Assalamualaikum........
Sekarang ni memang takde mood nak keluar makan tengahari, jadi makan je apa yang ada kat dalam bilik. Kesempatan yang ada digunakan untuk menjelajah blog teman2 dan yang paling mengejutkan saya isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini adalah berkenaan perubahan adik Nur Amalina Che Bakri. Saya tak mahu komen panjang lebar pasal perkara ni cuma diharapkan apa yang dipapar dan diperkatakan bukan kenyataan. Ok le berbalik kepada n3 kali ini saya nak kongsikan menu yang menjadi kegemaran anak sulung saya , Mohamad Alif Daniel. Pada ahad lepas saya masak kari ayam untuk makan tengahari dan memang buat lebih untuk dimakan bersama roti jala pada waktu petang. Disebabkan petang tu alif ajak pergi temankan dia mandi kolam maka aktiviti menjala dilakukan selepas waktu maghrib. Semasa kami berenang saya maklumkan kepada alif nak buat roti jala, macam-macam idea yang diberikan antaranya kaler merah + oren, hijau + biru + purple, biru + merah, hitam + putih dan banyak lagi le. Hehehe teruja sungguh dia ketika itu. Masa bancuhan disediakan 1 bahagian diwarnakan hitam manakala sebahagian dibiarkan tanpa sebarang warna. Tapi malangnya warna hitam yang diimpikan tidak menjadi sebaliknya kaler kelabu yang muncul. Tak pe le janji ada kaler. Masa menjala tu alif berdiri disebelah sambil memberi arahan cara nak menjala. Walaupun rasa agak susah tapi rasa sangat bahagia sebab dapat menghabiskan masa yang amat berkualiti bersamanya. Lagi tak tahan dia suruh mamanya berniaga roti jala kat pasar malam. Anak..anak... layak ke mama ni berniaga makanan, mesti tak ramai orang beli. Seperti biasa saya menggunakan resepi kat bawah ni sebab sesuai sangat dengan tekak ahli rumah ini. Masa di kampung dulu saya gunakan resepi yang INI, MIL siap puji lagi. Apa pun terima kasih kepada semua penyumbang resepi, budi kalian amat dihargai.
RESEPI ROTI JALA
Sumber: lynn@myresipi.com
Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. ) ~ saya buat 1/3 dari resepi ni
- 450g tepung gandum
- 1 camt garam
- 1/2 camt serbuk kunyit
- 450 ml susu segar
- 3 biji telur (di pukul sedikit )
- 450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
- 2 camb mentega cair
- minyak untuk melenser
- acuan roti jala
Cara-cara
- Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus. Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dan blender agar lebih halus.
- Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
- Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
- Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
- Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
- Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
- Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.
















