MY IKLAN

MY IKLAN
Showing posts with label foOd reView. Show all posts
Showing posts with label foOd reView. Show all posts

Friday, September 18, 2015

Tempahan Kek Di Utara

Assalamualaikum w.b.t

Semenjak tinggal di kejiranan ini dan join group whatsapp mommies semuanya hanya di hujung jari terutamanya bab tempahan makanan. Kalau ada yang buka tempahan maka berjela le senarai mommies yang berminat. Kadang-kadang tu ikut sama tempah kalau tempahan tu boleh diperolehi ketika saya berada di sg dua. Sorang mommies ni mengusahakan homemade cake dan pastri dan biasanya akan buka tempahan set combo pada hari rabu. Memang tak berpeluang nak tempah tapi alhamdulillah minggu lepas boleh tumpang tempah sekali sebab hari tu cuti bawa aqil ke klinik gigi ada temujanji dengan doktor gigi. 

RM 15 / pack
Alhamdulillah kek yang dihasilkan memang kena dengan tekak kami dua beranak, in fact kek chocholate indulgence tu lebih sedap dari yang saya makan kat resepi rahsia. In Shaa Allah untuk harijadi aqil bulan oktober nanti nak tempah pada Mar. Kepada pengunjung MH yang berada di utara boleh le tempahan kek dari Mar, jiran setaman saya.





    Wednesday, August 12, 2015

    Capati Miezuri @ Bertam

    Assalamualaikum w.b.t


    Petang ni hujan di bandaraya Alor Setar, tiba-tiba teringat kat the best capati in Bertam. Capati lembut yang enak dinikmati bersama kuah dal pekat yang ditambah sedikit sambal. Kalau nak lagi terangkat order sekali dengan ayam masak ros, sekeping capati memang tak cukup. Dulu masa kerja di bertam sekali atau 2 kali seminggu mesti pergi makan pagi di sini. Kadang-kadang pergi makan sorang2 dan kadang-kadang pergi makan dengan rakan sepejabat.  


    Ada juga menu lain yang disediakan, hb suka makan beriyani kambing. Lepas pindah seberang kadang-kadang kami pergi makan pagi pada hari sabtu. Capati 2 keping sorang dan nasi beriyani untuk ariq ngan aqil, kalau tak habis hb akan selamatkan. Kena datang awal sebab kalau lewat susah nak dapat tempat.


    Dulu pelayan akan datang ke meja pelanggan untuk ambil pesanan dan lepas makan baru bayar. Tapi sekarang pelanggan perlu terus ke kaunter untuk membuat pesanan serta bayaran dan makanan akan dihantar ke meja selepas beberapa minit.


    Nota: Sekarang ariq pun dah pandai makan capati. Jika ada urusan di bertam pada hari jumaat kami berdua akan makan pagi disini, 2 keping capati untuk mama dan sekeping untuk ariq.

      Tuesday, July 28, 2015

      Roti Dol

      Assalamualaikum w.b.t.

      12 syawal masih belum berkesempatan untuk menikmati roti dol dipagi hari. Sabar .... sabar... In Shaa Allah esok hari terakhir lepas tu pergi le cari cepat-cepat. Bagi orang luar negeri kedah mungkin tak biasa dengan roti dol ni. Aku kenal pun setelah mai mencari rezeki di alor setar. Menikmati sarapan pagi dengan roti canai yang dihidangkan bersama telur mata dan dibanjiri kuah yang sangat menggiurkan serta disirami sedikit lada sulah benar-benar menyelerakan. Selalu makan di warung d'celaru yang terletak berhampiran sek men teknik alor setar dan di medan kota jalan pegawai. Tapi kena ingat yea, kalau ke warung 'celaru anda harus mempunyai kesabaran yang sangatttttt tinggi sebabnya hidangan akan sampai paling awal pun setengah jam, kalau meja semua penuh lagi lama le masa menunggu.

      ~Roti dol @ Medan kota~

      Kalau google di internet, roti dol di Restoran Mee Sham banyak diperkatakan. Aku masih belum berkesempatan ke restoran berkenaan. Kat sini aku dengan ariq je jadi kalau cari makan pun dekat area rumah je pun. Kalau sedap selalu le ke tempat tu kalau tak sedap sekali tu je lah. Ok lah kepada anda yang berkunjung ke alor setar jangan lupa untuk menikmati keenakan roti dol ni.


      ~Roti do @d'celaru~





        Sunday, April 12, 2015

        Makan-makan di JS Muara Kuala Gula

        Assalamualaikum w.b.t.

        Sebenarnya entry ni untuk hari khamis lepas tapi tak sempat sebab bos ajak pergi ke jeniang dan naik gunung jerai. Itu pun jam 4.00 petang minta kebenaran turun dulu dek kerana nak ambil ariq sebelum jam 5.00 petang dan terus balik ke sungai 2. Entry ni penutup untuk kisah percutian di taiping yang lepas. Sebelum pulang ke penang kami menuju ke Kuala Gula kerana dikhabarkan ada menu istimewa. Seperti biasa perjalanan berpandukan miss waze dan kami terus menuju JS Muara. Alhamdulillah masa kami sampai pelanggan tak ramai lagi dan suasana di restoran tenang dan mendamaikan. 

         
        Kami pesan ketam lembut goreng tepung, gulai ikan sembilang, tomyam daging dan kangkung goreng belacan.


        Hubby kata antara 4 menu yang di pesan, ketam lembut goreng tepung memang tidak mengecewakan. Alif yang picky eater tu pun boleh terima. Pernah menikmati ketam lembut ni masa berkunjung ke sabah pada tahun 2013. Kepada penggemar ketam tapi malas nak pecahkan kulitnya elok le beli ketam lembut ni, terus ngap je tak payah susah-susah.


        Ikan sembilang yang dihidangkan memang segar tapi malangnya rasa kuah gulai tu agak kureng sikit sebab rempah ditumis tidak cukup masak. Kalau rempah yang digunakan dimasak dengan elok pasti rasa gulai ini tip top.


        Kangkung goreng belacan pun biasa-biasa je, rasanya lain sikit bila anak-anak sotong dijadikan bahan rencah. Pada saya kangkung goreng belacan yang asli lagi sedap kut. Oooopppsss lupa snap gambar tomyam daging. Kalau pergi mana-mana wajib ada tomyam sebab itu adalah pembuka selera alif. Kalau takde tomyam memang payah le dia nak makan.



          Tuesday, April 7, 2015

          Cendol Terbaik Di Taiping


          Assalamualaikum w.b.t.
          Nampak sedapkan cendol kat atas tu??
          Bagi saya yang sememangnya penggemar cendol tegar memang sedap sangat rasanya. Kalau pergi mana-mana mesti akan cari dessert ni. Masa bercuti di Taiping hari tu sempat terjah Restoran Ansari Famous Cendol. Kami pergi dua hari berturut-turut, hari sabtu  pergi pada pukul 4.00 petang dan hari ahad sekitar jam 11.30 pagi.


          Masa kami di situ pelanggan datang bertali arus, kiranya kerusi sentiasa berpenghuni. Macam kat atas tu kita belum habis makan lagi dah ada orang berdiri disebelah. Kiranya nak cop siap-siap kerusi yang kita duduk tu. Kalau bangun je dari kerusi tu mesti ada yang duduk, kiranya jangan ada hasrat untuk lepak-lepak dan sembang-sembang di situ. Order>>> makan >>> bayar>>> terus blah.


          Nah... ini gambar dari luar restoran pulak, pelanggan berdiri dengan selamba je di tepi meja. Kalau nak menikmati cendol ni perlu ada tahap kesabaran yang tinggi dan tebalkan muka. Pertama sabar untuk menunggu dan kedua tebalkan muka untuk tanya 'kerusi ni ada orang ke?'

           Yang ni pulak suasana ditempat cendol disediakan, kiranya ada pelanggan yang beratur untuk beli bungkus. Hubby tengah tunggu pekedai tu pulangkan duit baki.


          Makanan yang ada hanyalah rojak sahaja. Masa hari pertama rojak ni dah habis, hari kedua baru dapat rasa. Hubby kata sedap, pada saya biasa-biasa je sebab rojak Mastan Ghani di Teluk Intan lagi sedap.


          Pandangan luar restoran, kalau anda ke Taiping jangan lupa singgah di restoran ni. In Shaa Allah kalau ada rezeki dan kelapangan pasti saya akan kembali ke sini lagi.

          Address:  
          92, Jalan Barrack, 
          34000, Taiping, Perak,

          Phone:


            Tuesday, December 9, 2014

            Nasi Lemak Kuning

            Assalamualaikum w.b.t

            Kalau mai Alor Setar mesti orang akan cari nasi lemak royale, saya dulu pun macam tu juga. Pada saya nasi lemak royale ni ala-ala nasi kandar cuma nasinya yang berwarna kuning. Setiap pagi saya akan hantar ariq ke taska yang terletak di Desa Seraya dan dalam seminggu, sekali dua saya akan singgah di warung sorang kakak ni. 


            Beli nasi lemak yang juga bewarna kuning dan memang sedap sangat. Saya suka nasi berlaukkan kerang sambal dan peparu goreng pedas, pergghh memang terbaik. Lokasi gerai terletak di kawasan perindustrian tandop dan tak jauh dari simpang tiga Lebuhraya Sultanah Bahiyah/ Jalan Masuk ke Desa Seraya. Semua lauk pauk diletakkan di atas lori yang terletak bersebelahan dengan gerai minuman.