Atirah terus leka dengan dunianya. Padanya jika tiada minat mengapa perlu dia memaksa diri. Atirah menamatkan Tingkatan 4 dengan prestasi pelajaran yang amat menyedihkan tetapi dia tidak ambil peduli dengan keputusan berkenaan. Setelah memasuki Tingkatan 5 Atirah di tempatkan di dorm baru dan dipertemuakan dengan Nadia.
Nadia adalah merupakan seorang pelajar yang rajin dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran. Rutin hariannya adalah belajar dan belajar. Setelah Atirah mengenali Nadia timbul penyesalan dalam dirinya. Manakan tidak Nadia merupakan anak sulung daripada 5 beradik. Ibunya digantung tidak bertali oleh si ayah yang tidak pernah mengambil tahu akan kehidupan anak-anak. Ibunya terpaksa bekerja keras demi memastikan kesinambungan hidup anak-anak. Atirah insaf dan sedar terdapat insan yang lebih malang hidupnya berbanding dengan dirinya.
Atirah bertekad dan berazam untuk melakukan perubahan dalam hidupnya. Dia masih aktif bersukan namun keutamaannya adalah kepada pelajaran. Dia menjadikan Nadia sebagai idola dan sentiasa merujuk kepadanya jika menghadapi masalah dalam mata pelajaran yang diulangkaji. Alhamdulillah apabila keputusan Peperiksaan Percubaan SPM diumumkan kedua-duanya mendapat keputusan yang membanggakan. Atirah amat terkejut dan tidak menyangka akan memperolehi keputusan sedemikian rupa. Dia terus memasang tekad untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan sebenar kelak.
No comments:
Post a Comment