Assalamualaikum w.b.t
Hampir sebulan Myhomework tidak memaparkan n3 baru, hati meronta-ronta ingin mencoretkan sesuatu di sini tapi apakan daya terpaksa dilupakan buat seketika. Walaupun acara masak memasak berjalan seperti biasa namun resepi yang dicuba tidak dapat dipanjangkan disini. Tiada lagi rutin mengambil gambar sebelum hidangan dinikmati. Cuma kadangkala kamera diangkat jua demi untuk melempiaskan rasa rindu ini. Setelah difikir sedalam-dalamnya hobi yang baru setahun jagung ini terpaksa dikorban atas tuntutan tanggungjawab yang perlu diutamakan. Keputusan telah dibuat title blogger itu akan dilupakan buat seketika.
Namun demikian hasrat untuk belajar memasak melalui alam siber akan tetap diteruskan. Rutin untuk menjelajah dapur sifu2 dan teman2 tetap akan dilakukan setiap hari cumanya tiada jejak yang akan ditinggalkan. Resepi yang dicuba juga tidak akan diwar-warkan di sini. Terima kasih kepada sifu2 dan teman2 sekalian atas ilmu yang dikongsikan. Halalkan segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah dan akan saya pelajari dimasa akan datang. Bukan mudah untuk membuat keputusan ini kerana jika dulu memasak adalah perkara yang amat membeban pada diri tapi tidak kini.
Namun demikian hasrat untuk belajar memasak melalui alam siber akan tetap diteruskan. Rutin untuk menjelajah dapur sifu2 dan teman2 tetap akan dilakukan setiap hari cumanya tiada jejak yang akan ditinggalkan. Resepi yang dicuba juga tidak akan diwar-warkan di sini. Terima kasih kepada sifu2 dan teman2 sekalian atas ilmu yang dikongsikan. Halalkan segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah dan akan saya pelajari dimasa akan datang. Bukan mudah untuk membuat keputusan ini kerana jika dulu memasak adalah perkara yang amat membeban pada diri tapi tidak kini.
Mana mungkin saya memasuki kedai menjual alat2 dan bahan2 bakeri jika tidak melalui blogging ini. Pendek kata terlalu banyak perkara yang saya pelajari di sini untuk saya menjadi isteri, ibu, anak dan menantu yang lebih baik. Terima kasih...terima kasih... terima kasih..... kepada semua. Mungkin jika ada kesempatan yang terluang mungkin saya akan kembali untuk berkongsi sesuatu di sini. INSYAALLAH. Sebelum mengundur diri saya panjangkan menu yang sesuai untuk dinikmati di petang ini bersama keluarga tercinta.
RESEPI ROTI SARDIN GORENG
Olahan dari:
Resepi: MyHomework
Bahan-bahan
8 keping roti gardenia
Inti Sardin
*1 tin sardin saiz kecil
*1/2 biji bawang besar - dicincang
*1/2 biji cili merah dicincang
*1 biji tomato saiz sederhana
*2 biji cili padi - dihiris halus
*Sedikit garam
Bancuhan tepung
#1 cawan tepung gandum
#1 sudu teh mentega
#1 1/4 cawan air
#Sedikit garam dan gula
#Pewarna kuning
Cara-cara
- Tumis bahan-bahan * dan masukkan sardin (kuah sardin masuk sedikit sahaja supaya tidak kering, kalau banyak nanti lembik)
- Potong tepi roti yang berwarna coklat dan sapukan mentega atau butter dan sapukan sardin yang hancur macam buat sandwich.
- Bancuh adunan tepung seperti menggoreng cucur pisang.
- Celupkan roti yang dimasukkan inti sardin ke dalam bancuhan tepung dang goreng sehingga warna keperangan seperti gambar.
- Toskan dan sedia untuk dimakan dan sesuai untuk juadah minum petang.
7 comments:
assalam K.Sam
lama tunggu entry k. sam tau he he
kadang2 pengorbanan perlu dlm kehidupan kita kan
akak belum pernah try lagi menu ni...mesti buat juga nampaknya...huhu
Dah selalu kat umah ni asyik buat roti goreng sbb bebudak suka. Best kan KakSam.
lama tak nampak kak sam... meh roti skeet
akak...miss u..
mehh roti sardin tu 4 ketoii..
sedapnya tengok..
Roti Sardin? Adehhh sedap tu makan panas-panas semasa masih garing!
salam winduu kak sam,pi mana ni lama tak nampak?? bz ke? tak pa la selesaikan dulu apa yg penting tu yer nanti free boleh buat h/work blk..hehe
nk minta roti sardin pun dah lama abis ni..nanti akak free ambik kad dan bunga tu yer..tq:)
Post a Comment