Assalamualaikum w.b.t.
Malam ni kita layan menu yang ringkas dan sedap dimakan panas. Dulu masa budak2 arwah mak selalu buat masa musim tengkujuh, siap berebut2 lagi tu. Terus terang cakap semasa membesar saya memang jarang ke dapur, maklum le ada 4 orang kakak dan 4 orang kakak ipar jadi kalau nak makan cuma bagitau je. InsyaAllah pasti akan disediakan. Sekarang ni pun kalau berkumpul ramai2 cakap je nak makan apa pasti dapat, bertuah sungguhkan. Love them so much. InsyaAllah raya haji nanti kami seramai 11 orang adik beradik akan berkumpul sekali lagi untuk sama2 melakukan ibadah Qurban. Semoga diizinkan oleh Yang Maha Esa. Kalau kat sini nak makan apa2 kena le cari resepi dan buat sendiri. Walaupun rasanya tak sama dengan air tangan mereka tapi ok le kat anak tekak sendiri.
RESEPI LEMPENG KELAPA
Sumber: Che Mat Gebu
Bahan-bahan
- 1 1/2 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa berkulit basah
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 camca teh baking powder
- 1 cawan air (kurang lebih)
- Secubit gula halus (optional)
- Garam secukup rasa
- Sambal tumis, sebagai pencicah
Cara membuatnya
- Satukan semua bahan2 diatas kecuali sambal tumis, kacau hingga rata dan jika kelihatan terlalu pekat boleh tambah 1 - 2 camca besar air. Kacau rata dan rehatkan sekejap..
- Panaskan non-stick pan saiz 4 inci, lenser dengan sedikit minyak masak. Sendukkan kurang lebih 1/3 cawan adunan dan ratakan, masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng kelihatan pucat.
- Terbalikkan dan masak lagi hingga sedikit garing, angkat. Buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis kegemaran anda...
8 comments:
sedapnyaaaaaa....terliuq sat... ;)
Sedapnya lempeng kelapa. Takde sambal tumis, saya boleh makan cicah dgn gula merah,
lama tak buat dan makan lempeng kelapa ni, terliurlah pulak..mmng sedapkan makan dngn sambal tumis...yatie suka makan mcm tu je..
assalamualaikum kak sam...
last weekend, 2 kali asben nani wat lempeng kelapa ni.. hari ahad dok umah sambil jamu perut je.. pagi wat cepat plak abis.. petang dia bangun tido, dia gi bancuh skali lagi.. wat lagi.. pun cepat abis gak.. laku betul lempeng kelapa kat umah ni.. eheheheh
wah! lempeng kelapa ni sunggu menggamit memorilah Kak Sam... sedapnya makan ramai2 dengan ahli keluarga!
mak saya selalu jugak buat..saya kureng makan...hehe
Kak Sam..salam sayanggg...mieza memang suka lempeng kelapa ataupun juga dipanggil pek nga oleh org kedah...sedap kak..saya suka cicah dengan susu pekat..anak2 semua suka..suami apatah lagikan sebab mmg org utara...bolehkatakan setiap minggu buat..tk pernah jemu!
rasa nya anak2 saya tak tahu apa itu lempeng kelapa... kesian kat dia org, mak dia org pun bukan nya nak buat kan... tq for sharing the recipe...
Post a Comment