Assalamualaikum.........
Hajat dihati dapat le kiranya hari ini buat n3 kek karamel yang sedap bangat tu tapi entah di mana silapnya malam tadi kek yang dibuat tak menjadi rasa macam nak nangis masa tu. Walaupun mood nak mengekek tak berapa ada semalam tapi gagahkan juga sebab teringin sangat nak makan. Sebenarnya dan 2 kali buat kek karamel ni dengan 2 resepi yang berbeza. Kalau rasa nak tengok boleh ke SINI dan SINI. Untuk kali ketiga ni saya cuba lagi satu resepi yang agak berbeza juga, ye la namanya pun saya mak budak tengah belajar memasak jadi kena le mencuba pelbagai resepi. Hehehe betul tak? Disebabkan kejadian itu maka mood untuk meng'N3' pudding ni malam tadi terus tergendala. Ok le malas dah nak cerita pasal benda yang tak menjadi, lebih baik cerita pasal pudding yang ringkas dan sedap ni. Sebenarnya lama dah nak buat masa Diana tayang dulu, siap tanya soalan lagi masa dia post kat FB. Masa mula2 tengok nama dia ketaq juga rasanya, mana taknnya nak menyebutnya pun tak reti. Bila tengok bahan dan cara nak buat macam senang je terus jatuh chenta. Buat ni untuk makan malam (hehehe nampak beno malasnya). Yang syoknya hubby yang tekak melayu tu pun kata ok juga kalau nakkan kelainan. Ok le layan je resepi yang saya CNP dari dapur Diana yang diambil dari dapur Kak Ros.
RESEPI YORKSHIRE PUDDINGS
:: Resipi Dari ~ Akak Ros @ SinaranMenu ( TQ )
cnp dari Sky Blue Kitchen
Bhn²
- 170 grm tepung gandum
- 180 ml susu segar
- 120 ml air biasa
- 2 biji telur
- Secubit garam
- Minyak masak secukupnya
Cara²
- Pukul telur sekejap , masukkan susu dan air.. pukul lagi dalam 2/3 minit.
- Campurkan tepung gandum dan garam didalam mangkuk dan buat lubang ditengah. Tuang adunan telur dan susu sedikit demi sedikit dan kacau rata. Kacau hingga adunan sebati dan tapis kedalam mangkuk yang bersih.
- Panaskan oven dgn kepanasan 220°C. Masukkan lebih kurang 1sudu kecil minyak masak kedalam acuan muffin. Pastikan seluruh acuan juga disapu minyak.
- Masukkan acuan muffin kedalam oven dan tunggu hingga minyak betul-betul panas atau kedengaran bunyi sizzle dan berasap sikit.
- Keluarkan acuan tadi dari oven dan tuangkan adunan pudding hingga penuh.Masukkan semula kedalam oven dan masak dalam 10 ke 15 minit dan pudding kelihatan keperangan.
- Angkat dan sejukkan. Boleh dihidang dengan inti pilihan masing-masing atau roasted beef.



























