MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, June 11, 2011

AYAM GORENG BEREMPAH

Assalamualaikum.....
Kita hanya merancang Allah SWT yang menentukan segala-galanya. Begitulah yang berlaku pada hari ini. Cadang nak berkunjung ke QB demi untuk menunaikan permintaan Alif. Namun hajat tak kesampaian sebab Aqil demam. Pagi tadi bawa dia ke klinik, sambil tunggu giliran sempat jelajah MyR cari menu untuk tengahari. Berkenan kat resepi NI sebab sesuai sangat dipadankan dengan Nasi Beringin yang ada kat dapur Kak Ummi. Lepas selesai semuanya, singgah Tesco beli barang2 dapur yang dah serba tiada. Sampai rumah terus kemaskan semua barang tup..tup..tup gas habis. walaupun begitu operasi memerap ayam perlu diteruskan. Bila cari balik resepi tadi jumpa resepi si noorsha ni pulak. Terus je ambil sebab malas nak cari lagi. Setelah ayam tadi diketepikan buka pulak resepi nasi beringin tengok2 santan tak di beli. Huahhh kecewa sangat. Masak je nasi putih. Tunggu punya tunggu, gas pukul 4 lebih baru sampai. Bayangkanlah pukul berapa baru makan tengahari siap dihidangkan. Jadi tiadalah istilah minum petang di hari ini. Kepada noosha tq kerana berkongsi resepi cuba jaya ini.


AYAM GORENG BEREMPAH
Sumber: nOOrsha@myresipi

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 6 ketul ayam (bahagian tulang lebih sedap)
  • * 1 biji bawang sederhana besar
  • * 2 biji bawang putih
  • * 1 batang serai
  • * 1 inci halia
  • * 1 inci kunyit
  • * 1 inci lengkuas
  • * 1 batang cili merah @ 5 batang cili api (lebihkan kalo nak pedas)
  • * 1 sudu kecil ketumbar biji
  • *1 sudu kecil jintan manis
  • * 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • Garam
  • Serbuk perasa (optional)
  • 1 biji telur
  • Tepung gandum secukupnya untuk menyalut ayam.

 Cara-cara

  1. Bahan bertanda ( * ) perlu ditumbuk @ dikisar halus. Gunakan blender kering kalau nak kisar.
  2. Perap rempah yg siap ditumbuk @ diblender, serbuk lada hitam, serbuk cili, serbuk kari, garam dan perasa bersama ayam lebih kurang 1/2 jam. lagi lame perap lagi sedap.
  3. Panaskan minyak didalam kuali. sementara tu, pecahkan telur dan gaulkan bersama ayam yg telah diperap tadi hingga rata.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga cukup menyalut ayam tadi.
  5. Goreng serta merta hingga garing.


**Telur & tepung hendaklah digaul bersama ayam bile time nak goreng je. kalo arini perap, esok baru nak goreng, x perlu masukkan telur n tepung.


    4 comments:

    EmbunRosaliza said...

    assalam sam..sedap nmpk aym berempah tu, mcm kfc pun ada, mesti sedap

    Love2cook Malaysia said...

    Sedap nampak ayam goreng tu kak! Suka rangup2 like this...yummm!;)

    Mas said...

    nak ayam goreng tu kak sam..
    sedappnya tengok..
    macam mana ngan alif kak..
    dah beransur sihat ke..

    Nadz Nazharzan said...

    Kak Sam,
    Rangup nampaknya ayam tu.. Hehehe..best kalau dapat makan ni..