Assalamualaikum w.b.t......
Seperti biasa malas betul rasanya nak keluar ke mana-mana walaupun masa rehat hari ini agak panjang. Kalau di KOMTAR dulu pantang rehat je mesti ada je tempat yang nak dituju, mungkin sebab walking distance je. Sekarang ni tempat window shopping yang terdekat adalah Kompleks Dato' Kailan, itu pun kena hidupkan enjin kereta dan yang paling leceh adalah mencari tempat parking. Tu yang rasa berat hati je nak keluar, duduk dalam bilik layan pc lagi syok sebab boleh pergi oversea lagi. Kebetulan pula hari ini ada teman pejabat buat kenduri pagi tadi tapi tak sempat makan jadi boleh le dibuat hidangan tengahari. Balik dari mesyuarat tadi tengok ada sebungkus nasi + kawan-kawannya kat atas meja. Bila buka tengok macam banyak sangat nasinya, jadi terus ambik pinggan dan luakkan separuh sahaja. Habis je nasi dalam pinggan rasa macam tak kenyang je lagi oleh yang demikian habis le sebungkus nasi daging hari ini. Hehehe bila tengok rasa macam nak kena kawal tapi bila dah makan jadi tak terkawal pula. Ok le untuk tengahari ini saya jamu kari/gulai ikan masin ni untuk pengunjung2 MyHomework. Ini adalah antara menu kegemaran en. hubby dan ianya dimasak atas permintaan beliau. Tekak saya rasa macam ok je tapi hubby kata tak sama macam yang dijual di kedai. Takpe le kali pertama le katakan. Resepi ni seperti biasa saya ambik dari MyResepi dan terima kasih diucapkan kepada princessharyati, iznikan saya CnP di sini.
Sumber:
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
- 12 ketul ikan talang masin (ikan masin apa2 pun boleh)
- 3 biji terung bulat di belah 4
- 4 sudu serbuk kari daging
- 1 serbuk cili kering (cili boh pun boleh)
- 2 cawan santan
- 2 sudu helba campur
- Sedikit bunga lawang dan cengkih
- 1 batang kulit kayu manis
- Sedikit daun kari
- 1 asam keping
- 1 biji bawang besar dimayang halus
- 3 ulas bawang putih di mayang halus
- 1/2 inci halia di mayang halus
- sedikit garam dan serbuk perasa
- Sedikit minyak
Cara-cara
- Panaskan minyak masukan daun kari, helba campur,bunga lawang,cengkih dan kulit kayu manis. Masak 1-2 minit.
- Kemudian masukan rempah kari dan serbuk cili. Letakkan sedikit air. Kacau sehingga naik minyak. Setelah rempah tadi garing masukkan sedikit air dan santan. masak 3-4 minit.
- Masukan ikan masin, masak dgn api perlahan sehingga 4 minit kemudian masukan terung. Tunggu sehingga terung tadi lembut kemudian masukan asam keping, serbuk perasa dan sedikit garam (jika perlu).
- Di kuali yang lain goreng halia,bawang besar dan bawang putih sehingga garing dgn minyak yang sedikit kemudian masukan kesemua bahan tadi bersama minyak ke atas kari yang telah dimasak itu tadi. Siap untuk di santap
8 comments:
sedapnya... rasa nak singgah makan di sini...
norlie..
tq sudi singgah sini
sedapnya lauk kari ikan masin ni kak..lama tak mkn ni kalau mkn maunya menambah nasi ni..hehe
wah! memang membuka selera dan mulut seluas-luasnya bagi habis lauk kari ikan masin ni... sedapnya Kak Sam!
Kak Sam,
ni betul2 pembuka selera namanya..haiss..lapar..
wah2.. tun xpernah wat kari ikan masin.. tp kalau gulai (masak lemak) ikan masin ngan nenas mmg feveret semua org.
tak pernah mkn kari ikn masin, oh boleh di gulai rupanya, selalu akk msk kuning je
Kak..mak selalu la buat mcm ni..Hee..sedapnya lah
Post a Comment