Sunday, May 20, 2012

Sausage, Sweet & Blueberry Finger Bun

Asssalamualaikum w.b.t...
Waa panjang betul tajuk entry malam. Bukannya apa nanti kalau rasa nak makan boleh terus search je kat sini. Sebenarnya bukan le rajin sangat tapi tak lalu hati tengok tepung roti yang ada kat dalam almari tu. Nanti kalau dah dimasuk bendasing sayang le pulak. Untuk tidak menyusahkan diri sendiri maka ikut resepi yang sememangnya sangat popular ni. Kalau dah cuba sekali mesti nak buat berkali-kali. Setuju tak? Kali ni saya tak masukkan susu tepung sebab baru perasan tadi susu yang ada dalam almari tu dah expired 3 bulan lepas. Hahahaha tak boleh blah betul rasanya. Tetap teruskan juga projek sebab pernah tengok annaqawina buat tanpa susu tepung. 

Lagi satu nak kongsikan jugak kat sini pasal uli 2 kali punya citer. Cuba kaedah tu kat bibik tapi tak menjadi, musykil betul. Sudahnya keluarkan sat dan uli dengan tangan dalam 10 minit. Hehehe semangat nak merasa roti diuli berulang kali. Tak sia-sia rupanya memang superb gebussss, wajar diamalkan selalu. Really like it, berbaloi-baloi. Terima kasih bebanyak yea Kak Nor, izinkan sekali lagi saya cnp kat sini.

~Sausage Bun for Alif~

RESEPI BASIC DOUGH 
Sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan
  • 380gm tepung high protein (tpg roti)
  • 3 sudu besar susu tepung - saya tak letak
  • 80gm gula castor
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
  • 100ml air
  • 100gm water roux*
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 30gm butter
  • 30gm shortening
Cara:
  1. Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
  2. Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
  3. Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
  4. Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
  5. Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
  6. Biarkan sehingga proses menguli selesai.
  7. Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
  8. Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.


 
~Blueberry Finger Bun for mama~

*UTK MENGHASILKAN FINGER BUN
topping:
blueberry filling (diblend halus)
ambil sedikit adunan dlm 30gm, bulatkan kemudian canai leper
gulung dan letakkan ke dalam loyang
buatlah hingga habis (jarakkan sedikit antara satu sama lain)
perap hingga doh naik kemudian picikan filling kesukaan atasnya (utk memudahkan kerja, masukkan filling ke dalam piping bag atau plastik bersih, gunting bucu dan bolehlah digunakan)
Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.


~Sweet Bun for Aqil~

*UTK MENGHASILKAN SWEET BUN
Saya spray air dipermukaan roti dan tabur gula


*WATER ROUX: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
1/8 cawan tepung gandum
5/8 air
# sukatan diatas menghasilkan 100 gm water roux
Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.




    Sunday, May 13, 2012

    13 Mei 2012

    Assalamualaikum w.b.t.

    Hari Ibu
    Hari yang mengujakan bagi semua ibu2. Kali ini alif menghadiahkan 2 keping kad hasil tangannya sendiri dan sekuntum ros plastik membuatkan mama tersentuh hati. Baba pula menghadiahkan voucher AEON, sangat gembira rasanya. Terasa diri begitu dihargai. Semoga kebahagiaan ini akan sentiasa mengiringi kehidupan harian. Doa agar anak2 membesar sebagai anak yang sihat, cerdas dan pintar serta menjadi anak yang soleh serta patuh kepada suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya tak pernah dilupakan setiap kali usai solat. InsyaAllah, Yang Maha Esa tahu apa yang terbaik buat hambanya.

    Hari Lahir
    Hari ini adalah merupakan hari lahir seorang teman yang amat istimewa. Rasanya dah bertahun2 tak bersua muka. Iza adalah merupakan teman yang telah menjadi pendorong untuk saya berubah semasa di tingkatan 5. Jika tidak mungkin saya tidak berada di keadaan ini ketika ini. Bukannya apa jika dilihat daripada nasib saya lebih bertuah daripadanya kerana mempunyai keluarga yang serba lengkap dari aspek kasih sayang. Namun dia walaupun tidak bernasib baik namun sentiasa berusaha untuk membanggakan ibunya. Sangat-sangat saya sanjungi dan itu telah membuatkan saya bertekad untuk sukses dalam SPM Tahun 1995. Alhamdulillah selepas itu tangga-tangga kejayaan terus didaki berkat doa emak dan apak tercinta.

    Hari Bersejarah
    Peristiwa 13 Mei 1969 juga menjadi titik hitam dalam sejarah negara dimana berlakunya kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Semoga peristiwa ini akan sentiasa menjadi iktibar kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga keamanan dan kesejahteraan yang ada sekarang ini akan dapat dikekalkan demi untuk anak cucu cicit kita di masa hadapan. Sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT kurniaan ini.  


    Akhir kata 'SELAMAT HARI IBU' kepada semua. Bersama-samalah kita mendidik anak2 menjadi anak yang SOLEH & SOLEHAH.