Dalam perjalanan pulang ke rumah tanya hubby nak makan apa malam ni. Dia nak mee goreng basah. Terus ke kedai, malangnya adik kat situ kata mee dah habis biasa le bila nak mesti takde. Jadi bagitau kat hubby dia kata bihun pun ok. Beli bihun dan sayur-sayuran terus balik ke rumah. Tengok kat dalam peti ais ada ayam dan daging terus keluarkan dan rendam. Sementara tunggu azan maghrib cari kat google resipi bihun goreng yang umph sikit, ye la kalau buat bihun yang sama je nanti hubby bosan le pulak. Terpesona le dengan resipi nor_67 ni. Selesai solat maghrib terus ke dapur. Tapi buat separuh je untuk 3 orang makan le katakan. Alhamdulillah licin kuali (hubby tambah 3 kali). Terus hilang penat. Saya copy kat sini sebab nanti senang bila nak buat lagi.
Sumber: myresipi.com – oleh nor_67
Bahan-bahan ( 7 org makan )
- 1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan
- 300gm udang - tukar dengan daging
- 200gm isi ayam
- 3 ulas bawang putih - diketuk
- 5 ulas bawang merah - dikisar
- 2 batang serai - diketuk sedikit
- 2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)
- cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas
- 1 biji telur
- 3 helai daun limau purut - dicarik2kan
- sayur kobis - di potong pjg (halus)
- carrot - dipotong pjg (spt btg mancis)
- 2 biji tomato - dihiris nipis2
- 1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air
- daun saderi
Cara-cara
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau.
- Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
- Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur
- Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong) Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan
- Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang)
- Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus
Nota: Tiada foto sebab semua telah kelaparan.
2 comments:
salam sam..
tima kasih anta emel kat saya yer... salam kenal.. dan tahniah berjaya bukak blog... takpe.. lama2 nanti penuh cter macam2.. hihi... resepi yang ade di blog hanamemories sememangnya utk dikongsi kepada semua... sam boleh kopipes mana2 resepi yang sam telah cube... selamat memasak and happy blogging! :)
hana tq for ur support.
Harap kita akan terus berhubungan dan berkongsi2an. Hehehehe. Dan lagi 1 tq sebab jadi follower pertama saya. Ni yang makin bersemangat ni.
Post a Comment