MY IKLAN

MY IKLAN
Showing posts with label piSang. Show all posts
Showing posts with label piSang. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

Cucur Pakcik Ismail

Assalamualaikum...
Ni adalah makanan kegemaran alif daniel. Best tak nama menu ni? Sebenarnya alif yang bagi nama ini. Masa tu umur dia 4 tahun, dia minta mama buatkan cucur pakcik ismail. Haru juga dibuatnya. Mana le mama nak cari resepi. Buat le cucur ikan bilis. Bila dia rasa terus reject. Dia kata itu bukan cucur yang dia nak. Keesokan harinya masa hantar ke tadika tanya le cikgu dia apa ke bendanya tu. Cikgu dia jawab cekodok pisang. Hahahaha rasa cam nak terguling2 masa tu. Semenjak dari hari itu hujung minggu memang selalu le buat. Semalam masa jalan2 kat ropewalk ternampak ada pisang awak terlebih masak dijual. Beli le sekilo. Masak untuk minum petang. Dia siap kata "errmmm sedapnya bau". Habis dikerjakan sehingga baba pun tak merasa. Rasanya semua orang tahu buat. Tapi saja nak kongsikan cara saya pula kat sini.

RESEPI CUCUR PAKCIK ISMAIL @ CEKODOK PISANG

Bahan2
  • 1 kilo pisang awak terlebih masak
  • 1 cawan tepung
  • 1 sb gula
  • 1/2 st serbuk penaik
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara2
  1. Lenyek pisang. Masukkan gula dan garam. Gaul sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan serbuk penaik dan tepung. Kacau sehingga sebati.
  3. Biarkan adunan selama 20 minit.
  4. Panaskan minyak dan jemputg bulat-bulat (guna tangan) dan masukkan ke dalam kuali.
  5. Goreng sampai keperangan macam gambar atas tu.

Wednesday, February 2, 2011

Secawan Teh Tarik + Sepiring Goreng Pisang

Assalamualaikum...
Hari ni dah mula cuti. Cadangnya sat lagi nak berangkat pulang ke kg halaman. Harap2 kat kg nanti berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa untuk mengadap lappy. Pagi ni anak2 masih dihantar ke nursery w/pun mak ayahnya cuti. Bukan apa sebelum balik tu nak kasi kemas le ini rumah dulu. Kalau diaorang ada lain yang dikemas lain yang disepahkan. Boleh hangin 1 badan. Bila dah siap semua nanti ambil diorang dan terus gerak balik. Pagi ni berkesempatan menunaikan keinginan tekak untuk menikmati goreng pisang abu. Payah benar rasanya kalau nak dapat makan goreng pisang ni. Kalau kat luar orang duk jual goreng pisang awak je. Bancuhan tepung tanya kat pakcik google. Bukannya apa biasa duk buat bancuhan tepung gandum dan minyak panas. Jadi nak cuba bancuhan lain plak. Almaklum le tengah semangat nak belajar masak kan. Setelah dibelek2 resepi yang ditayangkan maka putuskan untuk cuba resepi kat bawah ni. Bila dah siap buat teh tarik pula. Sesedap-sedap teh tarik ketapang sedap lagi teh tarikku ini. Hehehehe masuk lif tekan butang sendiri.


RESEPI GORENG PISANG RANGUP
Jumpa kat alkiram.net

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 biji telur
  • 1sk air kapur
  • 1 sk serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • Air secukupnya
 Cara-cara
  1. Bancuhkan bahan-bahan diatas sehingga rata dan biarkan sekejap. Jangan cair sangat
  2. Panaskan minyak yang banyak
  3. Celupkan pisang yang dibelah 2 ke dalam bancuhan tepung dan masukkan kedalam kuali
  4. Bila telah juning keemasan angkat dan toskan

Wednesday, December 22, 2010

KEK PISANG

aSSalamualaikum....
Hari ini terajin sudah. Lepas je habis makan mee goreng terus duduk kat dapur meneruskan hasrat hati mencuba resepi kek pisang ina. Lama dah duk tenang resepi ni tapi hari ni baru timbul rasa hati nak mencubanya. Lagipun memang cadang nak bawa sesuatu ke ofis besok almaklum le semua tengah sibuk susun dan sisih je kerja nya. Menuju ke arah 5S le katakan. Seperti biasa saya kopipes resepi untuk rujukan akan datamg. Insyaallah.



Bahan-bahan
  • 150g pisang emas - dilecek - hana lebihkan 40g utk lebih rasa pisang
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus - klu nk kek kaler keperangan gune gula perang
  •  3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  •  1 sudu teh soda bikabonat
  •  1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • hana tambah susu segar 2 sudu besar dan badam flakes

Cara-cara
  1. campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  2. masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.
  4. NOTE: Hana blend pisang+susu dan sedikit gula. baki gula, ovelet dan telur pukul hingga gebu. kemudian masukkan pisang blend td dan juga minyak. pehtu baru masukkan tepung+ b.powder + soda bicarbonat yang telah di ayak. pehtu bakar.... sonang jaa...
Fresh from oven
Canteek2. Suka sangat.

1 rumah 1 ofis