MY IKLAN

MY IKLAN
Showing posts with label reSepi. Show all posts
Showing posts with label reSepi. Show all posts

Thursday, September 10, 2015

Resepi Kuih Cara Manis

Assalamualaikum w.b.t

Sejak makteh ajar buat kuih cara sendiri haritu seronok pulak rasanya. Tambah semangat bila anak-anak makan dengan begitu selera. Selain daripada adunan yang makteh ajarkan, saya juga mencuba resepi yang dikongsikan oleh sifu-sifu masakan saya dialam maya ini. Kali ini saya panjangkan resepi Ros Jintan Manis yang jauh merantau di Osaka, Jepun sana.


RESEPI KUIH CARA MANIS
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 1/2 cawan santan
  • sedikit pewarna hijau dan esen pandan ( ros gunakan esen coconut pandan yang warna hijau tu)
  • Untuk inti kuih cara - sedikit gula pasir
( kalau nak letak jus pandan pun boleh, kurankan kuantiti santan tu, jadikan 3 cawan santan, 1 /2 cawan jus pandan)

Cara-cara
  1. Dengan menggunakan blender, kisar tepung gandum, gula, santan, garam, telur sehingga semuanya sebati, kemudian tuangkan ke dalam bekas adunan dan titikkan pewarna hijau dan esen pandan.
  2. Perap adunan selama 30 minit, panaskan acuan kuih cara, dan gliss acuan dengan minyak masak, curah kan adunan tapi jangan terlalu penuh, masukan sedikit gula sebagai inti, tutup acuan dengan tudung periuk dan biarkan beberapa minit.
  3. Angkat dengan lidi dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Monday, January 27, 2014

Donut Cik Jah

Assalamualaikum w.b.t...

Donut yang gebu gebasss, memang sedap. Dah buat 2 kali, kali pertama ikut sukatan dan cara izah sebijik-sebijik yang mana saya rendamkan yis bersama air suam dan gula. Bila yis dah berbuih saya masukkan dalam BM yang telah dimasukkan terlebih dahulu bahan-bahan lain, hasilnya doh agak lembik. Jenuh jugak le nak membentuknya tapi bila dah goreng memang berbaloi dan makan tak berhenti. Beberapa hari lepas tu cuba buat sekali lagi, kali ni yis terus dimasukkan dalam BM bersama bahan-bahan lain. Alhamdulillah doh menjadi dengan elok dan boleh dibentuk dengan menggunakan acuan donut. Saya kongsikan disini kaedah yang saya buat untuk rujukan pada masa hadapan. Kepada yang masih belum mencuba jangan berlengah lagi, memang terbaik. Tips daripada sifu letak yis dekat gula dan jauhkan dari garam. Maaf tiada gambar sebab memang tak sempat nak snap. Apapun terima kasih izah.


DONUT LEMBUT SALUT COKLAT
Sumber: izah

Bahan2
  • 3 cawan tepung gandum 
  • 2 sk yis mauripan
  • 4 sb gula
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb susu tepung
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air - kurang lebih
  • 2- 21/2 sb butter / marjerin

Cara Penyediaan (Guna BM)
Masukkan semua bahan diatas mengikut urutan ke dalam BM dan ikut arahan BM masing2. Setelah selesai keluarkan doh dari BM, tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda. Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil. Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat. Sedia dinikmati.

* Kalau nak uli guna tangan sila rujuk blog izah yea*


    Monday, November 26, 2012

    Resepi Puding Roti Karamel

    Assalamualaikum w.b.t
    Alhamdulillah hujung minggu lepas diizinkan oleh Yang Maha Esa untuk menjalani ibadah puasa. Jadi bila sedang menahan lapar dan dahaga nafsu makan memang tinggi, ye la macam2 menu yang difikirkan untuk dijamah kala azan berkumandang. Tapi memang takdenya nak masak macam2 sebab hubby ngan alif balik kg, tinggal mama ngan aqil je. Sesuai le sangat masa ni untuk menikmati dessert kegemaran kami berdua iaitu puding karamel. Kali ini cuba resepi lain yang selalu tengok kat dapur kak rosaliza. Tapi kuantiti tu saya kurangkan sebab kalau loyang 8" macam banyak sangat. Tapi takde le pulak loyang 4", jadi saya adjust kuantiti bahan bersesuaian dengan saiz loyang 160cm. Kalau nak loyang 8" boleh tengok kat dapur EKR.



    RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
    Sumber: Kak Rosaliza

    Bahan2nya
    • 1 1/2 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
    • 3 keping roti gardenia
    • 3 biji telur saiz M - di pukul manja dan di tapis
    • 3/4 cawan air suam
    • 3/4 cawan susu cair
    • 1/4 cawan susu pekat manis
    • esen vanilla

    Cara- cara
    1. Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus, kemudian ketepikan. 
    2. Panaskan pengukus. Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu. 
    3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. 
    4. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak. (saya kukus selama 45 minit)


      Sunday, October 14, 2012

      Kek Marble Trio

      Assalamualaikum w.b.t
      Alhamdulillah dapat juga update myhomework malam ni. Buat masa ni memang terpaksa lupakan sekejap untuk berceloteh di sini sebab sangatlah sibuk (konon-konon le). Semenjak pasukan kik kami terpilih untuk mewakili jabatan untuk ke peringkat malaysia dan mewakili negeri di peringkat kebangsaan memang dah takda masa terluang rasanya. Sampaikan ada 1 malam tu alif cakap "keje tak habis-habis". Memang sedih sangat masa tu tapi apakan daya ini semua ketentuan Yang Maha Esa. Bukan senang nak berjaya dan lagi rasanya cukup le ini kali pertama dan terakhir untuk ke peringkat kebangsaan. Kena buat yang terbaik untuk jabatan, kumpulan dan diri sendiri. 

      Jumaat lepas panel hakim datang buat pemeriksaan bermula jam 2.30 petang hingga 6.30 petang, memang stress le dibuatnya. tapi tu baru 30%, usaha perlu dipertingkatkan untuk 70% lagi. InsyaAllah 21.10.2012 - 24.10.2012 akan berada di Kota Bharu dan 4.11.2012 - 8.11.2012 akan berada di Langkawi pulak. Jika ditakdir untuk tak menang pun tak pe, yang penting pengalaman yang diperolehi amat berharga dan tak boleh dibeli di mana2.


      Stress punya pasal, minggu lepas sempat menggodek resepi yang CMG kongsikan di MyR. Kalau tengok kat Dapur Tanpa Sempadan pelbagai versi jugak dikongsikan. Hasilnya memang sedap sangat dan ramai yang memuji (hehehe konon-konon tukang buat ni terror bebeno). Bukannya apa, seperti biasa kalau buat kek memang rezeki rakan2 di pejabat. Kat rumah ni mama dengan aqil je yang makan. Baba makan sepotong, alif memang tak pandang le. Ok le kepada yang belum mencuba sila buat cepat yea, garenti tak rugi punya.


      RESEPI KEK MARBLE TRIO
      Sumber: Mat Gebu @ myresepi

      Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )
      • 300 g mentega, pada suhu bilik
      • 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
      • 1 camca teh serbuk penaik*
      • 1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
      • 5 biji telur Gred A
      • 250 g gula kastor
      • 1 camca besar Ovallate
      • 30 g Gliserin  ~ saya guna susu cair
      • 20 g air
      • 1/2 camca teh esev vanilla
      • 1/2 camca teh strawberi emulco
      • 1 camca teh coklat emulco
       Cara-cara
      1. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan. 
      2. Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
        Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu. 
      3. Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata. 
      4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2). 
      5. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis. 
      6. Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan. 
      7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.


        Monday, October 1, 2012

        Lempeng Kelapa

        Assalamualaikum w.b.t.
        Malam ni kita layan menu yang ringkas dan sedap dimakan panas. Dulu masa budak2 arwah mak selalu buat masa musim tengkujuh, siap berebut2 lagi tu. Terus terang cakap semasa membesar saya  memang jarang ke dapur, maklum le ada 4 orang kakak dan 4 orang kakak ipar jadi kalau nak makan cuma bagitau je. InsyaAllah pasti akan disediakan. Sekarang ni pun kalau berkumpul ramai2 cakap je nak makan apa pasti dapat, bertuah sungguhkan. Love them so much. InsyaAllah raya haji nanti kami seramai 11 orang adik beradik akan berkumpul sekali lagi untuk sama2 melakukan ibadah Qurban. Semoga diizinkan oleh Yang Maha Esa. Kalau kat sini nak makan apa2 kena le cari resepi dan buat  sendiri. Walaupun rasanya tak sama dengan air tangan mereka tapi ok le kat anak tekak sendiri.


        RESEPI LEMPENG KELAPA
        Sumber: Che Mat Gebu

        Bahan-bahan
        • 1 1/2 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa berkulit basah
        • 1 cawan tepung gandum
        • 1/2 camca teh baking powder
        • 1 cawan air (kurang lebih)
        • Secubit gula halus (optional)
        • Garam secukup rasa
        • Sambal tumis, sebagai pencicah
         
        Cara membuatnya
        1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali sambal tumis, kacau hingga rata dan jika kelihatan terlalu pekat boleh tambah 1 - 2 camca besar air. Kacau rata dan rehatkan sekejap..
        2. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci, lenser dengan sedikit minyak masak. Sendukkan kurang lebih 1/3 cawan adunan dan ratakan, masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng kelihatan pucat.
        3. Terbalikkan dan masak lagi hingga sedikit garing, angkat. Buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis kegemaran anda...


          Sunday, September 30, 2012

          Tiramisu Biscotti

          Assalamualaikum w.b.t.
          Sebenarnya nak panjangkan resepi yang sangat sedap ni semalam, tapi terpaksa ditangguhkan demi untuk berkongsi kegembiraan atas rezeki kurniaan Yang Maha Esa melalui seorang insan yang pemurah. Patut le malam jumaat tu rasa semangat sungguh nak cuba membuat sesuatu yang istimewa untuk dinikmati semasa jamuan perpisahan yang akan diadakan pada pagi jumaat. Seumur hidup memang tak pernah makan tiramisu sebab bila sebut nama pun dah segan. Tapi bila tengok sifu2 dan teman2 selalu tayang, keinginan nak mencuba tu semakin membuak2. Tapi kalau nak buat untuk family memang dapat jangka sambutannya nanti. Jadi lebih baik buat untuk diongsi dengan rakan2 di pejabat.

          Bila tengok betul2 cara penyediaannya memang mudah sangat, haritu buat pun tak sampai sejam. Dalam hati punya le berdoa agar hasilnya nanti tidak mengecewakan, kalau tak malu besar nanti. Lepas je bacaan yassin pagi tu terus saya masuk pantry dan keluarkan tiramisu dari petiais, potong sikit dan terus ngap. Subhanallah sedaaaapppppp sangat, nyesal tak buat dari dulu lagi. Seperti biasa lepas jamuan tinggal bekas je la dan ramai yang memperkatakan keenakannya. Alhamdulillah. Lepas ni nak buat selalu, modal tak banyak tapi rasanya amat mengasyikkan. Untuk permulaan ni saya rujuk kat Hanamemories.

          Disamping itu juga nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada CT @ Diari Zaliedana kerana sudi menjawab pertanyaan yang diajukan melalui sms. Itu yang bertambah konfiden. Mula2 tu cuak juga sebab tak keluarkan awal2 creamcheese dari petiais. Kepada sesiapa yang belum pernah cuba tu baik buat segera kerana sangat2lah sedap.

          ~Tabur serbuk koko di subuh hari~


          RESEPI TIRAMISU BISCOTTI
          Sumber: Ina @ Hanamemories
          Bahan-bahan
          • 1 peket biskut lady finger @ biskut tiramisu ~ saya guna 20 keping
          • 250g cream cheese
          • 200ml whipping cream
          • 1/2 cawan gula halus
          • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
          • 1 sudu makan serbuk nescafe ~ 1 peket nescafe O 3 in 1
          • serbuk koko untuk hiasan
          Cara-cara
          1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
          2. Satukan gula, cheese dan cream.
          3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
          4. Celup biskut ke dalam air nescaffe sehingga basah@lembut.
          5. Susun biskut tadi ke dalam mangkuk@bekas.
          6. Sapukan adunan cream+cheese tadi atas biskut.
          7. Susun lagi biskut yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
          8. Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
          9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya


            Wednesday, September 26, 2012

            Roti Sardin Lagi

            Assalamualaikum w.b.t
            Sekali sekala bila pekena roti macam gini memang best. Sebelum ni pernah buat dan baru2 ni buat lagi. Masih menggunakan resepi yang sama yang diambil dari dapur Kak Nor. Tapi kali ini saya guna roti frankfuter. Ok le malas nak mengarang berjela2 sebab cadang malam ni nak BW je. Sekali lagi terima kasih daun keladi pada Kak Nor.


            ROTI SARDIN
            resipi : K.Nor@SecubitGaram

            Bahan
            • 10 bj bun burger
            • 1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
            • 1 labu bawang besar ~ didadukan
            • 1 bj cili merah ~ dicincang
            • 1 sudu besar jus limau nipis
            • 2 bj telur
            • minyak
            Untuk Inti:
            • Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
            • Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
            • Padamkan api dan kacau hingga sebati.
            • Ketepikan.


            Cara2
            1. Potong dua bun burger.
            2. Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
            3. Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
            4. Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
            5. Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
            6. Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
            7. Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
            8. Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
            9. Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..



              Monday, September 24, 2012

              Apam Polkadot Inti Nutella

              Assalamualaikum w.b.t
              Semakin hari semakin sibuk. Hari ini bekejar ke sana ke mari sampaikan terpaksa bawa juga kerja balik rumah untuk disiapkan malam ini. Bila difikir-fikirkan balik macam menyesal je. Tapi ini sudah ketentuan Yang Maha Esa, peluang yang rasanya tak akan datang lagi tidak akan dipersia-siakan. Semoga dipermudahkan olehNya dalam melaksanakan tugasan yang perlu diselesaikan. 

              Cabaran makin dirasai kerana sebagai ketua kumpulan kemahiran membuat keputusan amat diperlukan. Apabila terdapat perbezaan pendapat antara ahli pasukan, ketua perlu memainkan peranan bagi memastikan matlamat tidak tersasar. Perbincangan, percambahan fikiran, perdebatan memang amat memenatkan namun ianya perlu dihadapi bagi menghasilkan yang terbaik. Aduhhhhh semoga pengalaman berharga ini akan lebih mendewasakan diri. Esok perlu dilalui dengan lebih bersemangat bagi memastikan pengagihan kerja dapat dilakukan dengan baik. Alhamdulillah bos sentiasa memberi sokongan penuh dengan setiap tindakan yang diambil. 


              Ok le sebagai penyeri entri, saya kongsikan apam polkadot aka dot dot berinti nutella. Sebelum ni pernah buat guna inti blueberry filling. Untuk ujicuba kali ini saya ambik resepi Kak Nor Secubit Garam sebab anak tekak saya memang sesuai sangat dengan resepi2 yang ada kat dapur dia tu. Sebelum ni memang tak pernah makan nutella sebab tak tau dan tak pernah ambil tahu pasal kewujudannya. Tapi bila dah berjinak2 dengan dunia masakan ni baru le tahu dan teringin nak mencuba. Errmmm memang best dan berpatutan dengan harganya. Ok le kalau nak tau salasilah apam polkadot ni sila baca di entri kak nor yea.  



              RESEPI APAM POLKADOT
              sumber asal : Lilydvalley MyResipi
              olahan idea : hanamemories.blogspot.com
              sumber : K.Nor@SecbubitGaram

              Bahan-bahan
              • 3 biji telur A - dari peti sejuk
              • 250 gm tepung gandum
              • 150 gm gula halus
              • 170 gm susu segar (susu full cream)
              • 3 sudu teh baking powder
              • 1 sudu kecil ovallete
              • 1 sudu kecil esen vanila
              • Nutella secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
              • Pewarna
              • papercup secukupnya
              • acuan lompang
              Cara-cara
              1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit (k.nor guna speed 6 menggunakan kenwood selama 9 min) sehingga likat dan agak ringan.
              2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
              3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
              4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
              5. Picitkan inti nutella secukupnya.
              6. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna adunan pilihan.
              7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Api jangan terlalu besar bimbang apam akan merekah. (k.nor kukus selama 12 min)
              * k.nor guna acuan lompang yg saiz besar sket dr biasa tu dan kukus apam selama 12min

              Nota: saya follow semua step kak nor dan hasilnya amat tidak mengecewakan.

                Sunday, September 23, 2012

                Mee Goreng Paprik

                Assalamualaikum w.b.t
                Malam ni tak mau citer panjang sebab terlalu banyak perkara yang sedang difikirkan. Semalam pi kerja mula jam 9.00 pagi hingga 6.45 petang. Rehat hari ni terganggu dengan sms daripada bos pasal komplen dari seorang hamba Allah yang sangat perihatin. Adussssss tensen sungguh le. Semoga Yang Maha Esa memberikan kekuatan untuk saya terus menghadapi dugaan dan cabaran yang mendatang. 
                ...........Amin..........

                Layan je gambo mee tanpa telur goreng paprik hasil daripada mencuba resepi dari buku 1 Hari 1 Resepi. Thanks to Chef Hanieliza.




                  Monday, September 17, 2012

                  Badak Berendam

                  Assalamualaikum w.b.t.
                  Syawal telah melabuhkan tirainya dan hari ini bermula satu lagi bulan yang amat dinantikan oleh umat islam. Alhamdulillah kerana ramailah umat islam diseluruh dunia akan menjadi tetamu Allah SWT bagi menunaikan rukun islam ke-5. Melalui facebook dikhabarkan bahawa ada diantara sifu2 saya yang akan menjejakkan kaki ke tanah suci tidak lama lagi. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka dan dikurniakan haji yang mabrur. Semoga satu hari nanti saya juga diizinkan oleh Yang Maha Esa untuk menunaikan ibadah haji ini. (Dalam hati amat2 berharap agar dapat dilaksanakan sebelum usia mencecah 40 tahun. Amin.....)

                  Haritu rasanya dah dapat kembali momentum untuk meng'update' MyHomework dan BW tiap2 malam, tapi malangnya itu berlakunya hanya seketika. Tanggungjawab sebagai hambaNya, isteri kepada suami tercinta, mama kepada 2 orang hero dan penjawat awam membataskan waktu untuk duduk mengadap lappy. Entahlah nak buang title blogger ni terasa amat sayang. Bukannya apa, melalui platform ini saya dapat terus belajar untuk menyediakan hidangan untuk orang-orang tersayang. Hrrrmmmmm susahnya.

                  Ok le untuk kali ini saya nak panjang-panjang resepi kuih tradisional yang menjadi kegemaran saya. Dengan kata lain ianya disediakan untuk kepuasan tekak sendiri. Lagipun mak teh ada bagi stok inti yang memudahkan lagi kerja saya. Semasa tinggal di minden height dulu, hubby selalu belikan kat tun sardon tapi bila dah duduk kat sg ara ni payahn sikit le sebab cam tak berbaloi je pergi sana semata-mata nak beli badak ni. Tapi tak pe le lepas ni nak buat lagi sebab stok inti masih ada dan kena kuatkan semangat untuk belajar buat inti sendiri. 



                  RESEPI KUIH BADAK BERENDAM
                  Resepi Asal : Kak Besah, Myresepi
                  Sumber : Ika, Kurniaanmu & Noorsha, 1001 Cerita

                  Bahan-bahan ( dlm 20 biji )
                  • 2 cawan tepung pulut
                  • lebih kurang 11/2 cawan perahan air daun pandan.
                  • 1/2 sudu teh garam
                  inti kelapa secukupnya -
                  • cara membuatnya sama dgn inti kuih koci @ onde-onde saya tak buat sebab mak teh bagi stok inti

                  Bahan2 utk dadih
                  • 21/2 cwan santan, 2 sudu tepung beras & 1/2 sudu teh garam
                  • 3 helai daun pandan


                  Cara-cara
                  1. Campurata semua bahan2 utk dadih, lalu dikacau atas api hingga pekat.lebihkurang 10 mnit - ketepikan.
                  2. Bulat2 kan inti kelapa.ikut suka la nk besar @ kecil
                  3. campurkan garam dgn air pandan & gunakan campuran itu utk menguli tepung pulut hingga menjadi doh yg boleh dibentuk.
                  4. Ambil sedikit doh, bulat2 kan lalu dileperkan. letakkan inti dlm nya dan dikelim rapat. buat hingga habis. letak atas plastik agar x melekat.didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih.pastu masukkan 'badak2' (bola2 pulut la hehe..) kedalamnya.
                  5. Bila kesemua bola2 timbul/terapung, biar mendidih 3,4 minit barulah di angkat & ditos kan.
                  6. Berus masukkan kedalam dadih tadi..
                  7. Siap utk hidangan family tersayang..sejukkan dulu jika suka :)


                    Sunday, September 9, 2012

                    Mee Tanpa Telur Udang

                    Assalamualaikum w.b.t
                    Kalau bercerita pasal mee udang pasti akan terbayang tempat2 di utara yang terkenal dengan keenakan hidangan ini. Kalau di Perak pastinya Kuala Sepetang dan kalau di Penang pula pastinya Sungai Dua. Bagi saya pula kalau nak makan kat kedai, saya suka ke Ayu Mee Udang di Bayan Lepas. Jika adik-beradik bertamu di rumah pasti kami akan bawa ke situ bagi menikmati mee udang yang enak. Kalau nak pi, kena booking awal2 melalui telefon, kalau tak payah le nak dapat tempat duduk ataupun dah habis. Semenjak berjinak2 dengan dunia masakan ni, saya dapati pelbagai versi resepi yang dikongsi di alam siber, majalah2 dan juga buku2 masakan. 

                     
                    Untuk kali ini saya cuba resepi yang agak ringkas sebab kalau weekday memang masak seringkas yang mungkin. Ringkas tapi sedap, itulah yang dapat saya simpulkan pasal resepi ini. Mee pulak saya guna mee tanpa telur (plain noodles) jenama tesco. Pertama kali menikmati mee ni terus kami sekeluarga jatuh cinta. Sejak dari itu mee kuning memang tak masuk dah ke rumah ni. Mee ni kalau goreng pun sedap, kiranya dalam gerobok tu stok mee ni tak pernah putus. Ok le layan je resepi yang diambil dari buku Chef Hanieliza yang sedang hangat di pasaran sekarang ni.


                    MEE TANPA TELUR UDANG
                    Resepi Asal : 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

                    Bahan-bahan 
                    • 1 paket tanpa telur - di celur
                    • 1/2 kilo udang - asingkan kulit & kepala
                    • 1 liter stok udang
                    • 3 sudu minyak masak
                    • Garam secukup rasa
                    • 1 cawam taugeh
                    • 2 biji cili merah
                    • 1 keping tauhu
                    Bahan2 Utk Dikisar
                    • 15 tangkai cili kering
                    • 50 gram udang kering
                    • 5 ulas bawang merah  
                    • 2 ulas bawang putih
                    • 1 inci halia
                    • 5 biji tomato
                    • 2 tangkai serai
                    Cara-cara
                    1. Rebus kepala dan kulit udang bagi mendapatkan stok udang. Toskan air rebusan
                    2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
                    3. Masukkan air rebusan udang dan masakkan sehingga mendidih.
                    4. Masukkan udang dan biarkan mendidih sekali lagi.
                    5. Hidangkan mee dengan bahan hiasan.
                    Nota: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza ini memang amat disyorkan kepada mereka2 yang baru nak berjinak2 dalam dunia masakan sebab resepi yang ringkas dan senang di fahami.

                      Saturday, September 8, 2012

                      Roti jala

                      Assalamualaikum w.b.t

                      Mesti ramai dah selesai minum petang tak pun hari ni gantung kuali demi untuk memenuhi undangan kenduri dan rumah terbuka. Wah! pasti pelbagai jenis juadah telah dinikmati, apa pun kesihatan jangan diabaikan. Tambahan sekarang cuaca agak mendung dan kadang kala hujan, pasti doktor dan jururawat sibuk melayani karenah pesakit yang tak putus2. Untuk petang ni saya kongsikan roti jala yang disediakan untuk breakfast alif, kebetulan kari ayam masih ada dalam periuk. Ini adalah merupakan antara makanan kegemaran alif, kali ni saya guna resepi yang ringkas dan mudah ni. Untuk roti jala saya selalu gunakan resepi ini ataupun resepi ini. Ok le saya tempekkan lagi resepi yang diambil daripada myresepi.


                      RESEPI ROTI JALA
                      Sumber: ummizaihadi@myresipi.com

                      Bahan-bahan ( 4 - 6 orang )

                      • 2 cawan tepung gandum
                      • 2 cawan air
                      • 1 bij telor
                      • 1 sudu kecil garam halus
                      • beberapa titik pewarna kuning~ saya guna pewarna hijau


                      Cara-cara

                      1. Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. 
                      2. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali.
                      3. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.


                        Monday, September 3, 2012

                        Red Velvet Cupcake

                        Assalamualaikum w.b.t.
                        Berkurun lamanya mengimpikan cupcake yang sangat menggiurkan ni. Dulu pernah buat si baldu merah versi kek di SINI, memang terbaik le. Tapi bila memikirkan sambutan warga rumah ni amat tidak memberangsangkan jadi tu yang terkial-kial nak mengekek. Alhamdulillah malam ahad lepas dapat merealisasikan impian yang telah lama dipendam. Seperti biasa aqil menjadi penyokong kuat mama, keluar je dari oven dia makan sampai 2 ketul. Masa breakfast dia makan 2 biji lagi, hrrrmmm memang peminat kek sungguh le dia ni. Abang long dengan baba memang tak pandang le.


                        Malamnya baru berkesempatan nak buat frosting, tu pun buat 1/2 adunan je sebab tak mau bubuh banyak2 atas CC. Ye la kalau letak banyak2 takut tak lalu makan le pulak. Sekarang ni memang simpan hajat nak belajar mendekorasi kek, nak cuba asah otak kanan yang memang dah berkarat ni. Mana tahukan suatu hari nanti boleh buka kedai kek. Hahahahaha ada hati, dapat buat makan untuk keluarga pun dah cukup bagus. Betul tak?

                        ~Versi makan kat umah~

                        Ok le malas nak merapu meraban lagi, kepala memang tengah pening memikirkan masalah kat entri sebelum ni. Cuba explore si kompak ni, pusing sana pusing sini tengok gambar yang jadi sama je. Hisshhhhh stress betul. Layan je la resepi yang saya copy dari dapur anna aka toke kek yang semakin masyuk ni. Cuba juga untuk melayari cake2u tapi tak boleh pun. Tak pe le takde rezeki nak ke sana, apapun terima kasih kepada pemilik dan penyebar resepi. Hajat di hati balik kg 2 minggu lagi nak buat lagi. Doakan yea.

                        ~Versi bawa ke opis~


                        RED VELVET CUPCAKES
                        Sumber : Nurul@cake2u
                        Sumber: AnnaQawina

                        BAHAN-BAHAN (saya dapat 36 biji)

                        A:
                        300 g tpg gandum
                        2 camb serbuk koko
                        2 camt baking powder
                        1 camt soda bicarbonate
                        1 camt garam

                        B:
                        125 g mentega tawar(saya guna tatura unsalted butter)*Ana guna buttercup
                        280 g gula castor

                        C:
                        2 biji telur (gred B)

                        D:
                        1 camt esen vanilla
                        1 camt cuka putih
                        1 camb pewarna merah

                        E:
                        240ml buttermilk(saya guna jenama Pauls-ada dijual di cold storage & kedai2 bakeri supply) *Ana guna bancuhan susu segar/susu cair dgn cuka (Campurkan 240ml susu segar (susu cair ) dan 1 sdb cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)*edit 04/04/2012*

                        Cream cheese icing:
                        360 g cream cheese
                        70 g mentega
                        200g gula icing

                        CARA-CARA

                        Untuk Cupcake:
                        1. Ayak (A)-ketepikan
                        2. Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
                        3. Masukkan (D)-pukul hingga sebati
                        4. Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
                        5. Masukkan batter/adunan dalam acuan cupcake dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit. Isi 1/2 cup sahaja ya..
                        6. Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.

                        Untuk Icing:

                        Pukul mentega & cream cheese hingga kembang dan masuk kan gula icing ...kacau sebati.
                        Hiaskan ikut suka.

                          Sunday, May 20, 2012

                          Sausage, Sweet & Blueberry Finger Bun

                          Asssalamualaikum w.b.t...
                          Waa panjang betul tajuk entry malam. Bukannya apa nanti kalau rasa nak makan boleh terus search je kat sini. Sebenarnya bukan le rajin sangat tapi tak lalu hati tengok tepung roti yang ada kat dalam almari tu. Nanti kalau dah dimasuk bendasing sayang le pulak. Untuk tidak menyusahkan diri sendiri maka ikut resepi yang sememangnya sangat popular ni. Kalau dah cuba sekali mesti nak buat berkali-kali. Setuju tak? Kali ni saya tak masukkan susu tepung sebab baru perasan tadi susu yang ada dalam almari tu dah expired 3 bulan lepas. Hahahaha tak boleh blah betul rasanya. Tetap teruskan juga projek sebab pernah tengok annaqawina buat tanpa susu tepung. 

                          Lagi satu nak kongsikan jugak kat sini pasal uli 2 kali punya citer. Cuba kaedah tu kat bibik tapi tak menjadi, musykil betul. Sudahnya keluarkan sat dan uli dengan tangan dalam 10 minit. Hehehe semangat nak merasa roti diuli berulang kali. Tak sia-sia rupanya memang superb gebussss, wajar diamalkan selalu. Really like it, berbaloi-baloi. Terima kasih bebanyak yea Kak Nor, izinkan sekali lagi saya cnp kat sini.

                          ~Sausage Bun for Alif~

                          RESEPI BASIC DOUGH 
                          Sumber : K.Nor@SecubitGaram

                          Bahan
                          • 380gm tepung high protein (tpg roti)
                          • 3 sudu besar susu tepung - saya tak letak
                          • 80gm gula castor
                          • 3 sudu kecil yis segera
                          • 1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
                          • 100ml air
                          • 100gm water roux*
                          • 1/2 sudu kecil garam
                          • 30gm butter
                          • 30gm shortening
                          Cara:
                          1. Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
                          2. Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
                          3. Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
                          4. Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
                          5. Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
                          6. Biarkan sehingga proses menguli selesai.
                          7. Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
                          8. Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
                          #kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.


                           
                          ~Blueberry Finger Bun for mama~

                          *UTK MENGHASILKAN FINGER BUN
                          topping:
                          blueberry filling (diblend halus)
                          ambil sedikit adunan dlm 30gm, bulatkan kemudian canai leper
                          gulung dan letakkan ke dalam loyang
                          buatlah hingga habis (jarakkan sedikit antara satu sama lain)
                          perap hingga doh naik kemudian picikan filling kesukaan atasnya (utk memudahkan kerja, masukkan filling ke dalam piping bag atau plastik bersih, gunting bucu dan bolehlah digunakan)
                          Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.


                          ~Sweet Bun for Aqil~

                          *UTK MENGHASILKAN SWEET BUN
                          Saya spray air dipermukaan roti dan tabur gula


                          *WATER ROUX: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
                          1/8 cawan tepung gandum
                          5/8 air
                          # sukatan diatas menghasilkan 100 gm water roux
                          Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
                          Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
                          Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
                          Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
                          Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.



                            Friday, May 11, 2012

                            Ayam Goreng Berempah MC

                            Assalamualaikum w.b.t.
                            Bersua kembali setelah sekian lama tidak bersiaran. Sekarang ni sibuk sungguh dengan kerja-kerja harian. Banyak sungguh dugaan yang diturunkan oleh-Nya. Alhamdulillah kerana dikurniakan kekuatan dan semangat yang luar biasa untuk terus menghadapinya. Semoga dugaan demi dugaan ini akan dapat mendekatkan lagi diri kepada-Nya. 

                            Terlalu banyak impian yang diimpikan. Kadangkala terasa hasrat hati memakan diri sendiri. Bukan mudah untuk membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul. Kadang kala rasa sedih bertamu dihati melihatkan sikap2 manusia yang tidak mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa. Rezeki dipinta namun tanggungjawab yang dipikul tidak dilaksanakan dengan sewajarnya. Apabilan ditegur kita dipersalahkan, dikatakan jahat mengganggu hidup orang. Ya Allah Ya Tuhannku hanya Engkau mengetahui segala-galanya. 

                            Namun dengan apa yang dilalui pada hari rabu lepas, sempat muhasabah diri dan sematkan dihati buat apa yang sepatutnya sahaja. Tak perlu menggalas tanggungjawab orang lain. Semoga pengalaman ini akan terus mendewasakan diri. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.Ok le cukup setakat ini sahaja untuk malam ini. Layan je ayam goreng yang sedap ni. Disebabkan sukatan bahan tidak dinyatakan maka saya main campak-campak je dan alhamdulillah hasilnya sangat sedap.



                            RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH KUMPULAN BIRU
                            Sumber: Masterchef Malaysia

                            Bahan-bahan:
                            • Ayam dipotong kecil
                            • Bawang Merah (dikisar)
                            • Bawang Putih (dikisar)
                            • Halia (dikisar)
                            • Serai (dikisar)
                            • Serbuk Kari
                            • Serbuk Ketumbar
                            • Serbuk Jintan Putih
                            • Daun Kari
                            • Serbuk Kunyit
                            • Garam - Secukup Rasa
                            • Maggi Cukup Rasa - Secukup Rasa- saya tak letak
                            • Minyak - Cukup untuk mengoreng

                            Cara-cara memasak:
                            1. Perapkan ayam dengan kesemua bahan, biarkan sebentar.- saya perap ~ 2 jam
                            2. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak dan garing.
                            3. Sedia untuk dihidangkan.



                              Saturday, April 21, 2012

                              Kek Chiffon Pandan & Tahniah Kak Azlita

                              Assalamualaikum w.b.t.....
                              Syukur pada-Nya kerana masih berpeluang melawat MH di hujung minggu. Rasanya beban kerja makin melampau-lampau sekarang ni, memang dah tak terdaya rasanya. Tapi apa nak dikata demi kerana tanggungjawab yang diamanahkan semuanya harus dilalui dengan sebaik mungkin. Cuma satu yang diharapkan semoga segala yang dilakukan akan diterima sebagai ibadah oleh Allah SWT, sebagai  bekalan di sana kelak. Hanya Dia yang Maha Mengetahui segala-galanya.

                              Dalam minggu ni sahaja dua berita kematian yang mengejutkan diterima. Pertama, pada malam khamis lepas menerima perkhabaran seorang kakitangan pejabat operasi meninggal dunia selepas bermain bola sepak. Berkesempatan menzirahi jenazah dan sayu rasanya bila memandang wajah si kecil yang berumur 5 tahun kehilangan abah tercinta. Pagi tadi pula sms daripada seorang kenalan menyatakan seorang insan yang selalui ditemui dalam mesyuarat meninggal dunia akibat serangan jantung. Kali terakhir jumpa masa mesyuarat hujung bulan lepas. Subhanallah Maha Suci Allah.

                              Bila ajal datang menjemput tidak dapat kita menghalangnya kerana ajal maut adalah hak Yang Maha Esa. Ok la kali ni saya nak kongsikan resepi yang baru pertama kali buat sendiri. Walaupun hasilnya kurang memuaskan tapi tetap juga nak simpan kat sini sebab lain kali kalau nak buat tahu nak cari kat mana. Dulu masa belajar memang selalu makan kek ni sebab harganya murah, beli 1 boleh makan 2-3 hari. Huhuhu memang sedih. Masa Kak Nor tayang Kek Chiffon Strawbery hari tu memang teringin sangat nak cuba. Acuan untuk kek chiffon yang biasa tu takde, cumanya ada SC yang berlubang kat tengah. Dengan keterangan yang panjang lebar dari kak nor kat fb makanya saya pun teruskan juga hajat di hati. Walaupun rupanya agak kurang memuaskan tapi rasanya tetap sedap. Cuma lain kali kena kurangkan gula.


                              RESEPI KEK CHIFFON PANDAN
                              Sumber : Irene Chia
                              Copy From: Hanamemories

                              Bahan A (Diayak sebanyak 3 kali)
                              • 150gm tepung kek
                              • 1 camca teh baking powder 
                              Bahan B
                              • 4 biji kuning telur saiz A
                              • 70gm gula castor - len kali kurangkan 1/2
                              • 1/4 camca teh garam halus 
                              Bahan C
                              • 85ml corn oil, Rinn guna canola oil
                              • 115ml jus pandan, Rinn blend daun pandan dan air- hana cume air+pandan paste je dan tmbh santan sket

                              Bahan D
                              • 4 biji putih telur saiz A
                              • 70gm gula castor -  len kali kurangkan 1/2
                              • 1/2 camca teh cream of tartar 

                              Cara-cara
                              1. Blend 10 helai daun pandan bersama 150ml air masak.Dapatkan 115ml jus pandan.Gunakan saputangan kecil yg bersih utk memerah. Kalau guna penapis mungkin habuk-habuk hampas daun pandan akan turut masuk.
                              2. Gunakan handmixer utk memukul Bahan (B). Masukkan canola oil dan teruskan memukul. Putar sehingga kembang. Masukkan jus pandan. Teruskan memutar sehingga rata.
                              3. Boleh tambahkan sedikit pewarna hijau untuk menaikkan lagi warna hijau. Tak bubuh pun tak pe.
                              4. Masukkan sedikit demi sedikit tepung. Dengan menggunakan spatula kacau setakat tepung hilang dari pandangan. Jangan terlebih kacau.
                              5. Bahan D - Dengan kelajuan tinggi putar putih telur hingga kembang. Masukkan cream of tartar dan terus putar. Masukkan gula castor dan terus memutar hingga putih telur kental tetapi jangan terlebih putar. Cukup sekadar putih telur tidak tumpah walaupun mangkuk mixer diterbalikkan.
                              6. Masukkan separuh dari putih telur kental tadi ke dalam bancuhan kuning telur yg dah jadik hijau tadi.Kaupbalikkan hingga rata. Jangan diputar. Jangan risau kalau adunan kelihatan "lumpy" atau berketul-ketul kerana memang itu yg resipi kehendaki untuk menghasilkan kek yang gebu dan berongga.
                              7. Tuangkan bancuhan di atas ke dalam mangkuk yg berisi separuh lagi putih telur yg telah dipukul kental tadi. Kaupbalikkan adunan sehingga rata dan sebati.
                              8. Tuangkan ke dalam acuan chiffon dan dibakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu to moderate 175 darjah cel. lebihkurang 20min awal. Bakar selama 40min - 45min.
                              9. Tolong jangan lapik acuan dengan kertas minyak atau disapu dengan butter atau majerin. Cukup sekadar dilap dengan kain kering yg bersih. Dasar dan dinding acuan yg tidak bergris membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik.
                              10. Sebelum keluarkan dr oven, cucuk dahulu kek agar benar2 masak. Terbalikkan kek sejurus keluar dari oven. Sejukkan di atas redai sehingga benar2 sejuk baru sisipkan dr loyang. Potong menggunakan pisau berjeriji agar kek kelihatan cantik.
                              &&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
                               Opppppssss dikesempatan ini juga saya nak ucapkan tahniah pada Kak Azlita Masam Manis sempena kemunculan beliau dalam majalah SAJI bulan Mei 2012. Alhamdulillah saya berjaya mendapatkan senaskah petang tadi.  Kepada sesiapa yang masih belum mengetahui kisah ini sila berkunjung ke http://fromintankitchen.blogspot.com

                              ~gambar ni ambil dari blog kak azlita~


                              Sunday, April 15, 2012

                              Mushroom Soup n Rice Bread

                              Assalamualaikum w.b.t..
                              Bersiaran lagi di petang minggu yang redup2 ni. Sementara menunggu kek dalam oven tu masak sempat le on lappy sat, membersih habuk2 yang dah hinggap kat MyHomework ni. Kesempatan ini digunakan untuk panjangkan resepi minami133 yang dicuba pada cuti umum baru ni. Pasti semua masih ingat petang 11 April 2012 sekali lagi gempa bumi melanda bumi acheh. Gegaran turut dirasai oleh orang2 penang, kedah , langkawi dll. Ketika waktu tu saya sedang berada didapur mengacau sup yang sedap ini. Ingatkan kepala saya yang pening sebab hubby kata dia tak rasa apa2 pun. Sekali bila tengok kat bawah ramai yang dah berkumpul. Syukur pada Allah s.w.t kerana tiada sebarang kejadian buruk yang berlaku.

                              Berbalik pada kisah sup cendawan ni, alif adalah antara penggemar sup yang popular kat pizza ni. Kalau belikan sup segera dalam tin atau paket tu mesti dia tak makan. Bila tengok kat laporan ramai yang mengatakan bahawa resepi tersebut kalah sup pizza makanya saya pun mencuba. Memang tidak syak lagi, sup ni memang sedap dan lagi best boleh diolah ikut citarasa sendiri. Ok le saya cnp kat sini untuk rujukan dimasa depan. Sup ini dimakan bersama roti nasi yang diambil resepinya dari jintanmanis.com. Ramai dah yang dibuat roti ni, kalau nak cuba sila le ke sana yea. Maaf tak dapat panjang kat sini sebab masa terlalu terhad. 


                              RESEPI MUSHROOM SOUP
                              Sumber: minami133@myresepi

                              Bahan-bahan ( 6 org )
                              • 1 keping dada ayam
                              • 1500 ml air
                              • 500 ml susu segar(susu kotak)
                              • 1 ketul kiub ayam
                              • 1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
                              • garam
                              • secubit ajinomoto
                              • 1 cawan tepung gandum


                              Cara-cara
                              1. Potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
                              2. Masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
                              3. Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.



                                Sunday, April 8, 2012

                                Cheesecake lagi & Kad dari Findland

                                Assalamualaikum w.b.t.
                                Jika kita sukakan sesuatu perkara pasti sedaya mungkin untuk melakukannya walaupun begitu terbatas waktu yang ada. Itulah yang dirasai ketika ini, tercari-cari juga le password untuk memasuki MyHomework. Almaklum le semenjak menjadi pemangku bos selama 3 minggu ini huru hara jadinya, password untuk luluskan payment pun terlupa. Siap kena bekejar ke AG untuk dapatkan password yang baru. Setelah 2 minggu berlalu baru sedar rupanya memang susah jadi bos ni. Terlalu berat tanggungjawab yang dipikul tambahan ujian yang berlipat ganda diturunkan oleh Yang Maha Esa. Jika tidak dipositifkan diri boleh bengong dibuatnya. Allah S.W.T akan menguji hambaNya sesuai dengan kemampuan mereka. Amin.

                                Ok le tak mau cerita panjang2 lagi, layan je cheesecake yang sedap ini yang dibuat sempena bacaan yassin di pejabat jumaat lepas. Base dan cake dibuat pada malam khamis, manakala topping dibuat pada malam jumaat. Masa buat SEBELUM NI saya ikut cara di resepi iaitu bakar secara water bath. Tapi kali ini saya ikut cara along iaitu bakar terus dalam oven. Dari segi rasa kedua2 kaedah sama je, tapi dari segi rupa rasanya guna kaedah water bath lagi cantik. Alhamdulillah semua suka dengan kek ni. Berbaloi sangat rasanya.

                                Rasanya lepas ni kesempatan untuk singgah MyHomework akan digunakan untuk berkongsi atau dengan kata lain memanjangkan resepi2 yang menjadi pilihan hati warga rumah ini. Bukannya apa bila difikir2kan balik senang kalau nak buat lagi tak perlu le tercari2 lagi. Ok le layan je resepi kat bawah ni. Nanti nak buat lagi.



                                RESEPI BLUEBERRY CHEESECAKE (baked) 
                                Sumber: AlongRoz@myresipi

                                Bahan-bahan ( 23cm )

                                BASE:

                                • 110g Butter - cairkan
                                • 200g Biskut digestive - klu xde, apa2 biskut pun boleh
                                • 50g Almond flakes - toast
                                FILLING:
                                • 500g / 2 buku Cream cheese
                                • 30g Butter
                                • 120g Gula Kastor
                                • 1 lemon - grate kulit & perah jus (optional, Along xletak sbb xsuka bau lemon)
                                • 30g Tepung jagung - ayak
                                • 200-300ml whipping cream (selalu nya Along guna 1 pket kecil, lain brand lain berat nya, tapi tak perlu accurate sgt)
                                • 4 biji Telur - pukul sedikit
                                • 150g Blueberry pie filling
                                TOPPING:
                                • 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2
                                • 30ml Air
                                • 150g Blueberry pie filling 

                                 Cara-cara
                                1. Hancurkan biskut & gaul dgn bhn2 base. Chill sehingga di perlukan.
                                2. Pukul cream cheese & butter sehingga smooth. Campurkan gula, parutan & jus lemon & tepung jagung. Pukul lagi sehingga smooth. Campurkan cream & pukul lagi sehingga pekat. Akhir sekali masukkan telur yg telah di pukul sedikit. Pukul sehingga cukup sebati, jgn pukul terlalu lama.
                                3. Tuangkan separuh adunan ke atas base. Ratakan blueberri & tuangkan baki adunan.
                                4. Bakar dlm "water bath" dgn oven yg telah di panaskan terlebih dahulu 150 celcius selama 1 jam. (Along selalu nya malas nak "water bath", so bakar mcm tu je - lebih baik sbb nanti base tu lebih crispy)
                                5. Sejukkan kek pada suhu bilik (sebaik2 nya biar sekejap dlm oven baru keluarkan so that ia tak terkejut & merekah). Chill sekurang2 nya 6 jam ataupun semalaman baru lah di potong. Cheesecake tak boleh potong/makan waktu panas2, ok.
                                6. Utk buat topping, campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar & campurkan blueberry. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.
                                Oooppppppssss sambung sikit lagi.
                                Dikesempatan ini saya nak ucapkan tahniah kepada Nieza sempena sambuatan ulangtahun ke 2 Our Journey Begins. Semoga akan terus diberikan kemudahan untuk berkongsi cerita, resepi dan gambar2 yang cantik2 untuk dikongsi bersama pengunjung setia nurniezza.blogspot.com.





                                  Sunday, March 25, 2012

                                  Roti Sardin Goreng dan tak tahu bila lagi

                                  Assalamualaikum w.b.t
                                  Hampir sebulan Myhomework tidak memaparkan n3 baru, hati meronta-ronta ingin mencoretkan sesuatu di sini tapi apakan daya terpaksa dilupakan buat seketika. Walaupun acara masak memasak berjalan seperti biasa namun resepi yang dicuba tidak dapat dipanjangkan disini. Tiada lagi rutin mengambil gambar sebelum hidangan dinikmati. Cuma kadangkala kamera diangkat jua demi untuk melempiaskan rasa rindu ini. Setelah difikir sedalam-dalamnya hobi yang baru setahun jagung ini terpaksa dikorban atas tuntutan tanggungjawab yang perlu diutamakan. Keputusan telah dibuat title blogger itu akan dilupakan buat seketika.

                                  Namun demikian hasrat untuk belajar memasak melalui alam siber akan tetap diteruskan. Rutin untuk menjelajah dapur sifu2 dan teman2 tetap akan dilakukan setiap hari cumanya tiada jejak yang akan ditinggalkan. Resepi yang dicuba juga tidak akan diwar-warkan di sini. Terima kasih kepada sifu2 dan teman2 sekalian atas ilmu yang dikongsikan. Halalkan segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah dan akan saya pelajari dimasa akan datang. Bukan mudah untuk membuat keputusan ini kerana jika dulu memasak adalah perkara yang amat membeban pada diri tapi tidak kini. 

                                  Mana mungkin saya memasuki kedai menjual alat2 dan bahan2 bakeri jika tidak melalui blogging ini. Pendek kata terlalu banyak perkara yang saya pelajari di sini untuk saya menjadi isteri, ibu, anak dan menantu yang lebih baik. Terima kasih...terima kasih... terima kasih..... kepada semua. Mungkin jika ada kesempatan yang terluang mungkin saya akan kembali untuk berkongsi sesuatu di sini. INSYAALLAH. Sebelum mengundur diri saya panjangkan menu yang sesuai untuk dinikmati di petang ini bersama keluarga tercinta. 


                                  RESEPI ROTI SARDIN GORENG
                                  Olahan dari: rizafizah@myresipi
                                  Resepi: MyHomework

                                  Bahan-bahan
                                  8 keping roti gardenia
                                  Inti Sardin
                                  *1 tin sardin saiz kecil
                                  *1/2 biji bawang besar - dicincang
                                  *1/2 biji cili merah dicincang
                                  *1 biji tomato saiz sederhana
                                  *2 biji cili padi - dihiris halus
                                  *Sedikit garam

                                  Bancuhan tepung
                                  #1 cawan tepung gandum
                                  #1 sudu teh mentega
                                  #1 1/4 cawan air
                                  #Sedikit garam dan gula
                                  #Pewarna kuning


                                  Cara-cara
                                  1. Tumis bahan-bahan * dan masukkan sardin (kuah sardin masuk sedikit sahaja supaya tidak kering, kalau banyak nanti lembik)
                                  2. Potong tepi roti yang berwarna coklat dan sapukan mentega atau butter dan sapukan sardin yang hancur macam buat sandwich.
                                  3. Bancuh adunan tepung seperti menggoreng cucur pisang.
                                  4. Celupkan roti yang dimasukkan inti sardin ke dalam bancuhan tepung dang goreng sehingga warna keperangan seperti gambar.
                                  5. Toskan dan sedia untuk dimakan dan sesuai untuk juadah minum petang.



                                    Monday, February 27, 2012

                                    Tiba-tiba muncul

                                    Assalamualaikum w.b.t.
                                    Pasti malam ni ramai yang terkejut sebab Cikgu Ina Hana Memories tiba2 muncul membersihkan habuk2  di mukabuku beliau. Dah tu sempat lagi dikongsikan foto2 Dania Nur Zahra yang comel itu. Semoga ina dan keluarga sihat2 dan berbahagia selalu. 

                                    Kata-kata hikmah yang diperolehi semasa dalam perjalanan balik petang tadi "jika ingat mati dapat tingkatkan produktiviti". Hrrmmm pada aku memang betul pun sebab pasti semua kerja yang diamanahkan akan dilaksanakan bersungguh2 dan disempurnakan dengan sebaik mungkin seolah2 kita tidak dapat melakukannya pada esok hari. Semoga apa jua yang kita lakukan sehari-hari akan diterima sebagai ibadah oleh Yang Maha Esa. 

                                    Ok le malam ni nak kongsikan mee yang simple ni. Kalau hari bekerja memang lebih senang menyediakan makanan sebegini untuk makan malam. Mudah disediakan dan boleh diterima oleh seisi keluarga. Masa mula2 tengok resepi ni macam pelik je sebabnya kalau mee bandung pasti akan guna segala macam sos tapi untuk resepi ni ada sos tiram je. Walau apapun hidangan yang terhasil tidak mengecewakan (mesti leee sbb cikgu ina punya resepi). Tetapi kepada mereka2 yang ada resdung tidak disarankan sebab boleh memberi kesan terhadap hidung anda. Ok le layan je resepi yang diambil dari MyR.


                                    RESEPI MEE BANDUNG SIMPLE
                                    Sumber: Hana6877@MyR

                                    Bahan-bahan ( 4 orang )
                                    • 1 peket mee kuning
                                    • 4-6 ekor udang basah
                                    • 50g udang kering ( blend )
                                    • 1/2 biji bwg besar
                                    • 3 ulas bwg putih
                                    • 5 tangkai cili kering
                                    • 2 biji keledek (size kecil) - direbus dan dilenyek @ suku cawan kacang tanah goreng(dtumbuk) - klu tk nk letak pon tkpe tp lebihkan udang kering supaya kuah pekat.
                                    • 4 biji telur
                                    • sawi
                                    • bawang goreng
                                    • Hirisan cili merah
                                    • Air rebusan daging
                                    • Gula
                                    • Garam
                                    • hirisan daging
                                    • limau kasturi / limau nipis
                                    • tauhu goreng - hiris nipis


                                    Cara-cara
                                    1. Celur mee kuning
                                    2. Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
                                    3. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging,keledek lenyek/ kcg tanah, hirisan daging dan udang basah. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
                                    4. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).. Akhir skali masukkan sawi.
                                    5. Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng,tauhu, hirisan cili dan limau kasturi. Siap utk dimakan.