Showing posts with label ?????. Show all posts
Showing posts with label ?????. Show all posts

Wednesday, September 25, 2013

Wordless Wednesday....

Assalamualaikum w.b.t...

***Kenangan tahun 2010 di kuantan***
Entri sebelum pergi lunch. Tetiba teringat kat sukan ni. Agak-agak lepas ni boleh join lagi tak?????

    Thursday, July 18, 2013

    Salam Ramadhan

    Assalamualaikum w.b.t

    Hampir 6 1/2 bulan meningggalkan MyHomework, tiba-tiba hari ni terasa rindu sangat. Pada mulanya dunia blog dilupakan seketika atas faktor kesihatan dan selepas tu memang berhasrat nak melupakannya terus. Tapi bila dah kita sukakan sesuatu pasti sukar untuk melepaskannya. In Shaa Allah jika diizinkan oleh yang Maha Esa saya ingin aktif kembali tapi masakan bukanlah menjadi topik utama.

    Sumber: Google

     Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua pengunjung (ada ke) yang beragama islam. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Penuhi hari-hari yang penuh barakah di bulan ini dengan amalan yag dijanjikan ganjaran berlipat kali ganda.


      Monday, February 6, 2012

      Terkejut sangat

      Assalamualaikum w.b.t.
      Terlopong besar bila tengok kat dashboard tadi, En. Ben Anshaari letak header MyHomework kat entry beliau malam ni. Huahhhh tak pernah terfikirpun perkara seperti ini akan berlaku. Syukur pada-Mu Ya Allah. Bertambah terkejut lagi bila tengok En. Ben sudi berteman dengan saya di sini. TQVM bro, bertambah semangat le nampaknya nak terus berblog. Niat di hati nak kongsikan menu minum petang tadi tapi nanti le, masih terkejut lagi ni.





        Wednesday, April 27, 2011

        Layannnn.....


        Sorong papan tarik papan,
        Buah keranji di dalam perahu,
        Suruh makan saya makan,
        Suruh mengaji saya tak mahu.

        Buah Cempedak di luar pagar,
        Ambil galah tolong jolokkan,
        Saya budak baru belajar,
        Kalau salah tolong tunjukkan.

        Pisang emas di bawa belayar,
        Masak sebiji di atas peti,
        Hutang emas boleh dibayar,
        Hutang budi di bawa mati.


          Wednesday, April 20, 2011

          Tidak akan aku ulangi lagi


          ~Ayukan dia ni?~
          Assalamualaikum...
          Hari yang amat ..... . Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Dalam diari memang telah ditulis bahawa hari ini ada penyerahan jambatan. Padaku yang baru 1 bulan 1/2 di sini, penyerahan diadakan bagi menandakan bahawa projek tersebut telah disiapkan sepenuhnya dan diserahkan kepada bahagian lain bagi tujuan penyelenggaraan.

          Disebabkan isnin dan selasa datang bekerja dengan memakai blaus dan kemeja jadi hari ini rasanya sesuai untuk berbaju kurung. Seawal 7.55 pagi telah dimaklumkan bahawa 1 mesyuarat akan diadakan pada jam 8.00 pagi. Belum pun mesyuarat berakhir pembantuku telah memaklumkan bahawa pagawai berkenaan telah menunggu ditempat yang dijanjikan. Aku bersama 3 orang lagi kakitangan bergerak ke sana dengan menaiki Ford Everest.

          Alangkah terkejutnya aku kerana pada hari ini pemeriksaan kali kedua akan dibuat sebelum pihak berkenaan dapat menerima jambatan tersebut. Maka apa lagi aku bersama-sama membuat pemeriksaan dengan begitu ayu sekali (walaupun aku ni bukan le ayu sangat) berbaju kurung dan berkasut tumit tinggi. Memang rasa nak gelak terguling2 kat situ tapi kena le control macho. Taknak aku bayangkan bagaimana buruknya rupaku ketika memanjat pier ditengah2 sungai, berdiri di atas pontoon menyeberangi sungai, menaiki sky lift memeriksa arch beam di tengah kesibukan lalu lintas dan banyak lagi le. Kah..kah..kah.. Memang tobat dah. Lepas ni nak pergi beli seluar slack dan blaus banyak2 dan beli kasut scholl yang aku berkenan hari tu.

          Nota: Teringat pada seorang teman yang mana ketika menjalani latihan praktikal dia ke tapak projek dengan berpayung. Kah..kah..kah


            Wednesday, March 16, 2011

            Dimana Silapnya?

            Assalamualaikum...
            Seorang kakitangan telah diarahkan oleh majikannya untuk menghadiri satu majlis rasmi di ibu negeri pulau mutiara seawal 7.45 pagi. Demi untuk memudahkan diri sendiri beliau  pergi ke majlis berkenaan dengan membawa kenderaan sendiri. Selesai sahaja majlis tersebut satu panggilan telefon diterima agar dapat segera turun ke tapak untuk membuat pemeriksaan mock-up. Pembantunya telah dihubungi untuk turut sama berada di tapak sekitar jam 10.30 pagi.

            Tiba di tapak kira-kira jam 10.50 pagi dan pemeriksaan dibuat dibawah panas terik matahari. Setelah semuanya selesai kakitangan tersebut memutuskan untuk kembali ke pejabat dengan menggunakan jalan biasa tanpa perlu membayar tol. Peluang untuk mengenali selok belok jalan2 di SPU dengan lebih dekat lagi tidak boleh disia-siakan. Perjalanan diteruskan dengan mengikut landmark yang dikatakan oleh pemandu kenderaan jabatan tempohari. Setelah menempoh perjalanan kira-kira 20 minit tiba2 kenderaan yang dipandu memasuki Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Sungai Dua. Hehehe memang failed. Tak tahu simpang mana yang silap akhirnya tiba di destinasi yang dituju sekitar jam 12.00 tengahari dengan membayar tol sebanyak RM1.60.

            Sunday, March 13, 2011

            Akak Mamai Ke?

            Kira-kira jam 7.15 pagi bertempat di sebuah plaza tol di utara malaysia. Seorang pemandu kereta berhenti untuk menjelaskan bayaran tol. Selepas menurunkan cermin tingkap, pemandu terus menghulurkan tiket tol dan 2 keping wang kertas seringgit.

            Jurutol: Kak RM2.80
            Pemandu: Ehh sori dik 
            Jurutol: Akak mamai ke?

            Pemandu terus mengeluarkan sekeping wang kertas lagi dan menghulurkan kepada jurutol. Beberapa saat kemudian baki wang dikembalikan. 

            Pemandu: Ehh dik kenapa baki ni banyak sangat.
            Jurutol: Ye la mula2 akak kasi RM2.00. Pastu RM 5.00. Jadi saya pulangkan le RM4.20. Kak jangan le mamai lagi bahaya bawa kereta.
            Pemandu: ?????

            Wednesday, January 5, 2011

            1 ATAU 3 ????

            Suatu hari di kantin sekolah. Seorang bapa mengajar anaknya membeli makanan sewaktu rehat.

            Bapa: Nah 2 ringgit untuk beli makanan.

            Pelajar: Abang tak tahu. Ayah tolong belikan.

            Bapa: Abang perlu belajar beli makanan sendiri.

            Pelajar: Baiklah. Tapi ayah kena tengok ye.

            Bapa: Ok.

            Tiba giliran pelajar tersebut

            Pelajar: Kakak berapa harga nugget ni?

            Penjual: 1- 30 sen, 3 - seringgit.

            Bapa: