MY IKLAN

MY IKLAN
Showing posts with label buAh2an. Show all posts
Showing posts with label buAh2an. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

Raja buah lagi

Assalamualaikum.....
N3 hari ini masih berkisar pasal buah durian lagi tapi takde le nak cerita panjang berjela-jela. Balik dari kampung hari tu sempat le usung buah durian ni sikit. Bila dah letak kat dapur rasa macam tak larat nak makan macam tu je dan entah macam mana tiba2 teringat kat Mas Duniaku yang pernah tayang durian goreng. Seumur hidup memang tak pernah masak durian macam tu. Apalagi terus geledah dapur dia tapi tak jumpa2, dia sorok kut. Terjah pulak kat dapur Cikgu Ina yang dah usang tu (bila le agaknya tuan dapur nak bersihkan? Rindu sangat kat sifu sorang ni), nasib baik jumpa dan terus buat. Ermmmm memang ada kelainan dan rasanya boleh tahan. Ok le CnP resepi kat sini sebab lain kali kalau nak buat tak payah le merayau2 dan geledah dapur orang. TQ... tq... tq kepada tuan empunya resepi.



RESEPI CEKODOK DURIAN @ DURIAN GORENG
Sumber : hanamemories@blogspot.com

Bahan-bahan
~ Isi durian secukupnya - tak perlu buang biji
~ *2 cawan tepung gandum
~ *2 sudu besar tepung jagung @ beras
~ *1 sudu besar gula
~ * sedikit garam
~ *2 cawan air - kurang lebih
~ *sedikit pewarna kuning


Cara-cara
  1. Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, tepung jagung@beras, gula, garam, dan sedikit pewarna kuning. Gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sebati. (adunan batter agak pekat)
  2. Masukkan durian dan gaul. Panaskan minyak secukupnya. Gunakan sudu dan goreng deep fry sebiji demi sebiji ke dalam kuali hingga keemasan/kekuningan,
  3. Angkat dan toskan. Sedia dihidang.



    Kisah Raja Buah

    Assalamualaikum.....


    Kali ini nak kongsi cerita pasal musim raja buah yang mana Kampung Gajah memang sinonim dengan buah durian, banyak kebun-kebun yang ditanam dengan pokok durian. Pokok-pokok durian ini berusia puluhan malahan ratusan tahun. Antara nama durian yang popular ialah durian Tok Paduka Raja. Antara kampung-kampung yang amat popular dengan tanaman durian ialah Selat Pulau, Kepala Pulau, Pasir Salak dan Pulau Tiga. Jadi sebagai anak jati Kg Pasir Salak maka dapat le sama-sama merasai nikmat musim buah durian kali ini. 


    Dibesarkan dalam kampung yang dikelilingi dusun buah-buahan memang banyak nostalgia dan pahit manis yang telah dirasai. Kalau dulu apabila musim buahan-buahan bermula maka suasana kampung akan berubah wajah sebanyak 360 darjah. Mana tidaknya kampung yang sunyi akan bertukar meriah dengan datangnya peraih2 dari luar membeli durian untuk dipasarkan. Anak-anak yang duduk di perantauan akan pulang ke kampung halaman untuk menikmati keenakan buah-buahan kampung bersama keluarga tercinta. Sesiapa sahaja akan merasa gembira pada musim tersebut kerana poket secara automatiknya akan menjadi kembung. 


    Walaupun kedua orang tua saya tidak mempunyai dusun sendiri tapi telah diberi kepercayaan untuk menjaga 3-4 dusun durian yang mana tuannya tinggal jauh. Amanah ini dipegang secara turun temurun dan ianya dipanggil pawah. Melalui cara ini pemegang amanah/ penjaga akan menjaga dusun dan mengutip hasil yang ada. Setelah musim buah berakhir hasil jualan yang diperolehi akan dibahagi 2. Penjaga boleh menikmati durian seadanya dan kadang kala buah-buahan tersebut akan dihantar ke rumah pemilik dusun. Rasanya sekarang ni memang payah le nak jumpa perkara macam ni. Pada masa kaedah yang digunakan adalah pemilik memajakkan dusun kepada sesiapa yang berminat. Nilai pajakan akan ditentu berdasarkan kepada bilangan buah durian yang terdapat di atas pokok. Pemilik akan menerima bayaran bersih dan tidak berhak ke atas buah-buahan pada musim tersebut. Jika bernasib baik pemajak akan mendapat untung besar setelah habis musim dan kadang kala perkara sebaliknya boleh berlaku. Jika dulu perjalanan untuk mengutip buah durian amat siksa kerana pelbagi rintangan perlu ditempuhi tapi kini pemilik boleh ke dusun dengan menaiki kenderaan seperti motosikal, kereta dan lori. 


    Kini kemeriahan musim buah-buahan di kg pasir salak tidak lagi seperti dulu kerana kebanyakan dusun durian telah diambil oleh Kerajaan untuk dibuat penempatan semula penduduk yang mana tanah mereka telah dibeli untuk membangunkan Kompleks Sejarah Pasir Salak. Satu perkara yang amat saya suka sekarang ni di kiri dan kanan jalan menuju ke kampung ini dipenuhi pokok durian. Syukur alhamdulillah pada kali ini buah-buahan di dusun abang andak dan yob telah dapat dinikmati sepuas-puasnya oleh keluarga besar kami. Kat bawah ni senikata lagu yang biasa dinyanyikan dulu ketika menunggu durian luruh. 

    Luruh le deroyan sebijik pun jadi,
    Luruh buah luruh dauh,
    Berbuah tiap tahun.



      Sunday, July 24, 2011

      cempedak goreng

      Assalamualaikum...
      Tersangat le geramnya menengokkan pasukan sepak takraw negara main. Jadi lauk je dengan pasukan Thailand. Dapat mata pun sebab pasukan lawan buat silap. Kena banyak belajor lagi deme ni. Layan cempedak goreng ni lagi bagus. Hehehe tengok kak anymz tayang pagi tadi memang tak tahan. Kebetulan pulak hari tu hubby duk mengadu tak puas makan cempedak goreng yang dibelinya. Ye la kalau beli kat tepi jalan selalunya memang mahal. Kalau isi elok mau lebih 50 sen sebiji. Kira bernasib baik le cempedak yang dibeli isi dia tersangat le cantik dan sedap. Puas le kami berdua makan. Seperti biasa saya menggunakan bancuhan tepung yang dikongsi oleh Hasue di MyResepi. Layan je.



      RESEPI CEMPEDAK GORENG
      Sumber: Hasue@MyR

      Bahan-bahan ( Satu family leh makan )
      • 2 Cawan tepung gandum
      • 2 sudu mkn marjerin
      • 1 sudu mkn gula
      • 1 sudu kecil garam
      • Sedikit pewarna kuning
      • 2 cawan air
      • Buah cempedak yg msk ranum
      Cara-cara
      1. Satukan tepung gandum,marjerin,gula,garam di dalam bekas.
      2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dkacau rata mggunakan whisk dan warnakn kuning.
      3. Leraikan isi buah terap/cempedak dan masukkan ke dalam adunan tepung..(kalau pisang hendaklah dbelah 2 atau 3(lg nipis lg sdp))
      4. Panaskan minyak di dlm kuali,sudukan buah yg sudah tersalut tepung sepenuhnya dan goreng dgn minyak yg panas sehingga sedikit keperangan.
      Tips: Ketika menggoreng,JANGAN gunakan api yg terlalu perlahan kerana ia akan membuatkan kuih menyerap minyak dan pastikan minyak betul2 sdh panas sebelum menggoreng. SELAMAT MENCUBA! ;)


      Baki bancuhan digunakan untuk menggoreng terung


        Baru nak belajar

        Assalamualaikum....
        Aman rasanya bila aqil lena dengan mudah sekali. Kalau tak macam2 benda yang dibuatnya, kalau ke dapur mesti akan dituruti dan sasaran utama adalah almari tempat menyimpan segala mangkuk akan dipunggahnya. Alhamdulillah semalam berkesempatan ke Queensbay untuk membeli stand mixer. Sampai je di sana terus menuju ke Daiso dan syukur kerana alat yang diimpikan tersusun elok di raknya, apa lagi sambar 2 botol dan bila dah masuk situ memang tak sah kalau tak mengambil alat2 yang tergantung dan tersusun rapi tu. Hehehe maka pulus yang disimpan untuk ber'shopping' di langkawi selamat le di Daiso. Pagi ini botol tu dah mula berbakti kepada tuannya. Tapi kelakar le kejadiannya tak cantik macam kat rumah sifu2. Takpe..takpe... baru nak belajar menjala le katakan. Practice make perfect ayat penyedap hati. Ok le resepi ni saya ambil dari balik pulau yang mana datangnya dari kuantan dan kuala terengganu. Hehehe sekali hadap je terus licin. Lagi 1 durian pun dari balik pulau jugak. Errrmmm memang sedap.


        RESEPI ROTI JALA
        Resepi : Ummi Kuantan
        sumber : K.Nor@SecubitGaram
        sumber: Sofea@after6am

        Bahan-bahan:-
        • 2 cawan tepung gandum
        • 2 cawan air
        • 1 bj telur
        • 1 sudu kecik garam halus
        • beberapa titik pewarna kuning
        Cara:-
        1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sebati.
        2. Perapkan selama 1/2 jam .
        3. Panaskan kuali dgn api sederhana.
        4. Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
        5. Tebar/kirai adunan atas kuali.
        6. Biarkan hingga roti jala tu masak.
        7. Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.

        RESEPI KUAH DURIAN

        Bahan-bahan:
        • 2 cawan santan pekat @ fresh milk
        • 1 cawan air
        • air gula merah~ saya tak letak
        • garam
        • 1 sb tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
        • 1 helai daun pandan ~ simpul
        • isi durian 
        • Gula ~ ikut tahap kemanisan yang digemari (saya hanguskan sedikit untuk memberikan warna pada kuah)
        Cara:
        1. Masukkan santan, air, garam , air gula merah yg telah ditapis dan daun pandan ke dalam periuk.
        2. Kacau selalu hingga mendidih, perlahankan api dan tuang sedikit2 bancuhan tepung jagung ~ ikut la nak kuah pekat mcmana.
        3. Akhir sekali masukkan isi durian kacau sebentar dan bolehlah dihidangkan bersama2 roti jala , roti benggali @ serabai.