Assalamualaikum......
Walaupun dah habis seminggu berlalu namun rasa malas masih menular dalam diri seolah-olah virus R masih berada di kampung. Rasa teringin sangat nak makan kek karamel yang sangat sedap tu tapi malas le sangat-sangat nak membuatnya. Harap-harap bangun je pagi esok virus M berlalu pergi dan virus R meresap dalam diri. Amin..... Siang tadi memang tak masak sebab sejak pagi keluar, semangat pergi menyaksikan perlawananm Bola jaring anjuran Pejabat Tanah dan Daerah SPU. Balik terus ajak hubby pergi Queensbay sebab ada beberapa keperluan perlu dibeli di sana. Sempat masuk Daiso sekejap dan seperti biasa kalau tak membeli aksesori dapur yang comel2 tu tak sah. Lagipun nampak hari ni stok macam baru sampai je dan berpinar juga le mata dibuatnya. Masuk juga Harvey Norman tengok bibik melayu yang didam-idamkan tu tapi bila difikir-fikirkan sekarang ini bukannya masa yang sesuai sebab banyak perkara lain yang perlu diberi keutamaan terutama perihal sekolah abang long. InsyaAllah kalau ada rezeki satu hari nanti pasti boleh bawa pulang 1. Betul tak? Ok le disebab siang tadi tak makan nasi maka nak tak nak malam ni kena masak dan digandingkan dengan ayam masak paprik. Hehehe senangkan all in one ada lauk dan sayur sekali. Terima kasih kepada ok shizuka @ myresepi kerana sudi berkongsi resepi yang ringkas dan sedap ni. Hubby sampai makan 3 pinggan nasi tak tahu le sebab lauk ni memang sedap ataupun sebab siang tadi tak jamah nasi. Fikir-fikirkanlah. Ok le layan je resepi yang saya layan pada malam ini.
RESEPI AYAM PAPRIK
Sumber: Oka Shizuka
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
- 150 gram isi ayam (direbus)
- 1.5 inci halia (diracik halus)
- 3 ulas bawang merah (diracik halus2)
- 1 batang serai (di ketuk)
- 4 sudu cili boh
- 5 helai daun limau purut (disiat2)
- 6-7 biji cili padi (diketuk)
- Kubis bunga
- Kacang panjang
- Lobak merah
- Kicap Cap Kipas Udang
- Sos tiram
- Garam & Ajinomoto
Cara-cara
- Mula sekali, isi ayam hendaklah direbus dengan kuantiti air yang sederhana untuk mendapatkan stok yang sederhana pekat. X perlu direbus lame2.
- Kemudian tumis halia, bawang merah & serai sehingga garing & berbau harum. Masukkan pula cili boh. Kacau hingga wangi lepas itu masukkan Kicap, garam & ajinomoto secukup2 rasa.
- Masukkan pula isi ayam yang telah direbus & juga stok ayam kedalam bahan yg telah ditumis tadi. (Kalau suka kuah pekat campur dgn tepung jagung) Kacau & biarkan selama 2 minit. ( isi ayam boleh digantikan dgn udang@sotong bagi yg meminati seafood.)
- Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga,kacang panjang & carrot. Kacau sehingga bau & rasanya sebati. Akhir sekali, barulah dimasukkan sos tiram.
3 comments:
Salam Kak Sam..dah malam tapi singgah skejap tengok ayam paprik..klu tersangat lapar baru makan memang sedap jer kita rasa makanan tu..
Assallamualaikum kak Sam..
Sedapnya lauk paprik.. Ada cili padi ketuk tu lagi terangkat..
Kak Sam, Naz pun banyak virus M skrg ni.. Masa pun makin terhad nak lama2 dpn lappy.. Jarang dapat update blog...
Assalam Kak Sam,
kena layan juga virus M tu, lepas tu barulah datang virs R pulak setelah bosan dengan virus M,
masak cara Kak Sam tu memang Amie suka buat, sekali harung je masuk kuali...tak payah buat kerja 2-3 kali, he he hehh
Post a Comment