Assalamualaikum w.b.t.
Pasti malam ni ramai yang terkejut sebab Cikgu Ina Hana Memories tiba2 muncul membersihkan habuk2 di mukabuku beliau. Dah tu sempat lagi dikongsikan foto2 Dania Nur Zahra yang comel itu. Semoga ina dan keluarga sihat2 dan berbahagia selalu.
Kata-kata hikmah yang diperolehi semasa dalam perjalanan balik petang tadi "jika ingat mati dapat tingkatkan produktiviti". Hrrmmm pada aku memang betul pun sebab pasti semua kerja yang diamanahkan akan dilaksanakan bersungguh2 dan disempurnakan dengan sebaik mungkin seolah2 kita tidak dapat melakukannya pada esok hari. Semoga apa jua yang kita lakukan sehari-hari akan diterima sebagai ibadah oleh Yang Maha Esa.
Ok le malam ni nak kongsikan mee yang simple ni. Kalau hari bekerja memang lebih senang menyediakan makanan sebegini untuk makan malam. Mudah disediakan dan boleh diterima oleh seisi keluarga. Masa mula2 tengok resepi ni macam pelik je sebabnya kalau mee bandung pasti akan guna segala macam sos tapi untuk resepi ni ada sos tiram je. Walau apapun hidangan yang terhasil tidak mengecewakan (mesti leee sbb cikgu ina punya resepi). Tetapi kepada mereka2 yang ada resdung tidak disarankan sebab boleh memberi kesan terhadap hidung anda. Ok le layan je resepi yang diambil dari MyR.
RESEPI MEE BANDUNG SIMPLE
Sumber: Hana6877@MyR
Bahan-bahan ( 4 orang )
- 1 peket mee kuning
- 4-6 ekor udang basah
- 50g udang kering ( blend )
- 1/2 biji bwg besar
- 3 ulas bwg putih
- 5 tangkai cili kering
- 2 biji keledek (size kecil) - direbus dan dilenyek @ suku cawan kacang tanah goreng(dtumbuk) - klu tk nk letak pon tkpe tp lebihkan udang kering supaya kuah pekat.
- 4 biji telur
- sawi
- bawang goreng
- Hirisan cili merah
- Air rebusan daging
- Gula
- Garam
- hirisan daging
- limau kasturi / limau nipis
- tauhu goreng - hiris nipis
Cara-cara
- Celur mee kuning
- Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
- Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging,keledek lenyek/ kcg tanah, hirisan daging dan udang basah. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
- Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).. Akhir skali masukkan sawi.
- Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng,tauhu, hirisan cili dan limau kasturi. Siap utk dimakan.
9 comments:
Jiran saya pula, buat Mee Bandung masukkan biskut merri dlm kuahnya. Dengan tujuan memekatkan. Tapi nemang sedaplah.
kecur liur tgk mee bandung nie
tak pernah cuba mee bandung..
tak pernah buat sndiri mee bndung...selalunya beli jer...
Tapi mee ni mmng nmpak menggoda betul...
Along pantang tengok mee bandung, sepinggan mesti tak cukup....hehe
Aaargghhh...!! my fav mee bandung..
Salam k.sam...tergodanya tgk haiwan dua ketul tue...menarik resepi mee bandung nie...:))
cantik udang tu posing ya, hehehe
Cantik bertenggek udang tu ye Kak Sam, tapi mana kakak pergi ni... macam dah lama tak nampak kelibat. Moga okey2 saja ye...
Post a Comment