MY IKLAN

MY IKLAN

Tips Tupperware

PETUA DAN CARA MENJAGA DAN MENYIMPAN TUPPERWARE

Simpan Tupperware anda seperti baharu. Dengan jaminan sepanjang hayat, ia hanya memerlukan penjagaan minimum. Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk memastikan penggunaan tahan lama.

1. Pecah dan Calar
  • Gunakan pencuci cair dan span lembut untuk membersih. Elakkan daripada menggunakan peralatan yang tajam, pencuci yang melelas, kuat dan pekat.
  • Untuk menanggalkan minyak, basuh bekas dan penutup bekas dengan air suam dan sabun.

2. Ketuhar Gelombang Mikro
  • Produk-produk yang diperbuat khusus untuk pemanasan semula seperti TupperWave Stack Cooker, Rock 'N Serve dan CrystalWave boleh digunakan dalam ketuhar gelombang mikro.
  • Bekas Tupperware untuk pemanasan semula direka khas bagi tujuan memanaskan semula makanan sahaja. Jangan gunakan ia untuk memasak makanan dan pastikan anda lebih berhati-hati semasa memanaskan semula makanan yang tinggi kandungan gula, lemak dan minyak.
  • Pemanasan semula makanan bersos tomato mungkin meninggalkan kesan pada bekas disebabkan pewarna semulajadi yang terkandung dalam kebanyakan sayur-sayuran.
  • Jangan guna produk yang diperbuat khusus untuk pemanasan semula di dalam ketuhar biasa, di atas dapur, di atas gril atau di dalam ketuhar gelombang mikro perolakan dengan seting biasa.

3. Penyimpanan
  • Keringkan bekas dengan kain lembut sebelum menyimpannnya di dalam kabinet atau di atas rak.
  • Tanggalkan penutup bekas untuk memastikan bekas sentiasa berbau segar.

4. Kotoran
  • Pes soda penaik sesuai untuk menanggalkan kotoran atau sebarang kesan melekit.

5. Minuman/ Cecair
  • Biarkan minuman panas sejuk terlebih dahulu sebelum memasang penutup bekas.
  • Cecair seperti sup, sos, minyak, gris memasak atau makanan berlemak boleh menjadi panas dengan mudah. Sejukkan terlebih dahulu sebelum menuangnya ke dalam bekas bagi mengelakkan kerosakan.

6. Bau Yang Tidak Menyenangkan
Sebarang bau yang tidak menyenangkan boleh disingkirkan melalui kaedah di bawah:
  • Letakkan sekeping arang atau sedikit gumpalan akhbar di dalam bekas sebelum menutupnya.
  • Cuci penutup dan bekas dengan pes soda penaik.
  • Sapu seluruh permukaan dalaman dan penutup dengan jus lemon dan air sebelum membilasnya.
  • Cuci dengan campuran cuka dan air.
  • Tanggalkan penutup dan biarkan bekas terbuka sekiranya tidak digunakan.


No comments: