MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, December 5, 2011

Alhamdulillah... Bersua Kembali

Assalamualaikum.....
Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi keizinan olehNya untuk terus berkongsi rasa dan cerita di sini setelah hampir sebulan tidak berpeluang untuk berbuat demikian. Kepada teman2 yang sudi berkunjung ke MyHomework, terima kasih daun keladi kalau berkesempatan berkunjung le lagi. Kepada mereka2 yang berpuasa pada hari ini, tahniah diucapkan dan semoga dipermudahkan untuk terus berpuasa pada esok hari bersempena 10 Muharram atau Hari Asyura'


Sebenarnya banyak kenangan yang nak dikongsikan dan InsyaAllah akan dicatatkan satu per satu. Buat permulaan nak berkongsi kegembiraan kerana telah dapat menunaikan permintaam Mohamad Alif Daniel yang mahu dikhatankan semasa cuti sekolah kali ini. Walaupun banyak cabaran yang perlu ditempuhi ianya berjaya ditunaikan. Berkat sokongan semua ahli keluarga terutamanya tok wan dan mak tok dia, kenduri kesyukuran telah diadakan pada 27 November 2011 bersamaan 1 Muharram 1433H dan disusuli acara berkhatan di Klinik Razak yang terletak bandar Baru Teluk Intan pada keesokan harinya. Pada peringkat awal timbul juga kegusaran di hati sebab sebulan sebelum cuti sekolah permintaan ini kerap kali diperkatakan dengan begitu bersemangat sekali. Masakan tidak buatnya hangat-hangat tahi ayam je memang haru dibuatnya nanti. 


Beberapa hari sebelum pulang ke kampung dia sibuk meminta agar diajarkan cara solat baring supaya mudah untuk dia bersolat 5 waktu selepas berkhatan nanti. Setelah tiba hari yang dinanti, acara berkhatan dimulai oleh sepupunya, Mohamad Zamir Hakimi dan ketika itu kedengaran suara tangisan dari dalam bilik rawatan. Alif yang sedang duduk di ruang menunggu ditemani oleh bapa saudara sepupu @ teman sepermainan di kampung tersenyum sahaja dan mama terus memberikan kata2 semangat kepadanya. Manakala baba sibuk melayan aqil yang tak tahu duduk diam. 


Disebabkan hanya seorang dibenarkan untuk berada dalam bilik rawatan maka tokwan menemani alif dan mama hanya melekapkan telinga di pintu. Alhamdulillah tiada tangisan didengari dan tambah melapangkan hati alif tersenyum lebar ketika melangkah keluar dan katanya tak rasa apa-apa pun.


Syukur kepadaNya cuti seminggu yang diambil amat berbaloi rasanya kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga di kampung dan yang paling penting dapat menikmati kehidupan suri rumahtangga sepenuh masa selama beberapa hari. Huahhhhhhh memang penat sangat rasanya. 
Kepada semua SURI RUMAHTANGGA sepenuh masa TAHNIAH diucapkan. ANDA MEMANG HEBAT.

~Hero baba & mama yang terpaksa ditinggalkan di kampung~




    9 comments:

    Zalieda Zaliedana said...

    Assalam kak,selamat kmbali kak,owh aliff dah bersunat ah eks..Pasni aqil lak..mmg betoi cam akak kata tuh,jgn igt suri rumahtangga xda kja n bersenang lenang ajer kat umah,mmg byk kja,tmbh2 lak klo da anak2 yg masih kecik,yg perlukan perhatian lbh tu,adeii mmg letih n xmenang tangan..

    Unknown said...

    assalam kak sam...wahh busy yer kak..semoga alif cepat sembuh bersunat tu yer.

    Kak Sam said...

    CT..
    Tq. hehehe betul tu. Semoga kita boleh menjadi ibu yang terbaik untuk anak2 kita.

    Kak Sam said...

    Nieza..
    tq.. hurmmm la ni pun dia dah mula bersilat balik. Kita pulak yang risau.

    tun_telani said...

    hihihhi.. omey je senyum simpul kelas khatan.. org yg penat jd surirumah tu sebab rajin kak sam.. mesti akak time duk kt umah bersinar2 umah kan.. kalau mcm tun nih, buat lemak je. hohoho..

    ps: welcome back akak ^^

    Kak Sam said...

    Tun...
    Tq.. hehehe buat2 rajin sebab duk kat umah mentua. Kalau kat umah sendiri alamatnya membesarkan badan je la.

    sitiezahim said...

    Salam kak...tahniah alif dh jadi dewasa hehehe

    Kak Sam said...

    Siti..
    tq..

    Totie@Tomy said...

    wah kalau dah sunat maknanya tak lama lagi nak tempoh alam remaja..hehe