MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, February 9, 2011

Bercuti Di Kg Halaman - Part 2

Assalamualaikum..
Nak sambung sikit citer semalam tu. Sampai kat kg bahagia kira2 jam 4.00 petang. Hubby terus singgah kat simpang depan sebab semangat nak beli bandung tarik. Sebenarnya kami tak tahu pun kewujudannya. Tapi bila dah kuar tv baru le tau. Kat rumah MIL memang jarang2 sangat beli makanan & minuman kat luar. Bernasib baik hari tu kerana hubby jadi pelanggan kedua terakhir. Kalau tak kempunan lagi le jawabnya.

Masuk dapur tengok ada seperiuk ikan masak asam pedas. Memang goyah iman dibuatnya. Hasrat di hati malamnya tak nak makan sebab lunch dah pekena 2 pinggan nasi. Lepas maghrib hidang makanan nampak pula sambal tempoyak ikan bilis + serai. Lagi tak boleh tahan. Jadi apalagi selamat le 1 1/2 pinggan nasi.

Paginya pula bersarapan dengan cekodok pisang dan roti sandwich biasa dan goreng.  Kakak sepupu  datang hantar durian 3 biji. Sampai sekarang terasa keenakannya. Disebabkan tengahari ada kenduri kahwin maka tugasan memasak diamanahkan kepada aku & SIL. Ketaq lutut masa tu. Menu yang ditetapkan adalah kari ayam + daging, paru goreng dan sayur campur. Nasib baik biras menyelamatkan keadaan kerana dia sampai masa aku sedang menumis rempah.

Petangnya pula makan pecal dan kuih muih yang dibawa oleh mereka tadi. Pada masa yang sama mak teh hantar lepat ubi kayu yang sangat sedap. Sekali makan habis 5 ketul. Selagi tak habis itulah yang diulang2. Makan di rumah mak teh sebab dapat maklumat ada ikan goreng berlada. Semua orang makan macam tak ingat dunia. Mak teh siap bekalkan sambal goreng berlada tu sebekas sorang.

Keesokan harinya sarapan dengan mee/bihun kari. Memang terangkat punya. Pastu tengahari makan nasi minyak kat rumah orang kahwin. Ishh..ishh nafsu sungguh. Bayangkan berapa kilo lemak telah dikumpul dalam masa 4 hari. Tidakkkkkk.......



Setibanya di Penang alif request nak makan ikan goreng berlada wan teh. Stok ikan tak de tukar pada ayam.

6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam kenal Kak Sam,

Sama jelah kita. Kakak pun cuti 4 hari gak. Kalau cuti makan memang tak terkawal. Sana-sini sedap. Penat sambung lagi cuti hari Isnin sehari kemas rumah sendiri lepas kena tinggal. Selasa baru kerja.

Unknown said...

bila balik kg, makan2 sama keluarga tu yg best kan kak sam

Kak Sam said...

Kakzakie
Tq kerana sudi bertandang.

yus
Memang best sgt. Dapat plak semua ada lagi meriah jadinya.

izahdaut said...

waahhh... memang balik kampung cerita makan sah tak habis habis... bandung tarik kat mana kak sam?penang tang mana?kalau balik penang ni memang syurga makanan la..saya kalau balik kulim mmg hubby duk bawak makan2 kat penang

azieazah said...

KAK SAM,
baca cerita jer berkali kali saya telan ayaq lioq..

amboiii aihhh... makan sakan-sakan!

Kak Sam said...

izah
Bandung tarik tu kat kg bahagia, teluk intan.
Nanti kalau nak makan2 kat penang lagi bgtau le ye.

AA
Masa makan tak hingat. Tapi bila duk taip tu baru le sedar betapa byknya saya makan. Ngeri sungguh.