MY IKLAN

MY IKLAN
Showing posts with label aYat. Show all posts
Showing posts with label aYat. Show all posts

Saturday, January 15, 2011

1 HARI 1 AYAT

"Dialah yang mengetahui segala yang masuk ke dalam bumi dan segala yang keluar darinya, 
segala yang turun dari langit dan segala yang yang naik ke langit. 
Dia Maha Penyayang lagi Maha Pengampun."

Surah Saba: Ayat 2

Thursday, January 13, 2011

1 HARI 1 AYAT

"Harta kekayaan dan anak pinak hanyalah hiasan hidup di dunia,
sedangkan amal soleh yang abadi itulah yang lebih baik pahalanya serta lebih baik untuk menjadi harapan."

Surah Al-Kahfi: Ayat 46

Tuesday, January 11, 2011

1 HARI 1 AYAT

"Orang muslim lelaki dan wanita, 

orang mukmin lelaki dan wanita, orang yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya lelaki dan wanita, 

orang yang benar dalam percakapan lelaki dan wanita, orang yang sabar lelaki dan wanita, orang yang khusyuk di hadapan Allah lelaki dan wanita, orang yang selalu memberikan sedekah baik lelaki dan wanita, 

orang yang berpuasa baik lelaki dan wanita, 

orang yang memelihara kehormatannya baik lelaki dan wanita, 

orang yang banyak mengingati Allah baik dia lelaki dan wanita, 

Allah menyediakan bagi mereka keampunan serta pahala yang besar"

Surah Al-Ahzab: Ayat 35

Sunday, January 9, 2011

1 HARI 1 AYAT

"Sederhanakan dalam berjalan dan lunakkan suaramu bila berkata,
kerana seburuk-buruknya suara adalah suara keledai."

Surah Luqman: Ayat 19

Saturday, January 8, 2011

1 HARI 1 AYAT

"Jangan kamu palingkan mukamu dari seseorang
dan jangan berjalan di bumi dengan angkuh.
Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang sombong lagi bangga diri."

Surah Luqman: Ayat 18

Thursday, January 6, 2011

1 HARI 1 AYAT

"Berikanlah kepada saudara dekat, orang miskin dan yang terlantar dalam perjalanan hak mereka yang ada padamu.
Itu sangat baik bagi orang yang mengharapkan keredaan Allah.
Mereka itulah orang yang berjaya."
 Surah Ar-Ruum: Ayat 38

Wednesday, January 5, 2011

1 HARI 1 AYAT

"Bila manusia Kami kurniai rahmat, 
mereka gembira,
tetapi kalau bencana menimpa yang disebabkan oleh mereka sendiri, mereka putus asa."
Surah Ar-Ruum: Ayat 36

Tuesday, January 4, 2011

1 HARI 1 AYAT

"Bacalah al-Quran yang diwahyukan kepada kamu
dan dirikanlah solat,
sesungguhnya solat itu mampu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
Dan mengingati kepada Allah adalah tindakan yang besar pengaruhnya.
Allah Maha Mengetahui segala yang kamu lakukan"
 
Surah Al-'Ankabut: Ayat 45

Monday, January 3, 2011

1 HARI 1 AYAT

"Barang siapa yang membawa kebaikan dia akan mendapatkan balasan yang lebih baik, 
sedang orang yang membawa kejahatan, mereka itu tidak dibalas kecuali sesuai dengan perbuatannya" 

Surah Al-Qashash: Ayat 84