Assalamualaikum....
Rasa macam seronok je tajuk kat atas ini. Masakan tidak walaupun kekecewaan melanda di hati tetapi tetap dapat menikmati kegembiraan pada masa yang sama.
Bukannya apa sekadar berkongsi pengalaman hari ini. Bilangan pemain yang turun ke padang amat menyedihkan namun apabila yang hadir begitu seronok bermain tanpa rasa penat maka terdetik rasa gembira di hati. Apabila keduanya bertemu maka si gembira akan melekat di hati dan si kecewa melangkah pergi.
Setelah difikirkan kembali semuanya bergantung pada diri sendiri. Apa yang ingin dikecapi dalam kehidupan seharian. Gembira, ceria, ketawa, seronok, sedih, derita, dll. Jawapannya ada pada diri kita sendiri.
Patutlah blogger2 masakan suka berkongsi hasil masakan mereka di internet, ini adalah kerana mereka suka dan gembira melakukannya. Amat kagum dengan mereka2 ini.
The Star, Jan 6 "At least 60 people plan suicide every day".
Mengapa perkara ini berlaku dan kenapa jalan itu yang mereka dipilih?
Jawapannya adalah mereka tidak dapat menguruskan tekanan dalam diri dengan baik. Nauzubillah.
Sebagai manusia kita seharusnya menguruskan tekanan dalam diri dengan sebaik-baiknya. Pelbagai cara boleh dilakukan. Setiap masalah yang dihadapi carilah jalan penyelesaiannya kerana tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan.
~Ini~ |
TUKARKAN KEPADA
~Ini~ |
No comments:
Post a Comment