MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, March 15, 2011

PERPISAHAN SEBAGAI PENYELESAIAN

Assalamualaikum...
Tadi ben pagi buat n3 ni. Ahad lepas baca kat DCCK pasal "isteri hanya daki di kulit" yang berkisar kepada pandangan seorang insan berkaitan reaksi dan tindakan yang perlu diambil oleh isteri jika suami ingin berpoligami. Inilah asam garam dan warna warni dalam melayari bahtera rumahtangga. Tapi janganlah jadikan pernyataan "perpisahan aka perceraian penyelesaian terbaik demi untuk kebaikan semua". Jangka pendek mungkin ya kerana masalah selesai apabila talak dilafazkan. Namun jangka panjangnya bagaimana? Bak kata ben kesian bila memikirkan nasib anak2. Bukankah ianya akan memberi masalah kepada mereka. Siapakah yang harus dipilih, ibu @ ayah? Renung2 kan lah.

Dalam menyelesaikan masalah rumahtangga perlu ada komunikasi 2 hala. Bawa berbincang secara berhemah dan terima teguran secara positif. Muhasabah diri. Bagi suami mahupun isteri, laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sebaiknya. Selalu bersyukur dengan apa yang dikurniakan dan jangan meminta perkara diluar kemampuan pasangan kita. Manusia telah ditentukan untuk hidup berpasangan bagi melengkapi antara 1 sama lain.

Bersama-samalah kita memohon kepadaNya agar jodoh kita berkekalan sehingga ke akhir hayat.

No comments: