Assalamualaikum..
Ni menu malam tadi. Masa duk keluarkan ikan dari peti ais ingat nak buat sweet sour atau 3 rasa. Tapi bila hubby kata sakit tekak terus cancel. Ye la mana boleh masak makanan yang berminyak. Nanti lagi parah pulak. Nak senang punya pasal terus tanya pakcik google. So dapat le kat resepi ni. Ramai yang telah mencuba dan menghantar laporan, mengakui betapa sedapnya menu ini. Menurut CMG ini adalah resepi khas dari Chef Florence Tan (CFT). Saya buat 1/2 ekor ikan jer. Jadi bahan2nya pun saya setengah2 kan juga. Terima Cikgu Mat Gebu kerana kongsikan resepi ni kat MyR.RESEPI IKAN SIAKAP KUKUS
Sumber: Mat Gebu @ myresepi.com
Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )
- 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok(
- 1/2 camca teh garam
- 1/2 camca teh tepung jagung
- 1/2 camca teh lada sulah
- 3 camca besar jus limau kasturi*
- 1 1/2 camca besar minyak masak*
- 1 1/2 camca teh gula*
- 1/2 camca teh garam*
- 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
- 2 batang serai, dihiris halus*
- 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
- 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
- 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
- 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
- 1/2 camca teh tepung jagung*
- 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.
Cara-cara
- Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
- Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
- Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
- Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.
9 comments:
assalamualaikum kak sam.. sedapnya nmpk ikan kukus. husband tun pon suka mkn ikan kukus nih (tun suka ikan goreng.. hehe).. letak bunga kantan mesti jd lg wangi, kn =)
sedapnya ikan kukus...sedap mkn panas2 ni..semlm nieza pun buat ikan kukus juga tapi bkn ikan siakap la..ikan finland x tau apa nama..semlm malas nk snap photo...lepas msk terus ngap jer...hehe
mas suka ikan kukus..
sedappnya tengok ikan kukus kak sam ni...
Kak Mas....mmm yummy....sedap nih, boleh cuba wat lepas ni...sakit2 tekak, makan nasi panas2 ni....mmmmm
sedapnyaaaaaaa...siakap baru jek habis..canner tu?kukus gini mmg siakap atau bawal je yang best kan..satu lagi talapia pun best dapat yg segar2 kan
sdap nampak ikan siakap nih...yummy...
KAK SAM, ikan kukus ni kalu boh halia banyak memang bestttt!
Hirup kuah dia.. terangkatt!
Antara Tergelak dengan Terbahak... Hak Hak Hak Hak!
sedapnye..tp mr.hubby x mkn ikan kukus la pulak..goreng2 sahje selalu..huhu
thanks for the recipe yee..
meh ke rumah..
~kekasih hati chinta jiwa~
keep in touch ye..♥♥♥
Kepada semua.. Tq sudi singgah. Nanti kalu nak singgah bgtau yea kita buatkan ikan kukus sekor sorang..
Post a Comment