MY IKLAN

MY IKLAN
Showing posts with label gaDer2. Show all posts
Showing posts with label gaDer2. Show all posts

Sunday, June 14, 2015

Dari Flat Ke Teres

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah dah setahun sebulan tinggal di taman sungai dua utama ni, rasa cepat sangat masa berlalu. Masih ada lagi kotak yang belum dibuka... hihihihi memang barang dalam kotak tu tak perlu dikeluarkan kut, tambah semak pulak rumah yang memang selalu semak tu. Memang terasa kelainannya bila tinggal di rumah teres ni dan lagi seronok kerana hampir 90% pemilik adalah orang melayu, syukur sangat2.

Tahun 2003 kahwin dan berpindah ke pulau pinang tempat hb mencari rezeki (nak jadi isteri mithali saya kena le berhenti kerja), kami tinggal di Minden Height rumah flat 2 bilik. Dekat sebelah USM je pun, hb sewa rumah ni sebelum kami kahwin dan umi dah siapkan segala keperluan. Masa awal tu memang syok le duduk kat sini sebab penghuni tak ramai, tapi lama kelamaan rasa makin sesak dan kalau nak park kereta memang payah bebeno. Majoriti penghuni kaum cina, kalau musim perayaan memang payah le nak tido malam. 

Tahun 2006 pindah ke Springfield Condo, nama je kondo tapi standard apartment. Suka sangat tempat ni sebab gated area dan kawasan sentiasa dijaga dengan bersih. Kiranya berbaloi le bayar yuran penyelenggaraan. Setiap unit disediakan 1 tempat letak kereta berbumbung dan kalau ada extra kereta kena sewa parking lot dalam kawasan atau pandai-pandai le berebut park kat luar. Rumah ni pun sewa jugak, tapi yang seronoknya kami dapat kadar sewa sama dengan sewa kat flat sebelum tu. Rezeki...rezeki... kalau ikutkan kadar sewa kawasan tu memang 2 atau 3 kali ganda la. Kawasan ni pun majoriti kaum cina, memang tak bergaul sangat sebab masing-masing sibuk bekerja, jiran depan pintu pun bertegur sapa jika kebetulan sama-sama buka pintu.


Tapi tu la bila lama-lama duduk rumah bertingkat ni memang rasa lemas dan membosankan. Kadang-kadang tu kesian tengok anak-anak, memang tak berkawan bila duduk dirumah. Nasib baik le diorang ni dari kecil dah tinggal di taska masa waktu mama dan baba pergi kerja. Sekarang ni ok le dah mula rasa hidup bermasyarakat. Jiran tetangga pun umur lebih kurang je jadi senang nak ngam. Tambahan media sosial digunakan sebaik mungkin bagi mengeratkan tali silaturahim. Semoga ukhwah yang terjalin akan dapat dieratkan dan digunakan sebaiknya mencari keredhaan Yang Maha Esa.


Aktiviti pertama adalah Majlis Ramah Mesra Taman Sungai Dua, acara ni dilaksanakan sepenuhnya oleh group mommies bermula dari perancangan sehinggalah pelaksanaan. Group daddies tolong-tolong angkat meja kerusi je la. Makanan disediakan secara potluck, banyak, sedap dan ada macam-macam. Selesai je majlis masing-masing tapau bawa balik. Kalau ikutkan lepas ni ada macam-macam lagi perancangan untuk mengeratkan tali silaturahim antara kami semua. Semoga ianya akan menjadi kenyataan. Amin.




    Saturday, November 19, 2011

    Sekadar melepas rindu

    Assalamualaikum...........
    Sekadar melepas rindu yang telah lama bersarang dikalbu. Perggghhhh ayat baik punya. Memang rindu sangat kat myhomework ni tapi apakan daya tuntutan kerja dan keluarga perlu diberi keutamaan. Penat ke bukit merah dan kuala terengganu masih terasa tapi esok kena berangkat ke langkawi pula. Ikut rasa hati memang malas nak pergi tapi bila memikirkan ilmu yang boleh ditimba terpaksa digagahkan juga. Tapi memang dah nekad pergi untuk menuntut ilmu bukan bershopping (huahhhhhh awat le semuanya bulan ni). Ok le untuk n3 kali ni saya nak tayang mee goreng mamak yang Kak Nor tayang petang tadi. Tengok rupa memang tak sama sebab saya kurangkan kicap tu. Maklum le sekarang ni hubby tak berapa sihat, tekanan darah dia agak tinggi. Bila suruh pergi klinik taknak sebab dia lebih suka check sendiri. Ok le kalau nak resepi ni sila ke Secubit Garam malas pulak nak edit mengedit ni. Kepada Kak Nor terima kasih banyak2 kerana sudi meluangkan masa untuk bertemu saya hari tu, terharu sangat rasanya. Lagi 1 terima kasih yea acuan tu seperti pucuk dicita ulam mendatang pula.






      Sunday, October 9, 2011

      Pertemuan yang dirancang

      Assalamualaikum....
      Bersyukur sangat akhirnya dapat juga bertemu teman blogger yang sepelaung je jaraknya. Itu pun planning asyik berubah je, memang tak boleh rancang awal2. Walaupun pertemuan pertama tapi bersembang macam dah kenal lama. Betul tak Puan CT Zaidah. Mulanya ajak mai ke rumah tapi entah macam mana hari khamis lepas hubby teringin makan mee udang. Dah alang2 tu terus ajak ct sebab makan ramai2 lagi sedap. Kami pergi pekena Ayu Mee Udang Teluk Kumbar yang memang femes tu. Tapi malangnya lupa nak snap gambo udang2 tu sebab excited sangat bila berjumpa. Yang bestnya cik abang kami berdua ni memang tak banyak cakap, depa duk layan anak2 je. Aqil dengan nana boleh main sama2 dan yang syoknya nana kejor aqil, macam terbalik je. Rasanya sekejap sangat kami duduk kat situ sebab syifa nak cari tempat bergantung dah. Kalau tak, mahu lagi lama menyembang mak2 budak ni. Insyaallah nanti kita lepak2 lagi di tempat yang lebih sesuai yea ct. Terima kasih ct dan suami kerana sudi berjumpa kami sekeluarga, lepas ni jangan serik lagi yea.

      Mesraaaaaa gitu