MY IKLAN

MY IKLAN
Showing posts with label ceRita. Show all posts
Showing posts with label ceRita. Show all posts

Sunday, August 23, 2015

Mood Berehat Sebentar


 Assalamualaikum w.b.t

Seminggu tak bersiaran dan seminggu yang penuh dengan dugaan. Bermula dengan alif, kemudian aqil, mama dan akhirnya ariq. Demam, batuk, selsema, sakit kepala dan yang seangkatan dengannya. Hanya dapat cuti sakit pada 15.8.2015 sahaja, hari-hari seterusnya terpaksa gagahkan diri sebab ada audit mc&i (hutan asli) oleh Sirim Berhad. Ini pertama kali terlibat secara langsung jadi perlu sama-sama belajar cara dan kaedah auditan yang dibuat. Ingatkan bila masuk hutan penyakit yang ada boleh pergi jauh-jauh tapi sehingga hari ini batuk dan selsema masih lagi tak nampak bayang untuk sembuh. Hanya mampu terus berdoa agar Allah SWT berikan kesembuhan dengan segera.

Dalam ketidakselesaan minggu ini bakal sibuk dengan kerja-kerja tertangguh akibat tumpuan sepenuhnya diberikan kepada persiapan audit sebelum ini. Disamping itu masih ada lagi peruntukan yang masih belum dibelanjakan, jadi pandai-pandailah siapkan semua dokumen yang patut. Hujung minggu ni pulak ada program tanam pokok di Cameron Highland. Adohai baru plan nak bercuti panjang, habiskan masa dengan keluarga. Kesimpulannya mood berehat sebentar dari MH terpaksa berada di dalam mode ON.

    Thursday, June 18, 2015

    Rumah Musnah Terbakar

    Assalamualaikum w.b.t

    Sekadar berkongsi foto-foto rumah MIL yang musnah terbakar pada bulan april 2015 yang lepas. Memang pahit untuk dikenang tapi ini semua ketentuan Yang Maha Esa. Setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya.
    Tarikh: 12 April 2015
    Masa: 10 pagi - 11 pagi
    Lokasi: Kg. Bahagia Teluk Intan



      Thursday, June 11, 2015

      Novel oh Novel

       Assalamualaikum w.b.t...

      Hobi dari kanak-kanak lagi, saya memang suka baca novel. Biasa la masa sekolah dulu baca novel-novel yang ada di perpustakaan je. Masa tunggu result SPM saya sempat bekerja di kedai buku yang terletak di uptown petaling jaya. Hahaha memang sakan sangat le masa tu, setiap novel yang ada memang akan ada 1 jadi mangsa kami bertiga (saya, kak imah dan syeda). Walaupun novel yang dihantar siap berplastik bagi mengelakkan pelanggan membaca tanpa membeli, kami akan ambik, koyakkan plastiknya dan baca. Novel tersebut akan berpindah dari tangan ke tangan dan bila semua dah habis baca naskhah tersebut akan diletakkan dibahagian bawah sekali. Nasib la yea.... kalau buka buku ilmiah baca berhari-hari pun belum tentu habis, tapi kalau novel ni paling lama masa yang diambil 3 hari itu pun sebab tebal. Kalau yang tebal 1 inci tu 1 hari pun boleh sampai ke penamat.

      Sumber : google

      Ahad lepas balik kerja terus ke Star Parade, hajat hati nak jamu mata kat SSF yang terletak di tingkat 4. Masa nak naik tangga di tingkat 3 nampak novel baru karya novelis Siti Rosmizah bertajuk Andai Itu TakdirNya 2. Pergghhh terus masuk kedai popular, ambik novel tu serta sebuah buku lagi dan terus pi kaunter bayaran. Masa di Uni minat ni memang terpaksa dilupakan sebab mana mampu nak beli. Duit yang ada untuk belanja makan je, tu pun weekend biasanya pergi lepak rumah abang2 atau kakak2 sebab boleh makan sedap2. Bila dah berkerja di seremban, tinggal serumah dengan officemate yang merupakan classmate masa kat uni. Dia ni memang kaki novel, jadi minat aku dapat diteruskan dengan meminjam novel2 yang dia beli. Kawan saya ni pun minat menulis tapi karya dia tak pernah diterbitkan, katanya untuk suka-suka je. Masa tu pun saya tak beli sendiri sebab banyak komitmen dan impian yang nak direalisasikan. Saya beli karya-karya novelis yang saya minat je iaitu Lamia Aimal, walaupun ada novel yang dah baca tapi saya beli juga sebagai koleksi.

      Bila dah kahwin dan tinggal di penang, saya mula mengumpul novel-novel karya Fauziah Ashaari (penangan ombak rindu), Siti Rosmiza, Eiman Sufi dll. Saya ni jenis beli 1 dulu, kalau karya tu kena dengan jiwa saya maka akan beli novel tulisan penulis tu lagi. Tapi kalau tak best alamatnya 1 tu je la. Ada novel yang saya beli tapi tak habis baca, terus simpan dalam almari jer. Alamak baru perasan entri ni dah tersasar jauh, hajat hati nak buat review pasal Andai Itu TakdirNya 2, tapi dah jadi kisah saya suka baca novel pulak. Tak pe le In shaa Allah next entri, apa pun hati sedang berbunga riang sebab kejap lagi boleh balik sg dua.

        Wednesday, December 10, 2014

        Cuti Sekolah


        Assalamualaikum w.b.t

        Cuti sekolah dah masuk minggu ketiga, tapi masih belum berkesempatan nak bawa anak2 pergi berjalan lagi. Petang jumaat selepas tamat sahaja sesi persekolahan tahun 2014 alif dan aqil dah sibuk nak balik rumah mak tok di Teluk Intan. Jadi keesokan harinya baba dah hantar ke kampung tapi mama tak ikut serta sebab hari ahad kerja. 

        Hujung minggu lepas kami balik kg sebab nak bawa aqil balik ke penang sementelah sesi persekolahan 2015 Tadika Nur Cemerlang bermula pada 8 Disember 2014. Tapi malangnya mak tok minta ditangguhkan dan aqil pulak tak mau balik lagi. Aqil memang suka tinggal di kg sebab dapat bermanja dengan mak tok dan wan teh.

        Untuk cuti kali ini alif minta untuk ke Kidzania dan Berjaya Times Square lagi tapi mama masih belum putuskan lagi lokasi percutian hujung tahun ni. Kalau ikut program selepas cuti krismas baru mama boleh bercuti, jadi kita tunggu dan lihat je la. Semoga diberi kemudahan untuk siapkan segala tugasan sebelum 25hb dan mama dapat bercuti dengan fikiran yang lapang.


          Monday, November 24, 2014

          Bulan ni takde gaji!!!!


          Assalamualaikum w.b.t

          Sadis tak tajuk n3 ni???
           Minggu lepas dapat panggilan daripada staff hq. Saya kongsi sikit perbualan tersebut.

          Saya: Hello..
          Dia : Assalamualaikum pn. Ni E.... cakap.
          Saya: Ooooo E..... Napa?
          Dia: Maaf, ada benda nak bagi tau pn ni. Pn jangan marah.
          Saya: Hish.. apanya? jangan buat saya cuak.
          Dia: Bhgn kewangan suh saya bagitau, bulan ni pn takde gaji.
          Saya: Pulak dah. kenapa?
          Dia: Sebab bhgn kewangan tak sempat key in gaji pn. Diorang salahkan bahagian kejuruteraan sbb bla..bla..bla...bla..bla..
          Saya: (hanya mampu mendengar)... abis tu bila saya boleh dapat?
          Dia: Bulan 12. Pn marah ke?
          Saya: Agak2 kalau saya marah sekarang, gaji saya boleh masuk tak minggu depan.
          Dia: Ala pn jangan le cakap macam tu. Saya minta maaf sangat-sangat.
          Saya: Betul pe saya cakap, nak marah pun tak guna. Ada le Allah bagi rezeki ikut lain nanti. Dah tertulis bulan ni saya takde gaji.
          Dia: Maaf yea pn.
          Saya: Takpe le. Cuma pastikan bulan depan saya ada gaji yea. Double tau..
          Dia: ok pn..

          Masa tu memang rasa macam takde perasaan. Apa yang difikirkan segala hutang piutang tak dapat dibayar bulan ni, bulan depan bayar double. Kepada mereka yang menguruskan gaji, sila lebih prihatin jangan kira gaji kita je, gaji staff lain pun kena tengok juga. Allah Maha Pemberi Rezeki, takde rezeki kat sini Dia bagi rezeki cara lain pulak. Aminnn....




            Monday, September 29, 2014

            Akhirnya Di Sini

            Assalamualaikum w.b.t.....
            Ogos dan September 2014 adalah merupakan bulan yang penuh dugaan dan ujian. Mulanya rasa dah patah semangat dan fikir nak serah surat letak jawatan, tetapi ianya tak semudah yang difikirkan. Segalanya bermula pada 7 Ogos 2014 apabila menerima surat pemberitahuan pertukaran ke negeri perak. 18 Ogos 2014 lapor diri di sana dan diberi penangguhan selama 2 minggu. Kembali bertugas seperti biasa di pulau pinang dan menerima panggilan dan arahan supaya melapor diri di ibupejabat, kuala lumpur. 20 Ogos 2014 terus berbuat demikian dan diberi penangguhan sehingga 31 Ogos 2014. Berpindah ke Kuala Lumpur pada 1 September dan mula bertugas di tempat baru pada keesokkan harinya. Umpama dihempap batu besar apabila pengarah memaklumkan bahawa saya akan ditempatkan di Terengganu. Penjelasan demi penjelasan diberikan agar cadangann itu tidak diteruskan. Alhamdulillah setelah bertugas 2 minggu, surat arahan bertugas di Kedah diterima. Walaupun tidak dapat kembali ke Pulau Pinang tetapi sekurang-kurangnya ia semakin hampir dan perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Cadangnya nak berulang tetapi apabila memikirkan kos perjalanan yang agak tinggi dan keupayaan badan adalah terhad jadi putuskan untuk menyewa rumah di Alor Setar. Allah S.W.T maha mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya. Gunakan peluang yang ada untuk terus menimba ilmu dan pengalaman.....


              Tuesday, September 24, 2013

              MGTT dan BSP

              Assalamualaikum w.b.t......

              Hrmmm semakin dekat tarikh yang ditunggu semakin suka pula nak menaip dan menulis di blog. Masa bawa kereta macam-macam idea timbul, tapi sampai rumah memang tak larat nak duduk lama2, selesaikan apa yang patut lepas solat isyak terus tumbang. Ok le untuk entri kali ini saya nak kongsikan sikit pengalaman sebagai penghidap diebetik. 

              Semasa kandungan pertama dan kedua memang takde masalah, semuanya ok. Tapi pada kandungan ketiga saya disahkan mengidap kencing manis. Namun alhamdulilah bila aqil dzaki selamat dilahirkan tahap gula dalam darah kembali normal. Untuk kehamilan kali ini sekali lagi disahkan sebagai pengidap kencing manis. Ini mungkin disebabkan pengambilan makanan semasa sambutan aidilfitri yang lepas. 


              Diawal kehamilan (18 minggu) bacaan MGTT adalah 3.8/7.0, dr telah menasihatkan supaya berhati-hati dalam pengambilan makanan. (Ujian MGTT adalah untuk mengenalpasti samada ibu mengidap penyakit kencing manis semasa hamil.Kebiasaannya ujian ini dilakukan pada wanita yang berisiko tinggi contohnya mak ayah ada Diabetik. Selain itu,seperti Gestational diabetes pada kehamilan yang lepas, Obesiti (BMI >30), Umur > 35, Glycosuria, Previous big baby > 4.0 kg, Recurrent abortion atau stillbirth dan Polyhydramnios). Ketika usia kandungan menginjak ke 30 minggu sekali lagi Ujian MGTT dilakukan dan bacaan 4.0/8.2. Oleh itu sah le saya mengidap kencing manis, namun syukur alhamdulillah ianya tidaklah sampai ke peringkat cucuk insulin. Pakar pemakanan menasihatkan saya supaya kawal pemakanan dengan kurangkan makanan manis dan banyakkan makan buah-buahan dan syur-sayuran.


              Rutin pemeriksaan berubah dan setiap kali ke klinik saya perlu membuat BSP sehari sebelumnya.  BSP adalah singkatan dari Blood Sugar Profile. Prosesnya menuntut setitis darah dari hujung jari dengan menggunakan glucometer untuk pantau kandungan gula dalam darah. Ia dilakukan 3 kali dalam sehari iaitu sebelum sarapan pagi, 2 jam selepas makan tengahari dan 2 jam selepas makan malam. Ianya boleh dilakukan di klinik dan juga di farmasi. Caj yang dikenakan adalah RM 2.00 - RM 4.00. Berdasarkan kepada bacaan yang direkodkan sehingga ke hari ini kadar gula dalam darah adalah normal. Ini mungkin disebabkan oleh amalan pemakanan yang lebih sihat di mana kebanyakan makanan yang digemari (teh tarik, nasi lemak, kek, kuih muih, bubur dll) terpaksa dilupakan buat seketika. 

              Memang sukar tapi bila memikirkan anak yang dikandung perlu teruskan sehingga selamat melahirkan. Sebagai ibu yang pernah melalui fasa kelahiran pra-matang dan kehilangan bayi yang dikandung, sudah pasti setiap saranan dr akan cuba dipatuhi dengan sebaik mungkin. Pernah terbaca dalam blog, terdapat ibu yang menulis sendiri atau dengan erti kata lain menipu bacaan BSP demi untuk mengelakkan dileteri oleh jururawat dan dr. Pada saya itu adalah tindakan tidak bijak kerana kita bukannya hanya menipu mereka tetapi kita menipu diri sendiri. Dan lebih malang lagi kesan/ akibat akan ditanggung oleh anak yang dikandung.


                Tuesday, September 18, 2012

                Gemuruh


                Lirik/Tajuk Lagu: Gemuruh (OST MyStarz)
                Penyanyi/Artis: Faizal Tahir (OIAM)

                Bila bertalu rentak dikalbu
                Hasrat yang tersirat semakin kuburu
                Bila bergema laungan gempita
                Harapan bernyala nadiku berganda

                Gemuruh jiwa semangat membara
                Dari puncak ingin ke angkasa
                Berkalungkan bintang berkelipan
                Menyerlah jauh dari yang biasa

                Bila bertalu rentak dikalbu
                Hasrat yang tersirat semakin kuburu
                Bila bergema laungan gempita
                Harapan bernyala nadiku berganda

                Gemuruh jiwa semangat membara
                Dari puncak ingin ke angkasa
                Berkalungkan bintang berkelipan
                Menyerlah jauh dari yang biasa

                Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
                Segalanya pasti kan terbukti nanti

                Gemuruh jiwa semangat membara
                Dari puncak ingin ke angkasa
                Berkalungkan bintang berkelipan
                Menyerlah jauh dari yang biasa

                Gemuruh jiwa semangat membara
                Dari puncak ingin ke angkasa
                Berkalungkan bintang berkelipan
                Menyerlah jauh dari yang biasa
                Menyerlah jauh dari yang biasa
                -------------------------------------------

                Assalamualaikum w.b.t
                Tetiba je malam ni tangkap lentok dengan lagu kat atas ni. Mungkin itu yang dirasakan ketika ini. Esok akan diadakan Konvensyen KIK Peringkat Negeri Pulau Pinang (nak tahu lebih lanjut sila ke www.penang.gov.my). Tahun lepas pasukan kami terpilih dan berjaya menjadi naib johan kategori teknikal. Agak2 boleh tak kami jadi lebih baik (hrrrmmmm no komen). Sebelum ni sebagai fasilitator, syok je la berdiri kat tepi je masa anak buah buat persembahan (macam kat dalam gambo tu) tapi tahun ni kena jadi Ketua Kumpulan dan kena jadi presenter. huhuhuhu masak rasanya pagi esok. Dah le tu kumpulan kami dapat no. 2 untuk persembahan (hehehe lagi cepat buat lagi cepat habis -ayat penyedap hati). Doakan agar perasaan gemuruh ni beransur hilang dan kumpulan kami berjaya, kalau boleh tahun depan tak mau dah.


                  Saturday, September 1, 2012

                  Wajar @ Tidak ?


                  Assalamualaikum w.b.t

                  Masih takde mood nak citer pasal makanan, bukan sebab tak masak tapi malas rasanya nak ambik gambar. Petang semalam masak mee kari untuk hubby berbuka, bila jam telah menghampiri 6.00 petang brother-in-law telefon bagitau 10 minit lagi sampai umah, masa tu diorang dah sampai jambatan pulau pinang. Apa lagi le kelam kabut kemas rumah sebab mother-in-law ada sekali. Hehehe kantoi, memang tersangat le kejutannya nasib baik tak pitam. Ok le tak payah cerita panjang2 pasal semalam. 


                  Entri kali ni nak sembang pasal kamera, kepada teman2 yang sudi beri pandangan atau pendapat amatlah dialu-alukan. Sebenarnya dah lama simpan hasrat untuk memiliki kamera dslr atau yang seangkatan dengannya, sebab bila tengok gambar yang cantik ataupun nampak hidup saya sangat teruja. Bila bincang ngan hubby maklumbalas yang diterima agak negatif. Mungkin dia tahu setakat mana kemampuan wife nya ini untuk berkreatif. Ye la kang kalau beli tapi tersimpan je dalam almari buat apakan? Berdasarkan kepada pembacaan, rata2 mengatakan gambar yang cantik tidak hanya bergantung kepada kamera yan digunakan, tapi lebih kepada keupayaan jurufoto. Secara logiknya cara penggunaanya boleh dipelajari, ye la kalau tak mau pi kelas google je macam2 tutorial dan ilmu yang telah dikongsikan oleh pakar2 di alam siber ni. Hrrrmmmm mampukah saya? 


                  Tapi tu le kalau difikirkan balik saya ni lebih kepada otak kiri yang mana ianya banyak dikaitkan dengan fungsi akademik yang terdiri dari kemampunan bercakap, kemampuan berbahasa, membaca tulisan, logik, angka, analisis, dan lain-lainnya. Biasanya ia diidentitikan dengan kecerdasan analitik atau intelek. Maksudnya otak kiri kita ini banyak berkait dengan kemampuan matematik, analisis dan kemampuan berfikir secara sistematik. Cara kerja otak ini sangat rapi, dan terstruktur/tersusun. Biasanya otak kiri ini sangat bermanfaat digunakan untuk memahami hal-hal yang kompleks dan perlu pemikiran yang mengkhusus. Individu yang biasanya lebih menggunakan otak kiri adalah seorang penganalisis, pengkaji, Ahli matematik atau saintis. Hehehehe konon-konon le kan

                  Manakala Otak kanan pula adalah tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama musik, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian. Cara kerja otak kanan ini biasanya tidak terstruktur, dan cenderung tidak memikirkan hal-hal yang terlalu khusus iaitu bertentangan dengan otak kiri. Contoh orang yang mengunakan otak kanan dibandingkan otak kirinya adalah seorang seniman, pelukis dan sebagainya. Daripada teori ini memang nampak sangat le saya ni tidak tergolong dalam kumpulan manusia yang menggunakan sepenuhnya otak kanan.


                  Jadi apa pandangan korang yea, wajar tak saya mendapatkan kamera yang diimpikan macam yang kat atas ni atapun terus menggunakan kamera yang ada sekarang ni seperti kat bawah ni? Tolonggggggggg!!!!!!!!




                    Friday, August 24, 2012

                    Sepi


                    Assalamualaikum w.b.t..
                    Sunyi dah sepi je rasanya sekarang ni. Mana taknya, orang lain cuti kita keja, orang lain takde masa update blog kita pi blog walking. Hehehe memang bosan. Tambahan pulak suami dan anak2 masih dikampung menemani MIL yang masih lagi berdukacita. Raya tahun ni disambut dengan serba sederhana disebabkan suasana pilu masih menyelubungi keluarga saya mahupun keluarga mertua. Masakan tidak 30 Syaaban 1433H ayahanda tercinta, Hj. Muhammad Bin Md Yusof telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.10 pagi. 10 hari kemudiaan bapa mertua, Hj. Mohamad Amir Bin Madimin menyusul. Arwah menghembuskan nafas terakhir pada 10 Ramadhan 1433 H, jam 8.05 malam. Semoga roh kedua-duanya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

                    Nota: Semangat ini berblog masih berkobar2 tetapi adakah masa akan menjadi penghalangnya?. Hrrmmm entah lah.....


                      Tuesday, July 17, 2012

                      Rukun Umrah Yang Seterusnya

                      Assalamualaikum w.b.t
                      Sambungan dari n3 sebelum ini, Rukun Umrah yang seterusnya adalah:-

                      KEDUA: Tawaf sebanyak 7 kali keliling Kaabah

                      Jemaah melakukan ibadah tawaf selepas solat isyak.

                      Jemaah melaksanakan ibadah tawaf selepas solat zohor.


                      KETIGA: Sa'ei dari Bukit Safa ke Marwah, 7 kali pergi dan balik

                      Jemaah sedang melakukan ibadah Sa'ei


                      KEEMPAT: Bercukur @ menggunting rambut di kepala

                      Sumber: google


                      KELIMA: Tertib iaitu menurut susunan yang di atas


                        Monday, July 9, 2012

                        Rukun Umrah Yang Pertama: NIAT

                        Assalamualaikum.w.b.t
                        Tangga 18 Jun 2012 setelah melakukan ziarah wida' dengan Rasulullah S.A.W, rombongan kami berangkat ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah. Terdapat 5 rukun umrah iaitu berniat di miqat, tawaf, saei, tahallul dan tertib. Berikut adalah lokasi miqat yang sempat dikunjungi bagi melakukan rukun umrah yang pertama.

                        Lokasi 1: Bir Ali 

                        Masjid Bir Ali adalah tempat Miqat bagi penduduk Madinah yang akan melaksanakan ibadah umrah atau haji, seperti yang dilakukan oleh Nabi. Masjid ini tidak terlalu jauh dari Madinah, mungkin sekitar 15-20 minit dari kota Madinah. Dari sini perjalanan menuju ke Makkah mengambil masa kira-kira 5 jam.

                         Lanskap yang indah dan laluan pejalan kaki yang mendamaikan.

                        Lokasi 2: Hudaibiyah (Syumaisi)

                        Di sini tempat Nabi terhalang memasuki Makkah untuk menunaikan umrah pada tahun ke 6 Hijrah.  Di sinilah berlakukan Perjanjian Hudaibiyah di antara Nabi dengan orang Quraish Makkah. 

                         Suasana di luar masjid, para jemaah dan penjual saling tawar menawar dalam berjual beli.

                        Lokasi 3: Ja'ranah 

                        Tempat miqat Rasulullah s.a.w. yang mana lebih afdal berihram di sini.

                        Lokasi 4:  Tan'aim

                         Lokasi miqat yang paling dekat dengan Makkah di mana tambang bas hanya 2 riyal. Di sini ialah tempat miqat isteri Nabi iaitu saidatina Aisyah.


                        Di atas adalah merupakan lokasi miqat yang sempat saya singgahi bagi umrah kali ini. Bagi mendapatkan maklumat berkaitan lain-lain lokasi miqat, bolehlah berkunjung ke Hidup Biar Sayang Allah. Boleh juga singgah di Blog Haji Arshad untuk mengetahui Kehidupan Makkah.


                          Sunday, July 8, 2012

                          Kenangan Terindah 2: UMRAH 2012

                          menmenmendaki  men
                          Assalamualaikum w.b.t.
                          Ziarah luar Madinah telah diadakan pada hari ke-3. Diantara tempat yang telah dikunjungi adalah Masjid Quba, Ladang Kurma, Kilang Cetak Quran dan Jabal Uhud. Disebabkan oleh kesuntukan masa Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh hanya dilihat dari dalam bas sahaja.


                          Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W sebelum Baginda tiba di Madinah melakukan berhijrah dari Makkah. Sabda Nabi S.A.W lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)


                          Road Marking yang unik, kaedah sebegini adalah lebih sesuai digunapakai disebabkan oleh faktor cuaca. Ermmm agak-agak boleh tak buat macam ni kat Malaysia?

                          Lawatan ke ladang kurma, sekali pandang macam ladang kelapa sawit je.

                          Buah kurma menunggu masa untuk masak. Alhamdulillah dapat juga merasa buah kurma muda yang baru dipetik.

                           
                           Kopi panas dihidang diatas meja yang ditempatkan dibawah pokok kurma untuk dinikmati oleh pengunjung. 

                           Suasana dalam kedai yang menjual pelbagai jenis kurma. Harganya agak mahal jika dibandingkan dengan harga diluar. Pelik juga sepatutnya harga di ladang lebih murah daripada harga di luar. Di sini harga kurma kegemaran Nabi Muhamad S.A.W iaitu ajwa adalah RS 120.00 sekilo.

                          Perang Uhud (Bahasa Arab: غزوة أحد‎ Ġazwat ‘Uḥud) berlaku pada 3 Syawal tahun ketiga hijrah (19 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah pelantar untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.

                          Keadaan panas dengan suhu mencecah 50 darjah celsius tidak menghalang para jemaah mendaki Bukit Memanah.

                          Jemaah wanita berkumpul di galeri pameran sementara menunggu jemaah lelaki melawat kilang percetakan. Pelbagai edisi Al-quran dipamerkan di dalam almari cermin, jemaah yang berminat untuk mendapatkan boleh berurusan di kaunter. Setiap jemaah lelaki akan dihadiahkan senaskah Al-Quran ketika berada di dalam kilang.


                          Sumber:
                          1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Uhud
                          2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Quba


                            Friday, July 6, 2012

                            Kenangan Terindah 1 : UMRAH 2012

                            Assalamualaikum w.b.t
                            Setelah hampir sebulan meninggalkan MyHomework, alhamdulillah hari ini diberikan kesempatan untuk meneruskan minat yang sukar untuk dihapuskan. Untuk bercerita pasal masakan atau makanan mungkin lambat lagi kerana dapur pun dah lama tak berasap. Dalam masa terdekat ni hanya n3 berkaitan pengalaman menunaikan umrah bermula 15 hingga 27 Jun 2012 akan dikongsikan. Semoga perkongsian ini akan dapat memberikan semangat untuk teman-teman menjejakkan kaki ke tanah suci. InsyaAllah. Secara peribadi saat berada di sana adalah merupakan detik2 terindah dalam hidup ini. Jika izinkan oleh Yang Maha Esa ingin rasanya selalu ke sana.

                            Keindahan Masjid Nabawi atau Masjid Nabi

                            Kubah yang menandakan kedudukan Makam Nabi Muhamad S.A.W. Setiap kali memandang ke arah ini pasti akan menimbulkan rasa sayu di hati. Walaupun tidak pernah bertemu baginda tapi terasa terlalu dengat dengannya. 

                            Tiga diantara sepuluh menara yang terdapat di masjid nan indah ini. Pembinaan yang begitu cantik dan mengagumkan.

                            Payung-payung  yang cantik ini dibina di sekitar masjib bagi memberikan keselesaan jemaah ketika berada di luar masjid. Payung ini dibuka pada jam 6.00 pagi. Sayang sekali kerana tidak berkesempatan untuk menyaksikan saat-saat ianya dibuka dan ditutup. Semoga suatu hari nanti dizinkan oleh-Nya untuk menyaksikan sendiri.

                            Suasana di sekitar Masjid apabila tibanya waktu solat 5 waktu. Umat islam akan berpusu-pusu menuju ke masjid bagi sama-sama menunaikan rukun islam ke-2. Suasana sebegini amat menginsafkan kerana ianya tidak dapat disaksikan di negara sendiri. Jika adapun ketika solat sunat Hari Raya Aidilfitri, itu pun rasanya masih terlalu jauh bezanya.

                            Diantara pintu2 masjid yang sangat unik dan cantik. Saat yang paling menakjubkan adalah ketika dapat menunaikan solat sunat di Raudhah dan dapat menghabiskan waktu yang agak lama berhampiran kawasan ini. Terasa sangat dekat dengan junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W. Semoga perasaan sebegini akan dapat dikekalkan sehingga ke akhir hayat.

                            Cukuplah setakat ini, InsyaAllah jika berkesempatan akan ada n3 seterusnya.



                              Sunday, May 13, 2012

                              13 Mei 2012

                              Assalamualaikum w.b.t.

                              Hari Ibu
                              Hari yang mengujakan bagi semua ibu2. Kali ini alif menghadiahkan 2 keping kad hasil tangannya sendiri dan sekuntum ros plastik membuatkan mama tersentuh hati. Baba pula menghadiahkan voucher AEON, sangat gembira rasanya. Terasa diri begitu dihargai. Semoga kebahagiaan ini akan sentiasa mengiringi kehidupan harian. Doa agar anak2 membesar sebagai anak yang sihat, cerdas dan pintar serta menjadi anak yang soleh serta patuh kepada suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya tak pernah dilupakan setiap kali usai solat. InsyaAllah, Yang Maha Esa tahu apa yang terbaik buat hambanya.

                              Hari Lahir
                              Hari ini adalah merupakan hari lahir seorang teman yang amat istimewa. Rasanya dah bertahun2 tak bersua muka. Iza adalah merupakan teman yang telah menjadi pendorong untuk saya berubah semasa di tingkatan 5. Jika tidak mungkin saya tidak berada di keadaan ini ketika ini. Bukannya apa jika dilihat daripada nasib saya lebih bertuah daripadanya kerana mempunyai keluarga yang serba lengkap dari aspek kasih sayang. Namun dia walaupun tidak bernasib baik namun sentiasa berusaha untuk membanggakan ibunya. Sangat-sangat saya sanjungi dan itu telah membuatkan saya bertekad untuk sukses dalam SPM Tahun 1995. Alhamdulillah selepas itu tangga-tangga kejayaan terus didaki berkat doa emak dan apak tercinta.

                              Hari Bersejarah
                              Peristiwa 13 Mei 1969 juga menjadi titik hitam dalam sejarah negara dimana berlakunya kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Semoga peristiwa ini akan sentiasa menjadi iktibar kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga keamanan dan kesejahteraan yang ada sekarang ini akan dapat dikekalkan demi untuk anak cucu cicit kita di masa hadapan. Sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT kurniaan ini.  


                              Akhir kata 'SELAMAT HARI IBU' kepada semua. Bersama-samalah kita mendidik anak2 menjadi anak yang SOLEH & SOLEHAH.