MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, May 13, 2012

13 Mei 2012

Assalamualaikum w.b.t.

Hari Ibu
Hari yang mengujakan bagi semua ibu2. Kali ini alif menghadiahkan 2 keping kad hasil tangannya sendiri dan sekuntum ros plastik membuatkan mama tersentuh hati. Baba pula menghadiahkan voucher AEON, sangat gembira rasanya. Terasa diri begitu dihargai. Semoga kebahagiaan ini akan sentiasa mengiringi kehidupan harian. Doa agar anak2 membesar sebagai anak yang sihat, cerdas dan pintar serta menjadi anak yang soleh serta patuh kepada suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya tak pernah dilupakan setiap kali usai solat. InsyaAllah, Yang Maha Esa tahu apa yang terbaik buat hambanya.

Hari Lahir
Hari ini adalah merupakan hari lahir seorang teman yang amat istimewa. Rasanya dah bertahun2 tak bersua muka. Iza adalah merupakan teman yang telah menjadi pendorong untuk saya berubah semasa di tingkatan 5. Jika tidak mungkin saya tidak berada di keadaan ini ketika ini. Bukannya apa jika dilihat daripada nasib saya lebih bertuah daripadanya kerana mempunyai keluarga yang serba lengkap dari aspek kasih sayang. Namun dia walaupun tidak bernasib baik namun sentiasa berusaha untuk membanggakan ibunya. Sangat-sangat saya sanjungi dan itu telah membuatkan saya bertekad untuk sukses dalam SPM Tahun 1995. Alhamdulillah selepas itu tangga-tangga kejayaan terus didaki berkat doa emak dan apak tercinta.

Hari Bersejarah
Peristiwa 13 Mei 1969 juga menjadi titik hitam dalam sejarah negara dimana berlakunya kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Semoga peristiwa ini akan sentiasa menjadi iktibar kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga keamanan dan kesejahteraan yang ada sekarang ini akan dapat dikekalkan demi untuk anak cucu cicit kita di masa hadapan. Sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT kurniaan ini.  


Akhir kata 'SELAMAT HARI IBU' kepada semua. Bersama-samalah kita mendidik anak2 menjadi anak yang SOLEH & SOLEHAH. 







    2 comments:

    Cheq Sue said...

    selamat hari ibu akak... ^^

    ibundo said...

    selamat hari ibu sam.