MY IKLAN

MY IKLAN
Showing posts with label ikAn. Show all posts
Showing posts with label ikAn. Show all posts

Friday, January 20, 2012

Nak perabihkan stok

Assalamualaikum w.b.t......
Hujung minggu baru ni memang tak beli barang dapur sebab nak perabihkan stok dalam esbok, insyaAllah kalau takde aral melintang esok pagi balik kg. Seperti biasa balik pasir salak dulu lepas tu baru balik teluk intan. Bukannya apa alif kalau balik kg baba dulu mula le liyat nak balik kg mama sudahnya dia tinggal. Kalau tenet ok dan tak banyak aktiviti di kg boleh le update myhomework kalau tak tunggu le minggu depan. Masa tayang menu yang INI, Tun ada komen "wah2.. tun xpernah wat kari ikan masin.. tp kalau gulai (masak lemak) ikan masin ngan nenas mmg feveret semua org". Terus terfikir nak cuba buat tapi hubby kureenggg sikit ngan nenas dan kebetulan pula ada 2 biji terung bulat dalam esbok jadi apa lagi godeh2 le kat dapur. Ok le malas nak citer panjang-panjang, layan je resepi kat bawah ni. Selamat menikmati makan tengahari kepada semua, tuan tanah tak tahu lagi nak makan apa tengahari sebab malas betul rasanya nak hidupkan enjin kereta. 



RESEPI GULAI LEMAK IKAN MASIN
Sumber: junjs11@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 family... )
  • 1-2 keping isi ikan masin (campur tulang pun boleh) spt ikan talang/kurau
  • 5 ulas bawang merah-hiris
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • santan secukupnya
  • 1 asam keping
  • 1 helai daun kunyit/2-3 daun limau purut
  • 1 batang serai-titik
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • sayur pilihan seperti terung (boleh juga isi nenas)
  • 2 biji cili merah/hijau-dibelah
  • 3-4 cili api-tumbuk
Cara-cara
  1. Masukkan semua kedalam periuk. masak seperti gulai lain.
  2. Tambah garam jika perlu (jun biasanya x isi sbb ikan masin tu dah cukup masin)



    Friday, January 13, 2012

    Tak sama pun..

    Assalamualaikum w.b.t......
    Seperti biasa malas betul rasanya nak keluar ke mana-mana walaupun masa rehat hari ini agak panjang. Kalau di KOMTAR dulu pantang rehat je mesti ada je tempat yang nak dituju, mungkin sebab walking distance je. Sekarang ni tempat window shopping yang terdekat adalah Kompleks Dato' Kailan, itu pun kena hidupkan enjin kereta dan yang paling leceh adalah mencari tempat parking. Tu yang rasa berat hati je nak keluar, duduk dalam bilik layan pc lagi syok sebab boleh pergi oversea lagi. Kebetulan pula hari ini ada teman pejabat buat kenduri pagi tadi tapi tak sempat makan jadi boleh le dibuat hidangan tengahari. Balik dari mesyuarat tadi tengok ada sebungkus nasi + kawan-kawannya kat atas meja. Bila buka tengok macam banyak sangat nasinya, jadi terus ambik pinggan dan luakkan separuh sahaja. Habis je nasi dalam pinggan rasa macam tak kenyang je lagi oleh yang demikian habis le sebungkus nasi daging hari ini. Hehehe bila tengok rasa macam nak kena kawal tapi bila dah makan jadi tak terkawal pula. Ok le untuk tengahari ini saya jamu kari/gulai ikan masin ni untuk pengunjung2 MyHomework. Ini adalah antara menu kegemaran en. hubby dan ianya dimasak atas permintaan beliau. Tekak saya rasa macam ok je tapi hubby kata tak sama macam yang dijual di kedai. Takpe le kali pertama le katakan. Resepi ni seperti biasa saya ambik dari MyResepi dan terima kasih diucapkan kepada princessharyati, iznikan saya CnP di sini.


    RESEPI KARI IKAN MASIN
    Sumber: princessharyati@myresipi

    Bahan-bahan ( 5-6 orang )
    • 12 ketul ikan talang masin (ikan masin apa2 pun boleh)
    • 3 biji terung bulat di belah 4
    • 4 sudu serbuk kari daging
    • 1 serbuk cili kering (cili boh pun boleh)
    • 2 cawan santan
    • 2 sudu helba campur
    • Sedikit bunga lawang dan cengkih
    • 1 batang kulit kayu manis
    • Sedikit daun kari
    • 1 asam keping
    • 1 biji bawang besar dimayang halus
    • 3 ulas bawang putih di mayang halus
    • 1/2 inci halia di mayang halus
    • sedikit garam dan serbuk perasa
    • Sedikit minyak


    Cara-cara
    1. Panaskan minyak masukan daun kari, helba campur,bunga lawang,cengkih dan kulit kayu manis. Masak 1-2 minit.
    2. Kemudian masukan rempah kari dan serbuk cili. Letakkan sedikit air. Kacau sehingga naik minyak. Setelah rempah tadi garing masukkan sedikit air dan santan. masak 3-4 minit.
    3. Masukan ikan masin, masak dgn api perlahan sehingga 4 minit kemudian masukan terung. Tunggu sehingga terung tadi lembut kemudian masukan asam keping, serbuk perasa dan sedikit garam (jika perlu).
    4. Di kuali yang lain goreng halia,bawang besar dan bawang putih sehingga garing dgn minyak yang sedikit kemudian masukan kesemua bahan tadi bersama minyak ke atas kari yang telah dimasak itu tadi. Siap untuk di santap




      Saturday, October 15, 2011

      Kalau dah malas

      Assalamualaikum.....
      Kalau dah virus M melanda mula le nak mengelat je, tapi bila memikirkan 4 perut yang perlu diisi maka terpaksa ke dapur juga. Buka esbok tengok ada ikan siakap. Hehehehe terus pandang kat pengukus yang tersimpan ditempatnya. Kebetulan pula ada mangkuk serbaguna yang baru dibeli. Jadi inilah masanya untuk menjalankan upacara pecah dara. Masa selak koleksi resepi yang tersimpan kat dalam laci, ternampak le resepi yang sangat mudah ni. Terus ke dapur untuk menjalankan operasi dan akhirnya terisi le perut2 insan yang sedang kelaparan.


      RESEPI IKAN SIAKAP STIM
      Sumber: Sajian Selera MW 250408

      Bahan-bahan
      • 1 ekor ikan siakap
      • 100 gram halia (dihiris halus)
      • 2 batang serai (dihiris)
      • 5 tangkai cili merah (dihiris)
      • 50 gram daun ketumbar (dicincang)
      • Garam secukup rasa
      • Air limau secukupnya
      • Lemon
      • 1/2 biji carrot (dihiris)
      Cara Membuat
      1. Masukkan ikan ke dalam bekas pengukus. Taburkan kesemua bahan ke atas ikan.
      2. Masukkan sedikit air dan kukus selama setengah jam.
      3. Sedia untuk dihidang.


        Saturday, June 11, 2011

        IKAN PEKASAM GORENG

        Assalamualaikum.......
        Macam seronok je tayang menu ni. Minggu lepas balik kampung jiran sebelah rumah buat kenduri dan menu yang paling sedap adalah ikan pekasam pais. Sedap sangat, kalau nak buat sendiri memang takkan jadi punya. Baru ni nampak pula ikan pekasam dijual di kedai dan teringat pada n3 Cikgu Ina yang INI. Terus beli dan sampai je rumah masak nasi dan goreng ikan ni. Sangat senang dan sedap. Ok le kepada sesiapa yang nak nikmati keenakkannya boleh le cuba. Tak rugi punya.


        RESEPI IKAN PEKASAM GORENG
        Sumber: hanamemories.blogspot.com

        Bahan-bahan
        • Ikan pekasam
        • Bawang merah - hiris
        • Cili padi secukupnyer - belah dua atau hiris
        Cara-cara
        1. Cuci bersih ikan pekasam. Rendam sebentar dalam air untuk mengurangkan sedikit kemasinan dan melembutkan sedikit kecut ikan tersebut.
        2. Panaskan sedikit minyak. Goreng hingga masak/garing. Angkat. Guna minyak yang sama, goreng bawang dan juga cili. Angkat. ~ saya goreng bawang dan cili dulu kemudian baru gerang ikan menggunakan minyak yang sama ~
        3. Hidangkan. Jika suka boleh perahkan limau kasturi.


          Sunday, April 17, 2011

          Kari Kepala Ikan

          Assalamualaikum....
          Mukadimah kali ni tak nak panjang2 sebab kesuntukan masa. Kari kepala ikan ni buat untuk lunch semalam sebab teringin sangat nak makan. Kat penang ni saya paling suka kari kepala ikan di Pen Mutiara, tapi tak boleh pergi selalu. Faham2 je la. Alhamdulillah resepi ni tidak mengecewakan habis sekali hadap je. Tq to DJ sebab sudi kongsi resepi yang best ni. Saya derhakakan sikit dengan menambah sedikit santan. Next time nak buat lagi.

          RESEPI KARI KEPALA IKAN
          Sumber: Dayang Jack

          bahan-bahan :
          • Kepala ikan jenahak atau ikan merah (dibersihkan)
          • kacang bendi
          • 3 biji bawang merah (dihiris)
          • 2 ulas bawang putih (dihiris)
          • 1 inci halia (dihiris)
          • 1 tangkai daun kari
          • sedikit halba campur
          • tomato (dibelah 4)
          • 3 sudu makan serbuk kari ikan Adabi (dibancuhkan dengan sedikit air)
          • garam dan sedikit gula
          • air asam jawa
          • 1/4 cawan santan ~ saya tambah
           Cara-cara :
          1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.
          2. Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih.
          3. Kemudian masukkan ikan dan kacang bendi. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali barulah dimasukkan air asam jawa dan tomato.
          4. Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan.


            Tuesday, March 15, 2011

            IKAN KUKUS ASAM BOI

            Assalamualaikum...
            Tengahari tadi sanggup korbankan masa rehat semata2 untuk join segmen en. ben.  Malam ni rasa macam tak larat nak duduk depan pc ni tapi gagahkan juga untuk kongsikan resepi yang sedap ini. Hari ahad lepas ternampak asam boi masa jalan2 kat ropewalk. Terus rembat seringgit sebab dalam peti ais ada sekerat ikan siakap. Homework ni dah lama cikgu hana bagi tapi baru je berkesempatan nak siapkan. Kepada hana & family semoga sentiasa berada di bawah perlindunganNya dan terpelihara dari kejadian yang tidak diingini. Semoga selamat sampai ke tanah air nanti. Resepi ni memang sangat mudah. Campak2 je bahan2 ya dan kukus. Siap untuk dimakan. Kepada yang nak merasa sila copy resepi & buat sendiri yea.


            RESEPI IKAN KUKUS ASAM BOI
            Source: hanamemories.blogspot.com

            Bahan-bahan
            1. Ikan yang sesuwai utk kukus (siakap, kerapu etc )
            2. 1/2 biji bawang besar - hiris
            3. 2 ulas bawang putih - ketuk
            4. 1-2 batang serai - hiris
            5. 1 inci halia - hiris memanjang halus
            6. 5 biji asam boi putih atau lebih
            7. 1/4 batang carrot - hiris memanjang halus
            8. Tomato cherry @ biasa - belah 4
            9. Daun ketumbar
            10. 1 sudu sos ikan
            11. 1 sudu kicap cair
            12. 1 sudu sos tiram - (optional)
            13. Hirisan limau atau jusnya
            14. Cili padi dan cili merah - ikut kepedasan masing2 - hiris@ketuk
            15. Garam - jika perlu - hana tak letak sbb sos ikan dah masin.
            16. Tepung jagung+air sedikit (jika ingin kuah pekat) - hana tak letak
            Cara-cara
            1. Rendam asam boi dgn air panas (air paras asam boi,jgn byk sgt) sehingga kembang. Kemudian kikiskan sedikit.
            2. Basuh ikan dengan limau kemudian cuci bersih. Letak ke dalam pinggan@mangkuk tahan panas yang sesuai.
            3. Susun@taburkan bahan2 lain ke atas ikan.Satukan dalam mangkuk kecil sos ikan, kicap cair, sos tiram, garam jika perlu. Kemudian curahkan ke atas ikan.
            4. Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali.
            5. Kukus ikan selama 15min atau hingga masak.
            6. Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar lagi sekali.
            Nota: Sukatan bahan2 saya kurangkan setengah sebab ikan ada sekerat je. Lagi 1 saya tak letak apa yang hana tak letak. (tak berani derhaka gitu!)


            Wednesday, March 9, 2011

            IKAN SIAKAP KUKUS CFT

            Assalamualaikum..
            Ni menu malam tadi. Masa duk keluarkan ikan dari peti ais ingat nak buat sweet sour atau 3 rasa. Tapi bila hubby kata sakit tekak terus cancel. Ye la mana boleh masak makanan yang berminyak. Nanti lagi parah pulak. Nak senang punya pasal terus tanya pakcik google. So dapat le kat resepi ni.  Ramai yang telah mencuba dan menghantar laporan, mengakui betapa sedapnya menu ini. Menurut CMG ini adalah resepi khas dari Chef Florence Tan (CFT). Saya buat 1/2 ekor ikan jer. Jadi bahan2nya pun saya setengah2 kan juga. Terima Cikgu Mat Gebu kerana kongsikan resepi ni kat MyR.

            RESEPI IKAN SIAKAP KUKUS
            Sumber: Mat Gebu @ myresepi.com

            Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )
            • 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok(
            • 1/2 camca teh garam
            • 1/2 camca teh tepung jagung
            • 1/2 camca teh lada sulah
            • 3 camca besar jus limau kasturi*
            • 1 1/2 camca besar minyak masak*
            • 1 1/2 camca teh gula*
            • 1/2 camca teh garam*
            • 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
            • 2 batang serai, dihiris halus*
            • 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
            • 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
            • 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
            • 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
            • 1/2 camca teh tepung jagung*
            • 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.

            Cara-cara
            1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
            2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
            3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
            4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

            Sunday, February 20, 2011

            Bawal Sweet Sour

            Assalamualaikum..
            Sebenarnya ni lauk semalam. Ye la sekarang ni kan selalu siaran tertunda. Kira bizi sangat le konon. Lambat pun tak pe le janji boleh kongsi kat sini. Resepi ni jumpa kat MyR. Itu pun masa pergi kedai nak buat menu lain, tup..tup sampai umah jadi lain plak. Semalam agak kelam kabut gak sebab abg long ada sekolah ganti sebelah petang. Malam tu dia dah cakap ngan baba nak bawak bekal pergi sekolah. Nasib baik nak bawa roti goreng sosej. Kalau diminta makanan yg susah2 mahu 'kencang kirap' mamanya. Apapun tq to minami. Izinkan saya kopipes kat sini yea.

            RESEPI BAWAL SWEET SOUR
            Sumber: minami133@myresipi.com

            Bahan-bahan ( 2-3 org )
            2 keping ikan merah(aper2 pon bole) ~ 1 buat 1 ekor ikan bawal
            serbuk kunyit
            1/2 bawang besar(dimayang)
            2 ulas bawang putih(dimayang)
            1 biji cili merah(mayang)
            3 sudu besar sos cili
            3 sudu besar sos tomato
            1 sudu kecil gula
            1/2 sudu kecil garam
            2 sudu minyak
            1/2 cawan air
            mixed vegetables (bole jugak gune)
            1 biji tomato  ~ saya tambah

            6 biji cili padi kg ~ saya tambah
            1/4 biji cili hijau bulat ~ saya tambah
            1/4 biji cili kuning bulat ~ saya tambah
            Cara-cara
            1. Bersihkan ikan. Sapu serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng.(Boleh juga diganti dgn tepung jagung dan garam. sapu garam pada ikan kemudian tabur tepung rata atas ikan)
            2. Sementara menunggu ikan masak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing. kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. kacau kejap dan masukkan air.masukkan cili besar (semua cili yang ada). masukkan garam dan gula. tunggu kuah menjadi pekat barulah masukkan ikan.. siap!
            3. jika gune mixed vegetables, masukkan ia sebelum masuk ikan.

            Sunday, February 13, 2011

            Kari/ Gulai Ikan ..... My Homework

            Assalamualaikum.....
            Sila masuk. Jangan segan..segan. Ni masih di tempat yang sama. Cuma nama je sudah tukar. Sebab bila difikir-fikirkan balik My Homework ni lebih sesuai untuk di letakkan di sini. Dalam saya mencari ilmu untuk belajar memasak saya menganggap bahawa semua menu2 yang ditayangkan di blog yang saya ikut adalah merupakan homework saya. Hanya dengan mencuba dan terus mencuba insyaallah azam untuk menjadi anak, menantu, isteri, ibu, adik dan kakak yang pandai memasak akan tercapai suatu hari nanti.

            Lunch hari ni semalam adalah kari/ gulai ikan kembung. Saja letak "/" tu sebab kalau kat perak panggil kari. Tapi kat penang di panggil gulai. Ni merupakan salah satu menu kegemaran kat rumah ni. Tapi saya masih belum mahir untuk menyediakan. Kalau balik kg mak teh @ kak cik yang masak. Alhamdulillah rasanya ada improvement kut hari ni. Semua orang makan dengan begitu selera sekali. Resepi saya ambil daripada pada paket kari alagappas. Cuma saya adjust sikit. Mak teh pesan kalau masak gulai ikan kena lebihkan air asam jawa dan kurangkan santan. Inlah hasilnya.

            RESEPI KARI/ GULAI IKAN
            Rujukan: Paket Serbuk Kari Allagappa's


            Bahan2
            • 5 ekor ikan kembung
            • 6 biji bendi 
            • 2 biji tomato - dibelah empat
            • 2 biji cili hijau - Dipotong menyerong
            • 1 paket Serbuk kari (25 gm)
            • 3/4 biji bawang besar - dimayang
            • 2 ulas bawang putih - diihiris
            • 1 sk halba campur
            • 1 genggam asam jawa + 750 ml air
            • 1/2 cawan santan pekat
              2 tangkai daun kari
            • Sedikit garam
            • Minyak untuk menumis
             Cara2
            1. Panaskan minyak. Goreng bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari sehingga menjadi warna kekuningan.
            2. Masukkan serbuk kari yang telah dicampur dengan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
            3. Masukkan air asam dan biarkan mendidih untuk beberapa minit.
            4. Selepas itu masukkan santan, ikan, kacang bendi, tomato, cili hijau dan garam. 
            5. Masak selama 10 minit dan hidangkan semasa panas. 





            Tuesday, February 8, 2011

            Ikan Kembung Bakar

            Assalamualaikum....
            Ni menu berbuka puasa semalam. Cuba teka saya skodeng resepi kat mana. Kalau betul nanti saya bagi 20 sen yea. Masa duk tengok resepi ni memang terliur dibuatnya. Biasa buat ikan bakar bodo2 je. (Biasa buat ke? Tettttt....). Balik kerja terus ke ikhwan, tengok ikan kembung je yang ada so ambik je le. Kebetulan bahan2 lain semua ada kat dalam peti ais. Masa duk pilih ikan, aqil punya le seronok menarik segala macam barang yang bergantungan. Jadi untuk menyelamatkan keadaan tak boleh le duk kat situ lama-lama. Kepada tuan punya resepi terima kasih banyak2 sebab memang sedap. Tinggal daun pisang ngan aluminium foil je kat dalam pinggan. Minta izin ye cNp kat sini.


            RESEPI IKAN KEMBUNG BAKAR

            Tq to ..............

            Bahan-Bahan
            • 1 ekor ikan (bawal/merah)- saya guna 3 ekor ikan kembung saiz sederhana.
            • 1 btng serai-diketuk
            • daun limau purut-dihiris,saya guna 8 helai daun limau purut
            • air asam jawa, saya guna 1/4 cwn air asam jawa
            • daun pisang dan aluminium foil
            Bahan2 Kisar:-
            • 5 cili merah
            • 5 cili kering-saya guna 2 sudu besar cili kisar
            • 5 cili api
            • 5 biji bawang merah
            • 3 ulas bawang putih
            • 3 batang serai
            • garam dan sedikit gula-saya tambah ~ saya ikut je
            • sedikit belacan-saya tambah ~ saya ikut je
            Cara-Cara
            1. Panaskan minyak. tumis bahan2 kisar hingga wangi dan naik minyak. Masukkan serai, garam dan air asam.
            2. Letakkan daun pisang diatas aluminium foil. Letak separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi. Tutup daun pisang dan foil.
            3. Bakar dengan api kecil hingga ikan masak pada kedua2 bahagian. Saya bakar dlm oven saja selama 45 minit. ~ Disebabkan suhu oven tidak dinyatakan jadi saya bakar pada 180' selama 20 minit.
            4. Hidangkan dengan air asam atau cili berkicap.

            Saturday, January 29, 2011

            Siakap Bakar Berempah Woku

            Assalamualaikum...

            Ini adalah menu utama untuk lunch hari ini. Bukannya apa bila nampak je kat dapur k yatie hari tu terus tergoda. Teringin nak tau apa rasanya. Ye la namanya tu menarik perhatian. Alhamdulilah tak rugi mencuba resepi ni. Memang sedap. So kopipes kat sini nanti senang kalau nak buat lagi. 



            Resepi Siakap Bakar Berempah Woku
            Tq to Kak Ummi, Mas & Kak Yatie. 


            Bahan -Bahan
            2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar - xde! ikan apa2 ajer!
            2 sudu teh air perahan limau nipis
            1 sudu teh garam

            # Lumur ikan dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan
            8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
            4 helai daun pandan - hiris halus
            2 helai daun kunyit - hiris halus
            3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
            5 tangkai selasih - diambil daunnya - x ltk
            2 biji tomato merah - potong dadu
            250 ml air
            1/2 sudu teh garam
            1 sudu teh gula pasir
            2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
            3 sudu makan minyak masak untuk menumis

            Bahan Kisar
            12 biji bawang merah
            7 biji cili padi merah
            5 biji buah keras - bakar kejap
            3 cm kunyit hidup - bakar - tak bakar pong dua2
            2 cm halia

            Bahan Pelengkap
            Daun senduduk secukupnya-tak letak sbb takde
            1 biji timun - dipotong serong
            4 tangkai selasih
            6 biji cili padi merah hiris untuk tabur



            Cara Memasak :

            1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
            2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
            3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
            4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
            5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
            6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
            7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
            8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.

            Friday, January 21, 2011

            IKAN BERSAMBAL PEKAT

            Assalamualaikum....
            Pagi tadi singgah dapur kak ummi nampak menu ni. Sesuai sangat le sebab masa tu duk fikir apa le yang nak dimasak untuk orang2 yang akan ditinggalkan kat umah ni esok. Bukannya apa kena bertugas seharian di seminar anjuran KN Pulau Pinang dan Delegasi dari Jepun. Kesian tapi nak buat macam mana dah tugas. Dah le tu alif pulak ada sekolah ganti untuk CNY. Nasib baik hubby faham. Resepi dikopipes dari sini ye. Tq kak ummi.

            RESEPI IKAN BERSAMBAL PEKAT
            Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

            Bahan:-
            • 1 keping ikan merah/apa2 jenis ikan ~ saya guna 3 ekor ikan kerisi saiz sederhana
            • 3 sudu besar cili kering kisar (tengok tahap kepedasan cili laa)
            • 1/2 biji bawang besar - dikisar
            • 2 ulas bawang putih - dikisar
            • 1 cm halia - dikisar
            • 1 cm lengkuas - dikisar ~ tak letak sbb out of stock
            • 1 inci belacan bakar - dikisar
            • 1 biji buah keras
            • 2 btg serai - diketuk
            • 1 keping asam gelugor
            • sedikit air
              garam dan gula secukup rasa
              minyak untuk menumis
            Cara Memasak:-
            1. Ikan dibersihkan, dilumur dengan garam dan serbuk kunyit, goreng hingga embal2/lembab saja. Angkat dan ketepikan.
            2. Tinggalkan 4 sudu besar minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar dan serai. Masak dengan api perlahan hingga pecah minyak. Masukkan air jika perlu.
            3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
            4. Masukkan ikan, balik-balikkan biar mesra dan seimbangkan rasa.
            5. Tutup api.

            Thursday, January 20, 2011

            IKAN SIAKAP KUKUS

            Assalamualaikum...
            Hari ni semangat sungguh rasanya. Lepas siap basuh kain terus pergi pasar bayan baru. Beberapa menu telah dirancang untuk tengahari ni. Antaranya adalah lala masak bercili. Tapi malangnya sampai kat pasar tengok lala dah habis. Mana taknya pergi pasar kul 10.00 memang le dah habis. La ni tengok harga barang2 kat pasar naik takut dibuatnya. Punya le mahal. Tengok barang yang dibawa sikit je tapi beg duit dah kempis. Rasanya cam kena bercucuk tanam sendiri je. (Duduk pun kat tingkat 3 ada hati nak bercucuk tanam). Tunggu pencen le kut. 
            Atas nasihat teman2 sepejabat dalam seminggu dua ni elakkan daripada membeli santan. Almaklum le semalam kan ada upacara pecahkan kelapa kat atas jalan. Secara logiknya ke mana ye kelapa yang bertan2 tu akan dihantar? Tettttt.... 
            Menu utama hari ini adalah ikan siakap masak kukus. Resipi skodeng kat dapur cikgu yatie. Disebabkan hasilnya amat membanggakan maka kopipes le kat sini. Cikgu tak marah yek?


            RESEPI IKAN SIAKAP KUKUS
            Sumber: CMG & Yatie

            Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )
            • 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok(
            • 1/2 camca teh garam
            • 1/2 camca teh tepung jagung
            • 1/2 camca teh lada sulah
            • 3 camca besar jus limau kasturi*
            • 1 1/2 camca besar minyak masak*
            • 1 1/2 camca teh gula*~ saya tak letak
            • 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
            • 2 batang serai, dihiris halus*
            • 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*~ saya tak letak
            • 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
            • 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
            • 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
            • 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.
            • 1/2 sb Sos Ikan ~ saya tambah sendiri
             Cara-cara
            1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
            2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
            3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya.
            4. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
            5. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

            Saturday, January 8, 2011

            SUP IKAN

            Assalamualaikum.....
            Sebagaimana yang semua sedia maklum sekarang ni musim hujan jadi memang sejuk je le. Bersyukur sangat sebab kat sini bukan kawasan banjir. Simpati dengan mangsa2 banjir kat belah Pantai Timur. Semoga semua mangsa tabah menghadapi ujian yang diturunkan. Tiga2 hero diserang selsema dan batuk dimulai oleh Aqil pastu Abg Long dan terkini baba pulak. Atas faktor kesihatan makanan yang paling sesuai adalah sup. Dicadangkan sup ketam tapi baba taknak. Dia nak sup ikan merah. Alhamdulillah setelah siap berselera sungguh makannya.


            Bahan-bahan
            • 1 pkt Sup Ikan Adabi
            • 2 ketul Ikan Merah
            • 1 biji Kentang
            • 2 biji Tomato
            • 1 biji Bawang Besar (Saiz sederhana) - dimayang
            • 3 ulas Bawang Putih - dimayang
            • 1/2 inci Halia - dihiris nipis
            • 1 batang Serai
            • 6 biji Cili Api Kampung
            • Garam secukup rasa
            • Minyak untuk menumis
            • Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

            Cara-cara
            1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan diluar bunjut sehingga naik bau.
            2. Masukkan air, bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Biarkan seketika kemudian masukkan kentang dan bunjut.
            3. Apabila kentang telah empuk, masukkan ikan dan tomato dan cili api. Masak selama 8-10 minit.
            4. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Sediakan untuk hidangan dengan menaburkan daun sup dan bawang goreng.