MY IKLAN

MY IKLAN
Showing posts with label AkT. Jab.. Show all posts
Showing posts with label AkT. Jab.. Show all posts

Monday, October 5, 2015

HARI INOVASI JKR MALAYSIA 2015


Hari Inovasi JKR Malaysia 2015 bertemakan " INOVASI DAN KREATIVITI TERAS KECEMERLANGAN " bakal dihadiri seramai 500 pegawai terdiri daripada kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulan pelaksana.


Program       : Hari Inovasi JKR Malaysia 2015
Tarikh           : 05 dan 06 Oktober 2015 ( Isnin dan Selasa )
Tempat         : Dewan Utama Hotel Tabung Haji, 
                       Bayan Lepas, Pulau Pinang
Dirasmikan   : YBhg. Datuk Ir. Adanan bin Mohamed Hussain
                       Ketua Pengarah Kerja Raya.


Walaupun sudah tidak dapat turut serta tetapi ianya masih tetap berbekas dihati. Semoga program tahun ini berjalan lancar.


    Monday, September 7, 2015

    Program Penghijauan Cameron Highland 2015

    Assalamualaikum w.b.t
    Program Penghijauan Cameron Highland 2015 telah diadakan pada 28 Ogos 2015 bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Sebanyak 500 pokok Damar Minyak telah ditanam oleh kakitangan JPNK dan ahli Puspanita Negeri Kedah. Mula tu memang stress sebab tak boleh balik sg dua semasa cuti hujung minggu. Tapi bila melihat semangat yang ditunjukkan oleh para perserta terus jadi seronok. Kali ini terpaksa bawa ariq pergi sekali dan syukur alhamdulillah dia memberikan kerjasama yang amat baik sekali. Semoga pokok-pokok yang ditanam akan membesar dengan baik dan memberi manfaat kepada penduduk/ pelancong di Cameron Highland.



      Thursday, August 6, 2015

      Dekorasi Booth Jamuan Aidilfitri 2015


      Dewan Makan Tingkat 12 BSAH

      Backdrop

      Photo booth

      Booth Ucapan

      Nasi Daging + Ayam Masak Merah + Air Asam + Dalca

      Lemang + Ketupat + rendang

      Kambing Goleh yang tak kunjung tiba

      Cendol

      Laksa Teluk Kechai

      Kuih Muih + Biskut Raya

      Satay

      Manisan

      @ Tiada dalam gambar: Booth Minuman Panas dan Sejuk serta Buah-buahan Tempatan

      Wednesday, March 25, 2015

      Ucapan Terima Kasih


      Assalamualaikum w.b.t

      Tetiba teringat kat My Homework, kalau baca kat ENTRY NI hajat di hati nak update blog hari-hari. Tapi bila bulan Januari 2015 menjelma, 1 tugasan besar telah di amanahkan. Dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Persiapan Tapak sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 benar-benar menguji kesabaran dan ketabahan. Setelah menempuh pelbagai rintangan dan halangan, alhamdulillah majlis sambutan telah berjalan lancar. Hanya ucapan terima kasih yang dapat diberikan kepada semua yang telah banyak membantu, Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian.


        Monday, December 3, 2012

        Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan Ke 29 Tahun 2012

        Assalamualaikum w.b.t.

        Malam ni nak kongsikan 1 lagi pengalaman indah yang ditempuhi bulan lepas, pengalaman yang tak ternilai harganya kerana untuk sampai ke tahap ini terlalu banyak yang perlu dikorbankan. Mungkin ini yang pertama dan terakhir. Kepuasan yang tidak dapat digambarkan setelah kumpulan kami dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Ketua Pengarah Mampu. Kejayaan yang tidak pernah diimpikan kerana ini dengan ilmu yang sedikit dan pengalaman yang baru setahun jagung kami boleh menjejakkan kaki sehingga ke peringkat ini. Kuasa Yang Maha Esa tiada siapapun dapat menduga. 


        Ucapan perasmian oleh Y.Bhg Dato' Sri Dr. Ali Bin Hamsa,
        Ketua Setiausaha Negara


        Peserta KIK di dewan utama semasa majlis perasmian


        Saat manis yang mungkin tidak dapat dilupakan, berpeluang memberi taklimat ringkas kepada tetamu kehormat. Hampir semua orang tergelak sakan mendengar respon yang diberikan oleh KSN.


        Persembahan kumpulan kami, sangat ringkas dan padat.  Alhamdulillah mendapat maklumbalas yang amat positif.


        Bersama penyokong yang sentiasa membakar semangat kami untuk terus berjuang.


        Di luar bilik penilaian, menunggu giliran untuk sesi soal jawab bersama ahli panel. Masa ni macam-macam soalan difikirkan dan cuba dijawab dengan baik. Sayangnya soalan yang dijangka tidak ditanyakan namun soalan yang tak terduga menguji kewibawaan. Sangat best le panel2 ni.


        Inilah kami, bersama tetamu kehormat di malam penutup, piala, sijil dan replika cek kemenangan. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi. Antara anugerah terindah yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa. Hasil daripada tidak kenal erti putus asa dan berjuang sehingga ke saat terakhir.


          Sunday, September 30, 2012

          Alif punya kerja...

          Assalamualaikum w.b.t
          2 minggu ni memang pi opis pada hari sabtu, demi satu perjuangan terpaksa korbankan masa bersama keluarga. Tq so much to my abang kerana sangat2 memahami keadaan ayangnya ini. Seperti biasa alif akan jadi bodyguard mama. Masa mula2 duk kat opis tu ok le, dia buat homework atau baca buku yang dibawa bersama, tapi bila dah bosan mula le tak mahu duduk diam. Sudahnya mama naik angin, kesian kat dia. Bagi menyelamatkan keadaan bagi kamera kat dia untuk buat apa yang patut. Kongsikan hasilnya kat sini, gambar di sekitar opis mama. Untuk makluman tiap2 tahun opis ni dinobatkan sebagai pejabat yang mempunyai lanskap terbaik.

















            Sunday, September 25, 2011

            Diet vs Open House

            Assalamualaikum.......
            Dah seminggu lebih tak menjengah dan men'n3' di sini. Bukannya tak ingat tapi takde ruang langsung untuk mengadap lappy. Malam ni baru berkesempatan nak berkongsi cerita dan menjelajah rumah sifu2 dan teman. Rupa2nya tak banyak dapur yang berasap. Ada yang dah lemau, takde mood, sibuk dan macam2 lagi. Ok le sementelah ada peluang ni takkan disia2kan. 
            Agak2nya sapa yang menang yea kalau diet vs open house ni. Samua bagi jawapan yang sama kut. Yelah masa awal syawal dulu makan memang tak boleh nak kawal. Bak kata orang pantang nampak makanan terhidang. Minggu lepas berkesempatan ke tempat Dr. Rozmey di Jitra temankan FIL beli ubat. Masa duk menunggu sempat timbang berat badan sendiri. Alamak bacaan yang ditunjukkan melepasi had yang dibenarkan. Apalagi terus sematkan dalam diri untuk mulakan program diet secepat mungkin. Tapi malangnya selagi syawal belum berakhir, maka banyaklah jemputan ke majlis jamuan hari raya aka open house diterima. Murah rezeki le katakan setiap hari ada sahaja jemputan yang diterima. Tak syok pulak kalau tak hadir. Niat dihati undangan dipenuhi adalah untuk mengeratkan tali silaturahim. Tapi faham2 je kalau dah pergi takan nak jamu mata je kan kena le jamu tekak jugak. Jadi program diet terpaksa le ditangguhkan. Ni pun esok dan lusa ada lagi undangan. Rasanya kalau sekarang pergi jejakkan kaki atas penimbang pasti bacaan yang ditunjukkan boleh menyebabkan sakit jantung. Tidakkkkkk. Ok le harap2 berat yang diimpikan akan dapat dicapai pada bulan Zulkaedah nanti. 
            Ok le layan je gambar2 semasa berlangsung jamuaan hari raya aidilfitri di pejabat saya pada 23 september lepas. Bayangkan kalau dah terhidang macam gini mana boleh tahan kan. 


            Meja VIP
            Ketupat
             
            Lemang
            Rendang
            Nasi Impit & Kuah Kacang
            Nasi
            Satay
            Soto
            Rojak Buah



            Air, ABC, Cendol & kuih muih
            Buah2an
            Gerai tercantik ~ Hehehe my depatment

            Nota
            Ada lagi makanan yang tak sempat di snap.



              Wednesday, July 27, 2011

              N3 Label Baru Lagi

              Assalamualaikum...
              Sebenarnya terdapat beberapa homework yang telah disiapkan tapi malas pula rasanya nak tunjuk kat cikgu2. Takpe le nanti kalau rasa nak tunjuk kita tempek kat sini. Perasan tak semenjak semalam tambah lagi satu label iaitu akT. jab. tak perasan pun takpe. Bukannya apa saja nak mempelbagaikan lagi cerita2 @myhomework ni jadi tak le bosan sangatkan. Label baru ini adalah berkisar kepada aktiviti-aktiviti yang berlangsung di jabatan kita. Berbalik pada n3 kali ini kita nak kongsikan aktiviti hari ini di mana kumpulan kita telah terpilih untuk mewakili jabatan ke Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2011. Sebanyak 16 kumpulan telah menyertai konvensyen ini. Dua kategori telah dipertandingkan iaitu teknikal dan pengurusan. Diantara jabatan yang turut serta adalah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Kastam, Bomba, Polis Marin, Jabatan Veterinar, Jabatan Kimia, Hospital Kepala Batas dan banyak lagi. Setiap kumpulan mempunyai nama yang agak unik antaranya avatar, fantastic 4, sauh, wazien, aurora, sauh, petanda dan macam-macam lagi. Ok le layan je gamabar2 kat bawah ni. hehehe gambar memang tak cantik sebab jurugambar buta kamera.

              Upacara Perasmian
              ERA
              SAUH
               
              AVATAR
              THE MARINERS
              PIRAMID
              FANTASTIC 4
              WAZIEN
              AURORA
              Detik-detik yang mendebarkan
              dan hasilnya
              -
              -
              -
              -
              -
              -
              -


              Keputusan keseluruhan

              Kategori Teknikal
              Johan: The Mariners
              Naib Johan: Aurora
              Ketiga: Wazien

              Kategori Pengurusan
              Johan: Visa
              Naib Johan: Piramid
              Ketiga: GP Dad

              @@@TAHNIAH KEPADA SEMUA@@@