MY IKLAN

MY IKLAN
Showing posts with label moTivasi. Show all posts
Showing posts with label moTivasi. Show all posts

Sunday, November 1, 2015

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015


Assalamualaikum w.b.t

Masa berjalan begitu pantas, tanpa sedar 2 bulan lagi tahun 2015 bakal melabuhkan tirainya. Petang tadi rakan  di sekolah menengah dulu berkongsikan perasaan seorang ibu yang risaukan anak perempuannya yang akan menghadapi peperiksaan SPM esok hari. Tak sangka 20 tahun lalu kami sama-sama lalui saat getarnya menghadapi peperiksaan dan harini getar yang sama mulai dirasai oleh rakan saya itu untuk anak perempuannya.

Kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan esok hari SELAMAAT MAJU JAYA, masa untuk meneruskan usaha hanya berbaki beberapa jam sahaja lagi. Semoga Allah S.W.T memberikan ketenangan kepada kalian semua untuk menjawab semua soalan dengan betul. Kepada ibu bapa terus mendoakan kejayaan anak-anak kerana sebaik-baik doa itu datangnya dari kedua ibu bapa.



    Monday, October 26, 2015

    Saturday, October 24, 2015

    Tupperware Brands EduPlan


    Assalamualaikum w.b.t
    Tak ada beban batu digalas.... itulah yang berlaku pada saya sekarang. Semalam dari pejabat terus ke MIMYA Enterprise, stokis Tupperware Brands Mergong, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tujuan nak ambil Rice Smart dan bersembang dengan Kak Romlah. Sekarang ini goyah sikit untuk teruskan perjuangan dalam tupperware disebabkan oleh kekangan masa. Maklum le hujung tahun, inilah masa kena pergi kursus, bengkel, mesyuarat dan lagi best nak kena perabiskan peruntukan tahun semasa. 

    Melangkah sahaja masuk ke dalam kedai terus Kak Romlah ajak join Tupperware Brands EduPlan. Katanya perlu key-in selewat-lewatnya pada 25 Oktober 2015. Setelah mendengar penerangan panjang lebar dan dan segala persoalan dapat dirungkaikan, terus isi borang dengan rela hati. Satu perjalanan yang sukar dengan baki masa 1 bulan 10 hari sahaja. Bedasarkan pertimbangan akal yang waras, jika berusaha bersungguh-sungguh, fokus dan ada strategi yang betul pasti kejayaan mampu dicapai. Lagipun kalau gagal rasanya tak rugi apa-apa cuma mungkin rasa kecewa je.  

    Apa yang perlu saya lakukan dalam tempoh yang singkat ini???

    1. Sebelum 31 Oktober 2015
    • Personal sales RM500 ~ done
    • Recruit 4 orang ahli
    • Team sales RM3000

    2. Sebelum 30 November 2015
    • Personal sales RM500
    • Recruit Total 15 Orang
    • Team sales RM 14000


    Saya perlu capai target diatas untuk bergelar Director dan melayakkan saya untuk turut serta dalam Tupperware Brands EduPlan.

    Eduplan ini pada saya adalah merupakan Gant Chart yang perlu dipatuhi oleh Director yang berminat untuk turut serta. Setiap 3 bulan ada sasaran yang perlu dicapai dan jika berjaya imbuhan yang sangat lumayan menanti. RM10,000 dalam tempoh 9 bulan, nampak macam mudah tapi sukar sebenarnya. Jika strategi tidak disusun dengan yang baik serta tiada kesungguhan pasti ianya tidak akan berjaya.

    Masa mula-mula join tupperware dulu tak terfikir pun ini semua. Alhamdulillah Allah bukakan minda saya untuk memanfaatkan peluang yang ada. Semoga saya akan terus istiqimah untuk terus berjuang dalam Tupperware Brands. Jika anda berminat untuk turut serta bersama saya boleh whatsapp 017-458 8559 atau email yahhmohd@yahoo.com.

    Saya tidak menjanjikan apa-apa cuma kita boleh bersama-sama melangkah untuk menuju kejayaan. Jika orang lain boleh kenapa kita tidak dan ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.



      Tuesday, October 20, 2015

      Jiran dan Kejiranan


      Assalamualaikum w.b.t
      Jiran iaitu mereka yang tinggal berhampiran dengan kediaman kita. Dalam Islam, kawasan kejiranan meliputi mereka yang berada dalam jarak 40 buah rumah dari semua sudut rumah kita. Ini bermakna jiran bukanlah mereka yang tinggal bersebelahan rumah kita sahaja, tetapi ia meliputi seluruh kawasan kediaman kita sama ada di kawasan taman atau kampung atau rumah pangsa.

      Kejiranan merupakan suatu aspek yang penting yang perlu diberi perhatian oleh semua orang Islam. Ini kerana, sebagai seorang manusia, kita tidak hidup keseorangan, tetapi kita saling bergantung antara satu sama lain. Yang kaya memerlukan yang miskin, manakala yang miskin pun memerlukan kepada mereka yang kaya. Konsep kejiranan ini sangat ditekankan di dalam Islam kerana ia termasuk dalam salah satu dari tanda beriman kepada Allah S.A.W. 

      Rasulullah S.A.W bersabda:

      من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فلا يؤذي جاره

      Sesiapa yang beriman dengan hari akhirat, maka janganlah ia menyakiti jirannya.


      Malah, dalam satu sabda Rasulullah S.A.W yang lain, baginda menegaskan bahawa kejiranan ialah kriteria utama yang perlu dinilai sebelum kita memilih lokasi untuk membina rumah sebagai mana saba Baginda SAW (الجار قبل الدار) iaitu pilihlah jiran sebelum kamu membina rumah.


      Sungguh pun realiti masa kini, keadaan memaksa untuk kita memilih kediaman berdasarkan kepada lokasi tetapi keadaan jiran perlu diambil kira. Mesej yang ingin disampaikan di dalam hadis ini ialah agar kita meletakkan kejiranan sebagai aspek yang sangat penting. Ini kerana, kebahagiaan kehidupan seseorang itu pun bergantung kepada suasana kejiranan. Kehidupan kita akan kurang selesa apabila mempunyai jiran yang suka menyakiti jirannya. 

      Bersama-samalah kita berdoa agar dikurniakan jiran yang saling hormat-menghormati agar kerukunan serta keharmonian kawasan kejiranan kita terjaga. 



        Friday, October 16, 2015

        Inspirasi Kisah Katak Pekak

        Assalamualaikum w.b.t

        Pasti ramai yang dah baca atau dengar kisah "si katak yang pekak". Kisah yang dijadikan inspirasi pada ramai orang-orang yang berjaya. 

        Begini kisahnya:

        "Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil yang ingin beradu kekuatan berlumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan itu dan memberikan semangat kepada para peserta.

        Maka perlumbaan pun bermula.

        Secara jujur, tidak satu pun penonton yang benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan bisa mencapai puncak menara. Terdengar suara, “Oh, jalannya terlalu sulitttt!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak” dan “Tidak ada kesempatan untuk berhasil. Menaranya terlalu tinggi!

        Katak-katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu. Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi dan semakin tinggi. Penonton terus bersorak, “Terlalu sulit!!! Tak seorangpun akan berhasil!”

        Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah.

        Tapi ada SEEKOR KATAK sahaja yang melanjutkan pandakiannya hingga semakin tinggi dan tinggi. Dia belum menyerah! Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali katak yang satu itu. Katak kecil yang satu itu telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak.

        SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini bisa melakukannya? Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan? Ternyata, katak yang menjadi pemenang itu SEBENARNYA PEKAK. Dia tidak bisa mendengar semua cemuhan dan perkataan negatif dari sekelilingnya."

        Sumber: https://nizammatsaari.wordpress.com/2010/03/18/sang-katak-yang-pekak/


        Kenapa saya kongsikan kisah si katak ini ???

        Pertama, terinspirasi dari kisah seorang teman sefakulti dulu, kami berlainan course tapi saling mengenali antara satu sama lain. Beliau bergelar Group Agnecy Manager ketika usia yang muda dalam bidang yang berlainan daripada ijazah yang diperolehinya. Beliau menjadikan kisah katak pekak antara catatan pejalanan kejayaannya.

        Kedua, baru-baru ini semasa berada di stokis tupperware seorang wanita datang untuk membeli produk. Petugas dikaunter memaklumkan wanita tersebut sudah lama bergelar DIRECTOR TUPPERWARE. Wanita itu dengan lantang mengatakan "tak payahlah jadi director, susah bukan dapat apa-apa pun, kerja teruk dan tak berbaloi buat penat je". Tersentap saya mendengarnya dan semangat goyah seketika. Malam itu saya berfikir dan terus berfikir dan teringatkan kisah si katak yang pekak. Apa yang dikatakan oleh wanita itu tidak perlu diambil peduli kerana perkataan tidak selari dengan perbuatan, banyak juga barangan tupperware yang dibelinya pada hari tersebut.

        Kesimpulannya saya perlu teruskan perjuangan demi sebuah impian.



          Wednesday, September 30, 2015

          Liputan YES 4G @ Kg. Bahagia

           Assalamualaikum w.b.t

          Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana diizinkan sekali untuk sama-sama meraikan hari kemenangan umat islam. Kedah menetapkan cuti kelepasan am selama 2 hari iaitu khamis dan jumaat justeru kami yang berkhidmat di negeri jelapang padi ini dapat bercuti bersama keluarga selama 4 hari bermula hari khamis hingga ahad. Hb pula ambil cuti tahunan pada hari jumaat, jadi dapat le kami berada di kg selama hampir 4 hari. Yang pasti anak-anak adalah orang yang paling teruja dan gembira.

          Mama pun teruja sama sebab kali ini balik kg bersama YES Huddle XS, dapatlah update apa yang patut ketika waktu lapang. Malam jumaat selepas ariq lena terus on laptop dan huddle XS, malang sungguh kerana tiada liputan langsung di kawasan berkenaan. Keesokan harinya ketika menemani ibu mertua di Angsana Mall Ipoh, buat semakan di kiosk YES dan memang sah le tiada liputan langsung di Kg Bahagia Teluk Intan. Sedihkan... tak pe le memang takde rezeki dan yang pasti kalau dah berada di kg tak payah le berhajat nak berinternet bagai. Luangkan masa sepenuhnya bersama keluarga tercinta (ayat penyejuk hati).

          Minggu depan baru boleh review pasal liputan di tandop dan alor setar.


          Wednesday, September 23, 2015

          Yes !!!! Makin bersemangat ni....

          Assalamualaikum w.b.t 

          Alhamdulillah, akhirnya pada 19.9.2015 dapat juga miliki Huddle XS 4G Mobile Hotspot ni. Lama sangat dah buat survey sebelum benar-benar yakin bahawa ianya bkan satu pembaziran. Di sg dua memang ada streamyx tapi di alor setar duk harapkan internet di pejabat sahaja. Sudah pasti kemudahan di pejabat adalah untuk kegunaan kerja pejabat sahaja, kalau untuk kegunaan peribadi kena le ada talian sendiri. Pada waktu malam biasanya lepas ariq tido dan selesaikan urusan rumah, mama memang kebosanan jadi layan je tv. Itupun rancangan TV3 je sebab di kuarters memang takde astro dan tiada remote control. 


          Berbalik pada cerita yes 4G ni, saya daftar masa ada event di Sunway Carnival baru-baru ini. Siapa sangka salesgirl yang saya jumpa tu adalah merupakan staff yes di Tesco Mergong. Pernah jumpa masa buat survey dulu, itulah janji Allah itu pasti jika rezeki itu milik kita walau dimanapun ia tetap akan menjadi milik kita. Begitu juga sebalik. Jadi kalau ada masalah nanti senang le saya nak rujuk, katanya bermula 1 Oktober ni beliau akan berpindah ke Yes Aman Central, lagi dekat le kalau nak cari.


          Tak boleh nak ulas pasal coverage di tandop lagi sebab tak sempat pun nak guna, alif ikut mama balik alor setar 3 hari jadi sibuk melayan dia je. Saya memilih pakej Super 78 dengan 9.5GB dan kontrak selama 2 tahun, harap-harap berbaloi dan yang lebih penting matlamat untuk menjana pendapatan sampingan akan menjadi kenyataan. Peringatan untuk diri sendiri, bil talian internet ini tidak boleh dibayar menggunakan wang gaji, so fikir-fikirkanlah. JIKA ADA KEMAHUAN PASTI ADA JALAN.  







            Sunday, September 13, 2015

            Kerja.. kerja...


            Assalamualaikum w.b.t

            Hari yang sangat sibuk dan kerja semakin bertambah. Alhamdulillah rasanya masih dalam kawalan lagi, harap-harap esok boleh siapkan semuanya dan takde kerja baru yang datang dalam sehari dua ni.

            Monday, August 31, 2015

            Monday, August 10, 2015

            Belajar Berniaga

            Sumber: mohdzulkifli.com

            Assalamualaikum w.b.t

            Hari ini ada topik panas dalam group mommies, punya berdesup message masuk. Memang tak boleh nak follow sangat sebab waktu bekerja tapi sempat le menyelit sikit-sikit. Bermula dengan cerita membuka self laundry di taman sg dua utama sehinggalah perkongsian pengalaman oleh mommy yang boleh dikatakan berjaya dengan bisnes butiknya. 

            Sebenarnya dah lama pasang cita-cita nak berniaga dan kalau boleh berniaga dari rumah supaya impian untuk membesarkan anak-anak didepan mata tercapai. Tapi itulah memang tak berani untuk mengambil risiko. Pernah cuba berniaga kain pasang pada tahun 2013, itupun hasil pujukan peniaga kain di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dengan modal awal sebanyak RM500.00 saya membawa pulang kain-kain pasang untuk diniagakan. Tapi itulah bila tiada ilmu didada bukannya untung yang diperolehi tapi modal pun tak nampak bayang. Sudahnya ada kain yang dihadiahkan kepada keluarga terdekat dan ada yang ditempah untuk diri sendiri. Sejak itu apa sahaja tawaran yang diterima untuk berniaga memang saya tolak mentah-mentah. 

            Semenjak tuntutan kerja menjarakkan hubungan kami sekeluarga, saya mula berfikir untuk mencari alternatif dan minat untuk berniaga itu semakin bercambah. Masalahnya apa yang boleh saya niagakan??? Tips yang diterima "jual apa yang kita suka dan tidak memerlukan modal yang besar". Itulah perkara yang paling sukar kerana saya sendiri tidak tahu apa yang saya suka dan minat. Berniaga makanan/ kek sudah tentu tidak kerana hanya boleh masak untuk diri & keluarga sahaja. Barangan kecantikan lagilah jauh kerana muka sendiri pun hanya disaluti bedak tipis. 

            Alhamdulillah baru ini Allah buka hati saya untuk mendaftar sebagai ahli Tupperware. Sekarang ni kalau ada masa terluang saya akan mendalami ilmu perniagaan. Saya juga akan berusaha untuk mencari mentor untuk memberi tunjuk ajar berkaitan dunia perniagaan. Semoga Allah merahmati usaha ini.

              Monday, July 6, 2015

              10 malam terakhir Ramadhan 1436H

              Assalamualaikum w.b.t.

              Sebentar sahaja lagi kita akan melangkah ke 10 malam terakhir ramadhan, begitu pantas masa berlalu. So apalagi mulakan pecutan terakhir anda, semoga kita bertemu dengan malam Al-Qadar. Ameen...

              Sumber: Facebook


                Tuesday, June 23, 2015

                Mari Membaca

                Assalamualaikum w.b.t

                Entri kali ini lebih kepada peringatan untuk diri sendiri. Membesarkan 3 orang anak lelaki yang berusia 11 tahun, 6 tahun dan 2 tahun memang besar cabaran. Tambahan pula desakan kerja memerlukan kami untuk tinggal berasingan dan saya bergelar isteri dan mama hujung minggu. Setiap anak ada karekter yang tersendiri. Alif seorang yang pendiam, suka memendam rasa, pergaulan yang terbatas dan hanya bercakap bila perlu. Aqil seorang yang periang, talkative, mudah bergaul, berani dan memang kontra dengan abg longnya. Ariq dengan usia yang begitu muda saya tak boleh nak komen banyak, walaupun muka fotostat abg long tapi karekter lebih kepada abg cik. Jika saya berada di rumah sebelum tidur aqil akan minta supaya diajar membaca. Sebenarnya dia dah boleh membaca sendiri tapi kebiasaannya saya perlu menjawab soalan-soalan yang bakal diutarakan. Ariq pula biasanya akan menempel bersama dan dia akan membaca dalam bahasanya sendiri.Cuma kadang-kadang rasa terkilan sebab masa yang ada terlalu terhad dan permintaan aqil tidak dapat dipenuhi. Saya kongsikan artikel dari Berita Harian ini sebagai panduan untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak cintakan ilmu dan tanam sikap suka membaca.


                Menurut Dr. Mastura Badzis, Pakar Perkembangan Pendidikan Kanak-Kanak yang juga Penolong Profesor di Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tabiat dan minat membaca perlu dipupuk sejak dari awal usia kerana ia adalah kunci utama pembudayaan ilmu. Perkara utama perlu difahami, pendekatan, kaedah dan teknik yang perlu dilaksanakan. Justeru, perlu gunakan kaedah bersesuaian dengan ciri-ciri semula jadi kanak-kanak dan mengikut tahap perkembangan mereka. Mengajar membaca bukan sekadar memperkenalkan huruf ABC kerana ia adalah simbol yang tidak memberi apa-apa makna kepada kanak-kanak. Membaca buka hanya pembelajaran mengenal huruf sebaliknya bagaimana menggunakan ‘print’ kerana sesuatu sebab.

                Ibu bapa perlu memahami mengenai kebolehan membaca. Ia berkait rapat dengan perkembangan bahasa, keupayaan berkomunikasi dan penguasaan perbendaharaan kata. Membaca perlu difahami dalam konteks yang lebih luas ‘extensive’ kerana membabitkan kemahiran berfikir secara kreatif dan keupayaan menyelesaikan masalah.



                Mengajar anak membaca tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa didahului dengan pemupukan minat membaca dan kesedaran mengenai konsep ‘print’ yang bermakna. Memaksa anak belajar dan membaca sebelum mereka bersedia hanya akan menghilangkan minatnya.

                Persekitaran kita penuh dengan tulisan pada pakaian, kotak makanan, mainan, bekas peralatan mandi, poster, ‘flyers’, iklan TV, kad hari jadi, surat khabar, tanda arah, komputer dan lain-lain.

                Kanak-kanak tidak faham mengenai fungsi simbol dan sesuatu yang tertera (print). Ia berasaskan pengalaman ketika berinteraksi dengan orang dewasa. Jika mereka diberi kefahaman buku dan sesuatu yang tercetak atau yang tertulis itu membawa makna, mempunyai tujuan tertentu, ia akan membantu kanak-kanak mendekati buku.

                Minat membaca akan timbul secara semula jadi apabila mendapat pengalaman ‘membaca’ sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan minat ini seharusnya dipupuk sejak bayi sehinggalah dia sendiri berkeinginan, sedia dan meminta untuk diajar membaca secara formal.


                Sebagai contoh, seorang anak yang dipangku dan dipeluk ketika ibu atau penjaga membacakan buku cerita kepadanya akan mengaitkan buku dan cerita dengan kasih sayang, rasa selamat, rapat dengan penjaga dan suatu yang amat menyeronokkan. Ia menjadikannya ingin terus berdampingan dengan buku. Walaupun mungkin bermula dengan hanya melihat gambar ini akan membantunya belajar menumpukan perhatian, tekun dan prihatin.

                Kemahiran awal perlu dipelajari sebelum ‘membaca’. Apabila pengalaman membaca menjadi sesuatu yang menyeronokkan dengan rangsangan daripada ibu bapa dan pendidik, sedikit demi sedikit kanak-kanak akan mula tahu cara untuk memegang buku, buka muka surat, tahu bila cerita bermula dan berakhir, lama kelamaan akan mula mengenal tajuk, pengarang, kulit buku dan juga akan menunjukkan kefahaman bahawa ‘print’ atau gambar juga memberi maksud tertentu.

                Kepelbagaian pendedahan kepada pelbagai ‘bahan yang boleh dibaca’ daripada persekitaran akan menimbulkan kesedaran mereka bahawa sesuatu ‘yang bertulis’ menggambarkan kata-kata atau pemikiran yang kekal.

                Mereka juga akan mula menyedari pelbagai jenis tulisan, ke atas, bawah, kiri kanan, kanan kiri dan sebagainya. Apabila ini berlaku, tanpa disuruh kanak-kanak akan mula mencuba ‘bercerita’ sendiri bila membelek-belek buku dan menyelak muka surat. Dia akan mula menunjuk kepada sesuatu huruf dan minat bila melihat namanya ditulis atau barang kepunyaannya dilabel.

                Bila usianya semakin meningkat ke 4 hingga 6 tahun dan dengan rangsangan yang diberi, dia akan mencuba ‘menulis’ nombor telefon, senarai barang untuk membeli-belah dan sebagainya kerana ini adalah keinginan semula jadi kanak-kanak seusianya untuk ‘membuat tanda’ bagi membayangkan pelbagai contoh ‘print’ yang ada di sekelilingnya.


                Akhirnya, kanak-kanak akan menyebut “mak, nak baca, ni macam mana?”. Inilah saat yang paling sesuai untuk mengajar membaca secara formal, bila kanak-kanak itu sendiri yang meminta untuk diajar, sebagai petanda yang dia benar-benar bersedia untuk diajar membaca kerana minat dan kefahamannya tentang konsepliterasi.

                Seandainya anak diajar membaca dalam keadaan dirinya tertekan dan dipaksa serta tidak faham kenapa dia perlu ‘membaca’ - apatah lagi kalau disuruh duduk diam, belajar huruf dan bunyi, minat terhadap membaca tidak akan dapat dipupuk sebaliknya boleh meninggalkan kesan negatif terhadap emosi anak dan sikapnya terhadap kepentingan membaca.

                INFO: Tip memupuk minat belajar membaca

                • Sediakan pelbagai peluang untuk anak menconteng, menulis, melakar, mewarna, mengecat sejak kecil.
                • Sediakan persekitaran yang kaya dengan bahan mencetak pelbagai bentuk dan jenis.
                • Membaca buku cerita dalam suasana interaktif. Komunikasi antara pengasuh, ibu bapa dan kanak-kanak.
                • Beri peluang untuk ‘perbincangan’ panjang.
                • Banyak menyoal sebagai cara menggalakkan perkembangan bahasa dan percambahan fikiran
                • Buat buku dengan kanak-kanak guna bahan terbuang.
                • Bantu kanak-kanak biasa dengan namanya contohnya menulis nama pada barang-barang kepunyaannya nantu kanak-kanak bezakan bunyi.
                • Wujudkan persekitaran membaca di rumah; ibu bapa sebagai contoh.
                • Sediakan pelbagai jenis buku, ‘soft toys dan permainan berbentuk buku sebagai daya tarikan kanak-kanak mendekati buku.
                • Mengumpul bahan bacaan bukan hanya untuk kanak-kanak membaca tetapi juga untuk orang dewasa membacakan untuk mereka.
                • Penggunaan kaset, audio dan kaset. 

                  Monday, June 22, 2015

                  Monday Blues


                  Assalamualaikum w.b.t

                  Monday Blues fakta atau auta?? Masa sekarang ni memang fakta sebab takde mood nak buat keje. Pukul 8 pagi tadi adalah semak dan tandatangan pelan, banyak jugak la. Bila dah selesai cadangnya nak buat deraf surat berkaitan dapatan audit minggu lepas, tapi jenuh nak mengarang tapi takde idea langsung. Pejabat pulak senyap je sebab ramai yang menghadiri Program Tanweer Ramadhan 2015 anjuran PSUK. My turn on Thursday. Sebenarnya ada beberapa lagi kerja yang nak dibuat tetapi semuanya memerlukan saya berfikir untuk mendapatkan ayat-ayat yang sesuai, jadi tunggu sat lagi le. Sudahnya buat karangan kat MH je la sebab boleh buat ayat sesuka hati.

                  Berbalik kepada cerita monday blues, berdasarkan kepada kajian di US didapati kebanyakan cuti sakit diambil pada hari isnin @ monday. Apakah punca ini berlaku?? Errrmmm fikir-fikirkanlah. Biasanya hari isnin ramai yang moody mungkin disebabkan oleh selepas menghabiskan cuti yang menyeronokkan bersama keluarga dan rakan-rakan, kita perlu kembali bekerja demi untuk melaksanakan pelbagai tugasan yang diamanahkan. Dan kadang kala tugasan yang menanti adalah sama dan amat membosankan. Sudah pasti kita masih memikirkan kegembiraan hujung minggu yang baru dihabiskan dan tidak sabar untuk menanti hujung minggu akan datang.

                  Macam kes saya sekarang ni, bercuti selama 4 hari bermula pada hari khamis sehingga hari ahad benar-benar terkesan. Masa yang ada dihabiskan bersama keluarga, melakukan kerja ruang, melayan pokok yang ada, menyediakan juadah berbuka puasa dan macam-macam lagi. Pagi tadi memang berat hati nak balik ke Alor Setar kerana itu semua tidak akan dapat dilakukan lagi, lebih terkesan bila memikirkan aqil yang baru nak belajar puasa.  Tak sabar menunggu hari khamis muncul kembali kerana boleh pulang ke Sg. Dua.Tadi sempat google cara-cara nak tangani masalah ini, antara yang saya temui adalah:-


                  1. Rancang Kerja Hari Isnin Pada Hari Jumaat
                  Nampak mudah tapi tak ramai yang lakukannya. Kebiasaannya pada khamis (untuk yang cuti pada hari jumaat dan sabtu) atau jumaat (untuk yang cuti pada hari sabtu dan ahad) apa yang difikirkan adalah aktiviti yang hendak dilakukan pada hujung minggu ini dan selesaikan tugasan yang perlu disiapkan pada minggu berkenaan. Jadi bila kembali ke tempat kerja pada minggu berikutnya kita akan tercari-cari kerja-tugasan yang hendak dilakukan. Ini secara tidak langsung menimbulkan perasaan kurang senang dan rasa tertekan.


                  2. Bersosial
                  Jika ada monday blues ni ambil sedikit masa untuk bersama rakan sekerja sebelum mulakan kerja.Gurau senda dan gelak tawa boleh membangkitkan semangat dan meningkatkan motivasi untuk kita berkerja pada minggu baru ini. Kadang-kadang ketika bersembang boleh mengingatkan kita apa yang masih belum diselesaikan pada minggu lepas dan kerja-kerja yang perlu dilunaskan pada minggu ini. 


                  3. Perbetulkan Konsep
                  Gejala monday blue ni berlaku disebabkan oleh minda kita telah diset sebegitu rupa. Jadi hanya kita yang mampu programkan semula dari negatif kepada positif. Bayangkan isnin ini merupakan permulaan untuk kita melalui 1 lagi minggu yang ceria dan membahagiakan. Semua kerja dan tugasan yang ada dan bakal datang perlu dilakukan dengan sebaik mungkin agar kita dapat bercuti tanpa gangguan pada hujung minggu akan datang


                  4. Redha
                  Jika tips 1-3 tidak boleh mengubah simptom monday blues yang anda sedang alami, terima keadaan itu seadanya. Jangan dilawan sangat kerana ia akan memberi kesan yang buruk, tapi bukan dengan cara mengambil cuti sakit ataupun pulang ke rumah setelah thumb print di pejabat. Sebaliknya lakukan perkara-perkara yang anda sukai dan sebaiknya lalui hari isnin anda sebaiknya dan semoga hari berikutnya segala tugasan yang tertangguh dapat disiapkan sebaiknya. 

                  Nota: Kerja perlu diteruskan lepas rehat nanti.


                    Thursday, June 18, 2015

                    Amalan di Bulan Ramadhan # 2


                    Assalamualaikum w.b.t.
                    Sedikit tambahan entri semalam, amalan yang paling mudah dilakukan tapi besar ganjarannya adalah berzikir. Boleh dilakukan dimana-mana sahaja pada bila-bila masa. Teringat ceramah ustaz semasa ceramah ramadhan 2 tahun lepas, katanya beliau akan pastikan dapat berzikir paling kurang 1000 kali sehari semasa memandu. Perkara mudah tapi tak ramai yang sedar, dengan ada pelbagai gajet2 zikir dipasaran sekarang mudah saja untuk kita melakukannya. Jika bibir kita sentiasa dibasahi dengan memuji kebesaran Ilahi pasti hati menjadi tenang.


                    Menghadiri majlis ilmu juga amatlah digalakkan kerana semasa mendengar ilmu yang disampaikan seolah-olah kita berada di taman syurga. Semoga apa yang didengari dan dicatat boleh dijadikan sebagai panduan untuk kita menjadi muslim yang lebih baik dalam mengejar syurga Allah s.w.t. 

                    “Barang siapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah memudahkan jalannya menuju Surga. Sesungguhnya para Malaikat membentangkan sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu kerana redha atas apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya orang yang berilmu benar-benar dimintakan ampun oleh penghuni langit dan bumi, bahkan oleh ikan-ikan yang berada di dalam air.”

                    [Hadits shahih, diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 3641), Tirmidzi (no. 2682), Ibnu Majah (no. 223), Ahmad (V/196), Ad-Darimi (I/98), Ibnu Hibban (88 – Al-Ihsan dan 80 – Al-Mawarid)


                    Banyak lagi yang boleh kita lakukan didalam bulan rahmat ini, setiap amalan dan kebaikan yang dilakukan berkali ganda ganjaran yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Rahmat dan barakah yang tiada dalam bulan yang lain.  

                      Wednesday, June 17, 2015

                      Amalan di Bulan Ramadhan # 1

                      Assalamualaikum w.b.t

                      Banyak sebenarnya yang boleh dilakukan dalam bulan yang mulia ini, manakan tidak jadual seharian kita akan berubah 360 darjah. Sebagai contoh kalau kita menghadiri kursus, biasanya kita akan makan 6 kali sehari tapi di bulan ramadhan 2 atau 3 kali sahaja (hihihihi ada orang nak kena pergi kursus bulan puasa). Jadi masa yang digunakan untuk makan tu boleh digunakan untuk melakukan amal kebaikan. Paling baik kita gunakan masa untuk mengaji al-quran. Seeloknya secara berkumpulan @ tadarus, tapi buat bersendirian pun tak pe. Baca sekurang-kurangnya 1 juzuk sehari yang mana kita boleh khatam dalam bulan ramadhan. Bagi kaum hawa kena lebihkan sebab mungkin kita akan *bercuti* selama beberapa hari. 


                      Solat sunat tarawikh sangatlah besar fadhilatnya jadi janganlah dipersiakan sebab hanya ada 29/30 hari sahaja dalam setahun. Mula-mula tu memang berat tapi selepas 2-3 hari mesti rasa seronok, cumanya hb selalu cakap diawal ramadhan bilangan saf selalunya banyak tapi semakin ramadhan menginjak ke hujungnya semakin berkuranglah bilangan saf semasa solat sunat tarawikh.


                      Seterusnya banyakkan bersedekah tak kisahlah dalam apa jua bentuk. Masa kecik-kecik dulu selalunya mak dan jiran2 akan saling bertukar juadah untuk berbuka puasa. Kadang kala juadah yang disediakan hanya 2-3 sahaja tapi disebabkan amalan ini maka juadah yang dihidangkan jadi banyak yang terdiri daripada pelbagai jenis. Lepas tu arwah apak akan berbuka di masjid, selesai sahaja solat terawikh juadah pemanis mulut akan dijamu kepada jemaah. Sampai sahaja di rumah ada pula juadah dibawah tudung saji baki dari berbuka tadi. Hrmmmm memang makan je la. Tapi rasany sekarang ini orang lebih suka bersedekah wang ringgit kepada pihak masjid dan segalanya diuruskan kepada pihak berkenaan.


                      Amalan selebihnya di entri akan datang.



                        Thursday, November 27, 2014

                        Ujian Penilaian Sekolah Rendah....

                         Assalamualaikum w.b.t
                        Semalam keputusan upsr diumumkan dan ianya menjadi topik utama di tv, radio, facebook, whatsap dll. Gembira, ceria, sedih, tangis dan macam2 emoticon yang ditunjukkan. Saya dulu pun masa upsr takde le dapat semua A dalam semua subjek. Tapi alhamdulillah Allah izinkan saya berada di tahap ini sekarang. Kalau tengok kat FB Ustazah Norhafizah Musa ngan Saiful Nang macam2 komen yang diberikan atas status yang mereka kongsikan. Pada saya yang penting dalam apa yang kita lakukan adalah berusaha dan terus berusaha. Hasil yang bakal diperolehi serahkan kepada Allah S.W.T, kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Sebagai ibu bapa sentiasa bimbing dan beri sokongan pada anak2, ini hanyalah permulaan untuk mereka. Sentiasa doakan yang terbaik untuk mereka setiap kali selesai solat.


                          Sunday, November 9, 2014

                          Impian...

                          Assalamualaikum w.b.t

                          Rindu sungguh dengan MH ni, banyak yang nak dikongsikan tapi payah sangat nak log in. Last entry dah hampir sebulan lamanya, adakah next entry sebulan akan datang.. jeng..jeng..jeng... tunggu dan lihat. 


                          Alhamdulillah baru-baru ni impian saya 4 tahun lepas menjadi kenyataan. Pada tahun 2010 di kuantan, pasukan saya menjadi belasahan semasa di peringkat kumpulan, jadi memang tak merasa le nak masuk peringkat seterusnya. Mulai saat itu mula bertekad takmo pergi bertanding sekadar untuk mencukupkan kuota sahaja. Balik ke penang terus bincang dengan Timbalan untuk bina pasukan yang mantap dengan mengadakan latihan secara berkala dan mencari tempat latihan yang bersesuaian. Selain itu pemain akan didedahkan dengan perlawanan dengan menyertai pertandingan2 dalam negeri. Pada peringkat awal memang sangat mencabar, setiap kali latihan memang bilangan pemain tak pernah cukup. Pelbagai cara dilakukan untuk menarik minat kakitangan untuk turut  serta. Selepas 4 bulan, saya terima arahan berpindah dari ibu pejabat maka tanggungjawab diserahkan kepada rakan seperjuangan. Tahun 2012, terima perkhabaran pasukan masih lagi menjadi pasukan belasahan di kuching yang menyebabkan rakan saya hampir berputus asa. Namun beliau dan pasukan bangkit semula dan akhirnya 2014 pasukan ini bergelar naib johan dengan perbezaan 1 mata sahaja. Jurang itu amat mengecewakan tapi ia adalah sesuatu yang amat membanggakan. TAHNIAH kepada mereka semua. Allah Maha Adil, jika kita berusaha pasti akan berjaya....

                          #Kejohanan Sukan Dwi Tahunan SUKSem
                          #Ilovenetball


                            Sunday, October 12, 2014

                            Sedihnya.....


                            Assalamualaikum w.b.t
                            Bukan mengeluh tapi sekadar meluah rasa apabila melihat sikap manusia yang tidak mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Dalam mencari rezeki laksanakan tanggungjawab yang diberi dengan amanah dan lakukan kerana Allah. Bukannya terus memprotes atas dasar tidak puas hati dengan bos sendiri. Ingatlah dia adalah manusia biasa yang kadangkala dihantar oleh Allah untuk menguji kita. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tak baik itu adalah kerana kelemahan diri kita. Minta Allah bantu untuk membaiki kelemahan diri kita ......In Shaa Allah. Tiada manusia yang sempurna tetapi perbaiki diri untuk jadi lebih baik dari sebelumnya... 

                            Mode: Muhasabah Diri


                              Tuesday, February 4, 2014

                              Tak berbaloi kan....

                              Assalamualaikum w.b.t



                              30 Januari 2014 jam 8.30 pagi di bilik bos.
                              Sedang kami (saya dan bos) rancak berbincang mengenai permasalahan kakitangan tiba-tiba bos berhenti berbicara dan bersandar di kerusi empuknya lalu berkata "tak berbaloi kan kita duk kat district". Saya terdiam sejenak sambil berfikir apa yang harus dikatakan. Rasanya jawapan terbaik adalah "kalau ikutkan memang tak berbaloi tapi pada saya senang je kita takkan dapat semua apa yang kita nak. Memang duduk kat HQ kerja tak banyak, nak atur staff pun tak susah tapi kena tinggalkan suami dan anak2. Jadi biarlah kerja susah kat sini tapi saya dapat duduk dengan family". Bos senyum lalu berkata "Haah betul tu, saya ni fikir rumah dekat je. Memang kepala berserabut tapi balik umah 5 minit dah sampai". 

                              Kesimpulannya bersyukur dengan apa yang diberi, Allah takkan bagi semua yang kita minta tapi Dia akan bagi apa yang terbaik untuk kita. Setiap masalah ada penyelesaiannya, jangan lari tapi hadapi kerana akan ada manis di penghujungnya. Syukur alhamdulillah kerana berpeluang bekerja dengan bos yang boleh diajak berbincang.


                                Saturday, October 5, 2013

                                Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman

                                Assalamualaikum w.b.t

                                Syukur ke hadrat ilahi kerana diberikan rezeki dan masa untuk saya membaca sehingga ke noktah terakhir satu lagi karya tulisan Prof. Muhd Kamil Ibrahim. Ini adalah buku ketiga karya beliau yang saya baca. Sememangnya apabila membaca tulisan beliau membuatkan kita ingin terus menatap bait-bait pengalaman yang dikongsikan sehingaga ke noktah terakhir, tetapi sebagai manusia biasa ianya tentu sukar. Yang pasti bila ada masa terluang, buku inilah yang dibuka. Walaupun agak terlambat mengenali karya beliau dan isteri tetapi ianya tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak membaca buku-buku yang telah lama berada di pasaran. Alhamdulillah siang tadi berjaya mendapatkan 2 lagi buku karya Pn. Roza Roslan. In Shaa Allah akan saya kongsikan di sini nanti. 


                                 Berbalik kepada buku Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman ini setelah usai membacanya kesimpulan mudah tapi signifikan adalah apa jua yang kita ingin lakukan berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T. Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang, setiap permintaan hamba-Nya tidak akan dikecewakan. Selangkah kita hampir dengan Allah, seribu langkah Allah hampir dengan kita.  Tapi harus diingatkan bahawa meminta itu bukan hanya sekali tetapi perlu berkali-kali dan kadang kala mengambil masa yang lama kerana Allah Maha Mengetahui bilakah masa yang terbaik untuk memakbulkan doa dan permintaan kita itu. Jika ianya tidak dimakbulkan bukan kerana Dia tidak menyayangi tetapi sebaliknya itu adalah yang terbaik buat kita. 


                                Pengalaman menunaikan umrah pada tahun 2012 bersama ibu bapa mertua dan makteh membolehkan saya memahami dengan lebih mudah perkongsian prof ini. Ia juga membuatkan saya ingin berada di sana kembali, semoga kad jemputan untuk menunaikan fardhu haji tiba sebelum usia memasuki angka 40. Sememangnya benar jika kita tidak dijemput ke sana oleh Yang Maha Esa, pasti tidak kesampaian walaupun ianya nampak mudah. Mengimbau kenangan Tahun 2006, suami 3 beradik dibawa oleh kedua ibu bapa mertua menunaikan rukun islam ke-5. Ramai rakan taulan dan saudara mara bertanya kenapa saya tidak turut serta. Alasan yang diberikan cukup mudah 'anak kecil lagi'. Allah Maha Besar, bila dikenangkan kembali terasa begitu naif diri ini. 

                                Saya kongsikan di sini ulasan seorang pembaca yang dicatatkan di belakang buku ini "Sebuah buku 'motivasi dakwah' yang segar dan jujur untuk 'orang biasa' mencari keredaanNya". In Shaa Allah apa yang diperolehi dari buku ini akan dijadikan panduan dalam mencari keredaan Yang Maha Kuasa. Kepada pembaca yang dijemput ke sana, jadikanlah buku ini sebagai salah satu bahan rujukan untuk persediaan ketika berada di sana nanti, ianya mudah difahami dan sangat signifikan.


                                Sedikit petikan dari buku:

                                "Terbukti, ibadat haji mempunyai aromanya yang tersendiri. Ia agak istimewa berbanding dengan ibadat-ibadat lain"

                                "'Ya Allah, tunaikanlah permohonan hambamu ini. Aku teringin untuk menunaikan fardhu haji. Jemputlah daku Ya Allah. Berikan kecukupan wang ringgit. Berikanlah tbuh badan yang sihat. Berikanlah kelapangan masa. Berilah keringanan hati untuk mengadapmu Ya Allah"