Assalamualaikum w.b.t.
Syawal telah melabuhkan tirainya dan hari ini bermula satu lagi bulan yang amat dinantikan oleh umat islam. Alhamdulillah kerana ramailah umat islam diseluruh dunia akan menjadi tetamu Allah SWT bagi menunaikan rukun islam ke-5. Melalui facebook dikhabarkan bahawa ada diantara sifu2 saya yang akan menjejakkan kaki ke tanah suci tidak lama lagi. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka dan dikurniakan haji yang mabrur. Semoga satu hari nanti saya juga diizinkan oleh Yang Maha Esa untuk menunaikan ibadah haji ini. (Dalam hati amat2 berharap agar dapat dilaksanakan sebelum usia mencecah 40 tahun. Amin.....)
Haritu rasanya dah dapat kembali momentum untuk meng'update' MyHomework dan BW tiap2 malam, tapi malangnya itu berlakunya hanya seketika. Tanggungjawab sebagai hambaNya, isteri kepada suami tercinta, mama kepada 2 orang hero dan penjawat awam membataskan waktu untuk duduk mengadap lappy. Entahlah nak buang title blogger ni terasa amat sayang. Bukannya apa, melalui platform ini saya dapat terus belajar untuk menyediakan hidangan untuk orang-orang tersayang. Hrrrmmmmm susahnya.
Ok le untuk kali ini saya nak panjang-panjang resepi kuih tradisional yang menjadi kegemaran saya. Dengan kata lain ianya disediakan untuk kepuasan tekak sendiri. Lagipun mak teh ada bagi stok inti yang memudahkan lagi kerja saya. Semasa tinggal di minden height dulu, hubby selalu belikan kat tun sardon tapi bila dah duduk kat sg ara ni payahn sikit le sebab cam tak berbaloi je pergi sana semata-mata nak beli badak ni. Tapi tak pe le lepas ni nak buat lagi sebab stok inti masih ada dan kena kuatkan semangat untuk belajar buat inti sendiri.
RESEPI KUIH BADAK BERENDAM
Resepi Asal : Kak Besah, Myresepi
Sumber : Ika, Kurniaanmu & Noorsha, 1001 Cerita
Bahan-bahan ( dlm 20 biji )
- 2 cawan tepung pulut
- lebih kurang 11/2 cawan perahan air daun pandan.
- 1/2 sudu teh garam
- cara membuatnya sama dgn inti kuih koci @ onde-onde saya tak buat sebab mak teh bagi stok inti
Bahan2 utk dadih
- 21/2 cwan santan, 2 sudu tepung beras & 1/2 sudu teh garam
- 3 helai daun pandan
Cara-cara
- Campurata semua bahan2 utk dadih, lalu dikacau atas api hingga pekat.lebihkurang 10 mnit - ketepikan.
- Bulat2 kan inti kelapa.ikut suka la nk besar @ kecil
- campurkan garam dgn air pandan & gunakan campuran itu utk menguli tepung pulut hingga menjadi doh yg boleh dibentuk.
- Ambil sedikit doh, bulat2 kan lalu dileperkan. letakkan inti dlm nya dan dikelim rapat. buat hingga habis. letak atas plastik agar x melekat.didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih.pastu masukkan 'badak2' (bola2 pulut la hehe..) kedalamnya.
- Bila kesemua bola2 timbul/terapung, biar mendidih 3,4 minit barulah di angkat & ditos kan.
- Berus masukkan kedalam dadih tadi..
- Siap utk hidangan family tersayang..sejukkan dulu jika suka :)
6 comments:
Salam kak sam, sedap sedap sedap!!! kita suke!!! biasanya puasa pertama kita buat badak berendam niii suke betul kita dgn badak berendam niii hihihi... klu boleh nak makan sorang2 kalau buat nii ehehe.. tp nasib baik pun kena mkn sorang2 sbb budak2 tak makan :D
KAK SAM, saya tak pernah la nak reti buat kuih macam ni, tapi kalu bab makan memang saya suka kuih kuih kukus nih.
Warnanya sangatlah menggoda!
Selamat pagi kak sam...
tetiba lak teringin makan badak terendam...mcm mane tu?
badak berendam, suka makan tapi tak pandai buat.selalu beli je..
Tq singgah dan salam kenal juga
Tahniah . dah tak ada WV. Brovo.
Badak berendam ni kan... dah banyak kali suami suruh buat tapi hati & tangan ni tak tergerak lagi nak buat... entah bila...
Post a Comment