MY IKLAN

MY IKLAN
Showing posts with label biSkut. Show all posts
Showing posts with label biSkut. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday

0
0
0
0
0
0
0
0
0
0






    Thursday, August 25, 2011

    Mungkinkah yang terakhir?

    Assalamualaikum....
    Pasti semua orang sedang sibuk membuat persediaan untuk merayakan hari kemenangan umat islam tidak lama lagi. Semakin hampir harinya semakin banyak perkara yang perlu dilakukan. Mungkinkah ini n3 terakhir? Tunggu dan lihat je la. Tahun ini semuanya serba sederhana dan tidak banyak persiapan yang dibuat. Namun ada beberapa perkara lagi yang perlu dilakukan sebelum hari sabtu. Sepertimana yang dimaklumkan di n3 sebelum ni, perjalanan pulang ke kg akan dilakukan pada sabtu petang. Insyallah akan berada di kg selama seminggu. Jadi dalam tempoh tersebut mungkin tak dapat nak online. Masa yang ada akan dihabiskan bersama keluarga tercinta yang jarang2 sekali dapat berkumpul. Ok le sebelum mengundur diri saya nak kongsikan kukis yang dah lama diidam-idamkan. Baru 2 malam lepas dapat direalisasikan. Terima kasih kepada kak ummi kerana sudi berkongsi resepi ini di home sweet home. Izinkan saya cnp di sini.


    BISKUT BEBOLA CORNFLAKES
    Sumber: Kak Ummi Kuantan

    Bahan:- (anggaran 70 - 80 biji)
    • 1/2 cawan butter
    • 1/2 cawan gula kastor
    • 1 biji telor
    • 1 sudu teh esen vanila
    • 2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
    • 1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
    • 2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
    • cawan kertas saiz kecil secukupnya


    Cara Membuat:-
    1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
    2. Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
    3. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata.
    4. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.
    5. Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata.
    6. Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara. 
    Nota 1: Oven saya mengambil masa selama 25-30 minit untuk menghasilkan biskut bebola yang rangup. 

    Nota 2: Teringin sangat nak buat biskut suji kristal tapi macam tak sempat je. Tunggu lepas raya je la.


      Tuesday, August 23, 2011

      Assalamualaikum.......
      Kukis raya lagi, Walaupun biskutnya biasa-biasa saja tapi bagi orang yang baru belajar memang luar biasa. Lagipun boleh le tambah koleksi di sini. Sebelum ni kalau tempah kuih raya biskut ini antara yang wajib dan biasanya alif je makan sampai habis. Alhamdulillah biskut semperit yang mama buat dia boleh terima. Kalau sempat cadangnya nak buat lagi. Perancangan asal hari jumaat ni dah mula cuti sebab nak buat biskut raya tapi malangnya KN nak rasmi 1 jalan yang baru disiapkan pada 27.8.2011. Jadi cuti pun dibatalkan dan perjalanan balik ke kg akan dimulakan pada petangnya. Harap2 sempat le berbuka dengan apak hari tu. Ok le layan je resepi biskut yang simple ni.


      RESEPI BISKUT SEMPERIT
      Sumber: Nziela@myr

      Bahan-bahan ( - )
      • 300g butter
      • 160g gula aising
      • 100g tepung jagung
      • 160g tepung kastard
      • 240g tepung gandum
      • 2 biji kuning telur


      Cara-cara
      1. Pukul butter, gula aising hingga kembang.
      2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
      3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
      4. Terap atas loyang. Untuk hiasan ceri, coklat rice atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
      5. Bakar 150C selama 20 minit.


        Monday, August 22, 2011

        Nak buat jugak....

        Assalamualaikum........
        Bersua lagi dengan satu lagi kukis yang dibuat pada 2 hari lepas. Sebenarnya lama dah nak buat tapi tepung kentang tu payah benar nak cari. Pagi sabtu pergi JC terus ambik 1/2 kilo. Beli 3 barang je tapi beratur punya le lama. Nampak sangat semua orang tengah sibuk mengukis sekarang ni. Buat 2 adunan sekaligus. Jadi apalagi lagi jenuh le menggentelnya sorang2. Nampaknya sambutan kurang memberangsangkan nasib baik lagi jadi simpan elok2 untuk dibawa balik ke kg. Ok le nak kena sambung buat kerja sebab esok 2 hari tak masuk pejabat. Terima kasih kepada tuan empunya resepi.



        RESEPI GERMAN COOKIES
        cnp: Sinar Kehidupanku

        BAHAN-BAHANNYA :-)
        • 125 gram mentega
        • 125 gram tepung kentang/potato starch (boleh beli kat kedai baking)
        • 80 gram tepung halus (mat guna tepung gandum)
        • 40 gram gula aising, diayak
        • Secubit garam (resipi asal tak letak)


        CARA MEMBUATNYA :-)
        1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
        2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
        3. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....


          Sunday, August 21, 2011

          Lagi dan lagi...

          Assalamualaikum....
          Pasti ramai yang sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut aidil fitri yang akan muncul kurang dari 10 hari lagi. Bagi saya persiapan pada tahun ini agak kurang meriah jika dibandingkan dengan tahun2 sebelumnya. Tak tahu le kenapa, nak pergi shopping pun malas. Minggu lepas pun keluar semata2 beli keperluan anak2 sahaja. Untuk diri sendiri langsung takde apa2. Adakah sebab umur dah semakin bertambah. Tapi 1 je yang pasti semangat mengukis memang membara2 sehinggakan perlu dikawal kerana ada perkara lain yang lebih penting dan perlu diselesaikan sebelum 25 Ramadhan. Harap2 dipermudahkan olehNYA. Pagi ni lepas subuh misi mengukis lagi. Hehehe tak lain dan tak bukan biskut coklat chip. Ni kali ke 3 buat. Memang best kalau ikutkan hati nak buat banyak2 dan bawa balik kg bagi semua orang merasa. Hehehehe rasanya 10 balang pun tak cukup. Masa 1st time buat saya guna scoop buah macam yang sifu ajar tapi macam lambat je rasanya. Kali kedua pulak guna scoop susu aqil, memang cepat sebab hasilnya punya le gedabak besar sampai hubby pun tegur. Kali ni sebab nak cepat jadi guna tangan je, bulat-bulatkan kemudian lonjongkan. Hasilnya.... ermmmm sangat suka kiut gitu, Aqil makan sekali ngap je. Tensen si abang sebab tak boleh nak merasa kerana dia berpuasa. Sampaikan mama kena janji simpankan sebab dia nak makan masa berbuka nanti. Rasanya macam kena bagi pengeras je kat Sifu Norazmihah agar ilmu yang diberikan akan berkekalan selama2nya. Kepada KAK NOR ku sayang apa erk pengerasnya?. Pulut kuning dengan ayam golek ke?. Ok le kalau nak resepi boleh le ke SINI atau pun terus ke dapur tuan empunya resepi di Kuala Terengganu.   







            Saturday, August 20, 2011

            Nak mengukis tapi.....

            Assalamualaikum.......
            Hati nak mengukis tapi assignment tak siap lagi. Teks untuk pengucapan awam pun tak siap lagi. Tensen betul dibuatnya. Ni pun sambil2 menaip tugasan sambil2 buat n3 kat blog. Hehehe tak bagus betul. Ok le malas nak membebel panjang2 layan je satu lagi kukis yang telah saya buat. Kena buat lagi ni sebab macam tak cukup je. Terima kasih kepada insan yang sudi berkongsi resepi ni di myresepi. Minta izin yea cnp kat sini.


            RESEPI CORNFLAKES MADU WARNA WARNI
            Sumber: umi_e@myresipi.com

            Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies )
            • 250gm cornflakes (kotak kecil)
            • 125gm butter (1/2 buku)
            • 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
            • 5 sudu makan madu (saya guna golden syrup masa ni sebab tak ada madu)
            • manik warna warni untuk hiasan
            Cara-cara
            1. Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter (saya terlebih rajin so masuk microwave je dalam masa 2-3 mins tapi kena kacau setiap min)
            2. Masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu (masa ni saya guna golden syrup)~ me too
            3. Aduk sampai rata
            4. Masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau)





              Sunday, August 14, 2011

              Terima kasih Kak Nor

              Assalamualaikum.....
              Terima kasih diucapkan kepada Kak Nor Secubit Garam kerana sentiasa berkongsi resepi yang sedap2 ditambah lagi dengan the making yang senang nak difahami. Memang banyak membantu golongan2 yag baru nak bertatih memasak. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang dapat membalas budi baik kak nor ini. Bukannya apa terharu sangat rasanya sebab buat julung2 kalinya dapat membuat kuih raya kalau sempat le.Teringin nak cuba resepi ini sebab Kak Nor pernah buat 900 pcs. Thank you...thank you .... thank you. Izinkan saya CnP kat sini yea kak.


              RESEPI BISKUT COKLAT CHIPS KAK NOR's STYLE
              Sumber: Kak Nor ku sayang

              Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )
              • 180gm mentega/marjerin
              • 90gm gula castor
              • 100gm gula perang
              • 1 sudu teh esen vanila
              • 2 biji telur
              • 200gm tepung naik sendiri
              • 160gm tepung gandum
              • 1 sudu teh soda bicarbonate
              • 1/4 sudu teh garam
              • 100gm coklat chips
              • 120gm badam cincang / sunflower seeds / kacang tanah cincang
              Cara-cara
              1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap (bakar dlm oven kejap pun boleh), tp jgn sampai hangus.
              2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
              3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
              4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
              5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
              6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ...
              Nota: kepada sesiapa yang masih mencari resepi kukis, cubalah resepi ni memang takkan menyesal punya.

              nuffnang_bid = "0b7d3f285fbea5a13c5272490d7892f1";





                  Saturday, June 25, 2011

                  BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE)

                  Assalamualaikum......
                  Gara-gara godaan naz 4 hari lepas memang bersemangat nak siapkan homework yang ni. Tambahan pula ada teman yang terus-terusan menggoda. Kebetulan pula balik dari rumah orang kahwin tadi singgah sebentar di Pekan Lunas terjumpa cookies tray yang lebih murah berbanding dengan harga di kedai di Kepala batas. Jadi apalagi ambil le 2. Tapi yang geramnya bila masuk kat kedai lagi 1 didapati harganya lebih murah. Bukan main lagi hubby gelakkan. Takpe le anggap je itu rezeki kedai yang pertama tadi. Kesian kat tray tu tak sempat pun nak berehat terus dikerah untuk bekerja. Alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan. Seperti biasa si Alif tidak dapat menerimanya kerana katanya rasa susu. Tensen sungguh. Maka makan le mama bersama Aqil. Rasanya biskut ini akan tersenarai dalam kuih raya yang akan dihidangkan pada tahun ini. Almaklum le seumur hidup tak pernah buat kuih raya sendiri. Masa ada arwah mak dulu cuma tolong2 je..Tu pun kuih tradisional. Biasanya kuih raya akan ditempah daripada kakak yang tinggal di puchong. Hari tu bagitahu MIL dengan yakinnya bahawa kuih raya tahun ini adalah hasil air tangan sendiri. Sekarang ni tengah menabung untuk membeli mixer. Sekarang duk guna hand mixer, jadi faham2 je le. Hajat di hati nak dapatkan  kenwood  KM264 @ KMX51 yang nampak gagah tu. Tapi bila difikir-fikirkan balik macam tak  berbaloi. Almaklum le guna jarang2 @ kadang2 je. Tengok le macam mana nanti. Semoga impian akan menjadi nyata. Ok le naz kita angkut resepi mai tampal kat sini. Lain kali kalau nak buat lagi tak payah le selongkar dapur orang dah.

                  RESEPI BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE)
                  Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

                  Bahan-bahan ayak :
                  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
                  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
                  • 2 Tbsp tepung jagung
                  • 1/2 tsp soda bikarbonate
                  • 2 Tbsp susu tepung
                  • Secubit garam
                  Bahan-bahan lain :
                  • 250 gm mentega
                  • 150 gm gula kastor
                  • 1/2 tsp asen vanilla
                  • 1 biji kuning telur
                  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
                  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional
                  Cara-cara :
                  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
                  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
                  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
                  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
                  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
                  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
                  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
                   NOTA :
                  Naz tak letak pun kekacang atau kismis di dalam adunan kerana dengan coklat chip saja pun dah MELETOPZZZZ rasa biskut ni. Lagi pun Husna tak berapa gemar makanan yang ada kekacang di dalamnya.
                  Rasanya kalau nak letak kekacang di dalam adunan, elok dikurangkan coklat cip sedikit kerana satu keping biskut ni, penuh dengan coklat cipnya. Cadangan Naz: 50 gm coklat cip dan 50 gm kekacang.
                  Cubalah buat biskut ni.. Tak rugi mencubanya.. Kalau tak cuba dah rugi macam Naz(setahun Naz rugi tu).