Assalamualaikum w.b.t
Sekali sekala bila pekena roti macam gini memang best. Sebelum ni pernah buat dan baru2 ni buat lagi. Masih menggunakan resepi yang sama yang diambil dari dapur Kak Nor. Tapi kali ini saya guna roti frankfuter. Ok le malas nak mengarang berjela2 sebab cadang malam ni nak BW je. Sekali lagi terima kasih daun keladi pada Kak Nor.
ROTI SARDIN
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan
- 10 bj bun burger
- 1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
- 1 labu bawang besar ~ didadukan
- 1 bj cili merah ~ dicincang
- 1 sudu besar jus limau nipis
- 2 bj telur
- minyak
- Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
- Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
- Padamkan api dan kacau hingga sebati.
- Ketepikan.
Cara2
- Potong dua bun burger.
- Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
- Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
- Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
- Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
- Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
- Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
- Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
- Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..
6 comments:
Salam Kak Sam.lama Kak Ros tak jenguk sini.Sedap ni buat sarapan
Ohhh kena tambah-tambah minyak yer? Kalu goreng dgn planta ker... harus enak jugak, kan?
Nak try gak la.
Dulu waktu tinggal ngan parents, mak salu buat riti sardin. Pakai roti garnedia, lepas tue celup dengan telur dan goreng.. Sedapnya..
senang..menarik..leh cuba. tq kak sam :D
salam kak.sam yg dirindui... nak jugak roti sardin akak tuhh... td buat 'roti lidah terjelir'.. hangit plak tuh! ancusssss... tak jd nak tunjuk macho.. kekekekeke
Tengah-tengah lapar ni tengok blog ni lagi lapar
Post a Comment