MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, November 24, 2012

Cerita Kidzania Lagi...

Assalamualaikum w.b.t....
Sedikit informasi berkaitan kidzania, Kidzania Kuala Lumpur, Malaysia adalah rangkaian Kidzania yang ke-9 di dunia dan dibuka pada 28 Februari 2012. Kidzania berasal dari Mexico dan sudah pun berada di Jepun , Korea, Dubai, Jakarta, Lisbon, Monterrey, Koshien, Santiago dan Cuicuilco. Terletak di Curve NX, Mutiara Damansara bersebelahan dengan IKEA merupakan replika sebuah bandar tetapi bersaiz kanak-kanak. Untuk maklumat lanjut dan lebih terperinci sila berkunjung ke www.kidzania.com.my.

Sedang asyik memerhati alif menjalani ujian memandu kelihatan hotel yang terletak berhadapan pusat pameran honda terbakar. Kedengaran siren kereta bomba berbunyi.


Tidak lama kemudian kereta bomba berhenti di tempat kejadian dan kelihatan pasukan bomba cilik turun dan melakukan tugas memadam kebakaran.


Disebabkan tunai ditangan semakin berkurangan aqil dengan rela hati bekerja sebagai pump attendance bagi mendapatkan upah sebanyak 8 kidzos.


Kemudian dapat lagi 8 kidzos selepas berjaya menyelesaikan tugasan sebagai seorang pekerja kontrak. (baba kata macam kerja mama. huhuhu)


Suasana di dalam kidzania, ibu bapa dan orang dewasa hanya menjadi pemerhati atau sekadar berehat dan bersantai di kerusi yang disediakan. 


Pandangan dari tingkat atas, memerhati pelbagai gelagat manusia pun sudah melekakan. 

^
^
^
Setakat ini sahaja perkongsian saya berkaitan Kidzania Kuala Lumpur. Kepada ibu bapa yang mempunyai anak seusia 4 tahun ke atas memang disarankan berkunjung ke sini.Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang tak dapat disertai berikutan masa 5 jam memang tidak mencukupi. InsyaAllah jika berkesempatan dan ada rezeki memang nak bawa anak2 ke sini lagi.



    No comments: