MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, December 9, 2011

Skim Baru.....

Assalamualaikum.....
Sana sini orang sibuk memperkatakan tentang Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) baik penjawat awam mahupun orang awam. Sebagai orang yang telah berikrar untuk menabur khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara sudah pasti pengedaran pekeliling yang bakal memberi jawapan pada 1001 persoalan yang bermain diminda amat dinantikan. Petang tadi bos dan teman2 yang berkaitan telah menghadiri taklimat berkaitan skim ini dan tak sabar rasanya nak tunggu hari isnin nanti. 

Pastinya perkara utama adalah berkaitan tangga gaji baru dan faedah-faedah yang bakal diterima oleh penjawat awam. Tapi pada saya apa yang lebih penting di sini intipati pelaksana SBPA itu sendiri yang mana ianya bertujuan untuk mentransformasikan perkhidmatan awam melalui 5 inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif. Jika dilihat sekarang ini pengambilan baru telah dibekukan namun saban hari bilangan penjawat awam akan bekurang kerana ada yang bersara wajib dan bersara pilihan. Ini menyebabkan beban tugas yang harus dipikul oleh penjawat awam semakin bertambah dan terus bertambah. 

Di samping itu juga ekspektasi stakeholder yang semakin tinggi menyebabkan penjawat awam tidak boleh terus mengamalkan budaya kerja lama yang mana waktu kerja 8-5 diselitkan dengan minum pagi, makan tengahari dan minum petang yang panjang. Ianya perlu dikurang dan setiap tugasan yang diberikan haruslah disiapkan dengan kadar segera dan tidak boleh ditangguh dan istilah nanti le dulu mesti dihapuskan. Apa yang selalu ditekankan kepada kakitangan dibawah seliaan saya adalah setiap hari kita akan dibayar gaji untuk 8 jam dan jika kita bekerja kurang dari itu pun gaji yang dibayar tetap sama. Jadi bahagiakah kita dengan duit yang diterima pada setiap bulan dan ianya merupakan rezeki yang digunakan untuk membesarkan anak-anak. Jadi beringatlah selalu dengan apa yang kita lakukan sewaktu bekerja, walaupun pegawai atasan tak tahu apa yang kita lakukan tapi Allah Maha Mengetahui.

Jika dulu penjawat awam dipandang tinggi dan dihormati tetapi tidak kini kerana penjawat awam adalah orang yang perlu memenuhi kehendak stakeholder. Setiap apa yang diutarakan oleh orang awam perlu diambil tindakan segera tanpa sebarang alasan. Jika lambat penjawat awam akan dipersalahkan dan dikatakan tidak efisien, birokrasi dan pelbagai kata nista akan dihamburkan. Bukan cuba untuk menyalahkan sesiapa tetapi apa yang cuba ditekankan adalah sebagai penjawat awam kita tidak boleh merasa terlalu selesa dengan kedudukan kita sekarang ini. Tidak mustahil suatu hari nanti kita boleh ditamatkan dalam perkhidmatan jika tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik. 

Untuk mencapai matlamat Negara Maju sudah pasti memerlukan Perkhidmatan Awam yang bertaraf dunia sepertimana yang selalu ditekankan oleh KN Pulau Pinang. Bagaimanakah agaknya kakitangan kerajaan di Negara Maju melaksankanakan tugasan mereka? Jika kita tidak mampu untuk mengikut arus tersebut maka sukar untuk kita terus duduk dalam perkhidmatan yang diimpikan oleh ramai orang. Jadi bersyukurlah dengan apa yang telah kita perolehi dan janganlah mempersia-siakannya, laksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh istiqomah. 

Dapat dilihat sekarang ini fungsi-fungsi yang dulunya dilakukan oleh jabatan kerajaan telah diswastakan dan ketika ini juga sibuk diperkatakan bahawa orang luar (swasta) akan diambil bagi mengisi Jawatan JUSA dan Turus dalam Kerajaan. Jadi adakah kita perlu berasa selesa dengan kedudukan kita sekarang ini? Tepuk dada dan fikir-fikirkanlah. 



    4 comments:

    rahel said...

    Selamat malam Kak Sam...sempat jugak singgah skejap walaupun uda mengantuk...harap2 semuanya berjalan lancar...lagi best kalau gaji dinaikkan lagi..hihihi..

    Amie said...

    Selamat pagi Kak Sam,
    Amie setuju sangat dengan pandangan Kak Sam tentang kerja 8 jam dan dibayar gaji 8 jam, hendaknya janganlah kita buat kerja sambillewa dan terima gaji buta, kena ingat bahawa setiap kerja kita itu pasti diaudit di akhirat sana, dan sudah semestinya bersangkut paut dengan halal haramnya rezeki yang kita dapat, semua ingin keberkatan hasil kerja dan gaji masing-masng tapi kalau berkira dalam tugas, tidak akan wujud konsep keikhlasan di situ. Mudah-mudahan kerja kita yang lebih itu jadi sedekah, mana-mana yang terkurang itu mohon ampun daripadanya dan cuba perbaiki selagi ada kesempatan.

    Kak Sam said...

    Rahel...
    Tq yea w/pun ngantuk tetp juga menjengak myhomework

    Kak Sam said...

    Amie....
    Biar terlebih jangan terkurang kan. Takut tak terhitung nanti.