MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, June 22, 2011

AGAR-AGAR RINTIK SANTAN

Assalamualaikum......
Penangan izah dengan mas membuat saya termimpi2 untuk menikmati agar2 ni. Masa skodeng kat dua2 dapur tu memang rasa tak sabar2 untuk menikmati keenakannya. Akhirnya ahad lepas dapat le menjamah agar2 yang sedap ni. Tapi seperti biasa sendiri buat sendiri makan. Mula tu macam malas nak buat tapi bila melihat baki santan buat lontong teruskan le projek. Jadi tiadalah istilah pembaziran. Kepada adik2 2 orang tu terima kasih daun keladi, lain kali kalau buat tu sila tapau siap2 dan kurier terus ke penang.

RESEPI AGAR-AGAR RINTIK SANTAN
Resepi : Izahdaut & Mas

Bahan A :
  • 1/2 sudu besar agar2 serbuk *saya guna agar2 serbuk tidak bewarna
  • 250 ml santan
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara membuatnya :
  1. Campurkan semua bahan-bahan dan masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga keras.
  3. Bila agar2 sudah keras, potong kiub kecil2 dan ketepikan.


Bahan B :
  • 1/2 sudu besar serbuk agar2
  • 500 ml air
  • 100 gm gula merah * boleh tambah gula biasa untuk lebih manis
  • 1 sudu besar tepung kastard * bancuh dengan 2 sudu besar air
  • 2 helai daun pandan *optional

Cara membuatnya :
  1. Masak air , daun pandan dan gula merah sehingga hancur.
  2. Masukkan pula agar-agar dan masak hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan bancuhan tepung kastard.
  4. Masak hingga mendidih. Tuang ke dalam loyang.
  5. Kemudian masukkan agar2 yang telah dipotong kiub tadi ke dalam agar2 B.
  6. Sejukkan dan hidangkan.


    6 comments:

    mrs kayrul said...

    cantik..kreatif betul la..

    Zalieda Zaliedana said...

    Assalam kak sam,wah cantiknya agar2 akak,nmpak pon dah sedap nih..Sy juga yg xbuat2 lagi..

    ady said...

    as-salam
    amboi..cantiknye agar2..gorgeous!!

    Mas said...

    nakk.....nakkk juga..
    sedapkan kak agar2 ni..
    rasa ala2 cendol jerk...

    Anonymous said...

    salam perkenalan...
    sedap nampak agar2 rintik santan ni
    kalau kena kat tekak nih...hilang rasa panas

    ZianaRazali said...

    sedapnya agar2..tak penah cuba buat melainkan puding gula hangus..huhu