Assalamualaikum w.b.t
Hari ini adalah merupakan ke-10 umat islam menunaikan ibadah puasa, semoga hari-hari yang dilalui telah dipenuhi dengan ibadah wajib dan sunat sebaiknya. Janganlah kita sia-siakan kurniaan Yang Maha Esa ini. Walaupun agak terlewat, ingin juga saya mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua pengunjung MyHomework. Jadikan Ramadhan 1433H ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. 4 perkara mudah ini jika diamalkan maka kita akan mendapat ganjaran besar sempena Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini.
1. Mengucapkan Laillahaillallah – Tiada Tuhan melainkan Allah
2. Beristighfar
3. Bertaubat dan berdoa dimasukkan ke syurga Firdaus
4. Berdoa dijauhkan dari api neraka
*Salam sayang dan selamat beramal buat semua*
No comments:
Post a Comment