MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, December 16, 2010

Semangat Membara

Assalamualaikum.....


Setelah sekian lama menyepi akhirnya muncul kembali. Ini merupakan n3 kedua blog ini. Sebenarnya lepas buat blog ni kesibukan melanda sehingga kata laluan pun tak ingat. Namun semangat mula membara apabila mengikuti hana dan K Nor. Seronok membaca n3 mereka. Lebih menyeronokkan apabila telah beberapa kali mencuba resepi hana, menjadi gitu. Ye la kita ni bab masak memasak memang kureng banyak. Ada juga le kalau memasak ikut buku resepi tapi jarang-jarang jadinya. Anyway thanks a lot to both of you. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi baik kalian.


Setelah difikir-fikirkan blog ini boleh dijadikan sebagai tempat berkongsi ilmu dan boleh menjadi bekalan di sana kelak. Ye la dulu arwah mak selalu kata ''jadi cikgu je udah le tak payah kojer lain". Tapi merasakan diri ini tiada bakat jadi cikgu jadi memang reject le kerjaya tu.(Bukan senang jadi cikgu sekarang ni terlalu banyak dugaannya). Insyaallah medium ini akan digunakan sebaik-baiknya.


Abu Hurairah berkata Rasulullah s.a.w bersabda - "Apabila mati seorang anak Adam itu maka terhentilah amalnya kecuali 3 perkara:-

1. Sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah)
2. Ilmu yang berguna dan terus diamalkan
3. Anak yang soleh yang mendoakan baginya

No comments: