MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, January 21, 2011

CENDOL

Assalamualaikum..
N3 ni bukan nak citer macam mana nak buat cendol ye, tapi nak citer pasal my feveret cendol. Alkisahnya saya ni memang penggemar cendol tegar sejak dari kecik lagi. Jadi kalau pergi mana2 nampak je kat tempat tu ada cendol mesti nak try. Teringat zaman bujang2 dulu masa duk sorang2 kat rembau, kerja memang duk ulang alik dari linggi ke pekan rembau so selalu singgah kat tepi jalan minum cendol. Kalau pakcik tu kata dah habis punya le tension.

Tapi dalam banyak2 tu, cendol yang paling sedap mesti le hasil tangan arwah ibunda tercinta. Bila dengar je anak2 nak minum cendul terus dia akan buat. Masak atas dapur kayu lagi. Bila adunan dah masak ianya akan ditekan di atas acuan yang dibuat oleh apak. Seronok tengok cendol yang berderai ke dalam air. Tapi sekarang dah tak boleh nak merasa dah. 

Dulu masa mula2 sampai kat penang jumpa satu cendol ni kat Rope Walk ok gak. Tapi la ni dah takde. Pernah sekali minum cendol kat 1 tempat ni punya le tak sedap (x sesuai ngan tekak saya le tu) sebab dia guna santan serbuk. Reject terus. Ada orang bagitau ada cendol sedap kat Kepala Batas, tapi tak berkesempatan nak mencuba lagi sebab pakcik tu buka masa ofis hour. Insyaallah satu hari nanti.


Cuma sekarang cendol kat Pasar Malam Sungai Ara memang sesuai sangat le ngan tekak aku. Tiap2 petang jumaat mesti hubby berusaha pergi belikan. Tapi yang syoknya abang yang jual ni di panggil sarjan (tak pasti le pulak dia ni polis@bukan). Dia ni jual cendol ngan air amra je, tapi berniaga  macam suka2 je. Kadang2 ada kadang2 takde. Kira cam chipsmore le. Ingat aritu masa mengandungkan Aqil, hari jumaat tu memang dah terbayang-bayangkan cendol ni, sekali balik kerja hubby pergi tengok takde. Punya le tak puas hati. Tahap keinginan memang tak boleh dibendung lagi. Paksa hubby pergi beli kat  Foodcourt Giant Bayan Baru. Dah dapat minum baru lega rasanya. Tup3 pagi sabtu masuk hospital sebab dah ada tanda nak bersalin. Nasib baik lagi. Hehehehe.

Saya suka sebab cendol ni lembut. Bukan macam cendol yang dibeli kat kedai2 tu. Biasanya orang beli samada cendol pulut @ cendol + kacang merah. Tapi saya beli cendol kosong je. Kepada semua penggemar2 cendol saya memang rekemen le cendol ni.

6 comments:

azieazah said...

SAM, salam kenal. Membalas kunjungan.

Wahhh ada geng nih. Sama ler kita, peminat cendol gak. Kak Azie banyak juga tulis kisah minum cendol. Bestttt...!

Rope Walk? Kak Azie singgah situ dulu, makan ABC jerrrr..

Unknown said...

Salam kunjung balas kak...terima kasih singgah my blog..saya follow juga yer...btw sedap nengok cendol ni terliur lama x mkn pernah buat sekali jer masa dok sini..akan dok penang kat area mana?saya sebelum dtng Finland keja kat bkt jambul.

Mas said...

mas pun suka cendol...sedappnya

Deliah's Deli said...

salam kenal...sedapnya cendol! :p~

Kak Sam said...

Kak azie:
kalu nak mai lagi roger2 le ye.

Nieza:
Saya kat byan lepas. Saya pun sebelum masuk gomen 2 tahun lepas, keja kat area bj gak. Ntah2 kita pernah berlanggar bahu kut. (Logik ke?)

Mas:
Sesuai sungguh le kita ni berkawan ye.

Deliah:
TQ

Treat and Trick said...

Salam Sam, kak pun suka cendol...

http://treatntrick.blogspot.com