MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, June 21, 2011

JUS EPAL SUSU

Assalamualaikum.....
Lagi n3 tertangguh. Sebenarnya jus ni dibuat semalam bagi mengurangkan kadar lemak yang terkumpul. Cadangnya nak buat Green Apple Kasturi yang macam kat SC. Tapi bila memikirkan hubby yang kurenggg dengan masam2 ni maka terjadi Jus Epal Susu. Ok le tak boleh nak berceloteh panjang2 sebab nak pergi mesyuarat di komtar. Kalau rasa nak cuba ambil resepi kat bawah ni.

RESEPI JUS EPAL SUSU
Sumber: My Homework

Bahan-bahan
  • 2 biji epal hijau
  • 1 cawan susu segar
  • 2 sudu besar gula
  • Ais batu secukupnya

Cara penyediaan
  1. Cuci epal dan belah kecil supaya mudah dikisar. Buang bijinya.
  2. Masukkan buah epal tadi ke dalam mesin pengisar bersama dengan bahan-bahan lain. Kisar sehingga hancur.
  3. Tuangkan ke dalam gelas dan sedia diminum. (Jika ingin kurangkan rasa manis, tak perlu tambahkan gula). 
Nota: Sebenarnya n3 ni dibuat semalam tapi tanpa disedari ianya tidak disiarkan. Kesimpulannya jangan buat n3 kalau tengah sibuk aka kelam kabut.


      3 comments:

      MaDiHaA a.k.a Ratna said...

      menarik jugak jus epal susu ni.. belum pernah cuba lagi...

      Nadz Nazharzan said...

      Kak Sam, sedap yer jus apple + susu?? Boleh try ni..

      Kak Nik Ja said...

      assalam sam...mokwo setuju dgn pendapat sam..sibuk2 tak leh buat n3...sebb tuh sampai sekarang mokwo tak terbuat2 lagi hape2 n3...hihih..
      sedap nampak jus!! sesuai sungguh di zaman2 kering kontang tak dak ujan nih!