MY IKLAN

MY IKLAN
Showing posts with label meE/ biHun. Show all posts
Showing posts with label meE/ biHun. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

Mak ai tebalnya muka

Assalamualaikum w.b.t.
Mood mengupdate MyHomework ala-ala suam2 kuku gitu. Sebenarnya sekarang ni perasaan bercampur baur sebab rasa bersalah pada ustaz yang mengajar kelas tajwid. Janji minggu lepas nak hantar homework tapi entah macam mana hari yang dijanjikan tak dapat hadir di atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Esok pula ada mesyuarat tak tahu le sempat pergi kelas atau tak. Kat dahi memang dah tertera cop student chipsmore, sekali datang tiga empat kali hilang. Memang segan rasanya tapi nak buat macam mana memang tidak dapat dielakkan. Terfikir jugak kalau nak buat benda baik ni memang banyak sungguh halangan dan dugaannya. Dua minggu lepas ada ujian, dapat je kertas terus angkat tangan surrender, mak ai tebal sungguh muka masa tu tapi nak buat macam mana terpaksa. Kecek punya kecek ustaz bagi tengok buku, huhuhu tu pun tak boleh nak jawab semua. Semoga dipermudahkan oleh-Nya untuk terus menuntut ilmu dan memperbaiki kelemahan yang ada. Ok le layan je menu yang best kat bawah ni, sesuai sangat dijadikan juadah makan malam bersama keluarga tercinta. Terima kasih kepada kak ina kl, izinkan saya tempek kat sini.


RESEPI BIHUN HAILAM
Sumber: Kak Ina kl

Bahan-bahan
  • 600 gm mee kuning-akak tukar ke bihun
  • 100 gm daging [hiris nipis]
  • 100 gm isi ayam [hiris nipis]
  • 100 gm udang-tak letak
  • 250 gm sawi hijau [potong kecil]
  • 100 gm bunga kubis [hiris]-tak letak
  • 100 gm kobis [hiiris]-tak letak
  • 2 biji telur ayam
  • 1 biji cili merah [mayang]
  • 1 s/b lada hitam
  • 3 s/b kicap pekat
  • 3 s/b sos tomato
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 cawan air
  • 4 ulas bawang putih [ketuk]
  • akak tambah
  • 1 biji tomato yang di belah 4
  • 1/2 kiub ayam
  • bahan hias
  • 3 batang daun sup ] -tak letak
  • 3 batang daun bawang ] potong pendek -tak letak
  • garam [jika perlu]


Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan daging dan tumis sebentar dan masukkan air. Biarkan sehingga lembut.
  3. Bila daging dah lembut, masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
  4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning (bihun). Kacau rata.
  5. Masukkan bahan sayuran lain dan telur. Biarkan telur keras dan kacau perlahan-lahan.
  6. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.





    Monday, January 2, 2012

    N3 pertama

    Assalamualaikum....
    N3 pertama bagi tahun 2012 dengan harapan semoga akan terus diberikan keizinan untuk terus berblog. Walaupun MyHomework hanyalah sekadar blog suam-suam kuku tetapi kepuasan masih dirasai berikutan melaluinya terlalu banyak perkara yang telah dipelajari. Disamping itu juga,  jalinan ukhwah dapat disimpul sesama manusia melalui alam maya, walaupun tak pernah bertemu tapi kemesraan dapat dirasai. Bagi tahun ini tiada sasaran khusus ditetapkan untuk blog ini  kerana ianya hanya sekadar hobi untuk menggunakan sebaiknya masa yang terluang. Kalau takde n3 tu faham-faham je le. Apa yang penting perjuangan untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan masakan akan diteruskan. Tahun lepas sasaran yang ditetapkan adalah 1 hari 1 n3 dan ianya tidak tercapai, tak kisahlah le yang penting ilmu yang telah dipelajari. Masakan tidak kalau sebelum ini kekerapan memasak dan makan dirumah boleh dikira tapi kini sebaliknya kerana jarang-jarang makan di luar. Mixer yang dihadiahkan semasa kahwin hampir 9 tahun dulu hanya tersimpan elok di dalam kotak tapi kini telah banyak bakti yang ditaburkan dan rasanya kadar muatan yang boleh ditampung tidak mencukupi. Alhamdulillah. Harapan saya hanya satu, semoga keinginan untuk mencuba resepi-resepi yang dikongsikan tidak akan padam. Hanya dengan cara itu sahaja kemahiran memasak dapat diperkukuhkn demi untuk keluarga tercinta. Kepada blogger2 semua teruskan usaha murni anda untuk terus berkongsi ilmu di alam maya ini kerana setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Ok le layan je resepi maggie goreng yang ringkas ini. Mulanya hubby minta untuk masakkan mee atau bihun goreng tetapi disebabkan kedua2nya kehabisan stok maka digantikan dengan maggie. Terima kasih kepada blackjack kerana sudi berkongsi resepi ini.


    RESEPI MAGGIE GORENG
    Sumber: blackjack@myresipi.com

    Bahan-bahan ( 4 orang )
    • 2 biji telur
    • 2 ulas bawang putih
    • 4 peket maggie perisa kari
    • 2 peket perencah kari(perencah yg dlm maggie )
    • 3~4 batang kacang panjang-potong dlm 3~4cm panjang.~ tak letak
    • 1/2 btg lobak merah-potong kecil memanjang 
    • 1/2 cawan daging yang telah direbus  bersama air rebusan ~ saya tambah
    • Kobis dihiris halus ~ saya tambah
    • 2 cawan air
    • minyak untuk menumis
    utk hiasan:
    • daun bawang
    • bawang goreng
    • cili merah 
     Cara-cara
    1. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Masukkan telur dan kacau-kacau biar jadi scrambled egg. Angkat dan ketepikan.
    2. Ketuk-ketuk bawang putih dan cincang halus. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.. atau nampak perang.
    3. Kemudian masukkan perencah kari yg telah dicampur dgn sedikit air. Tumis sehingga keluar bau wangi. Masukkan daging dan iar rebusan.
    4. Masukkan sayur. Kacau-kacau sekejap dan masukkan air. Biarkan mendidih.
    5. Kemudian masukkan maggie. Patahkan maggie kepada 2 bahagian supaya senang nak lembik. Kacau biar semua serata dan maggie lembik. Kalau air dah kering tapi maggie masih lagi keras, bolehlah tambah sedikit air lagi.
    6. Akhir sekali masukkanlah scrambled egg tadi. Kacau rata.
    7. Angkat dan hias dengan bahan-bahan hias. Makanlah panas-panas.




      Saturday, November 19, 2011

      Sekadar melepas rindu

      Assalamualaikum...........
      Sekadar melepas rindu yang telah lama bersarang dikalbu. Perggghhhh ayat baik punya. Memang rindu sangat kat myhomework ni tapi apakan daya tuntutan kerja dan keluarga perlu diberi keutamaan. Penat ke bukit merah dan kuala terengganu masih terasa tapi esok kena berangkat ke langkawi pula. Ikut rasa hati memang malas nak pergi tapi bila memikirkan ilmu yang boleh ditimba terpaksa digagahkan juga. Tapi memang dah nekad pergi untuk menuntut ilmu bukan bershopping (huahhhhhh awat le semuanya bulan ni). Ok le untuk n3 kali ni saya nak tayang mee goreng mamak yang Kak Nor tayang petang tadi. Tengok rupa memang tak sama sebab saya kurangkan kicap tu. Maklum le sekarang ni hubby tak berapa sihat, tekanan darah dia agak tinggi. Bila suruh pergi klinik taknak sebab dia lebih suka check sendiri. Ok le kalau nak resepi ni sila ke Secubit Garam malas pulak nak edit mengedit ni. Kepada Kak Nor terima kasih banyak2 kerana sudi meluangkan masa untuk bertemu saya hari tu, terharu sangat rasanya. Lagi 1 terima kasih yea acuan tu seperti pucuk dicita ulam mendatang pula.






        Tuesday, November 1, 2011

        Awalnya..

        Assalamualaikum........
        Wa macam tak percaya boleh bersiaran seawal ini tapi tak boleh le nak cerita panjang2 sebab sekejap lagi kena bersiap untuk ke tempat kerja. Semalam dengan hari ini boleh keluar lewat sikit sebab ada kursus @ bengkel kat belah penang. Petang pun boleh sampai awal kat rumah dan boleh le masak makan malam yang ala2 gitu. Ok le kita layan menu yang memang best ni, nak masak pun senang je. Terima kasih yea Kak Pia, izinkan saya cnp di sini.



        RESEPI MEE KUAH TOMATO
        Sumber: Sofea@after6am

        Bahan-bahan:
        • 1 bungkus mee kuning
        • 3 ulas bawang putih~ cincang halus
        • udang@ayam @daging
        • 2 sb cili kering mesin~ nak pedas tambah lagi 1 kiub ayam
        • sos tomato ~ ikut la nak masam mcmana
        • 2 pokok sawi pak choy
        • 1 biji kentang (saiz besar) rebus & lecek halus
        • 2 biji tomato
        • garam & gula
        • 1/2 st serbuk lada sulah @ lada hitam
        • air
        • minyak utk menumis


          Cara-cara:
          1. Rendam mee dalam air panas hingga lembut dan toskan.
          2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan cili mesin.
          3. kacau sebentar dan masukkan isi ayam serta batang sawi. Tambah 1 cawan air, masukkan kentang yg dilecek halus dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, garam, gula & serbuk lada secukup rasa.~jika ingin kuah lagi boleh tambahkan air.
          4. Akhir sekali masukkan udang,daun sawi dan tomato yg di potong 6. Perlahankan api dan biarkan reneh sebentar.




            Friday, October 21, 2011

            Ringkas2 aje

            Assalamualaikum.......
            Bersempena dengan kesibukan yang habis-habis maka saya jamu bihun goreng yang ringkas ni. Sekarang ni hampir tiap2 hari hujan di bumi penang ni dan perut pun sentiasa lapar je. Jadi bila dapat makan makanan yang panas2 memang sedap je. Disebabkan kekangan masa maka sempat masak bihun yang ala kadar ini untuk juadah makan malam sekeluarga. Kalau orang lain mungkin masak bihun ni perkara yang paling kacang tapi bagi saya yang sedang belajar memasak ni mencuba pelbagi resepi adalah perkara yang amat mengujakan. Jadi saya kongsikan resepi yang digunakan kali ini. Ok le nak sambung buat kerja yang takkan habis ni.



            RESEPI MIHUN GORENG
            Sumber: Buku resepi tak bernama pemberian MIL

            Bahan-bahan
            • 600 gram mihun (dicelur) ~ saya rendam je
            • 200 gram udang
            • 100 gram tauge
            • 2 keping tauhu goreng
            • 1 sudu besar cili kisar
            • 2 ulas bawang merah - ditumbuk
            • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
            • 2 peket udang kering -ditumbuk
            • 1 tangkai daun bawang (dihiris)
            • 2 sudu besar minyak masak
            • Garam secukup rasa
            • 3 pokok daun sawi - saya tambah


            Cara
            1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumuskan bawabg merah dan bawang putih hingganaik bau. Masukkan cili kisar dan udang kering. Goreng selama 2 minit.
            2. Kemudian masukkan udang dan garam. Biarkan sekejap.
            3. Akhir sekali, masukkan mihun, tauge, tauhu dan daun bawang. Gaulkan supaya bercampur rata. Masak selama 5 minit.
            Nota: Semenjak bekerja di bertam ni, waktu rehat hari jumaat tak tahu nak pergi mana.


                Wednesday, September 28, 2011

                Takde tajuk

                Assalamualaikum.......
                Alhamdulillah sekarang ni anak2 (macam ramai jer) terutamanya abang long dah semakin dapat menerima makanan yang dimasak oleh mamanya ni. Ye la kalau dulu ada je yang tak kena kalau mama masak, silap2 baba kena pergi beli roti canai untuk mengisi perut dia ni. Tapi kini tidak lagi kerana kalau mama masak dia akan makan dengan berselera sekali terutamanya kalau dapat mee atau bihun berkuah macam gini. Jelas sekali selera abang long macam selera baba. Nasib baik le aqil makan je apa yang ada.  Semoga semangat mama untuk terus belajar memasak tidak akan pudar. Ok le layan je resepi bihun sup yang telah ditukar menjadi mee sup ni. Saya ambik dari MyR.



                RESEPI MEE SUP
                Sumber: ayu898@myresipi.com


                Bahan-bahan ( 2 orang )
                • Mee untuk 2 orang makan
                • 2 ketul ayam (bahagian berisi)
                • 1 pokok sawi
                • Segenggam taugeh
                • Daun bawang dipotong halus
                • Daun sup dipotong halus
                • Segenggam bawang goreng
                • 3 ulas bawang merah
                • 3 ulas bawang putih
                • Seinci halia
                • 1 batang kulit kayu manis
                • 2 kuntum bunga lawang
                • 3 kuntum bunga cengkih
                • Rempah sup
                • Rempah kurma
                • Garam
                • Serbuk pati ayam
                • 6 biji cili padi
                • 1 biji limau nipis (diambil jusnya)
                • Kicap pekat manis
                • Minyak untuk menumis
                • Air
                Cara-cara
                1. Tumbuk 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih & halia
                2. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan tumbuk tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih
                3. Setelah bahan2 tumis kelihatan perang, masukkan ayam dan gaul2kan sehingga kulit ayam kelihatan sedikit perang
                4. Setelah itu, masukkan air secukupnya
                5. Setelah air menggelegak, masukkan rempah sup ke dalam periuk sehingga mencapai kekeruhan yang disukai
                6. Masukkan pula sedikit rempah kurma (anggaran 1 sudu teh)
                7. Masukkan garam & serbuk pati ayam secukupnya, kacau, tutup periuk dan perlahankan api. Biarkan sup mereneh
                8. Untuk sambal kicapnya, tumbuk cili padi, seulas bawang merah & seulas bawang putih. Kemudian, masukkan kicap pekat manis dan jus limau nipis
                9. Setelah ayam dalam sup masak elok, keluarkan dan siat2 isinya. Setelah itu, celur sawi, taugeh & bihun
                10. Setelah siap, bolehlah masukkan bihun ke dalam mangkuk, diikuti taugeh, sawi dan isi ayam. Taburkan daun bawang, daun sup & bawang goreng di atasnya.
                11. Hidang dengan sambal kicap


                  Saturday, September 10, 2011

                  Tak menjadi le pulak...

                  Assalamualaikum......
                  Sekali sekala berpeluang mengadap lappy memang tak boleh dipersia-siakan. Sebenarnya mood nak menghapdet masih bercuti lagi. Tapi bila menjelajah dari 1 blog ke 1 blog yang lain seronok rasanya sebab rakan2 dialam maya sudi berkongsi kemeriahan aidilfitri. Bagi saya raya tahun ni memang meriah sehinggakan tak sempat nak dirakamkan. Almaklum le kalau kat kampung handbag simpan kat dalam almari sekali ngan handphone sekali ngan kamera. Cukup maleh nak kuarkan. Berbalik pada cerita pasal makanan, sebenarnya malam ni nak mengekek. Tapi buat buttercream tak menjadi, tak pekat2 pun susu yang telah dicampur cream of tartar. Tengok le kalau rajin esok cuba lagi. Disebabkan bulan ramadhan lepas tak sempat nak tayang homework yang telah disiapkan maka akan ada le nanti tayangan tertangguh. Untuk n3 kali ni saya nak kongsikan menu yang pertama kali buat dan makan. Bukannya apa mas selalu buat menu ni jadi teringin le nak cuba. Kebetulan masa tu hubby tak nak makan makanan yang berat2 jadi apalagi teruskan aje. Yang seronoknya bila dah mula menumis baru perasan mas tak tulis sukatan air yang digunakan. Apalagi menggagau le, tanpa segan silu terus sms tanya izah sebab nak tanya mas no tepon takde pulak. Tunggu punya tunggu tumisan atas dapur dah nak hangus terus masukkan 1 liter air. Pastu baru terima sms yag ditunggu2. Sori yea izah ganggu masa nak berbuka ari tu. Menu ni ringkas tapi sedap. Tq ya mas, minta izin kopipes kat sini.


                  RESEPI BAKSO
                  Resepi : Kak Iza@myresepi
                  Sumber : MasDuniaku

                  Bahan :
                  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
                  • Taugeh- hana x ltk
                  • Kobis dihiris halus
                  *Untuk Bebola
                  • 400 gm daging cincang
                  • 2 biji bawang merah diracik halus
                  • 2 biji bawang putih diracik halus
                  • 2 sb telur (1/2 biji)
                  • 1 sk tepung ubi @ tepung jagung
                  • sedikit serbuk lada sulah n garam
                  *Untuk Kuah
                  • 3 biji bawang merah dihiris
                  • * 3 ulas bawang putih - dikisar @ tumbuk
                  • * 1/2 inci halia - dikisar @ tumbuk
                  • * 1sk lada sulah biji - dikisar @ tumbuk
                  • 1 batang serai - diketuk
                  • 1 sb pati daging @ pati ayam
                  • sedikit serbuk lada sulah
                  • garam dan perasa secukupnya 

                  Cara memasak :

                  Untuk Kuah : 
                  1. Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga kekuningan. 
                  2. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
                  3. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa. 
                  4. Kali ni Mas letak dada ayam seketul sbb nak ada isi ayam dalam bakso tu..he..he.. ~ saya tak letak
                  Untuk Bebola : 
                  1. Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging.
                  2. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
                  3. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
                  Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa.


                    Tuesday, July 12, 2011

                    Senang dimasak, sedap dimakan...

                    Assalamualaikum...
                    Hurrrmmmm tak tipu punya. Memang sangat senang dimasak dan sedap dimakan. Hari ni memang serabut je kat ofis, lepas lunch hour tadi macam2 hal timbul sehinggakan nak tutup bengkel pun tak sempat hehehe tak dapat le menikmati minum petang yang disediakan. Bagi mengelakkan stress yang berpanjangan jadi malam ni kena masak. Disebabkan ada sebungkus mee kuning dalam peti ais maka dalam perjalanan balik tadi sibuk le mencari resepi mee yang senang nak dimasak. Mula2 taip perkataan mee kuah, memang banyak le resepi yang dipaparkan tapi macam tak cukup je bahan2nya kat rumah. Terpaksa lupakan sebab malas nak singgah kedai. Entah macam mana tiba2 taip perkataan mee kicap. Dalam banyak2 menu terpesona dengan resepi yang dikongsi oleh Che'Iza di myresepi sebab ramai testimonial. Kebetulan pula semua bahan2 yang diperlukan ada kat dalam peti ais kecuali fishcake dan fishball. Tapi tak kisah le sebab hubby tak berapa gemar sangat dengan 2 benda tu. Saya tambah jejari ketam. Kalau rasa aura "M" melanda boleh cuba resepi ni. TQ Che'Iza.

                    RESEPI MEE KICAP
                    Sumber: che'iza@myresipi.com

                    Bahan-bahan ( 2 org )
                    • 250 gm mee kuning
                    • lbh kurang 40-50 gm taugeh
                    • *KUAH*
                    • 2 biji bawang putih diracik halus
                    • 1 sb minyak masak
                    • 1cm halia ditumbuk
                    • 3 sb kicap manis
                    • 3 sb sos tiram
                    • 1 sk kicap pekat
                    • 1 sk pati ikan bilis (saya guna brand tumix)
                    • sedikit lada sulah
                    • 1 cwn air
                    • garam n sedikit gula kalau perlu......
                    • *SUP*
                    • 1 biji bawang merah
                    • 1 ulas bwg putih
                    • 3 cwn air
                    • 1 sk pati ikan bilis
                    • fish cake n fish ball ~ saya tak letak
                    • jejari ketam ~ saya tambah
                    • sedikit lada sulah n garam
                    Cara-cara
                    1. Panaskan minyak... tumis bawang putih hingga kekuningan n garing... Kuarkan bawang putih. (Jgn buang akan tabur kat mee nanti.....). Kita akan dpt minyak bawang putih....
                    2. Dgn minyak tadi tumis halia hingga naik bau masukkkan kicap manis, sos tiram, air n kicap pekat. Biar mendidih...
                    3. Masukkan lada sulah, pati ikan bilis n garam n gula kalau sos tiram tak masin. Biar hingga kuah pekat.... Siap, matikan api.
                    *UTK SUP*
                    1. Tumis bawang merah n bawang putih hingga naik bau masukkan air... biar mendidih, letak pati ikan bilis lada sulah, fishball, fish cake n sikit garam... biar mendidih n siap...
                    2. Celur mee n taugeh... tapis...letak kat pinggan n tuang kuah kicap..... tabur ngan daun bawang, bawang putih goreng... Siap tuk dihidang......
                    3. Hidang bersama sup n lada kicap..... Biasanya saya suka mkn ngan ayam hainan 


                      Tuesday, May 10, 2011

                      Kueh Teow Kung Fu

                      Assalamualaikum.......
                      Pagi tadi mesyuarat kat komtar pukul 9, jadi berpeluang le hantar anak2 ke islah. Bukan main seronok lagi diorang bila mama tanya "sapa nak mama hantar angkat tangan". Dua2nya terus angkat tangan. Aqil duduk sebelah mama tanpa baby car seat, bahaya sungguh. Tapi nak buat macam mana hati2 je la. Sampai kat town tengok jam masih awal lagi jadi ambil kesempatan untuk pekena roti cheese ketapang yang sangat sedap itu. Masa order mamat tu kata ok tapi lepas tu dia datang balik dan kata "kakak cheese sudah habis". Huahhhhh tensen sangat masa tu rasa macam nak meraung je. Bukan senang nak dapat peluang ni. Awat la depa tak beli cheese banyak2. Allah Maha Kaya, kira2 jam 5.05 petang tadi bos suruh pergi mesyuarat kat komtar lagi esok pagi. Harap2 impian tercapai le esok pagi. Kalau cheese takde jugak esok akan ku bako ketapang tu. Hehehe berani ke? 

                      Ok le tutup citer pasal roti cheese tu. Kita bukak citer pasal tajuk n3 ni. Sekarang ni kalau nak masak rasa macam seksa jer. Dah le badan penat sebab travel pastu sampai rumah pun lambat sebab ambik abg long kat sekolah. Biasanya dia habis sekolah pukul 6.30 petang, pukul 7.00 lebih baru sampai rumah. Masuk jer dalam rumah pasti aqil berlari ke pintu memaut kaki mama dengan suara manjanya itu. Layan dia lebih kurang, lepas azan maghrib baru berkesempatan membersihkan diri. Agak2 kalau larat lepas solat maghrib masuk dapur kalau tak berdaya buat kerja yang penting2 je. Lepas solat isyak terus baca doa tidur. Alamak bosan betul le mukadimah kali ni tapi harap anda semua tak kisah yea sebab ni salah satu cara kurangkan stress. Ok le ni menu masa rajin, 1st time buat. Resepi dapat dari MyR siap ada gambar langkah demi langkah gitu, jadi ikut je la. Kalau rasa nak ubah selera boleh le cuba resepi ni. Terima kasih yea hanis sebab kongsi resepi ni. Izinkan saya cnp di sini.


                      Resepi Kueh teow kung fu
                      Sumber: hanis MyR

                      Bahan-bahan ( 1 orang ) ~ saya buat untuk 2 orang
                      • kueh teow
                      • 2 biji telur
                      • lada hitam / lada putih
                      • mix seafood
                      • lobak
                      • 1~1setengah sudu besar tepung jagung
                      • 1 cawan air
                      • sayur-sayur lain (optional) (sayur2 kat rumah dah abis la pulak)
                      • 1 ulas bawang putih
                      • 2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
                      • sos tiram
                      Cara-cara 
                      1. Pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas. 
                      2. Masukkan keuh teow hingga 3/4 gelas. (dah terlebih masuk kueh teow)
                      3. Tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis. Balikkan supaya kedua-dua belah masak.
                      4. Masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.
                      5. [untuk kuah] Tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood mix.
                      6. Tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
                      7. Masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.
                      8. Biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)


                        Monday, April 11, 2011

                        Mee Udang Sedap

                        Assalamualaikum...
                        Masak mee ni untuk makan malam tadi. Bagi nama cam gitu sebab hubby duk kata sedap..sedap..sedap dan makan sampai 3 mangkuk. Hehehe bangga giler. Taknak menceceh panjang2 sebab banyak kerja perlu diselesaikan. Kepada penggemar mee cuba le resepi ni memang takkan menyesal punya.


                        RESEPI MEE UDANG

                        Bahan-bahan ( 3-4 org )1/kg mee kuning
                        • 300 gm udang saiz L (belasah jerlah saiz apapun eh)
                        • 4 sb lada boh / lada giling
                        • *4 ulas bawang merah
                        • *3 ulas bawang putih
                        • *1 sb udang kering
                        • *1/2 inci halia
                        • 1 sb petis
                        • 3 sb sos tomato
                        • 1 sb sos cili
                        • keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah) ~ tak letak
                        • gula n garam
                        • taugeh n sawi
                        • daun bawang n bawang goreng
                        Cara-cara
                        1. Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jg buang....
                        2. Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
                        3. Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
                        4. Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama sedap....
                        5. Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh...
                        6. Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.....


                          Friday, March 25, 2011

                          Mee Ketam

                          Assalamualaikum....
                          Nampaknya sekarang ni masa untuk berblog semakin terhad. Entah le silap2 nanti takde masa langsung masa yang boleh dicuri untuk mengadap pc ni. Ok le tak nak melalut panjang. Kedengaran suara orang mengaji di masjid, sat lagi azan subuh. Cepatnya masa berjalan. Malam tadi hubby request nak makan benda yang berkuah. Teringat pada homework yang niezza kasi. Ermmm inilah masanya. Balik opis terus ke ikhwan beli mee, ketam dan sup tomato. Bahan2 lain rasanya ada kat dalam peti ais. Layannnnn je la ......
                          RESEPI MEE KETAM
                          Source: Nurniezza.blogspot.com

                          Bahan-bahannya
                          • 300gm Mee kuning dicelur
                          • 1/2 kg ketam (dibersihkan dan belah 2) ~ saya buat 2 ekor ketam saiz sederhana
                          • 8 biji cili merah (mengikut kepedasan masing2)
                          • 2 labu bawang besar
                          • 3 ulas bawang putih
                          • 1/2 tin tomato soup
                          • 1 ltr air
                          • 1 biji telor (dipukul sedikit) nieza tambah 2 biji telur yg tdk dipukul~saya tak tambah
                          • 2 kiub ayam
                          • 2 sudu makan kicap
                          • 2 sudu makan oyster sauce
                          • 2 sudu besar sos tomato
                          • 2 sudu besar cili sos
                          • 2 biji tomato dibelah 4
                          • Daun bawang dipotong 1"
                          • sedikit sayur sawi
                          • 1 batang carrot dipotong nipis
                          • Bawang goreng
                          • Garam secukup rasa

                          Cara-cara
                          1. Cuci bersih ketam dan toskan
                          2. Blend cili merah + bawang putih +bawang merah
                          3. Tumiskan bahan blend tadi dan masukkan soup tomato, kicap, oyster sos, tomato sos dan cili sos. masakkan sekejap.
                          4. Masukkan air dan kiub ayam.
                          5. Bila kuah mula mendidih, masukkan telor dan kacau.
                          6. Kemudian masukkan ketam, tomato yg dibelah 4 tadi, carrot dan sayur sawi.
                          7. Rasakan kuah...boleh tambahkan garam jika perlu
                          8. Tutup api...dan hidangkan bersama mee yang dicelur tadi.
                          9. Taburkan daun bawang yg dipotong dan bawang goreng sebagai hiasan.

                          Friday, March 18, 2011

                          Bihun Goreng Tomyam

                          Assalamualaikum....
                          Memang payah sebenarnya nak menyediakan makan malam kat rumah ni. Ye la alif dan aqil hanya nak makan nasi. Baba pulak bervariasi aka tukar2 menu. Mama pula kalau boleh tak nak makan malam. Dalam erti kata lain nak diet le tu. Bila memikirkan anak2 memang kena masak nasi le hari2. Tapi kesian pula kat baba. Semalam lepas bincang ngan hubby putuskan untuk tak masak nasi. Jadi siap le semangkuk bihun goreng tomyam. Resepi dari kak nor yang dikongsi di myresepi. Saya buat setengah paket bihun dan tambah sotong. Pernah buat tapi masa tu tak sempat nak ambik gambar. Kalau nak resepi sila ke SINI yea. Sepertimana yang dijangka kedua2nya tak pandang pun bihun ni. Mereka lebih rela makan roti. Susah kan? Ok le nak pi cari makan tengahari sat.



                          Sunday, January 23, 2011

                          BIHUN GORENG SINGAPORE

                          Assalamualaikum....
                          Hari ni kelas belajar memasak terpaksa ditangguhkan demi untuk meluangkan masa secukupnya dengan anak-anak. Bawa diaorang pergi jalan-jalan pastu terus membeli belah keperluan dapur. Makan malam pun yang sempoi je sebab banyak kerja perlu dibuat. Hasrat untuk menunaikan permintaan rakan sepejabat pun terpaksa diperam dulu. Insyaallah satu hari nanti. Semalam cuba meroti, ye la tengok cikgu2 duk meroti je kita pun teringin nak buat. Sekali hasilnya gedegang punya keras. Tensen betul. Dah tahu scale yang ada tu tak boleh dipercaya pi guna jugak. Padan muka :( Menu malam ni bihun goreng singapore resepi dari MyR. Kami buat 1/3 bungkus je. Jadi semua bahan pun 1/3 jugak.


                          RESEPI BIHUN GORENG SINGAPORE
                          Sumber: sofinar@myresipi.com

                          Bahan-bahan ( 10 orang makan )
                          • 1 bungkus bihun - direndam dulu
                          • 300g daging - dipotong kecil2
                          • 3-4 keping fish cake - Saya tak letak
                          • sayuran campur - carrot, jangung dan kacang pis - Saya tak letak
                          • 3 sudu makan cuka
                          • 6 ulas bawang putih
                          • 1 sudu makan lada hitam / lada putih
                          • 2 biji tomato - potong nipis jika suka
                          • garam dan gula secukupnya
                          • cili api- potong nipis + kicap sebagai sos 
                          • 1 biji telur - ni saya tambah
                          • 10 ekor Udang saiz sederhana - ni pun saya tambah
                           Cara-cara
                          1. Lada hitam ditumbuk halus bersama dengan bawang putih
                          2. Panaskan minyak, goreng daging hingga lembut, bubuh air jika masih liat
                          3. Masukkan fish cake, dan goreng lagi. Kemudian masukkan lada dan bawng putih, goreng hingga naik bau, boleh di tambah sedikit air untuk melembutkan bihun nanti. Kemudian masukkan cuka
                          4. Kemudian masukkan pula sayuran campur tadi, gaul sekejap. Masukkan gula dan garam
                          5. Masukkan bihun, gaulkan hingga bihun masak
                          6. Apabila bihun masak, tabur tomato, gaul sekejap dan tutup api. Saya tak bubuh tomato sebab anak dan hb tak suka
                          7. Sedia dihidang bersama sos kicap (sambal kicap)

                          Sunday, January 16, 2011

                          MURTABAK MAGGI

                          Assalamualaikum...
                          Pagi ni pun menceroboh dapur rumah orang lagi. Cari punya cari dan fikir punya fikir so ambik le resepi kat umah k nor. Tengahari plak tak masak pasal hari ni perlu mem'bibik'kan diri. Sat gi lepas maghrib kena sambung lagi. Iron baju 3 orang punya untuk stok seminggu. Oooooooo tidakkkkk. Tapi masih berhajat lagi tu nak buat projek mengekek malam ni. Apa2 pun tunggu esok ye. Ok le kat bawah ni resepi yang dikopipes dari sini.


                          MURTABAK MEE SEGERA
                          Sumber: K nor



                          Bahan2
                          # 2 bungkus mee segera ~ dicelur sekejap dan toskan - saya buat sebungkus je
                          # 3 bj telur
                          # 1 pack perencah mee segara ~ kari/tomyam
                          # 1 bj bawang besar ~ dadu/cincang
                          # 1 bj cili merah ~ dadu/cincang
                          # daun sup/daun ketumbar/daun bawang/kucai
                          # 2 sudu besar minyak
                          # Saya tambah ayam goreng yang dipotong kecik2 dan carrot yang dipotong halus

                          Cara2
                          1. Pecahkan telur dlm sebuah bekas dan masukkan kesemua bahan kecuali mee.
                          2. Kacau sebati baru la dimasukkan mee dan gaul hingga sebati.
                          3. Panaskan frying pan yg diletakkan 2 sudu besar minyak.
                          4. Masukkan bahan mee tadi dan goreng la sehingga masak.
                          5 Hidangkan panas2 dgn sos cili dan mayo jika suka.
                          * boleh juga kalau nak letak hirisan crab stick/ sosej tp hendaklah dicelur dulu sekejap.

                          Saturday, January 15, 2011

                          SIZZLING YEE MEE

                          Assalamualaikum......
                          Ni menu breakfast hari ni. Sebenarnya masa nampak menu ni kat dapur k nor minggu lepas memang dah terbayang2 dan terus beli bahan2nya. Tapi disebabkan kekangan masa, hari ni le baru berkesempatan. Tu pun sayur-sayuran out of stock. Masukkan apa yang ada je. Tapi ye le bila kat rumah ni tekak2 melayu belakanya maka slow sikit le makannya. Apapun tq pada k nor sebab kongsi resepi ni dan saya panjangkan ke sini. Suka hati je kan. Harap cikgu tak kisah ye.


                          SIZZLING YEE MEE by Lilydvalley MyR
                          Sumber: Dapur k nor

                          bahan:
                          • 2-3 sanggul (gulung) yee mee ~ k.nor guna mee segera cintan
                          • 5 ulas bawang putih
                          • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
                          • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
                          • 1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :) saya tambah lagi 1 sudu
                          • 3 biji cili kering- potong 2
                          • 2 sudu besar sos tiram
                          • 3 sudu besar kicap cair
                          • 1 sudu besar kicap pekat
                          • 1/2 in halia- hiris nipis
                          • Serbuk lada hitam
                          • garam- secukup rasa
                          • Beberapa titik Minyak bijan
                          • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
                          • sedikit minyak utk menumis

                          Cara2:
                          1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
                          2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
                          3. Masukkan 2 cawan air.
                          4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
                          5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
                          6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
                          7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
                          8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

                          Sunday, December 26, 2010

                          KUEY TEOW GORENG KERANG BASAH

                          Assalamualaikum....
                          Wa sekarang ni hubby dah pandai request menu. Dalam hati punya le seronok nampaknya dah ada kemajuan le dalam masak memasak ni. Ye la dulu kalau duk masak je mesti benda yang sama, jadi kalau request pun tak gunakan. Entah le dulu rasa masak ni macam susah sangat idea tak berkembang. Tapi semenjak 2 menjak bila duk rajin intai dapur rumah hana, K.nor, CMG banyak rupanya makanan yang mudah dimasak dan yang penting sedap. Tengahari tadi masa nak pergi rumah kenduri hubby kata malam ni nak makan kuey teow goreng. Jadi balik tu terus singgah tesco extra. Dalam duk ambik bahan2 nak masak malam ni sempat lagi ambil arrowhead sebab hubby suka sangat (aku pun suka gak). Disebabkan esok masih lagi bercuti cadangnya lepas operate rumah boleh le buat kerepek lagi. Alhamdulillah masakan malam ni siap dapat pujian lagi (bukan senang tu). Resepi ni dapat masa tersesat kat dapur ct tapi kasi adjust sikit (macam terer je kan). Bukan apa saja duk guna apa yang ada kat dapur tu.

                          Bahan-bahan
                          * 450 gm Kuey Teow
                          * 12 tangkai cili kering - dikisar
                          * 1 labu bawang besar - dikisar
                          * 3 ulas bawang putih - dikisar
                          * Kerang 
                          * 12 ekor udang
                          * 2 sb sos mee goreng
                          * 1 sb sos tiram
                          * 1 sb sos ikan
                          * Taugeh
                          * Kucai - tak letak
                          * 1 biji telur
                          * Minyak
                          * Garam
                          * Air rebusan (Kepala udang direbus. Setelah sejuk, kisar dan tapis untuk mendapatkan airnya).

                          Cara-cara
                          1. Cuci dan toskan kuey teow. Ketepikan.
                          2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau/ minyak
                          3. Masukkan air rebusan, sos mee goreng, sos tiram dan sos ikan. Kemudian masukkan udang.
                          4. Masukkan garam mengikut kesesuaian
                          5. Pecahkan telur dan kacau sehingga telur sebati (akan jadi pekat). Masukkan kerang rebus.
                          6. Akhir sekali masukkan Kuey Teow dan tauge. Kacau sehingga sebati. Setelah masak terus masukkan ke dalam bekas dan hidangkan dengan hirisan cili hijau.

                          Wednesday, December 22, 2010

                          Mee Goreng Basah

                          Assalamualaikum...
                          Hari ni hubby nak makan mee goreng basah ye la hari tu kan hasrat tak tercapai. Lepas ambik anak-anak terus pergi kedai nasib baik semua yang diperlukan ada. Seperti biasa sampai rumah terus siap2kan semua bahan. Lepas sembahyang maghrib baru masak. Lupa pula resepi search masa dalam perjalanan nak pergi Islah. Kalau nak cuba boleh ada kat bawah ni saya copy dari myresipi.
                          Sumber : tulip77@myresipi.com

                          Bahan-bahan ( 5 org makan )
                          •  600g mee kuning
                          •  2 ekor sotong – saya letak 3 ekor
                          •  6 ekor udang basah – saya letak 9 ekor + daging
                          • 3 pokok sawi
                          • 1 sb pes lada kering
                          • 2 sb minyak masak
                          • 1/2 sb sos tiram*
                          • 4 sb sos tomato*             *saya ganti dengan 4 sb sos mee goreng
                          • 1/2 sb kicap pekat*
                          • 3 cawan air panas
                          • 3 ulas bawang putih
                          • garam, gula & ajinomoto
                          • ** lada jeruk ** - tak buat pun nak makan cepat le katakan
                          • cuka
                          • gula & garam
                          • lada besar hijau

                          Cara-cara
                          ~Inilah hasilnya~
                          1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.
                          2. Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam dan ajinomoto. Kacau biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. Adjust ikut selera anda.
                          3.   Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nampak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air panas.Kecilkan api & biar selama 4minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata.Dalam gambar xda taugeh...stok taugeh takda kat umh...
                          4. Alihkan mee kuning dari kuali, jgn biarkan dlm kuali, air mee akan kering. Makan panas2 bersama lada jeruk,taburkan dgn daun bawang & bawang goreng.
                          5. Lada jeruk : Potong lada menyerong. Dalam mangkuk masukkan lada. Masukkan juga cuka hingga menutupi lada. Masukkan garam & gula. Rasa ok ke tak...adjust ikut selera anda. Lada jeruk nih buat banyak pun takpa sbb boleh simpan dalam peti sejuk.


                          Monday, December 20, 2010

                          Mihun Goreng Tomyam

                          Assalamualaikum....
                          Dalam perjalanan pulang ke rumah tanya hubby nak makan apa malam ni. Dia nak mee goreng basah. Terus ke kedai, malangnya adik kat situ kata mee dah habis biasa le bila nak mesti takde. Jadi bagitau kat hubby dia kata bihun pun ok. Beli bihun dan sayur-sayuran terus balik ke rumah. Tengok kat dalam peti ais ada ayam dan daging terus keluarkan dan rendam. Sementara tunggu azan maghrib cari kat google resipi bihun goreng yang umph sikit, ye la kalau buat bihun yang sama je nanti hubby bosan le pulak. Terpesona le dengan resipi nor_67 ni. Selesai solat maghrib terus ke dapur. Tapi buat separuh je untuk 3 orang makan le katakan. Alhamdulillah licin kuali (hubby tambah 3 kali). Terus hilang penat. Saya copy kat sini sebab nanti senang bila nak buat lagi.


                          Sumber: myresipi.com – oleh nor_67

                          Bahan-bahan ( 7 org makan )
                          • 1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan
                          • 300gm udang - tukar dengan daging
                          • 200gm isi ayam
                          • 3 ulas bawang putih - diketuk
                          • 5 ulas bawang merah - dikisar
                          • 2 batang serai - diketuk sedikit
                          • 2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)
                          • cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas
                          • 1 biji telur
                          • 3 helai daun limau purut - dicarik2kan
                          • sayur kobis - di potong pjg (halus)
                          • carrot - dipotong pjg (spt btg mancis)
                          • 2 biji tomato - dihiris nipis2
                          • 1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air
                          • daun saderi
                          Cara-cara
                          1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau.
                          2. Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
                          3. Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur
                          4. Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong) Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan
                          5. Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang)
                          6. Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus 
                          Nota: Tiada foto sebab semua telah kelaparan.