MY IKLAN

MY IKLAN
Showing posts with label paStry. Show all posts
Showing posts with label paStry. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

Warna warni kehidupan

Assalamualaikum.....
Pelbagai perasaan mewarnai hari ini. Pagi-pagi dah hangin satu badan dan ada yang kena maki. Mana taknya, geram betul dah pesan awal2 tapi pergi pandai2 buat. Sekali ada yang kena potong padan muka. Tengahari pula hepi sangat sebab rakan sekelas dulu datang bertandang ke pejabat dan kami pergi makan tengahari bersama. Rasanya masa 1 jam terlalu singkat, mana taknya dah lebih 10 tahun tak berjumpa macam-macam cerita dikongsi bersama. Bila petang pula tengok teman2 seinduksi  heboh di fb sebab ada yang dah dapat result. Semak punya semak kita punya tak sampai lagi. Duduk kat daerah mungin le lambat sikit kut (ayat penyedap hati). Yang dah dapat tu semuanya duduk belah2 kl. Sampai je rumah tengok ada surat atas meja tertera nama kita. Alhamdulillah Prima Utara minta bayar deposit, maksudnya rumah yang diimpikan akan menjadi kenyataan dalam tempoh 2 atau 3 tahun lagi. Semoga diizin dan dipermudahkan olehNya. Begitulah kehidupan dalam suka ada sedih dalam tawa ada air mata. 

Ok le berbalik pada resepi, kali ni nak kongsikan menu makan malam ni, ala2 omputeh gitu. Sebenarnya dah lama teringin nak buat pancake tapi bila memikirkan orang kat rumah ni kureng jadi nak buat pun berat je. Tengok2 ada susu segar yang dah nak expired. Nasib baik kotak kecik je jadi buat le pancake yang mas duniaku suka buat ni. Memang lembut sangat. Untuk baba masak nasi dengan ikan goreng je. Hehehehe memang tak boleh belah betul le baba dengan pancake ni. Kepada penggemar2 pancake cuba le resepi ni, memang berbaloi2. Senang je nak buat. 


RESEPI PANCAKE MAYONIS
Resepi : Kak Hana
Sumber : MasDuniaku

Bahan :
  • 1 1/2 cwn tepung naik sendiri (SRF)
  • 1 sudu teh (tsp) baking powder
  • 3 sudu besar gula caster (tbsp)
  • secubit garam
  • 60g butter - dicairkan
  • 1 cawan susu segar
  • 2 biji telur saiz XL (59g)
  • 1-2 sudu besar mayonis - Mas letak 2 sudu 


Cara membuatnya :
  1. Dalam mangkuk kecil, cairkan butter. Add susu segar and telur ke melted butter and mix them well.
  2. Dalam mangkuk yang lain, ayak tepung naik sendiri + baking powder.
  3. Add gula caster and garam and mix it. Then buat lubang di tengah2 and add the melted butter,susu n telur, juga mayonis. mix menggunakan whisk biasa, just whisk it until smooth.
  4. Tinggal kan adunan sekejap lebih kurang 20 minutes.
  5. Gunakan non stick pan and api sederhana, masak pancake seperti biasa.


    Tuesday, July 12, 2011

    Lebih dekat rasanya...

    Assalamualaikum...
    Dalam duk berbengkel hari ni sempat lagi nak update my homework. Ye la malam tadi tak larat nak duduk depan lappy sebab kepenatan terperangkap dalam kesesakan lalulintas di atas jambatan. Tapi sebelum tidur sempat jalan-jalan ke rumah kawan2 namun tiada sebarang jejak ditinggalkan pun sebab skodeng melalui skrin kecil je. Seronok rasanya kerana dapat lebih kenal dengan sifu2 dan teman2 yang cantik2 di alam maya sebab masing2 kena paksa buat kerja tambahan. Macam2 kisah ada. Ok le layan resepi yang ringkas tapi sedap ni. Tapi pelikkan kenapa rupa dia cam gitu (macam hodoh je kan?). Mungkin sifu2 boleh bagitau kut kat mana silapnya. Bahan-bahan yang digunakan adalah pastri puff jenama kawan, bluebery filling dan kuning telur. Kalau nak tahu cara penyediaan sila le ke Dapur Tanpa Sempadan.



      Friday, July 8, 2011

      Sangat Senang!

      Assalamualaikum...
      Senang dimasak sedap dimakan bersama sos cili (maaf lupa nak tayang sosnya sekali). Terima kasih kepada Cikgu Mat sebab sudi kongsi resepi yang senang2 cam gini. Minta izin yea CnP kat sini.


      RESEPI CRABSTICK IN PUFF PASTRY
      Sumber: DTS

      BAHAN-BAHANNYA :-)
      • 1(10 keping) pack puff pastry jenama "KAWAN" saiz 4 inci x 4 inci
      • 10 batang crab stik
      • 1 kuning telur, dipukul sedikit
      • Serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"~ saya tak letak
      • Sos pencicah kegemaran anda

      CARA MEMBUATNYA :-)
      1. Ambil sekeping puff pastry, kerat 2 dan biar satu bahagian besar sedikit. Kemudian kelar menyerong bahagian tengah puff pastry yang saiz besar sedikit tadi (seperti dalam gambar).
      2. Crab stick tadi dibuang salutnya, letakkan pada bahagian puff pastry yang kosong. Tutup crab stick tadi dengan puff pastry yang telah dikelar2 tadi, tekan2 sedikit dan tekan kelilingnya dengan hujung garfu, seperti dalam gambar. Berhati2 alih ke dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
      3. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam berperisa tadi. Bakar pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Jika oven anda ada sistem hot fan, hidupkan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang bersama sos kegemaran anda..


        Monday, February 21, 2011

        Black Pepper Sausage Puff

        Assalamualaikum...
        Hari ni bertambah lagi satu label kat sini. PASTRY. Waa gempak gitu. Mungkin bagi orang lain apa le sangat yang nak diwar2kan. Tapi bagi tuan rumah ni benda yang tak pernah terfikir akan dihasilkan dengan jari jemari ini memang amat mengujakan. Tapi biasa le bila 1st time buat ni macam2 perkara suka dan duka berlaku. Apa pun yang baik jadikan tauladan, yang tak berapa baik jadikan sempadan. Jangan gelak tengok gambor kat bawah ni ye. Puff yang terhasil punya le gedabak. Macam nak bagi giant makan je. So lain kali kalau nak buat kena potong bagi kecil dulu. Baru le comel. Kan K.Nor... Kan Hana. (Suka tengok puff kat dapur kakak2ku ini).
        RESEPI BLACK PEPPER SAUSAGE PUFFsource : kak.rinnchan@fotopages
        cnp: hanamemories

        Bahan-bahan
        • 6 batang sosej- hana campur crabstick cincang(lenkali takmo cincang) lg sedap rasa manis ketam
        • 1 biji bawang besar, di mayang kasar- hana mayang halus
        • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
        • 1 sudu besar sos tiram@sos lada hitam
        • 1 sudu besar cili sos
        • 2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
        • 2 sudu besar majerin utk menumis
        • Secubit garam
        • Secubit gula
        • Bijan secukupnya
        • 12 keping puff pastry jenama "kawan"
        Cara-cara
        1. Panaskan majerin. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
        2. Masukkan sosej yg telah dihiris nipis. Tumis hingga agak garing.
        3. Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
        4. Masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
        5. Angkat dan ketepikan.
        6. Sediakan puff pastry. Isikan inti. Taburkan bijan di atasnya. Tutupkan dengan sekeping lagi. Kelar berbentuk "X".
        7. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Bakar hingga puff kembang dan keperangan.
        8. Keluarkan dan sejukkan di atas redai. Hidangkan dan boleh picitkan sos jika suka.