MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, April 18, 2011

Bubur/ Moi Sup

Assalamualaikum...
Bersua kembali dalam tayangan seterusnya. Kali ni nak kongsi homework yang kak nor bagi beberapa minggu lepas. Semua yang ada kat rumah ni memang menggemari bubur nasi aka moi. Ikuti dialog antara ibu dan anak semasa sesi suap menyuap.


Alif: Mama kenapa moi ni tak macam yang chef masak.
Mama: Kenapa pula?
Alif: Warna dia lain je. Biasa chef masak warna putih.
Mama: Ala saja mama nak cuba resepi kawan mama ni. 
Alif: Oh ye ke.
 
Walau pun begitu banyak juga le yang masuk ke dalam mulut dia. Cuma bila tergigit kentang terus selera makan dia terbantut. Payah betul le dia ni, tak nak langsung makan sayur. Apa pun terima kasih kepada Kak Nor sebab kongsi resepi ni. Rasanya Kak Pia Balik Pulau pun dah buat. Layan je gambo dan resepi yang diangkut dari Secubit Garam. Tapi maaf le gambo tak cun sebab lupa tabur bawang goreng. Lagi satu kita guna daging kisar yea.


RESEPI BUBUR/ MOI SUP
resipi milik : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
  • 2 cawan beras ~ dibasuh dan rendam 10 minit dan toskan
  • daging/isi ayam ~ dipotong kecil
  • 5 biji bawang merah ~ dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
  • 2 in halia ~ diketuk/dihiris pjg (btg mancis)
  • 3 sudu besar rempah sup (serbuk)
  • 1 - 1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam yg ditumbuk
  • 1 rempah sup bunjut
  • 1 batang celery ~ dipotong kiub
  • 2 - 3 bj ubi kentang ~ dipotong kiub
  • 1 kiub pati ayam/daging
  • 2 1/2 liter air
  • garam
  • minyak
Bahan Penumis:
  • 1 btg kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 bj buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
Bahan tabur:
  • bawang goreng
  • daun saderi ~ dihiris
Cara:
  1. Panaskan minyak dalam periuk rice cooker dan tumis bahan penumis hingga wangi.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Goreng hingga kekuningan.
  3. Masukkan rempah sup yg dibancuhkan dgn sedikit air dan serbuk lada hitam.
  4. Biarkan hingga wangi dan masukkan potongan daging/ayam.
  5. Kacau dan biarkan daging mesra dgn rempah, kemudian masukkan 1 cawan air.
  6. Masak hingga daging 1/2 empuk dan masukkan lebihan air dan rempah sup bunjut.
  7. Masak hingga air mendidih dan masukkan beras, celery dan ubi kentang.
  8. Masukkan juga kiub pati ayam/daging, garam dan sedikit gula jika suka.
  9. Alihkan periuk ke rice cooker dan masak hingga bubur masak.
  10. Hidangkan dalam mangkuk dan tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi.

*tambahkan air panas jika bubur agak pekat
** lebihkan serbuk lada hitam jika nak bubur lebih pedas


    12 comments:

    cik cek said...

    Salam....

    kak cek pun suka makan bubur2 nasi cam ni...sedappp....

    Sheery Dream Cakes said...

    bubur... memang sedap... tadi pun daughter masak bubur nasi sendiri.. dia sendiri nak masak.. hehhe..

    Mas said...

    akak..mas suka bubur moi..
    letak ikan bilis goreng, telur masin, sambval sikit...sedapppnya...
    tak cukup semangkuk....

    Kak Sam said...

    Cik cek..
    Memang best

    Diana..
    Senang le u, daughter leh masak sendiri

    Mas..
    Kalau tambah benda2 tu semua alamatnya naik 2 kg hujung bulan ni.

    kaksu said...

    Kak sam...eh entah2 Kak Su ni yang akak. Salam perkenalan, Su pun selalu buat bubur terutama bila gastrik menyerang...tapi kena kurang pedaslah...

    K.Nor said...

    sam.. dah buat homework ya.. tak susah kan homework kali ni.. ok.. nak mintak semangkuk.. nak rasa air tangan anak murid lak ni :)

    EmbunRosaliza said...

    Assalam kak sam...umah akk pun suka mkn moi, tp kalo byk bhn2 yg tergigit, mesti tolak pinggan, payahkan bdk2 ni

    lina said...

    salam kak sam - moi ni kalau time deman2 gini mmg best sgt makan..

    sitiezahim said...

    bes bes..syedapnyeee bubur..unt org tak sakit pon bes kan..hihihi

    emarieys said...

    rajinnya masak

    anak ema pun tak suka makan sayur...

    walaupun hanya sebesar gula kalau nampak hijau...minta dibuang...isshh...kadang2 geram tau...

    Unknown said...

    moi pun sodap..lama dah tak buat moi ni teringin la pula....hehe

    Unknown said...

    Ha....Moi favourite akak..leh makan berulang2..x jemu2. nanti leh buat ni...kerap buat masa bulan puasa...