MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, March 4, 2011

Hadiah Untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum...
Macam orang kurenggg je kan. Ada ke beli hadiah untuk diri sendiri? Suka2 hati je. Hehehe.. Tak tau le kenapa hari ini teringin sangat nak pi Body Shop kat 1st Avenue. Cadang nak pi masa lunch tapi disebabkan terdapat halangan, maka hajat pun tak kesampaian. Keluar je ofis petang tadi terus menuju ke tempat yang dihajatkan. Ye la kalau minggu depan pengarah hantar pergi daerah, memang tak berpeluang le nak ke situ lagi. Sebenarnya perfume, lotion  dan yang seangkatan dengannya masih ada lagi tapi memang gatal nak pi jugak. Cadangnya nak ambik EDT @ EDP White Musk. Tapi adik promoter tu kata rugi le sebab akak dah ada perfume oil wangian yang sama. Dia pun tunjuk le wangian2 terkini. Masa duk test tu memang pening kepala dibuatnya. Bukannya apa rasa hidung ni dah sebati dengan White Musk.  Kalau tak silap dah 10 tahun lebih duk pakai wangian ni. Adik tu siap terang karekter setiap 1 wangian tersebut. Akhirnya pilih yang ni sebab adik tu kata romantik. Hehehe cuba je la. Bila tengok harga yang ditampal kat kotak rasa cam goyah jugak. Tapi setelah memikirkan dah lama tak beli sesuatu yang istimewa untuk diri sendiri jadi putuskan untuk ambil dan bayar.  Kira hadiah harijadi tahun ni kut. Ye la nak harap orang bagi tak tau le ada ke tak nanti. wait & see. Masa bayar adik tu tanya "akak nak beg ke? kalau nak kena tambah 50 sen untuk charity".  Untuk berjimat cermat @ kedekut aku kata tak perlu. Lagipun kotak dia kan cantik, jadi pegang cam gitu pun tak pe. Masa duk bayar & nak masukkan point sempat le adik tu kata "muka akak ni macam kawan saya, umur dia 22 tahun" senyum je le. Bila dah selesai adik tu ambil paper bag tu dan kata "tak pe le kak saya kasi akak beg ni". Suka...suka..suka..
~Dapat juga beg merah tu~


3 comments:

Yati said...

Kak Sam,
Wah... syoknya beli perfume.
Yati pun suka white musk. :)

azieazah said...

Apa salahnya beli hadiah untuk diri sendiri sebagai menghargai diri.

Lagi best apa....

Berwangian ler pagi petang siang malam yerrr... Auuwww!

Berkongsi Blog dengan Orang Sebelah: Sebuah Pendapat...

Kak Sam said...

Yati...
tq sudi singgah. mcm ada chem plak kita ye.

Azie..
hehehe suka..suka..suka