MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, June 25, 2011

NASI AYAM CHEF WAN

Assalamualaikum........
Pantasnya masa berlalu. Hari sabtu dah menjengah setengah hari tapi masih banyak kerja yang belum disiapkan. Hari ni pula ada jemputan ke majlis perkahwinan di Lunas, Insyaallah lepas zohor baru pergi. Pagi ni sarapan nasi ayam sebab malam tadi makan cucur udang yang di beli di pasar malam. Menu ni memang best, hubby siap kata sedap lagi. Kepada sesiapa yang masih memikirkan menu untuk tengahari ni sila le cuba memang tak rugi. Resepi ni saya usung dari home sweet home. Mentang2 tuan rumah pergi kenduri kahwin suka2 hati je geladah dapur dia. Jangan marah yea Kak Ummi, mnta izin yea CNP kat sini.

NASI AYAM CHEF WAN
Sumber: Nur @ Fiqah99 


Bahan-Bahan Untuk Nasi:
  • 1/2 cawan marjerin
  • 2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
  • 2 cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus
  • 3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
  • 1 cm kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan, disiat-siat dan disimpul
  • 4 cawan beras butir panjang, dicuci dan dituskan
  • 5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam
Cara-Cara:-
  1. Cairkan marjerin didalam periuk panas dan tumis bawang besar, halia, bawang putih, kulit kayu manis,bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya.
  2. Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air rebusan ayam dan perasakan dengan garam. Masak sehingga cecair terserap dan kecilkan api.
  3. Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak. (*akak terus tumis dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa hingga nasi kering dlm rice cooker tuh)

 Cara menyediakan ayam:-
  • 1 ekor ayam berat nya dalam 1.5 kg, dibersihkan dan dibelah dua - direbus dalam air yang didih perlahan hingga separuh masak.
  • Garam
  • Lada hitam yang baru dikisar
  • 2 cm halia, dikupas dan ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih, dikupas dan ditumbuk
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar marjerin
Cara-Cara:-
  1. Lumur ayam dengan garam, lada hitam, halia, bawang putih dan kicap. Kemudian lumur pula dengar marjerin.
  2. Bubuh ayam di dalam dulang pembakar. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180 darjah celsius selama 30-40 minit sehingga masak.
  3. Potong ayam kecil-kecil dan hidang dengan nasi.

Bahan Sos Lada kak ummi:-
  • 5 - 6 biji cili merah
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 biji tomato
  • 2 ulas bawang putih
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 inci halia - diketuk
  • 10 biji cili padi kg ~ saya tambah

Cara-cara:
Blend semua bahan kecuali halia. Tuangkan ke dalam periuk dan masukkan halia ketuk. Masak sebentar di atas api perlahan hingga didih. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi ayam.


    7 comments:

    quinnie said...

    salam berkunjung balas....saya pun baruje buat nasi ayam hari tu...hehhehe..best tengok nasinya...

    Nuwairani said...

    sedapnya!!! resepi chef wan lagi tu...

    suri solehah said...

    sedapnya nasi ayam..kalau kat umah..nasi ayam mesti kena masak lebih..semua gemar

    Ida,Japan said...

    wahhh..sama la kita k'sam, hari ni ida pun buat nasi ayam...resepi sendiri salah satu yg biasa2 buat..versi ayam digoreng, tak bakar
    tak jd nk mintak la, sbb menu sama

    tun_telani said...

    sedapnyer menu.. patutnyer tun gi tumpang makan je umah akak.. ingat nk wat nasi ayam gak, tp malas pulak. wat sup ayam mkn ngn nasi putih je. hehe

    Amie said...

    patutlah kak sam sanggup selongkar dapur orang time tuannya takde.... rupanya dpt hasil berbaloi2.... sedap sgt makan nasi ayam time cuaca panas begini dgn hirup supnya...sluuurrppp

    Unknown said...

    sedapnya!!...order mai sepinggan kak....hehe teringat nasi ayam nazir kat bwh sunshine b/baru tu...memang my fav nanti blk nk pi cari..:)