MY IKLAN

MY IKLAN
Showing posts with label naSi. Show all posts
Showing posts with label naSi. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

Tengok pun dah sedap

Assalamualaikum....
Tak de idea nak tulis apa pulak kali ini. Walau bagaimanapun nak juga kongsi menu makan tengahari tadi, ringkas dan sedap. Hubby kata tengok rupa pun dah sedap. Terima kasih diucapkan kepada pemilik DapurKu SaYang kerana sudi berkongsi resepi ini. Jika tak hujan petang ni cadangnya nak ke balik pulau. Harap-harap apa yang dirancang menjadi kenyataan.



RESEPI NASI GORENG UDANG
Sumber: DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 2 pinggan penuh nasi sejuk
  • 10 ekor udang basah
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3-4 biji cili padi (diketuk) - / +
  • sedikit sayur campur
  • 1 biji telur
  • garam dan lada sulah
  • sos ikan
  • kicap pekat/manis/masin secukupnya
  • daun bawang, bawang goreng untuk taburan
  • minyak masak

Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga garing. Kemudian, masukkan cili padi. Tumis lagi.
  2. Masukkan udang dan goreng lebih kurang 1 minit atau hingga airnya kering.
  3. Masukkan sos ikan, kicap pekat dan sedikit garam dan lada sulah. Kacau sebati.
  4. Masukkan sayur campur secukupnya. Gaul-gaulkan.
  5. Pecahkan telur ke dalam kuali tadi dan kacau lagi.
  6. Kemudian masukkan nasi sejuk, kicap manis dan kicap masin. Goreng hingga masak.
  7. Setelah masak, taburkan bawang goreng dan daun bawang. Hidangkan panas-panas.



    Friday, September 30, 2011

    Layan je la

    Assalamualaikum.......
    Sementara nak tunggu kek kat dalam oven masak sempat le kut buat n3 ni. Kalau ikutkan mata ni memang nak terkatup rapat je. Bertahan...bertahan...bertahan. Malaysia Boleh!!!!. Kali ni nak kongsi menu makan malam tadi. Kalau ikutkan memang malas nak memasak tapi memikirkan bahan2 yang ada kat dalam esbok tu perlu dihabiskan sebab hujung minggu ni nak ke meru klang. Nasi semalam pun ada lagi jadi fikir punya fikir teringat godaan kak ummi tempohari. Masa tengok n3 INI memang rasa nak ke kuantan masa tu jugak nak tumpang sekaki, tapi malangnya dah habis. Godek2 kat dalam esbok semua bahan yang diperlukan semua ada jadi misi diteruskan. Memang best le. Tapi saya hidangkan bersama ayam goreng segera sebab malas nak defrost ayam @ daging yang dah jadi batu tu. Ok le kak ummi minta izin ye kopipes kat sini.


    RESEPI NASI GORENG THAI ISTIMEWA
    Resepi : Mesra.net
    Sumber : Ummi @HomeSweetHome

    Bahan:-
    • 1 3/4 mangkuk nasi sejuk (lebih bagus kalau guna lebihan buat nasi ayam)
    • 2 biji telor
    • 2 sudu teh sayur campur/lobak yg dihiris halus memanjang (akak guna lobak je..)
    • 2 sudu teh cili boh (lebihkan jika nak pedas)
    • 2 sudu teh pes tomyam kesukaan (lebihkan jika mahu lebih berperisa)
    • 3 tangkai cili padi - dihiris halus
    • 1 helai daun limau purut - dihiris halus-halus (akak lebihkan)
    • 3 sudu teh kicap manis
    • 1 sudu teh serai yang dihiris halus
    • 1 sudu teh lengkuas yang dicincang halus
    • 3 - 4 ekor udang besar (seperti udang harimau) - dicelur dulu (*akak x letak)
    • Hirisan isi ayam yang telah direbus atau digoreng terlebih dahulu (*akak tukar daging yang telah direbus lembut)
    • Kepingan limau nipis, bawang goreng dan hirisan daun sup untuk hiasan (*akak x letak pun, lupa...masa snap gambar)
    • Minyak untuk menumis 

    Cara Memasak:-
    1. Pijarkan sesudu makan minyak di dalam kuali dengan api sederhana, pecahkan telor dan gorenglah seperti scrambled egg hingga masak.
    2. Masukkan sayur campur/lobak, udang, daun limau purut, lengkuas dan serai, kacau rata sekejap.
    3. Masukkan cili boh, pes tomyam, cili padi dan kicap manis.
    4. Masukkan nasi dan gorenglah hingga sebati sampai naik bau harumnya dan nasi nampak berasap (tanda dah masak elok).
    5. Hidangkan dengan bahan hiasan

    Cadangan Hidangan:- (*akak xdan dah, nak berbuka sgt time nih..hehe)
    Taburkan hirisan ayam, daun sup dan bawang goreng di atas nasi bersama kepingan limau nipis. Perahkan limau semasa nak makan. Sedap makan panas-panas... POWER!!



      Tuesday, September 27, 2011

      Ipoh mali

      Assalamualaikum.....
      Sempena kedatangan tetamu aka makcik dan pakcik pada sabtu lepas sempat hidangkan nasi ayam ipoh ni. Frust juga rasanya sebab hanya dapat sediakan hidangan ini dan kuih raya sahaja. Nak buat macam mana salah diri sendiri. Masa raya hari tu memang mak cik dah bagitahu nak ke penang pada sekian sekian haribulan sempena konvokesyen adik sepupu. Tapi tarikh yang dinyatakan tidak dicatat atau dipahat diingatan. Kebetulan pulak hari jumaat tu, lepas maghrib dah tidur sebab sakit kepala. Mungkin sebab makan terlebih sangat kut. Mak cik ada call malam tu tapi tak sedar. Pagi baru perasan dan terus return call dan mak cik kata dah ada kat usm dan akan ke rumah setelah majlis selesai. Apalagi le kelam kabut le memikirkan menu yang hendak dihidangkan. Almaklum le bukannya biasa tetamu datang ke rumah. Fikir punya fikir rasanya nasi ayam le paling mudah. Walau pun pernah beberapa kali buat tapi masih tak yakin lagi, jadi geledah le dapur sifu2 dan tergoda dengan menu nasi ayam ipoh ni. Kira berani ambik risiko le sebab tetamu yang bakal dilayan datangnya juga dari ipoh. Alhamdulillah semua orang makan dengan begitu berselera sekali. Masakan tidak makan tengahari jam 3.00 petang sebab cari rumah tak jumpa2, at last hubby pergi jemput kat masjid jamek sungai nibong kecil. Ok le berbalik pada menu ni, terima kaih kepada Kak Nor sebab sudi kongsi resepi yang best ni. Maaf le tak sempat nak snap gambar nasi dengan sup sebab ianya dihidangkan setelah tetamu dah ada dalam rumah rumah. Segan pulak nak posing2 bagai. Minta izin yea kak kopipes kat sini.


      NASI AYAM IPOH
      resipi : Quinnie Myr

      Bahan Utk Nasi:-
      4 mug beras
      4 1/2 mug air rebusan ayam
      2 inci halia*
      3 biji bawang putih*
      3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
      1 sudu besar minyak bijan
      2 sudu besar sos tiram
      2 helai daun pandan
      4 sudu mentega

      Bahan Untuk Ayam:-
      1 ekor ayam
      3 biji bawang putih*
      1 inci halia*
      3 sudu besar kicap lemak manis
      2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
      1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
      1/2 sudu serbuk besar lada hitam ~ ni k.nor tambah

      Bahan Untuk Sup:-
      air secukupnya
      4 bawang putih diketuk
      3 inci halia di hiris
      3 helai batang bawang
      1 biji sengkuang dipotong dadu
      1 sudu besar serbuk lada sulah


      Bahan Untuk Cili
      10/15 biji cili burung
      6 biji cili merah
      sedikit halia (ambik dari rebusan)
      5/6 biji bawang putih
      1 biji limau kasturi/nipis
      sedikit air dari air rebusan ayam
      garam dan gula secukupnya
      (Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)


      Bahan Untuk Kicap:-
      5 biji cili burung
      sedikit halia (ambik dari rebusan)
      4/5 biji bawang putih
      kicap secukupnya
      2 sudu besar sos tiram
      tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
      (Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)

      Bahan Hiasan
      tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

      Cara2:-
      Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

      Cara Untuk Nasi
      Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

      Cara Untuk Ayam
      Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

      Cara Untuk Sup:-
      Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)

      Selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.



        Sunday, August 7, 2011

        Memang tak sempat

        Assalamualaikum....
        Dah 7 hari umat islam menjalani ibadah puasa. Semoga apa yang diimpikan di bulan rahmah ini akan tercapai. Rasanya memang meriah sungguh menu bulan ramadhan ni di rumah sifu2 dan teman2. Walaupun my homework tidak ber"update" tapi tuan rumah tetap setia menjelajah dari dapur ke dapur jika terdapat ruang atau peluang. Biasanya masa keluar pergi site le. Masuk je dalam kereta terus on skrin kecil yang setia menemani ke mana saja. Almaklum le ada orang yang tolong bawakan kereta. BerFB pulak masa dalam perjalanan pergi atau balik kerja. Bila berhenti je kat lampu merah terus je baca new feed. Hehehe memang tak senonoh tapi rasanya masa tu je ada untuk buat semua tu. Kalau dah sampai rumah memang tak pandang dah benda2 tu. Ok le bebalik pada cerita juadah berbuka, cuba sedaya upaya untuk menyiapkan sendiri tapi faham2 je la sampai rumah pukul 6 lebih tok tik tok tik jam 6.30 baru boleh masuk gear 1 kat dapur. Nasib baik hubby kata dia nak makan nasi lepas balik terawih jadi masak juadah yang ringkas untuk berbuka. Lepas maghrib baru sediakan juadah yang lebih berat. Disebabkan kesibukan yang teramat sangat memang tak sempat le nak update my homework. Tak pe le kalau panjang umur lepas bulan yang mulia ini boleh aktif balik kut. Ok le untuk n3 kali ni saya nak kongsikan menu berat semalam. Kalau hari kerja biasanya nasi putih dan sejenis lauk yang kadang kala bercampur sayur sekali. Walau apa sekali pun yang dimasak ikan goreng berlada wajib ada setiap hari. Kalau tak alif memang tak makan nasi le jawabnya. Itu pun saya masak 2 hari sekali. Kalau nak masak hari2 memang tak larat rasanya. Semalam menu istimewa sikit iaitu nasi minyak + ayam masa merah + acar timun. Kepada sesiapa yang tak de idea lagi nak masak apa petang ni bolehlah cuba resepi yang ringkas tapi sedap ini.



        RESEPI NASI MINYAK
        Sumber: tulip77@myresipi.com

        Bahan-bahan ( 6 org )
        • 1/4 cawan minyak sapi
        • 2 biji bwg putih,dicincang
        • 2 biji bwg besar,dihiris
        • 4 kuntum bunga cengkih
        • 2 inci kulit kayu manis
        • 6 biji buah pelaga
        • 6 biji lada putih,ditumbuk
        • 2 cawan beras
        • 2 cawan air
        • 1 cawan susu cair/fresh milk
        • 2-3 titik pewarna kuning
        • 1/2 cawan kismis
        • 3 helai daun pandan
        • untuk menghidang, bawang goreng dan buah badam
        Cara-cara
        1. Pijarkan minyak sapi dalam periuk.Goreng bwg besar dan bwg putih hingga kekuningan.
        2. Masukkan kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga dan lada putih.Goreng selama 5minit.
        3. Masukkan beras,air,susu cair,daun pandan yg disimpulkan serta pewarna kuning.Kacau supaya semua bahan serata.Tutup periuk dan tunggu hingga air kering.
        4. Masukkan kismis dan kacau rata.Setelah itu tanak nasi hingga betul2 masak. Ketika menghidang boleh letakkan bawang goreng serta buah badam. 
        Nota: Resepi ayam masak merah saya akan kongsikan di n3 akan datang


          Thursday, July 7, 2011

          Terima kasih yang, SEDAP!

          Assalamualaikum....
          Seronokkan kalau dapat selalu dengar ungkapan di atas. Rasa penat menyediakan hidangan terus hilang. Keinginan untuk menyediakan menu ni timbul masa berkunjung ke dapur seorang teman semalam. Tambahan pula stok beras basmathi masih ada di dapur jadi rasanya sesuai le kalau digunakan. Sebenarnya kat rumah ni bukannya makan beras ni sangat tapi masa balik kg bulan lepas ada projek nasi beriani di kg. bahagia. Masa nak balik MIL suruh bawa sekali baki beras yang ada. Memang payah le nak habis sebab sekali masak pun guna 2 cawan je. Pasangannya pula nanti saya tunjukkan sebab tak boleh lelama depan lappy ni nak kemas rumah. Petang esok ada tetamu nak bertandang. Terima kasih kepada dalinnasue kerana kongsi resepi yang sedap ni.


          RESEPI NASI CARROT
          Sumber: dalinnasue@myresipi.com  
          Bahan-bahan ( 6~8 orang )
          Bahan A - dikisar
          • 10 biji cili hijau
          • 1 sd besar lada putih
          • 1 sd besar jintan manis
          • 5 ulas bawang putih
          Bahan utk menumis:
          • Buah pelaga, Bunga lawang
          • Bunga cengkih, Kulit kayu manis
          • 4 cawan beras (cuci & toskan)
          • 600 gm carrot (di parut)
          • ½ ekor ayam (potong kecil)
          • 300 gm tomato (potong dadu & campurkan gula batu sedikit)
          • 3 biji bawang besar (di hiris)
          • 4 sd besar minyak sapi
          • 3 cawan air rebusan ayam
          • 1 cawan santan
          • garam
          • daun pandan
          Cara-cara
          1. Gaulkan carrot bersama beras.
          2. Rebus ayam bersama 3 cawan air.
          3. Panaskan minyak sapi, tumis bawang besar hingga kekuningan. Masukkan bahan penumis, bahan A, garam, dan biarkan hingga naik bau.
          4. Masukkan stok ayam ngan ayam skali la, santan, tomato dan beras yg digaul bersama carrot. Kacau sebentar. Tutup periuk dan biarkan nasi masak.
          Nota: saya guna 2 cawan beras basmathi dan gunakan setengah sukatan bagi bahan2 di atas.

          Nota tambahan: Saya tukar santan kepada susu cair dan semua bahan dikisar sebab senang anak2 nak makan.


            Sunday, June 12, 2011

            NASI GORENG KAMPUNG

            Assalamualaikum......
            Nampaknya semangat berblog telah kembali pulih walaupun tidak sepenuhnya. Semoga akan terus diberi ruang dan kesempatan untuk terus berbicara di sini. Sudahkah anda bersarapan pagi? Jika belum dan terdapat nasi putih sejuk di dapur sila le cuba resepi ni. Sedap, tapi resepi ni bukan le hak milik saya ianya di ambil dari SINI. Cuma saya tambah keropok ketika menghidangkannya. Ok le selamat berhari minggu.


            RESEPI NASI GORENG KAMPUNG
            Sumber: Potret Kasih


            Bahan-bahan
            • Nasi sejuk ( angaran 4 orang makan )
            • 2 keping dada ayam ( potong kecil2 )
            • 1 ikat sayur kangkung
            • 2 biji telur
            • Ikan bilis goreng
            • 1 labu bawang besar ( ditumbuk kasar )
            • 3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
            • 10 biji cili padi ( boleh kurang @ lebih ikut citarasa ) – di tumbuk kasar @ dipotong2
            • 1 inci belacan ( ditumbuk )
            • 2 sudu besar sos tiram
            • 1 sudu makan kicap manis
            • garam
            • serbuk perasa ( jika suka )
            Cara penyediaan
            1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukkan isi ayam, kicap dan sos tiram. Kacau.
            2. Bila isi ayam kecut dan masak masukkan telur kemudian kacau.
            3. Masukkan sayur2an dan nasi. Gaul dan masak nasi goreng hingga rata dan sayur2an tadi layu.
            4. Sesuaikan rasa nasi goreng dengan garam dan perasa, bolehlah diangkat.
            5. Semasa menghidang taburkan nasi goreng dengan ikan bilis goreng dan cili potong ( jika suka ).


              Friday, April 22, 2011

              Nasi Ayam Madu

              Assalamualaikum...
              Begitu sibuk rasanya sekarang ni. Terlalu banyak tugas yang perlu diselesaikan. Begitu penat rasanya tapi apakan daya perjuangan perlu diteruskan. Layan je le nasi ayam kat bawah ni yang saya buat ahad lepas. 



              RESEPI NASI AYAM MADU
              Sumber: Nadia@MyR

              Bahan-bahan ( 2 orang )
              • 2 cawan beras
              • 1/4 bawang besar
              • 2 sudu mentega
              • sehelai daun pandan
              • 2 kiub ayam
              • madu
              • kicap pekat
              • 1/2 ekor ayam
              • 1 sup bunjut adabi
              • sos tiram
              • 1/2 sudu serbuk lada putih
              • 1/2 inci halia
              • 3 ulas bawang putih
              • [hiasan]
              • daun bawang
              • daun sup
              • bawang goreng
              • daun salad/timun
              Cara-cara
              1. Bersih ayam. Potong ikut suka
              2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
              3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
              4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
              5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
              6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi.
              P/s: Mood bercerita hilang entah ke mana. Harap akan cepat kembali,


                  Saturday, April 9, 2011

                  Nasi Tomato Lagi

                  Assalamualaikum...
                  Hari ini sediakan lunch awal sebab alif kena pergi sekolah pukul 12. Sekolah ganti untuk cuti deepavali bulan 10 nanti. Masa buat nasi tomato 2 minggu lepas semua orang makan dengan berselera sekali. So semangat le nak masak lagi demi insan2 tercinta. Tapi kali cuba nasi tomato versi choppy yang saya jumpa kat MyR. Ramai yang telah mencuba resepi ini termasuk le cikgu ina yang amat dirindui. Ok le malas nak melalut panjang2, layan le resepi kat bawah ni. Kalau nak tahu siapakah gandingannya, tunggukan kemunculannya pada next n3. (Psstttt tak boleh ngadap pc lama2 bibik masih belum beroperasi)


                  RESEPI NASI TOMATO
                  Sumber: choppy@myresipi

                  Bahan-bahan ( 4 orang )
                  • 2 cawan beras basmati
                  • 2 biji tomato-potong dadu
                  • 2 cawan air
                  • 1/2 cawan susu
                  • 3 sudu besar sos tomato
                  • 1 helai daun pandan
                  • sedikit garam
                         ## Bahan tumis ##
                  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
                  • 2cm kulit kayu manis
                  • 1 kuntum bunga lawang
                  • 1 biji buah pelaga
                  • 2 ulas bawang putih-hiris
                  • 1/4 bawang besar dihiris
                        ## Hiasan ##
                  • Bawang goreng
                  Cara-cara
                  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
                  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
                  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
                  4. Masaklah nasi macam biasa.
                  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng



                    Saturday, March 12, 2011

                    Kepenatan Melampau & Nasi Lemak

                    Assalamualaikum...
                    Susahnya rasa nak cari ruang untuk duduk kat depan pc ni. Semalam pukul 9 dah tidur. Sian kat my SIL. Dah le perjalanan dari ipoh ke penang kat 3 jam lebih. Sampai kat rumah tengok kakaknya dilanda kepenatan melampau. Mana taknya dah seminggu duk berulang ke tempat keje baru. Pastu masa keje bukannya duduk je kat pejabat, asyik keluar ke site je. Sangat memenatkan. Sekarang ni pula dalam proses mengenali semua jalan di SPU. Tak tahu le bila agaknya boleh lekat semua kat CPU ni. Harapan untuk ke DTL macam dah terkubur. Hehehe tak pe la kat mana2 semuanya sama (ayat penyedap hati). Sebenarnya SIL datang untuk hantar kereta dia. Terpaksa pinjam untuk sementara waktu. Sian kat hubby duk uruskan anak2 naik motor. Bahaya satu hal, kalau hujan lagi le parah. Demi untuk menebus rasa bersalah, pagi tadi masak le nasi lemak + sambal ikan bilis + ayam goreng berempah. Tu semua main campak2 je sebab tak dan nak skodeng dapur cikgu2. Alamdulillah semua makan dengan berselera. Kepada sesiapa yang rasa teringin tu esok pagi buat le yea. Letak gambar je sebab nak pi jalan2 rumah kawan2 sat. Daaaa..


                    Saturday, March 5, 2011

                    Nasi Goreng Pattaya

                    Assalamualaikum...
                    Menu breakfast hari ni. Tiba2 teringin pulak nak cuba buat nasi goreng pattaya sendiri. Ye la lunch kat ofis semalam pergi ke 1 food court baru ni, order le nasi goreng ni. Sekali bila makan mak ai tak sedapnya. Tapi telan je la sebab dah bayar 5 ringgit. Lepas alif pergi sekolah terus skodeng MyR. Jumpa le resepi yang dikongsi oleh as75. Tapi biasa le masuk bahan apa yang ada dalam peti ais je. Ok le mata rasa cam dah berat sangat ni. Lagi pun kena tidur awal sebab esok ada game kat USM Transkrian. So kalau nak tengok resipi sila le ke SINI yea.

                    ~Mama punya~
                    ~Baba punya~


                    Friday, February 11, 2011

                    NASI DALCA BAWANG GORENG

                    Assalamualaikum....
                    Tajuk n3 ni saja je nak kasi gempak sikit. Kalau le tuan tanah dah boleh masak menu cam gini memang dasyat giler. Kira dari tadika boleh terus masuk tingkatan 1. Sebenarnya malam tadi tak masak sebab petangnya ada friendly match dengan USM. Sampai umah dah maghrib dan tengok kat dapur makan malam dah tersedia. Hehehe suka sangat sebab nasi ni memang sedap. Dulu selalu gak beli tapi la ni jarang2 sebab tuan tanah sekarang ni rajin buat homework yang sifu2 kasi. Kalau sapa2 nak rasa sila le ke kedainya yang terletak di depan Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas. Kalau tak tahu jalan rujuk GPS ye. 









                    Thursday, February 10, 2011

                    Nasi Goreng kunyit

                    Assalamualaikum....
                    n3 kali ini nak kongsi resepi nasi goreng kunyit yang diambil daripada MyR. Petang semalam dekat pukul 8 malam baru sampai rumah kerana ada latihan bola jaring. Rasa penat sangat tapi apabila mendengar abg long kata nak makan masakan mama, jadi kuatkan semangat untuk bersilat di dapur. Dulu dia ni kalau tanya nak makan apa malam ni, antara jawapan yang biasa diberikan adalah tomyam pak husain, nasi lemak depan sekolah dan roti canai. Tapi alhamdulillah sekarang ni dia semakin boleh menerima air tangan mamanya.  Tak sia2 le usaha mama selama + 2 bulan ni. Terima kasih bebanyak kepada teman2 semua. 
                     
                    RESEPI NASI GORENG KUNYIT
                    Tq to umi_e@myresipi.com
                     
                    Bahan-bahan ( 4 orang )
                    • 3 mangkok nasi
                    • 1/2 labu bawang besar
                    • 1 ulas bawang putih
                    • 1 sudu makan udang kering
                    • 2-3 biji cili hijau (ikut suka)
                    • 1/2 cawan sayur campuran
                    • Segengam udang hidup (ikut suka banyak) dibuang kulitnya
                    • 1/2 sudu teh kunyit serbuk
                    • 1/2 sudu teh perasa ikan bilis maggi (jika suka)
                    • 1 sudu sos tiram
                    • garam secukup rasa
                    • 2 biji telor ayam
                    • 2 sudu minyak untuk menumis
                    • 1/4 cawan air 
                    • Kalau nak pedas sila tambah cili padi
                    Cara-cara
                    1. Tumbukkan bawang+bawang putih+cili hijau+udang kering
                    2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau
                    3. Masukkan serbuk kunyit+sos tiram dan gaul rata serta tuangkan 1/4 cawan air tadi
                    4. Masuukan perasa ikan bilis (jika suka) + udang hidup+ sayur campur+garam dan gaul rata
                    5. Setelah udang hidup masak, pecahkan telor dan kacau sebati
                    6. Akhir sekali masukkan nasi dan kacau rata

                    Saturday, January 15, 2011

                    NASI AYAM

                    Assalamualaikum....
                    Pagi ni lepas sarapan dan basuh kain pergi daftarkan alif masuk Vital Years. Bila dah 7 tahun ni lagi risau dibuatnya. English tu kira dia tolak tepi terus. Kalau tengok kartun kat astro tukar ke BM. Kalau buat latihan@ baca buku, subjek english seboleh mungkin dia taknak. Kalau dipaksa jalan le sikit. Masa kat islah dulu ada le belaja tapi ye la bila balik umah baba n mama duk bercakap bahasa kebangsaan so memang payah le kalau dia nak pandai cepat. Sebagai ibu bapa sudah tentu kita nak yang terbaik untuk anak2. Bila daftar tadi teacher tu kata boleh mula hari ni so mamanya terus setuju le. Semangat gitu. Kelas start kul 1.30 sampai 3.30.Tu yang balik umah terus fikir menu yang paling cepat untuk disiapkan. Cari kat pakcik google jumpa resepi ni. So teruskan je. Alhamdulillah berjaya. Saya buat 3 cawan beras dan 4 ketul dada ayam. Jadi bahan-bahannya ditolak dan dibahagikan daripada resipi kat bawah ni.


                    NASI AYAM
                    Sumber:  junjs11@myresipi.com

                    Bahan-bahan ( 6-8 orang )

                    Untuk rebus
                    -1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
                    - 2 ulas bawang putih
                    - 2sm halia yg diketuk

                    Untuk perap
                    >1 sudu besar kicap pekat
                    >1 sudu besar sos tiram
                    >1cm halia
                    >2 ulas bawang putih
                    >sedikit kicap cair

                    Untuk nasi
                    - 5cwn beras
                    - 3 sudu besar butter
                    - 1cm halia- ditumbuk
                    - 4 ulas bawang putih -ditumbuk
                    - air rebusan ayam tadi secukupnya
                    - sedikit garam.

                    Bahan sos
                    > 5biji cili merah - Saya guna cili kering + cili api
                    > 5 ulas bawang putih
                    > 2cm halia
                    > 1 sudu teh cuka, garam, gula
                    > 1/2 cawan air

                    Untuk sup
                    @lebihan air rebusan ayam
                    @1 biji bawang besar kisar
                    @rempah sup
                    @garam
                    @daun sup yg dihiris.

                      Cara-cara
                      1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
                      2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
                      3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
                      4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
                      5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi
                      ~Semangat nak pi tuisyen~

                      ~Tak dan nak senduk nasi pun lagi~

                      Thursday, January 13, 2011

                      NASI GORENG UDANG

                      Assalamualaikum...
                      Rasanye minggu ini adalah minggu yang amat memenatkan. But still under control (ye ke). Kat ofis meeting sana meeting sini. Esok je yang takde kut??? Tapi tu le kalau dah duk pi meeting tu kena la buat reportnya. So telah diputuskan esok adalah Hari Report Sedunia. Ada teman pernah berkata "akak ni asyik buat report je macam PA plak". Huaaahhhhhhh... terkedu lidah untuk membalas ungkapan itu. Walau apa pun janji bahagia ye tak. Semalam saje je masak nasi lebih. Bukan apa senang le hari ni tak payah fikir nak masak apa sebab apabila adanya nasi sejuk maka boleh terus masuk dalam kuali campak apa yang patut terus boleh kenyangkan perut. Ok le tu. Ni le bahan2 dan cara ianya dicampakkan ke dalam kuali tu.


                      Bahan-bahan
                      • 3 cawan Nasi Putih
                      • 10 ekor Udang saiz sederhana
                      • 1/4 cawan Kacang Panjang yang dipotong kecil2
                      • 1/4 cawan Lobak Merah di potong dadu
                      • 1 biji Telur
                      • 2 ulas Bawang Putih - ditumbuk
                      • 1 biji Bawang Besar saiz sederhana - ditumbuk
                      • 10 tangkai Cili Padi Kampung - dihiris
                      • 1 sb Sos Tiram
                      • 1 sb Sos Ikan
                      • Marjerin untuk menggoreng
                      • Garam secukup rasa
                      Cara-cara
                      1. Masukkan sos tiram dan garam ke dalam nasi dan gaul sehingga rata. Ketepikan.
                      2. Panaskan kuali dan masukkan marjerin. Setelah merjerin cair sepenuhnya masukkan bahan yang ditumbuk goreng sehingga wangi.
                      3. Kemudian masukkan udang. Setelah udang berwarna kemerahan pecahkan telur dan kacau.
                      4. Masukkan cili api dan diikuti pula campuran no.1. Kemudian masukkan kacang panjang dan lobak merah.
                      5. Kacau sehigga kacang dan lobak agak lembut dan bolehlah dihidangkan. Kat umah ni kena kacau sampai kedua-duanya agak lembik.
                      Sebenarnya masa duk tengah taip n3 ni oven kat dapur tu tengah berusaha keras untuk memastikan Pandan Cheese Cake masak secukupnya. Sebab dia tau kalau gagal dia yang akan dipersalahkan. Dulu dah try sekali resepi CMG tu tapi tak menjadi. Hasil daripada post-mortem yang dibuat punca kegagalan adalah disebabkan oleh kegagalan egg saperator memisahkan kuning dan putih dengan baik. Jadi khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi dan telah diganti oleh yang baru. Kebetulan malam ni aqil tidur awal so cari le idea  juadah untuk di bawa ke opis besok. Mula nak buat Marble Chocolate Cheese Cake yang ada kat dapur hana tu tapi bila check kat almari serbuk koko out of stock. Pastu pegi dapur k nor nampak plak Slice Cheese Cake (Versi Marble). Cantikkkk sangat. Disebabkan aku ni baru masuk kelas tadika jadi Marble2 tu takde le. Kalau berjaya misi malam ni Insyaallah aku kongsikan kat sini. (Kalau takde tu faham2 sendiri le ye).