MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, June 24, 2011

Nak buat apa?

Assalamualaikum.......
Masa rehat yang panjang. Pada kebiasaannya golongan wanita bekerja akan menggunakan peluang ini untuk bersama teman2 keluar ber'shopping'. Ingat dulu semasa bekerja di Wisma Tun Sambanthan, waktu ini akan digunakan untuk berjalan-jalan di Jalan TAR. Apabila waktu rehat semakin sampai ke pehujungnya kami berlarian menuju ke stesen LRT. Itu semua telah berlalu dan tidak terpadam diingatan. Namun kini waktu2 ini digunakan sepenuhnya untuk merehatkan minda tanpa sebarang gangguan. Disamping itu juga peluang digunakan untuk berkunjung ke dapur sifu2 dan teman2 untuk dijadikan panduan menyediakan juadah pada hujung minggu ini.

Lumrah kehidupan setiap manusia mempunyai cara yang tersendiri untuk memenuhi ruang waktu yang dikurniakan oleh Ilahi. Semoga apa jua perkara yang dilakukan tidak melekakan tapi dimanfaatkan sebaiknya. Bak kata pepatah Masa Itu Emas. Jadi hargailah ia. Alangkah baiknya jika setiap detik yang ditinggalkan semakin dekat kita kepadaNya dan semakin kita bersedia untuk ke sana.


    4 comments:

    tun_telani said...

    kalau pergi kem atau seminar time solat jumaat laa yg plg tun suka.. masa rasa mcm bebas sgt sbb xde fasi n budak2 lelaki =)
    betul kata akak, perlu hargai waktu lapang =)

    anymz said...

    salam sam,masa itu mas,gunakan lah sebaik2nya..

    cucur ikan bilis kat bawah tu ada lagi tak?nampak sedap pulak.

    Nadz Nazharzan said...

    Kak Sam. .
    Mmg semua org tahu masa itu emas kan tp bnyk org selalu lupa .. tu yg selalu buang2 masa tu kan... Harap2 kita sentiasa beringat lah ye..

    Amie said...

    alhamdulillah...muhasabah diri, buat perkara yg membawa manfaat buat diri dan org lain...