MY IKLAN

MY IKLAN
Showing posts with label ayAm. Show all posts
Showing posts with label ayAm. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Saja ubah angin

Assalamualaikum.....
Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Hubby ada bawa 2 plastik nasi tomato dari opis tapi lauknya takde le pula. Apa yang diberitahu ada kenduri kat opis yang mana lauk pauk licin tapi nasi masih banyak yang berbaki. Jadi untuk tidak menyedihkan nasi tu maka buat le ayam masak merah bertemankan jelatah. Kali ni saya rujuk resepi dalam majalah, saja nak ubah angin. Tapi saya tak buat le seekor ayam sebab tak sesuai dengan bilangan orang yang ada kat rumah ni, saya buat 1/2 ekor je. Jadi bahan-bahan tu saya lebih kurang kan aje. Pada saya ada kelainan sebab tambah susu, sebelum ni kalau buat tak pernah le letak. Ok le layan je resepi kat bawah ni dan pasangannya akan saya kongsikan nanti.



RESEPI AYAM MASAK MERAH
Sumber: Keluarga Harmoni Bil. 167

Bahan-bahan
  • 1 kg ayam (dipotong mengikut citarasa)
  • 100 garam cili sos
  • 100 gram tomato sos
  • 150 gram tomato puri
  • 100 gram halis (dihris)
  • 150 gram bawang merah (dihiris)
  • 100 gram bawang putih (dihiri)
  • 1/2 tin susu cair (boleh digani dengan santan) ~ saya guna susu cair
  • 10 gram garam ~ saya letak secukup rasa
  • 100 gram gula
  • 20 gram stok ayam
  • 300 gram minyak masak - untuk menggoreng


Cara-cara
  1. Ayam digoreng berasingan
  2. Tumiskan bahan yang dihiris sehingga warna keemasan
  3. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan tomato puri. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Tambahkan garam secukup rasa.
  5. Masukkan susu cair. Kacau sehingga kuah menjadi pekat.
  6. Seterusnya masukkan ayam. Gaulkan sehingga kuah sebati dengan ayam tadi.


    Tuesday, September 27, 2011

    Ipoh mali

    Assalamualaikum.....
    Sempena kedatangan tetamu aka makcik dan pakcik pada sabtu lepas sempat hidangkan nasi ayam ipoh ni. Frust juga rasanya sebab hanya dapat sediakan hidangan ini dan kuih raya sahaja. Nak buat macam mana salah diri sendiri. Masa raya hari tu memang mak cik dah bagitahu nak ke penang pada sekian sekian haribulan sempena konvokesyen adik sepupu. Tapi tarikh yang dinyatakan tidak dicatat atau dipahat diingatan. Kebetulan pulak hari jumaat tu, lepas maghrib dah tidur sebab sakit kepala. Mungkin sebab makan terlebih sangat kut. Mak cik ada call malam tu tapi tak sedar. Pagi baru perasan dan terus return call dan mak cik kata dah ada kat usm dan akan ke rumah setelah majlis selesai. Apalagi le kelam kabut le memikirkan menu yang hendak dihidangkan. Almaklum le bukannya biasa tetamu datang ke rumah. Fikir punya fikir rasanya nasi ayam le paling mudah. Walau pun pernah beberapa kali buat tapi masih tak yakin lagi, jadi geledah le dapur sifu2 dan tergoda dengan menu nasi ayam ipoh ni. Kira berani ambik risiko le sebab tetamu yang bakal dilayan datangnya juga dari ipoh. Alhamdulillah semua orang makan dengan begitu berselera sekali. Masakan tidak makan tengahari jam 3.00 petang sebab cari rumah tak jumpa2, at last hubby pergi jemput kat masjid jamek sungai nibong kecil. Ok le berbalik pada menu ni, terima kaih kepada Kak Nor sebab sudi kongsi resepi yang best ni. Maaf le tak sempat nak snap gambar nasi dengan sup sebab ianya dihidangkan setelah tetamu dah ada dalam rumah rumah. Segan pulak nak posing2 bagai. Minta izin yea kak kopipes kat sini.


    NASI AYAM IPOH
    resipi : Quinnie Myr

    Bahan Utk Nasi:-
    4 mug beras
    4 1/2 mug air rebusan ayam
    2 inci halia*
    3 biji bawang putih*
    3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
    1 sudu besar minyak bijan
    2 sudu besar sos tiram
    2 helai daun pandan
    4 sudu mentega

    Bahan Untuk Ayam:-
    1 ekor ayam
    3 biji bawang putih*
    1 inci halia*
    3 sudu besar kicap lemak manis
    2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
    1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
    1/2 sudu serbuk besar lada hitam ~ ni k.nor tambah

    Bahan Untuk Sup:-
    air secukupnya
    4 bawang putih diketuk
    3 inci halia di hiris
    3 helai batang bawang
    1 biji sengkuang dipotong dadu
    1 sudu besar serbuk lada sulah


    Bahan Untuk Cili
    10/15 biji cili burung
    6 biji cili merah
    sedikit halia (ambik dari rebusan)
    5/6 biji bawang putih
    1 biji limau kasturi/nipis
    sedikit air dari air rebusan ayam
    garam dan gula secukupnya
    (Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)


    Bahan Untuk Kicap:-
    5 biji cili burung
    sedikit halia (ambik dari rebusan)
    4/5 biji bawang putih
    kicap secukupnya
    2 sudu besar sos tiram
    tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
    (Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)

    Bahan Hiasan
    tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

    Cara2:-
    Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

    Cara Untuk Nasi
    Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

    Cara Untuk Ayam
    Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

    Cara Untuk Sup:-
    Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)

    Selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.



      Monday, September 12, 2011

      Tak yah susah2

      Assalamualaikum....
      Menu yang ringkas dan sedap dimakan dengan nasi panas2. Biasa le bila nak masak baru fikir menu, jadi untuk tidak menyusahkan diri sendiri maka MyResepi akan diselongkar. Bila tengok resepi ni mudah sangat jadi apalagi buat le apa yang patut. Saya buat dalam 6 ketul ayam yang dipotong 16 kut. Jadi bahan2 tu saya adjust ikut citarasa sendiri. Ok le layan je resepi yang saya cnp dari MyR dan terima kasih kepada tuan empunya resepi.



      RESEPI AYAM MASAK KICAP
      Sumber: blackjack@myresipi.com

      Bahan-bahan ( 1-2 orang )
      • 1 bahagian paha ayam
      • garam kunyit secukupnya
      • minyak untuk menggoreng
      • 1/2 biji bawang besar -hiris nipis
      • 2 ulas bawang puting- mayang
      • 1cm halia- cincang halus
      • kicap pekat manis secukupnya
      • 2-3 biji cili padi- potong dua
      • 1-2 batang cili hijau

      Cara-cara
      1. Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan
      2. Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian ketepikan
      3. Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili sampai naik bau.
      4. Kemudian masukkan kicap dan ayam. Goreng sampai ayam masak.
      5. Akhir sekali kalau suka cili hijau bolehlah hiris cili hijau dan masukkan ke dalam ayam. Goreng sekejap dan padamkan api.
      6. Siap untuk dimakan.


        Sunday, August 14, 2011

        Kalau ikhlas pasti menjadi

        Assalamualaikum....
        Di waktu ini pasti ibu2 sedang sibuk memulakan langkah untuk menyediakan juadah berbuka buat insan2 tersayang. Kita ni tak tahu lagi nak masak apa. Teringin nak makan cecemik, pemanis wajib di bulan mulia ini. Tapi malas nak beli daun pisang. Kalau kat kampung pokok pisang keliling rumah, bila2 masa nak guna terus je pergi ambik. Tengok le kalau rajin guna je apa yang ada kat dalam rumah ni. Semalam hubby request nak makan ayam masak lemak cili padi. Disebabkan dah rancang nak mengukis lepas solat isyak maka tawakal je la masak sebelah petang. Bagi orang yang pandai masak memang takde masalah. Tapi bagi mak orang yang tengah duk belajar ni, memasak sebelum waktu berbuka memang susah sikit maklum le kalau memasak 10 kali rasa baru menjadi. Biasanya petang masak makanan goreng2 je untuk berbuka, lepas maghrib @ isyak baru masak makanan berat. Alhamdulillah berkat bacaan bismillah dan keikhlasan hati seorang isteri pergghhhh masak lemak yang dihidangkan ketika berbuka mendapat pujian yang menggunung. Hehehehe seronok sangat. Terima kasih pada kak anymz rembau, kita rujuk resepi dari dapur dia. Minta izin yea kak CnP kat sini. Oh ya kita tak le masak seekor ayam cuma beberapa bahagian untuk makan 3 orang. Ok le pi menggeledah lagi.


        RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

        Resepi asal: Kak Anymz

        Sumber: myhomework

        bahan2

        • 1 ekor ayam kampung yang sederhana besar  ~ 4/14 bahagian ayam daging
        • 25 tangkai cili padi-di buang tangkai* ~ 12 tangkai
        • sedikit kunyit hidup* ~ kunyit serbuk
        • bahan bertanda * di tumbuk bersama atau di kisar juga boleh, guna mesin pengisar kering
        • santan dari 2 biji kelapa ~ 1/2 biji kelapa
        • 3 ulas bawang merah-di hiris ~ 3 ulas bawang kecil
        • sedikit halia-di hiris mancis
        • 2 batang serai-di titik tapi akak kisar bersama cili padi tu ~ 1 batang
        • sedikit garam
        • jika suka boleh tambah ubi kentang/nangka-kalau guna nangka rebus dulu nangka tu ya.
        • 1 biji tomato
        • 3 jurai kacang panjang

        cara2

        1. Masukkan santan ke dalam periuk. Masukan cili padi yang sudah di kisar halus,bawang merah halia dan serai dan serbuk kunyit
        2. Kacau rata dan hidupkan api dapur.
        3. Kemudian masukkan ayam.
        4. Masak hingga mendidih. Gulai hendaklah sentiasa dikacau.
        5. Kecilkan api dan masukkan garam. Tunggu sehingga keluar sedikit minyak dan masukkan tomato serta kacang panjang
        6. Tutup api dan sedia untuk di hidangkan


          Saturday, August 13, 2011

          Janji perlu ditepati

          Assalamualaikum.....
          Nama je cuti tapi kerja tak habis-habis. Bukan mengeluh tapi saja nak memulakan celoteh. Baru selesai mengemas dan menyimpan barang-barang yang di borong di Tesco Extra tadi. Jadi sementara nak tunggu azan zohor buka le lappy ni sat. Lagipun rasa macam tak seronok je sebab janji minggu lepas masih belum ditunaikan. Ok le, inilah dia resepi ayam masak merah yang saya buat pada sabtu minggu lepas. Saya ambil resepi dari Home Sweet Home yang sememangnya ramai pengunjung tu. Thanks Kak Ummi for sharing this yummy recipe. Memang sedap. Minta izin yea CnP resepi kat sini.


          RESEPI AYAM MERAH TOMATO
          Resepi: Ummi @ HomeSweetHome

          Bahan:-
          • 1 ekor ayam - dipotong 12/14 - bersihkan
          • 2 biji tomato - didadu kecil
          • 5 sudu besar sos tomato
          • 3 sudu besar sos cili
          • 3 sudu besar pes tomato
          • 2 sudu besar cuka makan
          • 2 sudu besar cili kisar (*update - sori termissed)
          • 4 sudu besar gula
          • 1/4 cawan air
          • garam secukup rasa
          • minyak secukupnya
          Bahan Kisar :-
          • 2 labu bawang besar
          • 5 ulas bawang putih
          • 3 cm halia
          Bahan Tumis :-
          • 2 batang kulit kayu manis
          • 3 kuntum bunga lawang
          • 3 kuntum cengkih
          Cara Memasak:-
          1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Perap 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
          2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar, cili kisar serta tomato dadu. Kacau sekejap.
          3. Masukkan semua sos, cuka dan air. Masak mendidih sebentar.
          4. Masukkan ayam dan gaul balik biar sos rata pada ayam.
          5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
          6. Masak hingga agak pekat dan tutup api. Hidangkan dengan nasi tomato atau nasi minyak ikut citarasa.


            Monday, July 18, 2011

            Ce Teka....Update !!!!!!


            Assalamualaikum
            Ce teka.
            Apakah nama menu ayam di atas?

            Kepada yang memberi jawapan paling cepat dan tepat akan menerima hadiah berupa sepinggan nasi kandar. Tak boleh pos tau kena mai ambik sendiri.

            Apa! nak klu. Tak payah le nanti tak mencabar pulak.

            SELAMAT BERJAYA
            i
            i
            i
            i
            i
            Dan Pemenang adalah
            ?
            ?
            ?
            Ayu Syafieza 
            (Jemput mai ke penang yea untuk ambik hadiah)

            Disebabkan resepi ni sememangnya best maka minta izin yea Kak nor untuk cnp kat sini. Lain kali nak buat tak payah selongkar dapur orang lagi.

            AYAM GORENG BEREMPAH CAJUN
            resipi : K.Nor@SecubitGaram

            Bahan:
            1/2 ekor ayam ~ potong kecil dan toskan
            3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
            1 sudu besar cajun
            1 sudu besar serbuk cili kasar
            1 sudu kecil serbuk kunyit
            1 sudu teh madu
            1 sudu besar jus limau nipis
            1 sudu besar air
            garam
            minyak

            Cara:
            Campurkan kesemua bahan kecuali ayam dan minyak hdan gaul hingga sebati.
            Lumurkan pada ayam dan perap sekurangnya 1/2 jam ~ saya perap lebih kurang 1 jam
            Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.
            Hidangkan panas2


              Friday, July 8, 2011

              Inilah Pasangannya.

              Assalamualaikum...
              Sepertimana yang dijanjikan inilah dia lauk tengahari semalam. Payah juga nak cari pasangan yang sesuai semalam sebab ayam yang telah direbus dan diambil air tidak dimasukkan sekali ke dalam nasi. Apalagi selongkar le dapur sifu2 dan terberkenan dengan resepi ni dan rasanya sesuai dimakan bersama nasi carrot yang enak itu. Minta maaf le yea kepada tuan empunya rumah sebab masuk tak bagi salam. Lagipun tengok dapur kat rumah tu macam dah lama tak berasap je. Hehehehe jangan marah yea. Ok le layan je resepi kat bawah ni tuan tanah nak berbakti kepada negara.


              RESEPI AYAM MADU STICKY
              source : Cikgu Ina

              Bahan-bahan
              • 1/2 ekor ayam - potong kecil
              • 2 inci halia muda - parut
              • 5 ulas bawang putih - ketuk
              • 2 sudu besar kicap pekat manis
              • 1 sudu besar sos tiram
              • 2sk maggi seasoning @ sos ikan - hana letak dua2
              • 1 sudu besar sos cili dan sos tomato
              • 3-4 sudu besar madu
              • 1/2 sk lada hitam
              • 1/4 cawan air
              • garam jika perlu

              Cara-cara
              1. Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
              2. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
              3. Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
              4. Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.




                  Saturday, June 11, 2011

                  AYAM GORENG BEREMPAH

                  Assalamualaikum.....
                  Kita hanya merancang Allah SWT yang menentukan segala-galanya. Begitulah yang berlaku pada hari ini. Cadang nak berkunjung ke QB demi untuk menunaikan permintaan Alif. Namun hajat tak kesampaian sebab Aqil demam. Pagi tadi bawa dia ke klinik, sambil tunggu giliran sempat jelajah MyR cari menu untuk tengahari. Berkenan kat resepi NI sebab sesuai sangat dipadankan dengan Nasi Beringin yang ada kat dapur Kak Ummi. Lepas selesai semuanya, singgah Tesco beli barang2 dapur yang dah serba tiada. Sampai rumah terus kemaskan semua barang tup..tup..tup gas habis. walaupun begitu operasi memerap ayam perlu diteruskan. Bila cari balik resepi tadi jumpa resepi si noorsha ni pulak. Terus je ambil sebab malas nak cari lagi. Setelah ayam tadi diketepikan buka pulak resepi nasi beringin tengok2 santan tak di beli. Huahhh kecewa sangat. Masak je nasi putih. Tunggu punya tunggu, gas pukul 4 lebih baru sampai. Bayangkanlah pukul berapa baru makan tengahari siap dihidangkan. Jadi tiadalah istilah minum petang di hari ini. Kepada noosha tq kerana berkongsi resepi cuba jaya ini.


                  AYAM GORENG BEREMPAH
                  Sumber: nOOrsha@myresipi

                  Bahan-bahan ( 3-4 orang )
                  • 6 ketul ayam (bahagian tulang lebih sedap)
                  • * 1 biji bawang sederhana besar
                  • * 2 biji bawang putih
                  • * 1 batang serai
                  • * 1 inci halia
                  • * 1 inci kunyit
                  • * 1 inci lengkuas
                  • * 1 batang cili merah @ 5 batang cili api (lebihkan kalo nak pedas)
                  • * 1 sudu kecil ketumbar biji
                  • *1 sudu kecil jintan manis
                  • * 1 sudu kecil jintan putih
                  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
                  • 1 sudu besar serbuk cili
                  • 3 sudu besar serbuk kari
                  • Garam
                  • Serbuk perasa (optional)
                  • 1 biji telur
                  • Tepung gandum secukupnya untuk menyalut ayam.

                   Cara-cara

                  1. Bahan bertanda ( * ) perlu ditumbuk @ dikisar halus. Gunakan blender kering kalau nak kisar.
                  2. Perap rempah yg siap ditumbuk @ diblender, serbuk lada hitam, serbuk cili, serbuk kari, garam dan perasa bersama ayam lebih kurang 1/2 jam. lagi lame perap lagi sedap.
                  3. Panaskan minyak didalam kuali. sementara tu, pecahkan telur dan gaulkan bersama ayam yg telah diperap tadi hingga rata.
                  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga cukup menyalut ayam tadi.
                  5. Goreng serta merta hingga garing.


                  **Telur & tepung hendaklah digaul bersama ayam bile time nak goreng je. kalo arini perap, esok baru nak goreng, x perlu masukkan telur n tepung.


                    Friday, April 22, 2011

                    Nasi Ayam Madu

                    Assalamualaikum...
                    Begitu sibuk rasanya sekarang ni. Terlalu banyak tugas yang perlu diselesaikan. Begitu penat rasanya tapi apakan daya perjuangan perlu diteruskan. Layan je le nasi ayam kat bawah ni yang saya buat ahad lepas. 



                    RESEPI NASI AYAM MADU
                    Sumber: Nadia@MyR

                    Bahan-bahan ( 2 orang )
                    • 2 cawan beras
                    • 1/4 bawang besar
                    • 2 sudu mentega
                    • sehelai daun pandan
                    • 2 kiub ayam
                    • madu
                    • kicap pekat
                    • 1/2 ekor ayam
                    • 1 sup bunjut adabi
                    • sos tiram
                    • 1/2 sudu serbuk lada putih
                    • 1/2 inci halia
                    • 3 ulas bawang putih
                    • [hiasan]
                    • daun bawang
                    • daun sup
                    • bawang goreng
                    • daun salad/timun
                    Cara-cara
                    1. Bersih ayam. Potong ikut suka
                    2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
                    3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
                    4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
                    5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
                    6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi.
                    P/s: Mood bercerita hilang entah ke mana. Harap akan cepat kembali,


                        Tuesday, March 22, 2011

                        Ayam Black Paper Kak Pia

                        Assalamualaikum...
                        Malam ni terpaksa masak nasi jugak. Ye la semalam buat goreng pisang, mama & baba je yang makan. Hero 2 orang tu layan keropok je. Kesian pulak. Kebetulan petang tadi nampak menu ni kat dapur Kak Pia. Tergoda gitu. Sampai je rumah tengok semua bahan yang diperlukan ada dalam peti ais. Terus rendam ayam yang dah jadi ais batu tu. Campak2 je dalam kuali, siap. Senangkan? Lepas maghrib terus makan dengan nasi panas. Memang kena dengan tekak aku. Bila nasi dalam pinggan dah habis terus ratah je ayam tu. Punya duk sedap meratah tiba2 tergigit cabai burung yang berapi tu. Apalagi berasap le terus hilang selera. Tu le pasal bila dah makan tak ingat dunia memang jadi cam gitu le. Ok le tadi dah minta izin dari Kak Pia untuk ambik resepi ni so saya tempek le kat sini.
                        RESEPI AYAM BLACK PAPERSumber: Sofea@after6am

                        Bahan-bahan:
                        *1/2 ekor ayam ~ goreng ayam 1/2 masak
                        *2 ulas bawang putih ^ di ketuk
                        *sedikit halia ^ dihiris
                        *2 biji cili padi ~ diketuk
                        *4-5 sb sos lada hitam
                        *air secukupnya
                        *1 biji cili merah & cili hijau ~ potong memanjang
                        *1/2 labu bwg besar~ potong bulat
                        *sedikit daun sup & daun bawang
                        *garam ~ jika perlu ^ saya tak letak

                        Cara:
                        1. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
                        2. Perlahankan api dan tuangkan sos lada hitam, cili padi dan sedikit air.
                        3. kacau hingga mendidih , kemudian masukkan ayam .
                        4. Bila kuah agak pekat , masukkan hirisan cili merah & hijau, bawang besar, daun sup & daun bawang.
                        5. siap utk dihidang dgn nasi putih.

                        P/s ~ Akak guna Sarawak Black Paper Sauce brand Pawada~ mmg sedap , x perlu tambah garam @ gula lagi dlm masakan.