MY IKLAN

MY IKLAN
Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Friday, November 28, 2014

Makin susut...

 Assalamualaikum w.b.t
Bulan lepas bawa ariq pi klinik, cucuk 12 bulan. Misi bising sebab berat dia tak naik banyak dan graf BMI jatuh menjunam tapi masih dalam zon warna putih. Bulan 1 nanti kena pergi klinik lagi sebab nak monitor berat badan dia. Kata misi, kerapkan bagi makan sayur masak lemak. Tapi masalahnya weekday balik kerja saya memang tak masak, yelah untuk 2 mulut je macam tak berbaloi. Lagipun biasanya, pukul 8 malam memang dia dah lena. Kalau tak lena alamatnya saya tak boleh buat apa. Memang kesian sebab dia sorang-sorang je, kalau balik penang sakan dia main dengan abg long dan abg cik. Menurut cikgu kat taska, ariq ni le paling kuat makan, harap betul le apa yang di cakapkan tu. Dia masih breastfeed lagi, susu formula ada dalam beg ke taska sebagai back up kalau ebm yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun saya balik lambat. Dia ni agak aktif, biasanya lepas ambik di taska saya akan bawa pergi main di taman atau jalan-jalan tesco, mydin @ alor setar mall. Hrrmm nak bagi makan apa yea???



    Sunday, November 23, 2014

    Beratnya Makan Pagi!!!


    Assalamualaikum w.b.t
    Hampir 2 1/2 bulan berkhidmat di negeri jelapang padi ni. Mula-mula memang terasa sangat perit terpaksa pjj dengan hb, alif dan aqil. Alhamdulilah sekarang ni dah ok sikit, redha dengan ketentuan Yang Maha Esa itu adalah yang terbaik. Pagi ahad saya dan ariq akan bergerak ke alor setar selepas subuh, petang khamis selepas waktu pejabat kami berdua akan pulang ke butterworth. Apa yang saya perasan kat sini kebanyakan tempat menyediakan menu makanan berat pada waktu pagi. Maksudnya juadah makan tengahari bagi saya dijual awal pagi. Kalau dulu makan pagi paling berat adalah nasi lemak, kadang-kadang nasi goreng, bihun, mee/kuetiau goreng, tosai, roti canai, capati dll. Tapi sekarang ni bila pergi kantin/kedai tengok nasi putih, gulai ikan, sambal sotong, gulai ikan masin, asam pedas, ayam masak merah dll siap menanti pelanggan. Memang tak ambil le kan, tapi tu le kalau turun pukul 1 tengahari mesti dah habis. Menurut orang kedah, memang menjadi tradisi di sini makanan berat diambil pada waktu pagi. Makanan tradisi yang telah dicuba adalah pulut + nyior + ikan masin, pelik tapi sedap. Harap-harap boleh biasakan diri dengan cepat.