Assalamualaikum...
Seorang kakitangan telah diarahkan oleh majikannya untuk menghadiri satu majlis rasmi di ibu negeri pulau mutiara seawal 7.45 pagi. Demi untuk memudahkan diri sendiri beliau pergi ke majlis berkenaan dengan membawa kenderaan sendiri. Selesai sahaja majlis tersebut satu panggilan telefon diterima agar dapat segera turun ke tapak untuk membuat pemeriksaan mock-up. Pembantunya telah dihubungi untuk turut sama berada di tapak sekitar jam 10.30 pagi.
Tiba di tapak kira-kira jam 10.50 pagi dan pemeriksaan dibuat dibawah panas terik matahari. Setelah semuanya selesai kakitangan tersebut memutuskan untuk kembali ke pejabat dengan menggunakan jalan biasa tanpa perlu membayar tol. Peluang untuk mengenali selok belok jalan2 di SPU dengan lebih dekat lagi tidak boleh disia-siakan. Perjalanan diteruskan dengan mengikut landmark yang dikatakan oleh pemandu kenderaan jabatan tempohari. Setelah menempoh perjalanan kira-kira 20 minit tiba2 kenderaan yang dipandu memasuki Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Sungai Dua. Hehehe memang failed. Tak tahu simpang mana yang silap akhirnya tiba di destinasi yang dituju sekitar jam 12.00 tengahari dengan membayar tol sebanyak RM1.60.
1 comment:
assalam sam..kena cari dimana silapnya tu..nanti tak le berulang lagi..
Post a Comment