikir nak buat apa, bagus cdgn buat list on friday utk kerja hari monday..:)